Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 30 Mac 2012

Media : Gempa bumi lemah landa Mersing

Reaksi :  

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi berukuran 3.2 pada skala Richter melanda Mersing, Johor pada pukul 9.43 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata gempa itu berpusat di 16km timur laut dari Mersing.
Gegaran kecil mungkin dirasai di sekitar kawasan itu, kata kenyataan itu. - Bernama
TERKINI : Malaysian Meteorological Department.

Satu gempa bumi Lemah bermagnitud 3.2 skala Richter telah berlaku di Mersing, Johor pada pukul 9.43 malam, 29 Mac 2012. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 2.5 Utara longitud 103.9 Timur. 16km Timur laut Mersing, Johor. Gegaran kecil mungkin dirasai di sekitar Mersing.


Lampiran : Artikel tentang Gempa Bumi
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tuan/ puan,

Bersama-sama ini dikepilkan surat makluman (lampiran I) berkenaan perkara di atas yang jelas menerangkan maksudnya.
Sehubungan itu, mohon tindakan sewajarnya berkenaan perkara ini.
Salinan surat bercetak telah dimasukkan ke dalam peti surat sekolah pada 29 Mac 2012 jam 3.30 petang.
Sekian, harap maklum.


Lampiran : 

Waran_Guru_Interim.rar

Edaran KPI PPD Mersing 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa pengedaran Bunting KPI tersebut kepada pihak sekolah mulai 1 Mac 2012..
Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah mengambil bunting berkenaan. Bagi sekolah belum berbuat demikian, mohon kerjasama Tuan agar dapat mengambilnya di kaunter Unit Pengurusan Akademik, PPD Mersing dengan seberapa segera.

Sekian. Wassalam.
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, Jabatan Pelajaran Johor dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Mersing sedang menganjurkan siri-siri Taklimat Pelaksanaan PBS Tingkatan 1mengikut mata pelajaran sebagaimana jadual yang dilampirkan bersama hebahan ini.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memastikan kehadiran guru-guru ke taklimat tersebut..Guru-guru berkenaan dikehendaki membuat kursus dalaman di sekolah kepada rakan-rakan guru yang mengajar tingkatan satu. Hal ini perlu dilakukan bagi memastikan pelaksanaan PBS di sekolah , berjalan dengan lancar dan dilaksanakan oleh semua guru yang mengajar tingkatan satu mulai tahun 2012.

Kejasama pihak sekolah terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih.
Sekian, Wassalam.

Lampiran : Jadual Taklimat PBS Ting.1
Dengan hormatnya dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu bersama-sama ini dipanjangkan surat JPNJ.NP.(27)(S)/500-5/5/3/Jld.2(56) bth 21 Mac 2012 dan surat bil.KP(PP)SULIT 0063/1/1JILID 14(26) bertarikh 9 Mac 2012 yang jelas menerangkan maksudnya untuk makluman tuan/puan.

Sekian terima kasih.


Lampiran : Surat JPNJ
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, dengan merujuk Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil.1 Tahun 2012 (Tatacara Perakaunan Imbuhan Tetap Perumahan / Elaun Perumahan Wilayah dan Bantuan Sara Hidup bagi Pegawai yang menduduki Kuarters), amaun pendapatan dan potongan gaji berkaitan ITP, EPW dan BSH hendaklah dicatatkan dengan tepat dalam penyata gaji penjawat awam Persekutuan.

3. Bagi memastikan pematuhan ke atas surat pekeliling tersebut, penghantaran gaji komputer bagi maklumat pegawai yang menduduki kuarters adalah mulai gaji komputer MEI 2012.

4. Sehubungan dengan itu, semua sekolah yang mana terdapat pegawai-pegwai di sekolah tuan yang menduduki kuarters hendaklah:-

4.1 Mengemukakan Borang Perubahan Gaji (SG20) berserta dokumen sokongan Kew8 ke PPD Mersing untuk tindakan kemaskini maklumat gaji pegawai yang terlibat. Sila lihat contoh seperti di Lampiran.

5. Dimaklumkan juga semua sekolah hendaklah memastikan :-

5.1 Pembayaran ITP / EPW dan BSH pegawai yang menduduki kuarters adalah mengikut kelayakan pegawai. Elaun-elaun ini akan dipotong daripada gaji mengikut kod potongan gaji yang telah ditetapkan untuk diakaunkan ke amaun terimaan pulangan balik perbelanjaan di bawah Jabatan dan Pusat Tanggungjawab pegawai. Sila rujuk kod potongan gaji yang terlibat seperti SPANM Bil.1/2012.

5.2 Pegawai Persekutuan yang menduduki Rumah Kerajaan Negeri, pembayaran ITP/EPW dan BSH adalah mengikut kelayakan pegawai. Pembayaran kepada Kerajaan Negeri adalah mengikut kadar sewa yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing dan menggunakan kod potongan gaji sedia ada. Perbezaan elaun hendaklah diakaunkan ke akaun terimaan pulang balik perbelanjaan menggunakan kod potongan gaji seperti di SPANM Bil.1 Tahun 2012.

5.3 Pegawai yang menerima Bayaran Perumahan Khas (BPK) juga dibayar mengikut kelayakan pegawai.

5.4 PTJ dan Pusat Pembayar adalah bertanggungjawab menyediakan bayaran baik terlebih potongan kepada pegawai yang telah keluar dari kuarters dengan mengemukakan permohonan Baucar Bayaran Balik Hasil kepada Pejabat Perakaunan.

5.5 PTJ dan Pusat Pembayar hendaklah menyediakan daftar pegwai yang menduduki kuarters dan membuat penyesuian dengan laporan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perakaunan iaitu Laporan Terperinci Hasil (C330) dan Laporan Gaji (ZPRY021) bagi memastikan urusan perakaunan telah sempurna dilakukan.

5.6 Surat Pekeliling adalah terpakai kepada semua pegawai persekutuan yang menduduki kuarters sama ada disediakan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. Selaras dengan itu, mulai Gaji Mei 2012 kod potongan gaji dan pendapatan seperti yang tersenarai seperti di Lampiran 4 SPANM Bil.1 Tahun 2012 adalah dimansuhkan.

6. Borang Perubahan Gaji (SG20) yang telah lengkap diisi bersama Kew8 yang telah lulus hendaklah dikemukakan ke PPD Mersing sebelum atau pada 13 April 2012 (tarikh akhir penghantaran gaji bulan Mei 2012). Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan sila berhubung dengan Pn. Afizah Binti Ahad ditalian 07-7982748.

7. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.


Lampiran : kemaskini_kod_itp_or_epw_&_bsh.PDF

Mesyuarat Peng. JKD Sejaran Daerah Mersing Bil.1/2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama JKD Sejarah akan mengnjurkan mesyuarat tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 10 April 2012 (Selasa)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Sri Mersing.
Sasaran : Pengerusi Panitia Sejarah, seorang guru Sejarah PMR dan seorang guru Sejarah SPM.
Pengerusi : Pengetua SMK Sri Mersing
Pakaian : Pakaian Rasmi.

Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memastikan kehadiran guru-guru berkenaan tepat pada masa yang telah ditetapkan.
Sekian. Wassalam.

Lampiran : Surat panggilan mesyuarat.pdf

Bengkel Tugasan Pendidikan Seni Visual PraUniversiti Enam Atas (6A) STPM 2012

Reaksi :  
Tindakan :

Pengetua
SMKSM
SMKM
SMKTA
SMKN
SMKUH

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama JKD PSV Pra Universiti akan menganjurkan bengkel tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 28 Mac 2012 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan SMK Sri Mersing
Sasaran : Calon-Calon PSV STPM 2012

Sehubungan itu, pihak sekolah diminta mengambil tindakan sewajarnya seperti ketetapan dalam surat yang dilampirkan bersama hebahan ini.
Sekian. Wassalam.

Lampiran : Bengkel_Tugasan_PSV.pdf
Isnin, 26 Mac 2012

PERUTUSAN PENGARAH PELAJARAN JOHOR SEMPENA MESYUARAT KSPPD BIL. 1/2012 SECARA LANGSUNG

Reaksi :  
Sukacita dimaklumkan bahawa perutusan Pengarah Pelajaran Johor sempena Mesyuarat KSPPD Bil. 1/2012 akan dibawa secara langsung melalui online. 


Perutusan tersebut boleh dilayari melalui laman web http://www.ustream.tv/channel/ksppd pada 27 Mac 2012, jam 8.30 pagi. 
Untuk maklumat lanjut, sila klik lampiran 
Sekian, terima kasih. .


Lampiran (Surat) 

Dimaklumkan Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Pekeliling ICT Bil. 1 Tahun 2012 - Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (DKICT) Kementerian Pelajaran Malaysia yang berkuatkuasa mulai 19 Mac 2012. Pekeliling ini boleh dimuat turun di sini (Sila klik)

Sehubungan itu, dengan berkuatkuasanya pekeliling ini, Pekeliling ICT Bil. 1 Tahun 2009 Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Kementerian Pelajaran Malaysia adalah dibatalkan.
Semua PPD dan sekolah diminta untuk mematuhi pekeliling tersebut.

Program Menggilap Permata dan Halus Permata SJK 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Berikut disertakan butiran program berkenaan untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.
Wassalam.

Lampiran : Gilap_permata_SJKC.pdf

Jadual Pelaksanaan Program Menggilap Permata 4 (SK)

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Al-Hamdulillah, berikut dimaklumkan jadual pelaksanaan program berkenaan untuk makluman dan tindakan pihak sekolah..


BENGKEL PEMURNIAN MODUL 
02.04.2012 (BM)
03.04.2012 (BI)
04.04.2012 (SAINS)
05.04.2012 (MATH)

2.DIFUSI MODUL (KPD GURU)
21.04.2012

1.MOTIVASI MENGGILAP PERMATA 4
12.05.2012

2.DIFUSI MODUL (MURID)
19.05.2012 – SIRI 1
16.06.2012 – SIRI 2
30.06.2012 – SIRI 3
14.07.2012 – SIRI 4

RESTU PERMATA 4
01.09.2012

** Pelaksanaan PMP4 dicadangkan dibuat secara berpusat di peringkat zon dan daerah.

Lampiran : 
Bersama ini dilampirkan surat yang berkenaan untuk makluman pihak sekolah.
Lampiran :
http://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/ 

peperiksaan_perkhidmatan.PDF 

KEPUTUSAN MTQSS DAN FESTIVAL NASYID PERINGKAT DAERAH MERSING 2012

Reaksi :  
Assalamualaikum wrt.wbt dan Salam Mahabbah

Alhamdulillah dan sukacita dimaklumkan bahawa majlis tersebut dapat diadakan dengan jayanya mengikut ketetapan berikut :-

Tarikh : 24 Mac 2012 ( Sabtu )
Tempat : SK Bandar Endau - Kategori Sekolah Rendah
SMK Ungku Husin ( Kategori sekolah Menengah )

Justeru pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan rumah iaitu SMK Ungku Husin dan SK Bandar Endau, Pengerusi Zon Endau, Guru-guru Besar Zon Endau, Urusetia, AJK dan semua pihak yang terlibat secara langsung maupun tidak dalam menjayakan majlis tersebut.

Pihak kami juga mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah menyertai majlis tersebut khususnya kepada semua pemenang. Semoga pertandingan di peringkat negeri pada 14 April 2012 di Segamat nanti, akan menjanjikan kemenangan kepada daerah Mersing seiring dengan slogan Mersing Hebat.
Sekian, terima kasih.

Lampiran :
KEPUTUSAN_MTQSS_DAN_FESTIVAL_NASYID_2012.xls 

Media : JPNT nafi kecermelangan UPSR Terengganu akibat soalan bocor

Reaksi :  
KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) menafikan tohmahan yang tersebar bahawa kecemerlangan yang dicapai calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) negeri itu disebabkan soalan bocor.

Pengarahnya Zakaria Hussin berkata kejayaan Terengganu mengekalkan prestasi terbaik itu disumbangkan beberapa faktor termasuk kerja keras golongan guru, keprihatinan ibu bapa dan kesungguhan murid.

"Ini adalah tanggapan negatif masyarakat luar yang tidak tahu betapa seriusnya jabatan dengan kerjasama erat kerajaan negeri mahu menjadikan Terengganu sebagai negeri anjung ilmu dan kuasa baru dalam dunia pendidikan di Malaysia," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau yang ditemui pemberita pada hari pertama memulakan tugas sebagai pengarah baru JPNT, berkata dakwaan itu juga seolah-olah mempertikaikan kredibiliti Majlis Peperiksaan Malaysia serta warga pendidik di Terengganu.

Zakaria berkata kerajaan negeri menyediakan peruntukan yang banyak serta memberikan pelbagai kemudahan kepada pelajar di negeri ini bagi memastikan mereka berjaya dalam pelajaran.

Kejayaan Terengganu mengekalkan kedudukannya sebagai negeri terbaik dalam UPSR saban tahun menjadi 'buah mulut' masyarakat terutama yang di luar Terengganu yang mendakwa pencapaian itu disumbang oleh soalan bocor.- Bernama
Ahad, 25 Mac 2012

Sistem STPM Baharu

Reaksi :  
PENGENALAN
Selaras dengan Program Transformasi Pendidikan, mulai tahun 2012, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melaksanakan sistem pentaksiran baharu STPM bagi memperkasakan program pendidikan di tingkatan enam. Sistem pentaksiran baharu ini adalah cetusan idea oleh mantan Ketua Eksekutif MPM, Tuan Haji Omar bin Abu Bakar (2005-2011). 
 
SISTEM PEPERIKSAAN STPM SEDIA ADA
Peperiksaan STPM yang sedia ada dikendalikan berdasarkan kepada tempoh pengajian tingkatan enam selama 1½ tahun. Tempoh pengajian ini terdiri daripada tingkatan enam bawah yang meliputi penggal kedua tempoh persekolahan, dan tingkatan enam atas yang meliputi penggal pertama dan penggal kedua tempoh persekolahan. Peperiksaan bagi pengajian tingkatan enam adalah untuk mengukur dan menilai pencapaian pelajar yang dilaksanakan keseluruhannya melalui peperiksaan STPM pada penghujung pengajian, iaitu pada bulan November hingga Disember.
 
PEPERIKSAAN STPM TAHUN 2012
Pada tahun 2012, sistem peperiksaan STPM akan dijalankan dalam dua mod.
Mod pertama ialah bagi pelajar yang sedang mengikuti tingkatan enam atas pada tahun 2012. Pelajar ini merupakan kohort terakhir sistem peperiksaan STPM sedia ada yang akan menduduki peperiksaan pada bulan November hingga Disember pada tahun 2012.
Mod kedua ialah bagi pelajar tingkatan enam bawah pada tahun 2012. Pelajar ini merupakan kohort pertama sistem pentaksiran baharu STPM yang akan menduduki peperiksaan penggal 1 persekolahan tingkatan enam pada November 2012.

Lampiran :

    MUET TAHUN 2012

    Reaksi :  
    Mulai tahun 2012, MUET akan dijalankan sebanyak tiga kali, iaitu pada sesi Mac, sesi Julai, dan sesi November. Tarikh buka dan tutup pendaftaran serta tarikh ujian boleh didapati pada Kalendar Peperiksaan STPM dan MUET Tahun 2012.
    Dimaklumkan bahawa bahan yang berikut boleh dimuat turun dan dicetak oleh Guru Seni Visual daripada Portal Majlis Peperiksaan Malaysia .

    (a)  Projek Penghasilan Karya (Arahan Kerja Kursus dan Soalan Kerja Kursus Seni Visual) STPM 2012 untuk edaran kepada calon sekolah kerajaan yang mengambil mata pelajaran Seni Visual(970) - 970/3 A1
    (b)  Arahan Pengendalian Projek Penghasilan Karya Kepada Guru Seni Visual dan Pengetua.- 970/3 A2
    (c)   Bahan Taklimat Kepada Jurulatih Utama Tentang Pengendalian Kerja Kursus Seni Visual STPM 2012.

    Pindaan Tarikh Program CAKNA Mersing Tahun 2012

    Reaksi :  
    Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


    Al-Hamdulillah, Jadual Program CAKNA Mersing Tahun 2012 yang dimaklumkan sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan.


    Sukacitanya dimaklumkan bahawa Program CAKNA Mersing yang dijadualkan pada 27 Mac 2012 bertempat di SMK Ungku Husin ditangguhkan kepada 4 April 2012 (Rabu), manakala pada 2 April 2012 (Isnin) diteruskan sepertimana yang dijadualkan di SK Mersing Kanan.


    Tentatif Program :
    • Program Salam Permata Mersing (bersama-sama dengan calon-calon peperiksaan awam 2012)
    • Pemantauan Proses Pembelajaran dan Pengajaran.
    • Pemantauan Berfokus (Kurikulum, Peng.Sekolah, Perkhidmatan, HEM, Kewangan dll)
    • Mesyuarat Rumusan Pemantauan.
    • Taklimat bersama guru-guru.
    Keterlibatan : Pegawai-pegawai dan staf-staf berkenaan di PPD Mersing.
    Sekian. Wassalam.