* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 10 Mac 2012

Pencapaian STPM 2011 Daerah Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa pencapaian STPM 2011 bagi sekolah-sekolah daerah Mersing adalah seperti berikut :


PERATUS LULUS PENUH  ;  88.89 % (beza -3.73 berbanding 92.62% tahun 2010)
PERATUS CEMERLANGA ; 0 %
PNGK ; 2.02 (beza 0.04 berbanding 1.98 tahun 2010)
Prestasi_STPM_MERSING_2007-2011.pdf


Keputusan ini telah meletakkan daerah Mersing berada di tempat ke 10 dalam kedua-kedua kategori PNGK dan Peratus Lulus Penuh.


Lampiran : 
01_Pencapaian_Daerah.pdf
02_Pencapaian_Pusat.pdf
03_Pencapaian_Pusat_Ikut_Daerah.pdf
04_Prestasi_STPM_MERSING_2007-2011.pdf
05_Analisis_Daerah_Pusat_MP.pdf
06_Analisis_MP_Daerah_Pusat.pdf
07_Analisis_Daerah_MP.pdf
08_Analisis_MP_Daerah.pdf
Analisis_STPM_JPN_2011__02032012__JOHOR_SPEC_2011.rar
Jumaat, 9 Mac 2012

Penerima Anugerah Tawaran Baru (New Deal) Guru Besar 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.
Sukacita dimaklumkan bahawa seramai 72 orang Guru Besar dari sekolah-sekolah Johor telah terpilih untuk menerima anugerah Tawaran Baru (New Deal) 2012. Majlis penyampaian anugerah berkenaan akan berlangsung di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan, Kemeterian Pelajaran Malaysia, Pesiaran Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 15 Mac 2012 jam 9.00 pagi. YAB Tan Sri Dato Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Meneteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia akan menyempurnakan majlis penyampaian anugerah kepada semua penerima dari seluruh Malaysia.

Bersama-sama makluman ini dilampirkan surat siaran dari Y.Bhg Ketua Nazir JNJK dan senarai penerima bagi negeri Johor.

LAMPIRAN
Surat Siaran Ketua Nazir JNJK (Surat)
Senarai Sekolah Penerima Anugerah Tawaran Baru (Surat)
Jadual (Surat)
Surat Pengarah (Surat)
 
Rabu, 7 Mac 2012

Peperiksaan Setara Negeri Johor Tahun 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth. dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah membuat penetapan dengan mengambil kira arahan Ketua Pengarah Pelajaran Johor (KPPM) seperti berikut :

1. Pada tahun 2012, hanya satu Peperiksaan Setara akan dilaksanakan. Manakala pada tahun 2013, tiada lagi Peperiksaan Setara akan dilaksanakan. Keputusan ini diambil bagi memastikan kemahiran membina item soalan di kalangan guru-guru tidak luntur. Sehubungan dengan itu, guru-guru diminta membina item soalan sendiri mengikut keperluan sekolah masing-masing.

2. Sehubungan dengan itu, berikut adalah ketetapan pelaksanaan Peperiksaan Setara Tahun 2012 :

a) Bagi kelas-kelas yang terdapat Peperiksaan Awam iaitu Tahun Enam (UPSR) dan Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan Lima (SPM), hanya Peperiksaan Pertengahan Tahun sahaja akan disetarakan.

b) Bagi Tahun 3,4,5 dan Tingkatan 1,2,4, hanya Peperiksaan Akhir Tahun sahaja akan disetarakan.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah dan semua pihak yang terlibat agar dapat mematuhi arahan ini..

Sekian. Wassalam.

Lampiran : Surat Siaran JPNJ.pdf

Profil Murid Lepasan STPM Tahun 2011

Reaksi :  
Tindakan :

Pengetua
SMK Sri Mersing
SMK Mersing
SMK Nitar
SMK Tenggaroh A
SMK Ungku Husin

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah.. Surat KP(BKSH-SPKD)601/01 Jld.5 (69) bertarikh 5 Mac 2012 adalah dirujuk dan berkaitan.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) akan menyelaras profil murid lepasan STPM tahun 2011. Profil ini adalah bertujuan bagi menyediakan latihan/kursus yang bersesuaian mengikut minat mereka untuk mengisi masa senggang sebelum melanjutkan pelajaran atau memasuki alam pekerjaan.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat menyediakan Profil Murid Lepasan STPM Tahun 2011 seperti ketetapan berikut :

1. Mengedar dan mengumpul borang Profil Remaja Lepasan STPM (Lampiran 1). Borang profil tersebut hendaklah diisi oleh pelajar dan diserahkan kepada pihak  sekolah sebelum slip keputusan peperiksaan diberikan kepada remaja berkenaan.


2. Melengkapkan dan merumuskan maklumat Profil Remaja Lepasan STPM (Lampiran 2) - format Excel.


3. Profil Remaja Lepasan STPM 2011 hendaklah dilengkapkan oleh sekolah dan dipanjangkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) - Lampiran 2 sebelum atau pada 20 Mac 2012.


4. Semua Borang Profil Remaja Lepasan STPM tahun 2011 hendaklah dipanjangkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Mersing (u.p. PPPD Kurikulum) sebelum atau pada 20 Mac 2012. (Lampiran 1)


5. Pengurusan profil dilaksanakan oleh Guru Tingkatan 6 dan Guru Bimbingan dan Kaunseling.

Berikut dilampirkan dokumen yang berkaitan untuk tindakan pihak sekolah..

Sekian. Wassalam.

Lampiran : Surat_Siaran_KPM.pdf
Lampiran : Lampiran_1_BORANG_MAKLUMAT_T6.docx
Lampiran : Lampiran_2_PROFIL_PELAJAR_LEPASAN_STPM.xls
Lampiran : Lampiran_B_AKTIVITI_LEPASAN_STPM_2012.doc
Lampiran : Kertas_PROGRAM_LEPASAN_STPM_2012.doc
Selasa, 6 Mac 2012

egHadir : Sistem Kehadiran Guru Secara Atas Talian

Reaksi :  

 

 Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.
Al-Hamdulillah, pihak Jabatan Pelajaran Johor sekali lagi membuat inovasi dalam mengesan pergerakan keluar masuk guru di sekolah-sekolah setiap hari.
Taklimat tentang perkara tersebut telah dibuat pada hari Isnin, 5 Mac 2012 di Bilik Mesyuarat, PPD Mersing kepada semua Pembantu Tadbir Sekolah-Sekolah Daerah Mersing (seorang setiap sekolah).
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memastikan Pembantu Tadbir berkenaan sentiasa mengemaskini maklumat kehadiran guru setiap hari mengikut masa yang telah ditetapkan.
Sekian. Wassalam.

BAHAN PENGURUSAN SISTEM STAR RATING

Reaksi :  
Isnin, 5 Mac 2012

Penangguhan Taklimat Penyelarasan Program Kecemerlangan Akademik 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, dukacitanya dimaklumkan bahawa taklimat berkenaan yang dijadualkan sebelum ini pada 6 Mac 2012 akan ditangguhkan kerana sebab-sebab yang tidak  dapat dielakkan kepada ketetapan berikut :

Tarikh : 19 Mac 2012 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, Blok B, PPD Mersing.
Sasaran :

1. YDP MGC - Kungi Kuaya b. P.Mohamad (SMKUH)
2. YDP MGK - Zainuddin Homsan (SMKUH)
3. YDP M4P Rendah - Baharom b. Mohammed (SKTL)
4. YDP M4P Menengah - Azman Nasir (SMKM)
5. PPMP - Azman Achuthan Abdullah (SMKSM)
6. JKD Kecemerlangan SK (Prog.Menggilap Permata)

- Mohamed Azhar Shahruddin ( GPK1 SKSD)
8. Penyelaras Program HALUS Permata SK
- MOHD FADZILAH BIN MOHD ALI (GPK1 SKSM)
9. JKD Kecemerlangan SJKC
- KOO CHEE KEONG (GPK1 SJKCPC)
10. JKD Kecemerlangan j-QAF (SKBE)
- Guru Besar SKBE
11. JKD Kecemerlangan PraUniversiti
- Pengetua SMKUH
12. JKD Kecemerlangan SBP/Kawalan/MRSM
- Pengetua SMSSI
13. JKD Kecemerlangan Sekolah Harian
- Pengetua SMKAB
14. En.Wee Kok Cheng, Penyelaras SPM.
15. En. Mat Yasin Daud, Penyelaras PMR.

16. Cik Saharazad Mustaffar, Penyelaras UPSR.
17. En. Azamani Ghazali, Penyelaras STPM.
18. Pn Rafidah Mohammed @Haron,  Penyelaras j-QAF.

19. Wan Nadzri bin Wan Mohamed, PPPD Kurikulum.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua JKD dan  Pertubuhan Pendidikan yang berkaitan agar dapat membentangkan perancangan aktiviti kecemerlangan akademik 2012 kelolaan masing-masing  semasa taklimat tersebut.

Kerjasama Tuan/Puan amat diharapkan dan satu sokongan kepada usaha untuk merealisasikan slogan Mersing Hebat.

Wassalam.

Makluman : Lagi Pergerakan GPK Sekolah Rendah

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hebahan sebelum ini adalah berkaitan dan dirujuk.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Puan Norlaila binti Md. Dali, GPK HEM SK Mersing Kanan telah bertukar ke SK Teriang dengan jawatan yang sama berkuatkuasa pada 16 Februari 2012.

Sekian. Wassalam.

Pengisian Maklumat bagi Sekolah Menengah yang menawarkan Kelas Rancangan Khas

Reaksi :  
MAKLUMAT PENGURUSAN KELAS RANCANGAN KHAS (KRK)
Sukacita dimaklumkan bahawa pelaksanaan Kelas Rancangan Khas adalah�bertujuan untuk membantu meningkatkan prestasi pencapaian akademik murid dan meningkatan Gred Purata Sekolah.
Bagi memastikan hala tuju dan objektif pelaksanaannya tercapai, maklumat (seperti dalam borang yang boleh dimuat turun) amat diperlukan untuk tindakan lanjut.
Sehubungan dengan itu, Jabatan ini memohon daripada pihak tuan agar dapat melengkapkan keperluan maklumat yang disertakan dan mengembalikannya ke jabatan ini sebelum 10 Mac 2012 melalui email zulkapli_ayob@yahoo.com atau faks 07-2347124
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi En Zulkapli bin Ayob di talian 019-7065283.
Ahad, 4 Mac 2012

Surat Kepada Pengarang : Peruntukan lewat rencat aktiviti sekolah

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Bapa Prihatin, Seremban” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 21 Februari 2012 – Peruntukan lewat rencat aktiviti sekolah.
 
Pengadu menyatakan bahawa bantuan kerajaan diterima lewat Februari hanyalah 70 atau 75 peratus sahaja yang mengakibatkan pihak sekolah terpaksa menangguhkan banyak program. Pengadu juga ingin mendapatkan penjelasan tentang insurans RM1.50.
 
Penyaluran peruntukan bantuan persekolahan KPM ke sekolah-sekolah telah dilaksanakan bermula 30 Januari sehingga 17 Februari 2012 yang melibatkan tujuh (7) jenis bantuan asas. Namun begitu, bagi sesi persekolahan tahun 2012, terdapat tiga (3) jenis bantuan baru yang telah disalurkan kepada sekolah iaitu Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100, Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dan Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP) bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh ibubapa/penjaga. Tahun 2012 merupakan tahun permulaan penyaluran bantuan-bantuan khas ke sekolah dan ke JPN, maka terdapat peraturan/tatacara kewangan yang perlu dipatuhi manakala sistem maklumat murid dan sistem pembayaran perlu ditambahbaik terlebih dahulu. Pada masa yang sama, penyaluran tujuh bantuan asas juga perlu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Secara tidak langsung, proses penyaluran peruntukan ke akaun sekolah mengambil masa yang sedikit panjang disebabkan pertambahan bantuan persekolahan baru.
 
Berhubung isu perlindungan insuran takaful, KPM telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) di mana di dalam perjanjian tersebut telah memperincikan seperti berikut;
 
(a) semua murid di bawah seliaan KPM secara automatik dilindungi oleh insuran selama 24 jam sehari;
(b) tempoh perlindungan adalah sepanjang tahun (1 Januari sehingga 31 Disember 2012);
(c) murid dilindungi insuran sama ada berada di dalam negara dan di luar negara, dan
(d) sekiranya berlaku kelewatan pembayaran premium kepada Takaful Malaysia, perlindungan insuran murid tetap berkuatkuasa mulai bulan Januari tahun semasa.
  
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pengisian Maklumat Penarafan Keselamatan Sekolah

Reaksi :  
Sukacita dimaklumkan bahawa proses pengisian maklumat Penarafan Keselamatan Sekolah bagi semua sekolah yang telah dimaklumkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) boleh dicapai melalui pautan ini


Sekian. Wassalam.

PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM BERSAMA PERDANA MENTERI AKAN DIADAKAN PADA 8 MAC 2012

Reaksi :  
Perhimpunan penjawat awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia akan diadakan pada:

Tarikh : 8 Mac 2012
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Semua penjawat awam di seluruh Malaysia dijemput hari bagi mendengar satu pengumuman penting yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak.


Sumber : Laman Blog CUEPACS

Pertandingan Khat Jawi

Reaksi :  

Aduan : Graduan TESL Tajaan KPM Tiada Penempatan Setelah Lapan Tahun

Reaksi :  
Sumber : Aduan Rakyat

Saya adalah graduan B.Ed(Hons) TESL dari UiTM S.Alam 2004. Sehingga sekarang saya masih tidak mendapat penempatan. Saya telah banyak kali telah menghubungi pihak Kementerian, berhubung masalah saya tetapi kecewa dengan sikap para pekerja yang hanya melepaskan tangan. Panggilan telefon saya disambung ke bahagian demi bahagian dan akhirnya saya dapat bercakap dengan salah seorang pagawai. Pegawai tersebut meminta butir2 diri saya untuk disemak. Kemudian pegawai tersebut menyatakan nama saya telah tercicir, menyebabkan tiada penempatan buat saya. Baca lagi di sini....

TABUNG KEBAJIKAN KEPTAN SEMENANJUNG MALAYSIA

Reaksi :  

PENGENALAN : Tabung ini dinamakan "TABUNG KEBAJIKAN KEPTAN SEMENANJUNG MALAYSIA".

TUJUAN : Tabung ini diwujudkan bertujuan untuk meringankan beban dan rasa simpati ahli KEPTAN Semenanjung Malaysia atas musibah yang menimpa ahli.

RASIONAL : Mewujudkan suasana saling membantu dengan tujuan meringankan beban dan perasaan sedih ahli yang ditimpa musibah.

CADANGAN KRITIRIA BANTUAN :
1. Kematian
2. Kesihatan
3. Bersara

KES KEMATIAN : Waris ahli akan menerima sumbangan dari KEPTAN sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus Sahaja).

KES KESIHATAN : Pihak KEPTAN bersetuju memberi bantuan kepada ahli yang mengalami masalah kesihatan dan ahli tersebut dimasukkan ke hospital melebihi 7 hari, layak diberi bantuan KECUALI kes bersalin dan keguguran. Sumbangan yang diberikan sebanyak RM300.00 dibayar secara lump sum.

KES BERSARA : Pihak KEPTAN bersetuju untuk memberi sumbangan kepada ahli yang bersara sebagai menghargai sumbangan yang telah diberikan kepada kesatuan. Sumbangan yang diberikan sebanyak RM500.00 dibayar secara lump sum.

SIAPA YANG LAYAK DIBERI KEMUDAHAN DARI TABUNG KEBAJIKAN : Mereka yang layak diberi kemudahan ini ialah ahli KEPTAN yang telah menjadi ahli yang sah serta telah membuat potongan gaji melalui Biro Angkasa.

CARA BAGI MENDAPAT SUMBANGAN : Semua tuntutan hendaklah mengisi borang dan dihantar kepada Ibu Pejabat KEPTAN Pusat melalui KEPTAN Cawangan. Sila sertakan sijil kematian/surat keluar hospital/salinan surat persaraan yang telah disahkan ke Ibu Pejabat bersama borang tuntutan untuk tujuan pembayaran.

CARA BAGI MENDAPAT BANTUAN KES BERSARA : Pengerusi Cawangan hendaklah menghantar senarai nama ahli-ahli KEPTAN Cawangan yang akan bersara kepada Ibu Pejabat satu bulan sebelum ahli tersebut bersara.

TARIKH KUATKUASA PELAKSANAAN TABUNG KEBAJIKAN: Tarikh kuatkuasa pelaksanaan tabung ini bermula 1 JANUARI 2012.

PENUTUP : Tabung Kebajikan ini merupakan satu lagi usaha EXCO KEPTAN untuk kebajikan ahli-ahli KEPTAN Semenanjung Malaysia. Diharapkan dengan adanya Tabung Kebajikan KEPTAN Semenanjung Malaysia dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung ahli atau warisnya.

Kesatuan Pembantu Tadbir Dan Pembantu Tadbir Rendah (Pendidikan)
Semenanjung Malaysia
No. 21-4-2, Jalan 3/50, Blok 2,
Diamond Square,
53300 Kuala Lumpur.
Tel : 03-40227031 Fax : 03-40227032

PENDAFTARAN CALON PERSENDIRIAN PEPERIKSAAN SPM DAN SPMU TAHUN 2012

Reaksi :  
Dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran calon persendirian bagi Peperiksaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) dan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN (SPMU) tahun 2012 adalah pada 1 hingga 31 Mac 2012.

Pendaftaran hendaklah dibuat di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri atau Unit Penilaian dan Peperiksaan, Pejabat Pelajaran Daerah yang terdekat. Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamat 
http://www.moe.gov.my/lp

Calon diingatkan supaya mematuhi tarikh yang ditetapkan kerana permohanan lewat tidak akan dilayan.