* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 3 Mac 2012

Makluman : Pergerakan GPK Sekolah Rendah

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan pergerakan tersebut adalah seperti berikut :


1. EN. BAHAROM BIN MOHAMMED, GPK Kokurikulum SK LKTP Tenggaroh 01 bertukar ke SK Teluk Lipat dengan jawatan yang sama berkuatkuasa pada 16 Februari 2012.


2. PN. RAHMAH BINTI TALIB, GPK Kokurikulum SK Sri Pantai bertukar ke SK Mersing Kanan sebagai GPK HEM berkuatkuasa pada 16 Februari 2012.


Sekian. Wassalam..
Jumaat, 2 Mac 2012

Makluman : Pelantikan GPK HEM dan GPK Kokurikulum

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa pelantikan tersebut adalah seperti berikut :

1. En. Mohd. Othman bin Abd. Kadir, Guru Penolong SK Teriang dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SK LKTP Tenggaroh 01.

2. En. Ismail bin Mohd. Sudari, Guru Penolong SK Sawah Dato' dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SK LKTP Tenggaroh 02.

3. Pn. Zaiton binti Hussain, Guru Pengajian Agama SK Teriang dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SK Sri Pantai.

4. Pn. Faridah binti Mohd. Salleh, Guru Penolong Kanan HEM, SK LKTP Nitar 01 dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah yang sama.

Semua pelantikan tersebut berkuatkuasa pada 16 Februari 2012.
Tahniah.. Wassalam.

Makluman : Pelantikan Penyelia Kokurikulum, PPD Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa EN. NAZAINI BIN NASIR, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SK Ladang Mutiara, Kluang telah dilantik sebagai Penyelia Kokurikulum di PPD Mersing berkuatkuasa pada 16 Februari 2012.

Kami warga PPD Mersing mengalu-alukan kehadiran beliau..Wassalam.

Makluman : Pelantikan Penyelia Sekolah Rendah, PPD Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa EN. ABD. WAHAB BIN MOHAMAD, Guru Besar SK Pulau Pemanggil dilantik sebagai Penyelia Sekolah Rendah, PPD Mersing berkuatkuasa pada 16 Februari 2012.

Beliau menggantikan En. Khair Affandi Mohd.yang  bersara pilihan pada 1 Februari 2012.

Kami warga PPD Mersing mengalu-alukan kehadiran beliau. Wassalam.

Makluman : Pelantikan Guru Besar SK Pulau Pemanggil

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa EN. MOHD SHAARI BIN EMBONG, GPK1 SK Nitar 01 dilantik sebagai Guru Besar SK Pulau Pemanggil berkuatkuasa pada 16 Februari 2012.

Kami merakamkan ucapan tahniah kepada beliau dan diharapkan agar pelantikan ini akan memantapkan lagi barisan kepimpinan pendidikan di daerah Mersing.

Sekian. Wassalam.
Khamis, 1 Mac 2012

Anugerah Kecemerlangan PMR 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah..

Al-Hamdulillah, Program Bicara Sinar PMR 2012 telah berjaya diadakan dengan jayanya pada 28 Februari 2012 yang lepas. Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga kerja program atas komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan sekaligus membuktikan proses penaakulan ciri-ciri Badar yang terkandung dalam slogan Mersing Hebat.

Program tersebut diserikan dengan penyampaian Anugerah Kecemerlangan PMR 2011 kepada sekolah-sekolah yang terlibat.. Kami merakamkan  ucapan tahniah dan syabas kepada pihak sekolah yang telah menunjukkan peningkatan prestasi yang membanggakan dalam PMR 2011.

Wassalam..

Lampiran : ANUGERAH_PMR_2012.pdf
Lampiran : senarai_anugerah_pmr_2012.pdf

Program Audit Permata SJKC dan SJKT Tahun 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulilah, sukacitanya dimaklumkan bahawa program tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 2 Mac 2012. (Jumaat)
Masa : 2.45  petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing.
Sasaran :

1. Guru Besar SJK Cina dan SJK Tamil
2. GPK1 
3. Guru-Guru MP UPSR Tahun 6

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua pihak agar dapat hadir ke program tersebut tepat pada masa yang telah ditetapkan.

Wassalam.
Isnin, 27 Februari 2012

Mesyuarat JKD MP Pendidikan Moral Sekolah Rendah Bil.1/2012

Reaksi :  
Kepada : 

Guru Besar
SK Sawah Dato’
SK Kem Iskandar
SK Peta
SK Tanah Abang
SK Labong
SK Sri Mersing
SJKC Pai Chee
SJKC Chiao Ching
SJKC Jemaluang
SJKC Kg. Hubong
SJK Tamil


Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah..

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa mesyuarat berkeenaan akan diadakan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 29 Februari 2012 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SJKC Jemaluang
Sasaran : Pengerusi Panitia Pendidikan Moral Sekolah.
Pengerusi : Guru Besar SJKC Jemaluang.
Pakaian : Rasmi

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memastikan kehadiran Pengerusi Panitia Pendidikan Moral, hadir ke mesyuarat tersebut. 

Sekian . Wassalam.

Penyelarasan Kod Fail JKD Mata Pelajaran 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah..

Al-Hamdulillah, berikut dipaparkan Kod Fail JKD Mata Pelajaran terkini selepas mengambil kira perubahan yang berlaku hasil daripada semakan dan penyelarasan yang dibuat bagi menepati pengurusan fail di PPD Mersing.

Ini menyebabkan beberapa perubahan berlaku keatas kod-kod fail mata pelajaran tertentu yang digunapakai sebelum ini.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua Pengerusi JKD Mata Pelajaran agar dapat mematuhi perkara tersebut...
Sekian. Wassalam.

Lampiran : SM_2012.pdf
Lampiran : SR_2012.pdf

Bicara Sinar PMR 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa program tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 28 Februari 2012 (Selasa)
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing.
Sasaran : Pengetua, GPK1, GKMP, Penyelaras Tingkatan Tiga dan Guru-Guru Mata Pelajaran Tingkatan Tiga (16 orang setiap sekolah)

Agenda :

  1. Nyanyian Lagu Bangsa Johor
  2. Nyanyian Lagu Mersing Hebat.
  3. Ucapan Aluan Pengerusi Majlis.
  4. Bacaan Doa.
  5. Ucapan PPD Mersing.
  6. Pembentangan Audit Akademik PMR 2011.
  7. Perkongsian Pintar :SMK Ungku Husin & SMK Tan Sri Abdul Kadir 
  8. Penyampaian Anugerah PMR 2011.
  9. Nyanyian Lagu Negaraku.
  10. Minum Petang.
  11. Bersurai.
Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik pihak Pengetua agar dapat memastikan kehadiran guru-guru yang telah ditetapkan seperti di atas.
Wassalam...

Makluman Pertukaran PPD Kulaijaya dan PPD Pasir Gudang

Reaksi :  
PELANTIKAN DAN PERTUKARAN:
 
1) PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KULAIJAYA
2) PEGAWAI PELAJARAN DAERAH PASIR GUDANG
3) PENGETUA CEMERLANG, PPPS GRED DG54(KUP)
4) PENGETUA, PPPS GRED DG52
5) PENGETUA, PPPS GRED DG48.

Tahniah;


1) Datin Hjh. Hasnah Binti Md Sem
Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, Johor
 
2) Puan Hjh Fatimah Binti Ahmad
Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang, Johor
 
3)Tuan Haji Fauzan Bin Sukimi
Pengetua Cemerlang SMK Tun Hussein Onn, Kluang
PPPS Gred DG52 Memangku DG54(KUP).
 
4) Tuan Haji Hamsi Bin Jamhari
Pengetua Cemerlang SMK Skudai, Johor Bahru
PPPS Gred DG52 Memangku DG54(KUP).
 
5) Encik Ang Tauk Khoon
Pengetua SMK Johor Jaya 1, Pasir Gudang,
PPPS Gred DG48 Memangku DG52
 
4) Encik Ishak Bin Md Nor
Pengetua SMK Saint Joseph, Johor Bahru,
PPPS Gred DG48.
 
Wassalam..

Makluman : Kematian En. Jefri bin Jusoh, Guru Besar SK Pulau Sibu

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah..

Dukacitanya dimaklumkan bahawa EN. JEFRI BIN JUSOH, Guru Besar SK Pulau Sibu telah meninggal dunia jam 5.00 pagi tadi di rumah kediaman beliau, Mersing Kecil..
Jenazah beliau akan disempurnakan sekitar tengahari ini.. Insya Allah.

Sebelum itu, ayahanda beliau telah kembali ke rahmatullah pada 24 Februari 2012 (Jumaat) yang lepas.
Kami doakan agar roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan para syuhada..

Kami turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga beliau atas ketentuan ini.. moga tabah dan banyak kebajikan untuk arwah..

Al-Fatihah.. Wassalam..

Lampiran : amalan_bila_ahli_keluarga_meninggal_dunia.pdf