Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 13 April 2012

Pelan Tapak Festival Mersing Sempena Majlis Pecah Tanah Mersing Laguna

Reaksi :  





Taklimat Pengurusan Program Menggilap Permata 4 dan Halus Permata 2 Tahun 2012

Reaksi :  
Tindakan : Semua Guru Besar SK dan SJK

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa taklimat berkenaan akan diadakan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 16 April 2012 (Isnin)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing.
Pakaian : Rasmi
Sasaran : GPK1 dan Guru Bimbingan Kaunseling.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat membenarkan guru-guru berkenaan hadir dan turut serta dalam taklimat berkenaan.

Sekian. Wassalam .

Lampiran : Taklimat_PMP4.pdf
Sumber : Portal JPN Johor

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dengan sukacitanya dilampirkan Surat Arahan Kebenaran kepada pihak Sekolah untuk membelanjakan Lebihan baki PCG dan BMA bagi tahun 2011 tersebut mulai 16 Mac 2012 sehingga 31 Disember 2012 yang mana tertakhluk pada jenis dan syarat perbelanjaan seperti yang dinyatakan dalam surat yang dilampirkan bersama.

Sebarang kemusyikilan dan pertanyaan bolehlah menghubungi En. Md Yunan Bin Abd Majid di talian : 07-2310117.
Sekian terima kasih.

Khamis, 12 April 2012

Sekitar Program Bicara Sinar SPM 2012

Reaksi :  




Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

9 April 2012 (Isnin), 2.15 petang, Dewan Al-Azhar, PPD Mersing.  
Al-Hamdulillah.. Program Bicara Sinar SPM 2012 telah diadakan dengan lancar.
Program berkenaan melibatkan lebih 170 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai akademik PPD Mersing, Pengetua, GPK1, GKMP, Penyelaras Tingkatan Lima dan guru-guru yang mengajar tingkatan lima...
Kami merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Hj. Yasman bin Jamsir, Pegawai Pelajaran Daerah Mersing atas kesudian beliau turun padang ke program berkenaan dan menyampaikan  ucapan seterusnya menyempurnakan penyampaian Sijil Anugerah Kecemerlangan SPM 2011 kepada pihak sekolah yang terlibat.
Kami turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada penerima-penerima anugerah tersebut. Kami juga sentiasa mendoakan kecemerlangan untuk warga pendidikan Mersing. Semoga semangat Mersing Hebat tetap kekal bersemarak dalam diri setiap warga pendidikan Mersing.
Terima kasih atas komitmen semua pihak menjayakan program berkenaan, walau apapun peranan mereka.  Wassalam

Lampiran : Anugerah_SPM_2011.pdf

Sekitar Program Bicara Sinar STPM 2012

Reaksi :  


Assalamu a'laikum wth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, kami merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Program Bicara STPM 2012 pada jam 2.45 petang, 6 April 2012 (Jumaat) di Dewan Al-Azhar, PPPD Mersing.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cik Ainul Hayati Abd. Raof, Timbalan PPD Mersing kerana sudi hadir dan seterusnya menyampaikan Sijil Anugerah Kecemerlangan STPM 2011 kepada pihak sekolah.
Kami turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada penerima-penerima anugerah berkenaan. Moga ianya boleh memberi perangsang untuk terus berusaha merealisasikan hasrat Mersing Hebat.
Terima kasih juga kepada semua warga kerja program tersebut atas komitmen dan semangat kerjasama yang telah ditunjukkan. Wassalam.

MAKLUMAN PERGERAKAN GPK SEKOLAH RENDAH

Reaksi :  
Assalamu a'laikum dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan pergerakan tersebut adalah seperti berikut:-

1. EN BAHAROM BIN MOHAMMED GPK Koku SK Teluk Lipat,Endau ditukarkan sebagai Guru Besar SK Pulau Sibu.

2. EN MOHD AZRAN BIN JUSOH GPK Koku SK Tenglu,Mersing ditukarkan sebagai GPK Koku SK Teluk Lipat,Endau.

3. PN HAIRANI BINTI PON GPK Koku SK Tenggaroh 2 ditukarkan sebagai GPK Koku SK Tenglu,Mersing

4. PN IS ROHA BINTI MUSA Guru Penolong SK Penyabong dilantik sebagai GPK Hal Ehwal Murid SK Nitar 1,Mersing.

Pertukaran ini berkuatkuasa mulai 1 April 2012.

Sekian untuk makluman tuan/puan.
Jika anda mahu mengisi masa cuti akhir tahun 2012 dengan program berkenaan, bolehlah mengambil Ujian PERMATApintar UKM1 di laman sesawang www.permatapintar.edu.my. 
Murid-murid yang terpilih akan dikehendaki menduduki Ujian PERMATApintar UKM2 dan sekiranya layak akan terpilih menyertai Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara Universiti Kebangsaan Malaysia dan Johns Hopkins University Center for Talented Youth.

Kelayakan umur menduduki Ujian PERMATApintar UKM1 adalah 8 hingga 15 tahun bagi murid beragama Islam, manakala yang bukan beragama Islam adalah dari 9 hingga 15 tahun.

Bertindak segera kerana ujian ini akan ditamatkan pada 30 April 2012. Sebarang pertanyaan sila hubungi Md Yusoff Bin Mohamed, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Johor di talian 019-7539945.
Rabu, 11 April 2012

Program Penajaan Pengajian Untuk Pelajar Cemerlang Diumum

Reaksi :  

Timbalan Perdana Menteri hari ini mengumumkan program penajaan pengajian kepada para pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2011.

Bagi mengiktiraf kecemerlangan mereka, Kerajaan mengumumkan kaedah pengurusan dan penawaran penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan di luar negara di peringkat Ijazah Pertama dan persediaan pra-universiti.

Sebagaimana yang telah dipersetujui oleh Kabinet, Kerajaan melalui JPA dan KPM telah meneruskan penajaan biasiswa kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan di luar negara pada tahun ini.

Peraturan Kalam Jama'ie

Reaksi :  
Peraturan Kalam Jama'ie 2012 boleh dimuaturun melalui Portal Rasmi Bahagian Pendidikan Islam di www.bpi.edu.my melalui menu >> Muaturun >> PDSI atau boleh terus klik di [ Peraturan Kalam Jama'ie ]

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2012M/1433H dengan tema “ Al Quran Menjana Transformasi Ummah ”.
Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan Pindaan Peraturan Festival Nasyid mulai 2012, Sukatan PNP Lirik Lagu Kedua dan cadangan Takwim Pelaksanaan.
Maklumat lanjut berkaitan dengan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dimuat turun di portal bahagian ini di www.bpi.edu.my melalui menu >> Muaturun >> PDSI >> Festival Nasyid atau klik [Festival Nasyid ]
Perhatian dan kerjasama Yang Berbahagia Dato’/Datin/Tuan/Puan, amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Dialog Nasional Pendidikan Bermula

Reaksi :  

Dialog Nasional Pendidikan Negara yang berusaha mendapatkan input bagi merangka pelan pendidikan yang mampu melahirkan pelajar berdaya saing dan boleh mengaplikasikan pengetahuan telah dimulakan dengan penyertaan lebih 3,000 warga Kementerian Pelajaran Malaysia dari seluruh negara.

Semasa berucap ketika melancarkan dialog dan laman web Dailog Nasional Pendidikan Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia Timbalan Perdana yang juga Menteri Pelajaran menegaskan, laporan maklum balas berhubung penilaian semula sistem pendidikan kebangsaan itu dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga bulan, manakala laporan akhir dijangka dapat dijadikan “roadmap” pada akhir tahun ini.

Baca lagi di sini...

Lampiran : Teks Ucapan TPM..

Media : NO NEED FOR NEW STPM FORMAT

Reaksi :  


Ministry of Education (MOE) would like to refer to the letter titled “No need for new STPM format” by Lau Bing in The Sunday Star dated March 18, 2012.
 
The Malaysian Examinations Council (MEC) is pleased to inform that the change in the STPM examination system to the new STPM Assessment System is in accordance with the Education Transformation Programme.
 
In the new STPM Assessment system, the duration of sixth form studies is similar to the present system. The subjects offered and the system of grading remains the same.

Media : SISTEM IPG DI TAKUK LAMA TAK BANTU PERKEMBANGAN PELAJAR, PENSYARAH

Reaksi :  


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Pensyarah Matang, Kuala Lumpur” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 9 Mac 2012 – Sistem IPG di takuk lama tak bantu perkembangan pelajar, pensyarah.
 
Merujuk kepada kenyataan pengadu berkaitan pensyarah yang mempunyai ijazah kedoktoran tidak mendapat keistimewaan dari segi kenaikan pangkat, dimaklumkanpermohonan urusan kenaikan pangkat dibuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Kelayakan ijzah kedoktoran (PhD) hanya digunakan dalam kriteria penilaian bagi urusan pemangkuan Guru Cemerlang, Pengetua Cemerlang dan Pegawai Cemerlang di mana markah pemberat atau margin of preference (MOP) yang lebih besar diberikan kepada pegawai yang memiliki kelayakan yang lebih tinggi. Pengisian kuota kenaikan pangkat melalui laluan cemerlang bagi setiap gred kepada pemegang PhD juga perlu dilaksanakan secara terbuka dan tidak berdasarkan nisbah tertentu.

Media : KEPERITAN BEBAN GURU TIDAK BOLEH DISELAMI DARI JAUH

Reaksi :  



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Rose, Malaysia” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 9 Mac 2012 – Keperitan beban guru tidak boleh diselami dari jauh.
 
Pengadu menyatakan bahawa guru-guru dibebankan dengan pelbagai tugas dan kerja yang berulang-ulang serta membazir masa dan tenaga mereka.
 
KPM amat prihatin terhadap beban tugas yang dihadapi oleh guru. Sehubungan itu, Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu Bebab Tugas Guru (JKPMIBTG) telah ditubuhkan bagi menangani isu beban tugas guru.
 
Merujuk kepada pelbagai sistem yang perlu digunakan oleh guru, KPM kearah melaksanakan satu sistem ‘Single Entry’ dalam semua aspek pengurusan sekolah termasuklah pengurusan markah. KPM  sedang memperluaskan penggunaan 1Bestari Net secara berperingkat di semua sekolah bawah KPM bagi menggantikan Schoolnet.
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Media : DUIT BANTUAN RM100

Reaksi :  


Arahan KPM kepada sekolah-sekolah semasa peruntukan diturunkan ke akaun sekolah sekitar bulan November 2011 & Disember 2011 adalah supaya:

1. Sekolah Rendah membayar peruntukan tersebut kepada pelajar yang layakTahun 1 – Tahun 6 Sesi Persekolahan 2011 (Tahun 2 – Tingkatan 1 Sesi Persekolahan 2012).

2. Sekolah Menengah membayar peruntukan tersebut kepada pelajar yang layakTingkatan 1 – Tingkatan 4 Sesi Persekolahan 2011 (Tingkatan 2 – Tingkatan 5 Sesi Persekolahan 2012).

3. Hanya pelajar Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012 sahaja yang akan dibayar lewat sedikit setelah Sesi Persekolahan 2012 bermula.
 
Oleh yang demikian, pelajar Tingkatan 1 Sesi Persekolahan 2012 sepatutnya menerima peruntukan tersebut di sekolah rendah masing-masing.
 
Maklumat pelajar Tingkatan 1 Sesi Persekolahan 2012 mendapat peruntukan tersebut di sekolah menengah adalah TIDAK TEPAT.
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Sumber : Portal KPM



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “SILVERWARNA:BHA08917” dalam ruangan Rakan@bh akhbar Berita Harian bertarikh 2 Februari 2012.
 
KPM merujuk kepada SMS – Kecewa dengan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) yang meluluskan perpindahan guru tanpa menyelidik masalah kekurangan guru di sekolah asal guru yang berpindah.
 
BPTV memaklumkan bahawa semua urusan pertukaran guru adalah berdasarkan prosedur yang ditetapkan sebagaimana Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/75 Panduan bagi Pertukaran Guru-guru. Bahagian ini sentiasa mempertimbangkan kriteria dan wajaran yang perlu diambil kira bagi pertimbangan kelulusan pertukaran. Antara faktor-faktor yang dipertimbangkan dalam menguruskan pertukaran termasuklah:
 
i.  Keperluan mengikut opsyen
ii. Kepentingan-kepentingan perkhidmatan
iii.Masalah peribadi (mengikut suami/rawaan khas perubatan bagi guru. Isteri/suami atau anak-anak masih dalam tanggungan)
iv.Tempoh perkhidmatan
v. Pembahagian guru-guru terlatih dan berpengalaman yang saksama
vi.Pembahagian guru-guru lelaki dan wanita yang munasabah di sekolah-sekolah dalam kawasan yang sama terutama dalam bandar-bandar besar.
vii.Masalah khas perjawatan dalam kategori sekolah tertentu.
 
Sehubungan itu, BPTV mengambil berat dengan aduan yang dilaporkan dan akan sentiasa memastikan semua urusan pertukaran guru dipertimbangkan sewajarnya mengikut SPI Bil 3/75.
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Surat kepada Pengarang : KESAL SIKAP STAF BPG

Reaksi :  


Baca penjelasan KPM di sini..
Sumber : Portal KPM



Jawatankuasa khas yang telah ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran untuk menangani isu kekurangan guru di SJKC sebagaimana yang diputuskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri adalah bukti Kerajaan benar-benar komited dan serius dalam menyelesaikan isu tersebut dengan segera dan efektif.
Sebagai sebuah Kerajaan yang prihatin, langkah-langkah sistematik, dasar yang seragam dan berterusan telah dan sedang pun diambil untuk menangani isu kekurangan guru di SJKC.
Oleh itu saya berharap masyarakat Cina menyambut baik langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang yang telah diumumkan oleh jawatankuasa tersebut pada 20 Mac lalu kerana sekolah rendah jenis kebangsaan tidak pernah diasingkan daripada sistem pendidikan negara kita.
Langkah yang diambil ini juga bukan kerana tekanan yang dibuat oleh mana-mana pihak dan kesimpulan bahawa Kerajaan telah mengambil langkah tersebut hanya setelah tekanan dibuat oleh pihak-pihak tertentu adalah tidak benar.
Sumber : Portal KPM



Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas dan salinan surat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) rujukan JPA(I)S.179/17/2-4/ (31) bertarikh 28 Mac 2012 yang disertakan bersama ini.

2.           Sukacita dimaklumkan bahawa JPA melalui surat di atas telah mempelawa pegawai Kumpulan Sokongan Gred 27 – 40 yang berminat untuk mengikuti Program Pembangunan Eksekutif di Central Officials Training (COTI), Republik Korea. Program ini akan berlangsung selama 14 hari bermula dari 9 September 2012 sehingga 22 September 2012.

3.           Sehubungan itu, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan adalah dipelawa untuk mengemukakan pencalonan pegawai Kumpulan Sokongan Gred 27 - 40 yang layak dan berminat di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan untuk mengikuti program di atas sepertimana syarat-syarat dan tatacara permohonan di dalam surat tawaran JPA tersebut. Pemohon hendaklah melengkapkan borang-borang dan dokumen-dokumen seperti berikut:

i)        Borang JPA (L)LDP 1A/96;  
ii)       Borang Perakuan Ketua Jabatan;
                        iii)      Senarai Tugas;
                        iv)      Salinan Kad Pengenalan calon; dan
                        v)      Borang Tambahan Perakuan Pemohon

4.           Bersama-sama ini juga disertakan borang-borang dan maklumat tawaran kursus untuk tindakan pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan jua. Tarikh tutup permohonan di peringkat KPM adalah pada 24 April 2012 (Selasa). Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup di peringkat KPM, dokumen yang tidak lengkap dan tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses untuk pertimbangan. Permohonan lengkap hendaklah dialamatkan kepada:
Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan,
Aras 4, Blok E12, Kompleks Kerajaan Parcel E
62604 PUTRAJAYA.
(u.p: Unit Latihan Dalam Perkhidmatan)
Tel        : 03-8884 7942
Faks     : 03-8884 7925

5.      Di atas segala kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 

Saya yang menurut perintah,

(ROSLI BIN ABD HAMID)

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
b.p Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
s.k :   SUB (SM)
          TSUB (L)
Lampiran :
Sumber : Portal KPM



TEKS UCAPAN TPM / MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
DI MAJLIS DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA
Bersama Warga KPM
9 April 2011, UKM, 2.30 Petang

Lampiran : Teks..
Sumber : Portal KPM



Pelajar-pelajar cemerlang lepasan SPM 2011 yang memperoleh sekurang-kurangnya 9A+ akan ditawarkan secara automatik penajaan di bawah Program Bursary Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan di dalam negara.
Pelajar yang layak boleh membuat semakan dan pengemaskinian profil pelajar Program Bursary mulai 16 April 2012 di laman sesawang KPM. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.moe.gov.my atau hubungi talian help desk 03-8321 7086 atau emel pertanyaan kepada bt.bursary@moe.gov.my.

KERATAN AKHBAR YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PELAJARAN YAB TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PROGRAM PENAJAAN BAGI LULUSAN SPM 2011.