Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.
Al-Hamdulillah, hebahan sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan.
Bagi menjawab segala kekeliruan yang timbul tentang perkara tersebut, sukacitanya sekali lagi dimaklumkan bahawa Mesyuarat JK Kurikulum Negeri Johor Bil.3/2011 pada 27 Disember 2011 telah memutuskan bahawa semua guru yang mengajar Tahun 1 dan 2 KSSR pada tahun 2012 dikehendaki menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dalam bentuk folio bukan lagi menggunakan Buku Rekod Mengajar (BRM) sediada yang dibekalkan oleh Majlis Guru Besar (MGB).
Hal ini adalah bersesuaian dengan perkembangan teknologi semasa dan mempunyai nilai iovasi bagi memudahkan kerja guru sekaligus mengurangkan beban tugas guru..
Bagi guru yang mengajar kelas-kelas tahun 1 dan tahun 2, juga turut mengajar tahun-tahun lain adalah digalakkan menulis RPH dalam bentuk folio.. (bukan sebahagianya dalam bentuk folio dan sebahagian yang lain dalam BRM sediada).
RPH berkenaan hendaklah menepati 12 item yang ada dalam penulisan RPH Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagaimana yang telah didedahkan dalam Kursus Penyebaran KSSR Tahun 2 pada Tahun 2011.
Kandungan folio berkenaan hendaklah mengikut apa yang terkandung Buku Rancangan Mengajar sediada.
Berikut dilampirkan format dan contoh RPH untuk makluman dan tindakan rakan-rakan guru di sekolah.
Wassalam.
Lampiran : Taklimat_Nazir.rar
Lampiran : Format_RPH.doc
Lampiran : Contoh_RPH_BMalaysia.pdf