* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 17 Mac 2012

Program CAKNA Mersing Bil.3/2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah..

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa program tersebut akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 20 Mac 2012 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : SK Sri Pantai
Keterlibatan : Semua pegawai dan staf yang berkenaan di PPD Mersing.

Tentatif :

1. Program Salam Permata Mersing.
2. Pemantauan P & P
3. Pemantauan Berfokus.
4. Rumusan bersama dengan Guru-Guru SK Sri Pantai.

Sehubungan dengan itu, satu taklimat berkenaan dengan perkara tersebut akan  diadakan pada jam 3.00 petang, 19 Mac 2012 (Isnin) di Dewan Terbuka, Blok B, PPD Mersing..

Semua pegawai dan staf yang terlibat dikehendaki hadir.
Sekian. Wassalam.

Taklimat Penyelarasan Program Kecemerlangan Akademik 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Al-Hamdulillah, hebahan sebelum ini adalah berkaitan..


Sukacitanya dimaklumkan bahawa taklimat berkenaan akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 19 Mac 2012 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, Blok B, PPD Mersing.
Sasaran :

1. YDP MGC - Kungi Kuaya b. P.Mohamad (SMKUH)
2. YDP MGK - Zainuddin Homsan (SMKUH)
3. YDP M4P Rendah - Baharom b. Mohammed (SKTL)
4. YDP M4P Menengah - Azman Nasir (SMKM)
5. PPMP - Azman Achuthan Abdullah (SMKSM)
6. JKD Kecemerlangan SK (Prog.Menggilap Permata)

- Mohamed Azhar Shahruddin ( GPK1 SKSD)
8. Penyelaras Program HALUS Permata SK
- MOHD FADZILAH BIN MOHD ALI (GPK1 SKSM)
9. JKD Kecemerlangan SJKC
- KOO CHEE KEONG (GPK1 SJKCPC)
10. JKD Kecemerlangan j-QAF (SKBE)
- Guru Besar SKBE
11. JKD Kecemerlangan PraUniversiti
- Pengetua SMKUH
12. JKD Kecemerlangan SBP/Kawalan/MRSM
- Pengetua SMSSI
13. JKD Kecemerlangan Sekolah Harian
- Pengetua SMKAB
14. En.Wee Kok Cheng, Penyelaras SPM.
15. En. Mat Yasin Daud, Penyelaras PMR.

16. Cik Saharazad Mustaffar, Penyelaras UPSR.
17. En. Azamani Ghazali, Penyelaras STPM.
18. Pn Rafidah Mohammed @Haron,  Penyelaras j-QAF.

19. Wan Nadzri bin Wan Mohamed, PPPD Kurikulum.

20. Semua pegawai akademik di PPD Mersing.


Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua JKD dan  Pertubuhan Pendidikan yang berkaitan agar dapat membentangkan perancangan aktiviti kecemerlangan akademik 2012 kelolaan masing-masing  semasa taklimat tersebut.

Kerjasama Tuan/Puan amat diharapkan dan satu sokongan kepada usaha untuk merealisasikan slogan Mersing Hebat.

Wassalam. 
Jumaat, 16 Mac 2012

Taklimat Program Kecemerlangan Dalam Mesy. JK Kurikulum Daerah Bil.1/2012

Reaksi :  
Tindakan : 

Pengetua SMK Ungku Husin
Pengetua SMK Anjung Batu
Pengetua SMS Sultan Iskandar
Guru Besar SK Sawah Dato
Guru Besar SK Sri Mersing
Guru Besar SJKC Pai Chee

 Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat JK Kurikulum Daerah Bil. 1/2012 akan diadakan pada 21 Mac 2012 seperti hebahan sebelum ini..

Sehubungan itu, tuan dikehendaki hadir dan turut serta memberi taklimat dalam mesyuarat tersebut.

Sekian . Wassalam.

Lampiran : Surat hebahan.pdf

Mesyuarat JK Kurikulum Daerah Bil. 1/2012

Reaksi :  
Tindakan :

Senarai AJK seperti lampiran
Semua Pengetua dan Guru Besar

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa mesyuarat berkenaan akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 21 Mac 2012 (Rabu)
Masa :
8.15 - 9.30 pagi ; Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2011
9.30 - 10.00 pagi ; Pendaftaran dan Sarapan Pagi
10.00 pagi - 5.00 petang ; Mesyuarat JKD Bil. 1/2012

Tempat : Dewan Al-Azhar, Blok B, PPD Mersing.
Pengerusi : Hj. Yasman bin Jamsir, Pegawai Pelajaran Daerah Mersing.
Agenda :

  1. Bacaan Doa.
  2. Perutusan Pengerusi.
  3. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lepas.
  4. Perkara-perkara berbangkit.
  5. Taklimat Pengurusan Kualiti Sekolah (SKPM dan Tawaran Baru)
  6. Taklimat Pengurusan PCG Mata Pelajaran.
  7. Taklimat Pelaksanaan Program Lesson Study.
  8. Taklimat Bilik Operasi Peperiksaan (BOP)
  9. Taklimat Kecemerlangan SK.
  10. Taklimat Kecemerlangan SJK.
  11. Taklimat Kecemerlangan Sekolah Menengah Harian
  12. Taklimat Kecemerlangan SBP/Kawalan/MRSM.
  13. Taklimat Kecemerlangan Pra Universiti.
  14. Pembentangan Aktiviti Kecemerlangan di bawah kelolaan Pertubuhan Pendidikan.
  15. Hal-hal lain.
 Sehubungan dengan itu, AJK Kurikulum Daerah seperti dilampirkan adalah dikehendaki hadir dan turut serta dalam mesyuarat tersebut.

Sekian. Wassalam..

Lampiran : Surat Panggilan Mesyuarat.pdf

KEPUTUSAN PERADUAN MENULIS CERITA KANAK-KANAK SEMPENA PERAYAAN HARI GURU 2012

Reaksi :  
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing khususnya Unit Kokurikulum, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang telah turut serta dalam Peraduan Menulis Cerita Kanak-Kanak Sempena Perayaan Hari Guru 2012. Kerjasama dari semua pihak adalah satu penghormatan kepada kecemerlangan daerah Mersing


Bersama-sama ini diumumkan keputusan peraduan tersebut. TAHNIAH kepada yang berjaya. Sijil dan hadiah akan di sampaikan pada tarikh dan tempat yang akan diumumkan kelak.


Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Penolong PPD Kokurikulum En. Nor Azmi bin Mohd Nor di talian 013-7676 345


Sekian, untuk makluman.

Rabu, 14 Mac 2012

PARLIMEN : KERAJAAN TELAH BINCANG DENGAN CUEPACS SEBELUM RANGKA SBPA: NAJIB

Reaksi :  
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah mengadakan perbincangan dengan Cuepacs dalam merangka Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perdana Menteri memberitahu persidangan Dewan Rakyat pada Selasa bahawa kerajaan telah mengadakan forum perbincangan bersama Cuepacs dan wakil persatuan itu melalui tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang bersidang sekurang-kurangnya tiga kali setahun.

"Mesyuarat tidak berkala lain juga diadakan antara pegawai tertinggi kerajaan dengan ahli Majlis Tertinggi Cuepacs. Kerajaan juga menerima memorandum daripada Cuepacs dengan tuntutan tertentu yang telah dikaji dan diambil kira dalam penggubalan SBPA.

"Sepanjang 2011, sebanyak 13 mesyuarat utama bersama Cuepacs diadakan merangkumi mesyuarat dengan MBK, taklimat pada Ahli Majlis Tertinggi Cuepacs dan siri perjumpaan bersama Cuepacs yang membawa kepada termeterainya memorandum persefahaman mengenai pelaksanaan SBPA antara Jabatan Perkhidmatan Awam dan Cuepacs yang ditandatangani pada 28 Dis 2011," katanya pada sesi soal jawab.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang ingin tahu mengapa kerajaan tidak memanggil Cuepacs untuk berbincang mengenai pelaksanaan SBPA dan pendirian kerajaan terhadap tuntutan-tuntutan Cuepacs.

Sesi soal jawab kemudian bertukar kecoh apabila Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) mengemukakan soalan tambahan mengenai status 36 pegawai dalam Kumpulan Primier yang telah menerima ganjaran gaji dan pencen mengikut SBPA sejak 1 Jan lepas.

Menjawab soalan itu, Perdana Menteri berkata: "Nampaknya ahli yang berhormat berkenaan nak jadi juara kepada 36 orang ini. Kerajaan kita nak jadi juara kepada 1.4 juta penjawat awam."

Jawapan itu menyebabkan Mahfuz dan beberapa anggota pembangkang lain termasuk Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) tidak berpuas hati.

Perang mulut dihentikan apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia masuk campur dan menegaskan mana-mana menteri boleh memilih untuk menjawab atau tidak menjawab soalan yang dikemukakan.

Jumaat lepas, sumber JPA memberitahu Bernama jabatan itu dijadual bermesyuarat minggu ini untuk mencari mekanisme yang bersesuaian bagi menyelesaikan isu penjawat awam dan pesara yang sudah memperoleh bayaran gaji dan pencen mengikut SBPA.

Pada 8 Mac, Najib mengumumkan pembatalan SBPA dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik yang menyaksikan penjawat awam menikmati kenaikan gaji antara tujuh dan 13 peratus berkuatkuasa 1 Jan tahun ini.
-Bernama-

SENARAI NAMA BERSARA WAJIB BAGI TAHUN 2013

Reaksi :  

Kepada sesiapa yang berkenaan,

Sila KLIK DI SINI untuk menyemak senarai nama-nama bakal pesara bagi tahun 2013.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan UNIT PENCEN,JPNJ seperti talian di bawah:

Tel: 07-2311405/406/407/408/409
Fax: 07-2382809

Sekian, terima kasih.

Adalah dimaklumkan bahawa Institut Aminuddin Baki (IAB) memohon kerjasama semua Pengetua dan Guru Besar untuk mengisi KOMPAS. Penilaian Instrumen KOMPAS akan dibuka mulai 1 Mac 2012 - 30 Jun 2012 bertujuan untuk mengenalpasti dan merancang keperluan latihan pengurusan dan kepimpinan dalam kalangan Pengetua dan Guru Besar . Maklumat ini diperlukan bagi memudahkan pihak IAB untuk merancang program latihan yang diperlukan oleh mereka.

Sebarang kemusykilan pihak tuan boleh berhubung dengan En. Samsudin bin Salleh/Cik Norazirah binti Ithnin/ Cik Siti Nurain binti Abu Bakar/ En Ahmad Badrul Hisham bin Din di talian 03-61056324/6354.

Sila klik di sini untuk pengisian instrumen KOMPAS.
Sekian, terima kasih

PERMOHONAN MENGIKUTI KURSUS DI INTAN

Reaksi :  

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah membuka permohonan Kursus Secara Online (ITIMS ONLINE) sepanjang tahun 2012.

Sila klik di sini untuk permohonan kursus.

Sekian, terima kasih

PANDUAN PELAKSANAAN PERTANDINGAN KUIZ ASEAN PERINGKAT NEGERI JOHOR 2012

Reaksi :  

Adalah dimaklumkan Jabatan Penerangan Malaysia akan mengadakan Pertandingan Kuiz Asean pada 22 Mac 2012 mulai jam 9.00 pagi hingga 10.15 pagi secara serentak di sekolah-sekolah seluruh negara dan sesi percubaan akan diadakan pada 20 Mac 2012.

2. Alamat bagi capaian url telah ditetapkan mengikut zon dan bagi Zon Selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan) adalah menggunakan capaian urlhttp://zonselatan.aseanquiz2012.penerangan.gov.my 

3. Bersama-sama ini disertakan maklumat berikut untuk makluman bersama.

LAMPIRAN
 Lampiran 1 - surat pemakluman dari Jabatan Penerangan Malaysia (-- Sila Pilih --)
 Lampiran 2 - Capaian URL mengikut zon (Lain-Lain)
 Lampiran 3 - Garis Panduan untuk Guru Penyelaras/Pengawas peringkat sekolah (Lain-Lain)
 Lampiran 4 - Kaedah Perlaksanaan KKuiz Asean 2012 (Lain-Lain)

PERMOHONAN MENGIKUTI KURSUS DI IAB

Reaksi :  

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Aminuddin Baki (IAB) akan menganjurkan pelbagai kursus sepanjang tahun 2012. Permohonan boleh dibuat secara online melalui Sistem Aplikasi Bersepadu IAB, i-Permohonan.

Sila klik di sini untuk menyemak takwim program IAB.
Sila klik di sini untuk permohonan melalui i-Permohonan

Sekian, terima kasih


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Guru Sedih” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 1 Mac 2012 – Guru tak berijazah bawah 47 diminta sambung belajar.
 
Dimaklumkan bahawa KPM telah merancang dan menyelaraskan Program Pensiswazahan Guru (PPG) dalam usaha untuk meningkatkan tahap kelayakan pendidikan semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD).
 
Sasaran PPG ialah kepada PPPLD yang berusia 47 tahun ke bawah bagi mencapai 60 peratus guru sekolah rendah dan 90 peratus guru sekolah menengah menjelang 2015 yang secara tidak langsung menyediakan peluang laluan kerjaya yang lebih menarik kepada PPPLD pada masa hadapan.

Sumber : Portal KPM.. 


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “GSTT Mengharap, Kuala Kangsar, Perak”  dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbarUtusan Malaysia  bertarikh 28 Februari 2012 – Guru Tidak Terlatih Mohon Jawatan Tetap.

Jumlah sebenar Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang ditawarkan latihan perguruan adalah seramai 7539. Ini adalah termasuk calon gantian yang merujuk kepada kes-kes rayuan dan semakan dokumen kali kedua. Setelah keputusan bagi ambilan pertama dikeluarkan, Bahagian Pendidikan Guru (BPG), KPM telah menerima rayuan daripada pelbagai saluran seperti surat rasmi, telefon dan calon hadir ke kaunter Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar (UPPP) BPG. Justeru BPG mengambil langkah positif dengan melaksanakan semakan dokumen GSTT kali kedua di beberapa pusat di seluruh Negara. Seramai 130 calon GSTT dipilih untuk ditawarkan kemasukan kedua berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Syarat-syarat pengambilan GSTTuntuk dilatih adalah : -
-       Umur tidak melebihi 35 tahun sebelum 31 Disember 2011
-       Berkhidmat sebagai GSTT sekurang-kurangnya 2 tahun mulai 2008 dan termasuk 2010.
-       Calon yang pernah berkhidmat sebagai GSTT dan dilantik secara Contract For Services (CFS) pada 2011.
Tawaran mengikuti latihan adalah berpandukan :-
-       Dokumen GSTT dan dokumen sokongan yang diperaku oleh panel penyemak.
-       Pemilihan GSTT adalah berpandukan kepada (3.1) di atas dan ditentukan oleh ahli jawatankuasa khas pemilihan yang melibatkan wakil IPGM KPM dan wakil IPTA.
Terdapat perbezaan di antara perkhidmatan guru-guru berikut : -
Guru Sandaran Tidak Terlatih(GSTT)
-       Guru yang mengisi jawatan hakiki bagi mata pelajaran di sekolah (ABM Perjawatan).
Guru Ganti
-       Guru yang tidak mengisi jawatan dan hanya menggantikan guru bersalin/kursus/sakit dan akan ditamatkan setelah guru asal kembali bertugas.
Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE)
-       Guru pembantu di sekolah yang dilantik di bawah PRE bermula 2010.
Skim Perkhidmatan Singkat (SPS)
-       Guru pembantu di sekolah yang dilantik sebelum PRE  bermula. Tempoh lantikan selama 3 bulan dan akan disambung jika ada keperluan.

Contract of Services (CoS)

-       Untuk mengisi kekosongan jawatan sehingga sekolah menerima bekalan guru terlatih.

Contract For Services (Cfs)

-       Untuk menampung keperluan semula GSTT di bawah program one off. Cfs tidak mengisi jawatan hakiki sebagaimana GSTT.
GSTT yang tidak berjaya mendapat kursus perguruan akan dipanggil bertugas secara Cfs adalah terletak di bawah bidang kuasa pihak Bahagian Pengurusan sumber Manusia (BPSM).

Sumber : Portal KPM

SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM

Reaksi :  
Sukacita bersama-sama ini dilampirkan artikel tentang Sistem Pentaksiran Baharu STPM untuk tujuan memberi maklumat dan hebahan kepada orang ramai.

Sekian, terima kasih.
 


Lampiran : SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011

Reaksi :  
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.


Sekian, terima kasih. 

Penilaian Laman Web/Portal Agensi Kerajaan 2012

Reaksi :  
Dimaklumkan bahawa penilaian laman web/portal agensi Kerajaan akan dijalankan oleh pihak Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd. (MDeC) bermula bulan April 2012.

Maklumat lanjut mengenai penilaian tersebut boleh dicapai melalui URL : http://www.mampu.gov.my/web/guest/penilaian-mdec2012 



 

Semakan Keputusan Rayuan Program Pensiswazahan Guru Ambilan 2012 Terkini

Reaksi :  
Adalah dimaklumkan bahawa Semakan bagi Keputusan Rayuan Program Pensiswazahan Guru Ambilan 2012 yang terkini boleh disemak mulai 13 Mac 2012 di url berikut : http://apps1.moe.gov.my/abpg/keputusan_rayuanppg2012/
Sebarang kesulitan amat dikesali. Harap Maaf. 



Sumber : Portal KPM
Isnin, 12 Mac 2012

PERMOHONAN MENGIKUTI KURSUS DI IPN

Reaksi :  
Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Perakaunan Negara (IPN), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan menganjurkan pelbagai kursus sepanjang 2012.
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut berkaitan takwim & permohonan kursus.
Sekian, terima kasih

TARIKH-TARIKH BAYARAN PERUNTUKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KPM TAHUN 2012

Reaksi :