Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Khamis, 5 April 2012

Peringatan : Bicara Sinar SPM 2012

Reaksi :  
Tindakan : 
Semua Pengetua Sekolah Menengah.

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hebahan sebelum ini adalah berkaitan.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing akan menganjurkan program tersebut seperti butiran di bawah :

Tarikh : 9 April 2012 (Isnin)
Masa : 2.15 -5.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, Blok B, PPD Mersing.

Sasaran : 
1. Pengetua,
2. GPK 1
3. GKMP x 4
4. Penyelaras Ting.5
5. Guru BM, BI, Sejarah, Mate, Sains, Pend.Islam/Pend.Moral, 
6. Biologi, Kimia dan Fizik.


Tentatif : 
a. Nyanyian Lagu Bangsa Johor
b. Nyanyian Lagu Mersing Hebat
c. Bacaan Doa
d. Perutusan Pegawai Pelajaran Daerah Mersing
e. Pembentangan Audit Akademik SPM 2011 dan Headcount 2012.
f. Pembentangan dan  Perkongsian Pintar Sekolah.
g. Penyampaian Anugerah Kecemerlangan SPM 2011.
h. Nyanyian Lagu Negaraku.
i. Minum Petang
j. Bersurai.
 
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memastikan kehadiran guru-guru ke program tersebut.

Pihak sekolah juga diminta bersedia dengan dapatan post mortem SPM 2011, data Headcount SPM 2012 dan program-program kecemerlangan 2012.


Pihak sekolah akan dipilih secara rawak untuk membuat pembentangan.


Sekian. Wassalam.


Lampiran : 
Bicara_Sinar_SPM.pdf
Rabu, 4 April 2012

Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia untuk Majalah Sekolah

Reaksi :  



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon-calon Ijazah Pertama (Pendidikan) di Institusi Pengajian Tinggi Awam ambilan Nov / Dis 2010 dan Semester 1 2011  untuk mendapatkan tawaran  Biasiswa Perguruan Persekutuan di bawah  KPM. Permohonan boleh dibuat secara atas talian / online melalui  laman web KPM di alamat URL: http://apps.moe.gov.my/ijazah1/.
 
Permohonan secara atas talian / online dibuka mulai
2 April 2012 hingga 30 April 2012

Pengemaskinian Maklumat bagi Permohonan Biasiswa Persekutuan bagi tahun 2012

Reaksi :  
Bagi permohonan baru Biasiswa Persekutuan tahun 2012, pihak sekolah diminta untuk mengemaskini maklumat Bapa/Penjaga Utama dan maklumat Ibu/Penjaga Kedua di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Atas Talian(URL: http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia) selewat-lewatnya  15 April 2012 supaya murid-murid yang layak memohon biasiswa tidak tercicir. 

Segala kesulitan yang dihadapi adalah amat dikesali dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Hadiah Latihan bagi mengikuti Tawaran Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi Sesi 2012/2013. 

Untuk maklumat lanjut sila rujuk iklan di Lampiran.

Sekian, terima kasih.


Lampiran : 

Surat Edaran SPADA/MSPADA
Iklan Tawaran SPADA/MSPADA
Borang Permohonan Cuti Belajar Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Borang Perakuan Ketua Jabatan Bagi Permohonan Cuti Belajar Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Borang Perakuan Kedudukan Kewangan Sebelum Cuti Belajar Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Borang Maklumat Pinjaman Pendidikan/Tabung Pendidikan
Senarai Semak Program SPADA/MSPADA

Sistem Salah Laku Disiplin (SSDM) Online

Reaksi :  
Sukacita dimaklumkan Sistem Salah Laku Disiplin (SSDM) Online telah dikuatkuasakan penggunaannya secara menyeluruh oleh Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin, BPSH.

Sebarang masalah seperti lupa katalaluan dan pendaftaran sekolah baru,  sila hubungi JPN yang menyelia SSDM di negeri masing-masing. Pautan 
Sistem Salah Laku Disiplin (SSDM) Online di sini.
Jika jawapannya "YA", semua murid tingkatan 3 diminta mengambil ujian UKM1. Sekiranya berjaya dalam UKM1, UKM2 dan UKM3, peluang anda adalah cerah! 
Ujian boleh diambil melalui laman sesawang http://ukm1.permatapintar.edu.my

Maklumat mengenai Program Pendidikan PERMATApintar boleh diperolehi di laman sesawang www.permatapintar.edu.my.
Mereka yang berusia 8 - 15 tahun (Islam) dan 9 -15 tahun (bukan Islam) layak menduduki Ujian UKM1.

Oleh itu, jangan tunggu lagi, ambil langkah segera...tarikh tutup 30 April 2012.
Maklumat Lanjut :
Hubungi Md Yusoff Bin Mohamed, di Sektor Pengurusan Sekolah JPN Johor di talian 0197539945.

Mantan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia telah kembali ke Rahmatullah

Reaksi :  
Dimaklumkan bahawa Tuan Haji Omar Bin Abu Bakar, Mantan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia telah kembali ke Rahmatullah pada hari Selasa, 3 April 2012. Jenazah Allahyarham akan dibawa balik ke rumah di No. 55, Jalan Wangsa 2/7, Taman Wangsa Permai, Kuala Lumpur dan dibawa ke Masjid Al-Faezeen, Desa Jaya, Kepong pada jam 10 pagi dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Lagong, Taman Ehsan. Bersama-sama kita bersedekah Al-Fatihah kepada Allahyarham.

Peringatan : Program Bicara Sinar STPM 2012

Reaksi :  
Tindakan :

Pengetua
SMK Sri Mersing
SMK Mersing
SMK Nitar
SMK Ungku Husin
SMK Tenggaroh A

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah..

Al-Hamdulillah, hebahan sebelum ini tentang perkara tersebut adalah berkaitan.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing akan menganjurkan program tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 6 April 2012 (Jumaat)
Masa : 2.45 - 5.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing.

Sasaran :
1. Pengetua.
2. GPK 1
3. GPK Ting.6
4. Ketua Unit Kurikulum PraU
5. Penyelaras Ting. 6
6. Semua Guru yang mengajar Tingkatan Enam Atas.

Agenda :
a. Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Mersing Hebat.
b. Bacaan Doa Pembukaan Majlis.
c. Perutusan Pegawai Pelajaran Daerah Mersing.
d. Pembentangan Audit Akademik STPM 2011
e. Pembentangan pihak sekolah.
f. Penyampaian Sijil Anugerah Kecemerlangan STPM 2011.
g. Nyanyian Negaraku.

Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memastikan kehadiran guru-guru berkenaan ke program tersebut, tepat pada masa yang telah ditetapkan.

Pihak sekolah juga dikehendaki membuat pembentangan yang mengandungi dapatan Post Mortem STPM 2011, Data Headcount STPM 2012 serta Program-Program Kecemerlangan STPM 2012

Sekian. Wassalam.

Lampiran : Surat Panggilan.pdf
Selasa, 3 April 2012

Perubahan Tempat Bengkel Pemurnian Modul Program Menggilap Permata 4

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, Siri Bengkel Pemurnian Modul Program Menggilap Permata 4 bagi mata pelajaran BM dan BI telah dilaksanakan dengan jayanya pada 2 serta 3 April 2012 di Bangunan PPD Lama.

Kami merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada warga kerja bengkel tersebut.

Untuk makluman, siri bengkel berikutnya bagi mata pelajaran Sains dan Matematik adalah seperti ketetapan di bawah :

PROGRAM    :BENGKEL PEMURNIAN MODUL PROGRAM MENGGILAP PERMATA 4 (SN)
Tempat:Makmal Komputer SKSM
Tarikh:04-Apr-2012 hingga 04-Apr-2012
Masa:08:00:00 hingga 17:00:00
Peserta:15 peserta - AJK Pemurnian Modul (Guru)
Urusetia:Cik Saharazad Binti Mustaffar 



PROGRAM    :BENGKEL PEMURNIAN MODUL PROGRAM MENGGILAP PERMATA 4 (MATE)
Tempat:Makmal Komputer SKSM
Tarikh:05-Apr-2012 hingga 05-Apr-2012
Masa:08:00:00 hingga 17:00:00
Peserta:15 peserta - AJK Pemurnian Modul (Guru)
Urusetia:Cik Saharazad Binti Mustaffar



Ketetapan tempat pada 5 April 2012 bertempat di PPD Lama, terpaksa dipinda ke Makmal Komputer, SK Sri Mersing kerana gangguan elektrik di sekitar laluan pantai Mersing dari 7.00 pagi hingga 7.00 mlm. pada hari tersebut.


Sekian. Wassalam.



Isnin, 2 April 2012

Bicara Sinar SPM 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing akan menganjurkan program tersebut seperti butiran di bawah :

Tarikh : 9 April 2012 (Isnin)
Masa : 2.15 -5.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, Blok B, PPD Mersing.

Sasaran : 
1. Pengetua,
2. GPK 1
3. GKMP x 4
4. Penyelaras Ting.5
5. Guru BM, BI, Sejarah, Mate, Sains, Sejarah, Pend.Islam/Pend.Moral, 
6. Biologi, Kimia dan Fizik.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memastikan kehadiran guru-guru ke program tersebut.

Pihak sekolah juga diminta bersedia dengan dapatan post mortem SPM 2011, data Headcount SPM 2012 dan program-program kecemerlangan 2012.

Pihak sekolah akan dipilih secara rawak untuk membuat pembentangan.

Sekian. Wassalam.

Lampiran :  Bicara_Sinar_SPM.pdf

Bicara Sinar STPM 2012

Reaksi :  
Tindakan :

Pengetua
SMK Sri Mersing
SMK Mersing
SMK Nitar
SMK Ungku Husin
SMK Tenggaroh A

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing akan menganjurkan program tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 6 April 2012 (Jumaat)
Masa : 2.45 - 5.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing.

Sasaran :
1. Pengetua.
2. GPK 1
3. GPK Ting.6
4. Ketua Unit Kurikulum PraU
5. Penyelaras Ting. 6
6. Semua Guru yang mengajar Tingkatan Enam Atas.

Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memastikan kehadiran guru-guru berkenaan ke program tersebut, tepat pada masa yang telah ditetapkan.

Pihak sekolah juga dikehendaki membuat pembentangan yang mengandungi dapatan Post Mortem STPM 2011, Data Headcount STPM 2012 serta Program-Program Kecemerlangan STPM 2012

Sekian. Wassalam.

Lampiran : Surat Panggilan.pdf

Keputusan UPPM 1 (Mac) Tahun Enam 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia nikmat yang tidak terhingga.

Berhubung dengan perkara di atas, PPD Mersing dengan kerjasama JKD Headcount Sekolah Rendah amat memerlukan data keputusan berkenaan untuk disatukan bagi tujuan membuat analisis Headcount Dearah Mersing.

Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah memasukkan data berkenaan dalam SAPS secara atas talian.. Namun, atas sebab-sebab kelemahan tertentu, sistem tersebut dilihat belum stabil dan masih perlukan penambahbaikan secara drastik.

Sehubungan dengan itu, kami amat berharap agar pihak sekolah dapat menghantar data tersebut ke PPD Mersing (u.p. Unit Penilaian dan Peperiksaan) dengan menggunakan SAPD sediaada.

Sebarang kekurangan dan kelemahan, terlebih dahulu kami memohon maaf.
Wassalam.

Penangguhan Program CAKNA Mersing pada 2 dan 4 April 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, dukacitanya dimaklumkan bahawa program tersebut yang dijadualkan pada hari ini, 2 April 2012 di SK Mersing Kanan dan 4 April 2012 di SMK Ungku Husin terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan.
Sehubungan itu,pemakluman sebelum ini adalah terbatal.
Wassalam.