* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 21 April 2012

Sekitar Seminar Teknik Menjawab MP Sejarah STPM Daerah Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa program tersebut telah dilaksanakan dengan lancarnya pada 21 April 2012 (Sabtu) mulai jam 9.00 pagi hingga 12.00 tgh. di Dewan Al-Azhar, PPD Mersing.

Program tersebut telah dihadiri oleh 54 orang pelajar Ting. 6 Atas dan 15 orang guru.

Kami merakamkan jutaan terima kasih atas komitmen semua pihak yang terlibat menjayakan program program tersebut terutama Majlis Perhubungan Guru-Guru Tingkatan Enam Daerah Mersing.
Tahniah. Wassalam.



Jadual Pelaksanaan Program Menggilap Permata 4

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, berikut dilampirkan jadual berkenaan serta dokumen yang berkaitan untuk tindakan pihak sekolah.

Lampiran :

Agihan Peserta PMP4
Jadual Pelaksanaan 2012
Borang Pengurusan PMP4

Sekitar Difusi Modul Program Menggilap Permata 4

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya kami merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada warga kerja Program Menggilap Permata 4 (Tahun 2012) terutama Pengerusi JKD Kecemerlangan UPSR SK, Guru Besar SK Sawah Dato' atas inisiatif dan komitmen yang telah ditunjukkan.
Program tersebut telah berjalan dengan lancar dan baik pada 21 April 2012 (Sabtu) mulai jam 8.30 oagi hingga 1.00 petang di SK Sawah Dato'.
Program berkenaan disertai oleh 80 orang guru-guru tahun enam mengikut mata pelajaran dan 5 orang  moderator.
Semoga usaha ini diberkati Allah SWT dan memberi impak kepada kecemerlangan UPSR Daerah Mersing Tahun 2012.
Wassalam. MERSING HEBAT.





Jumaat, 20 April 2012

Aktiviti Akademik pada 21 April 2012 (Sabtu)

Reaksi :  

1.PROGRAM    :SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SEJARAH STPM
Tempat:Dewan Al-Azhar PPD Mersing
Tarikh:21-Apr-2012 hingga 21-Apr-2012
Masa:08:30:00 hingga 17:00:00
Peserta:50 peserta - Calon-Calon STPM 2012
Urusetia:Us. Wan Nadzri Bin Wan Abd Rahman dan En.Mohd. Fakarudin

2.PROGRAM    :PROGRAM DIFUSI MODUL UNTUK GURU PROGRAM MENGGILAP PERMATA 4 TAHUN 2012
Tempat:SK SAWAH DATO
Tarikh:21-Apr-2012 hingga 21-Apr-2012
Masa:08:30:00 hingga 13:00:00
Peserta:110 peserta - GURU TAHUN 6 KELAS ELIT UNTUK MATA PELAJARAN BM, BI, SAINS DAN MATEMATIK
Urusetia:Cik Saharazad Binti Mustaffar dan Ust. Wan Nadzri Wan A.Rahman
Khamis, 19 April 2012

Jemputan Sesi Profesional Kelab Warga PPD Mersing

Reaksi :  
Tindakan : Semua Ahli Kelab Warga PPD Mersing

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa sesi berkenaan akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 20 April 2012(Jumaat)
Masa: 10:30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing.

Agenda :

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi Kelab.
2. Ucapan Mantan Pengerusi
3. Penyerahan Tugas Pengerusi
    • Perlembagaan Kelab.
    • Penyata Kewangan.
    • Laporan Aktiviti yg lepas.
    • Nota Serah Tugas
    • Aktiviti Rutin
    • Aktiviti Developmental
    4. Cadangan dan Pemilihan JK Baru
    5. Hal-Hal lain.

      Sehubungan itu, mohon jasa baik semua ahli Kelab Warga PPD Mersing agar dapat menghadirkan diri ke sesi tersebut seperti ketetapan di atas.
      Sekian. Wassalam.

      Jemputan ke Tafaqquh Ilmi Siri 2

      Reaksi :  
      As-Salam dan Salam Sejahtera,

      Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat berkaitan kursus berkenaan adalah seperti lampiran di bawah :-


      Lampiran :
      Surat Tawaran Kursus
      Borang Tambahan Perakuan Pemohon
      Surat JPA Tawaran Kursus Economic Partnership Program (EPP)

      Pelajar-pelajar cemerlang lepasan SPM 2011 yang memperoleh 9A+ dan ke atas akan ditawarkan Bursary Kementerian Pelajaran Malaysia secara automatik bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan di dalam negara.

      Pelajar yang layak boleh membuat semakan dan pengemaskinian di aplikasi profil Bursary Pelajar Cemerlang Lepasan SPM 2011 mulai 16 April 2012 di http://apps.moe.gov.my/bursaryspm2011/. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian help desk 03-83217086 atau emel pertanyaan kepada bt.bursary@moe.gov.my.

      KENYATAAN AKHBAR YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PELAJARAN YAB TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PROGRAM PENAJAAN BAGI LULUSAN SPM 2011.

      Pesta Buku Terbesar

      Reaksi :  
      Rabu, 18 April 2012

      Program Difusi Modul Program Halus Permata 2

      Reaksi :  
      Tindakan : Semua Guru Besar SK

      Assalamu a'liakum wrth dan Salam Mahabbah.

      Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama JKD Kecemerlangan UPSR akan menganjurkan program tersebut seperti ketetapan berikut :

      Tarikh : 28 April 2012 (Sabtu)
      Masa : 8.30 pagi -1.00 petang
      Tempat : SK Sri Mersing
      Sasaran : Seorang guru bagi setiap mata pelajaran BM, BI, Sains dan Matematik Tahun 6 2012.(Kelas Halus)
      Pakaian : Rasmi

      Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihka sekolah agar dapat memastikan kehadiran guru-guru berkenaan ke program berkenaan.
      Sekian .Wassalam.

      Lampiran : Difusi_Modul_Halus_Permata.pdf

      Program Difusi Modul Program Menggilap Permata 4

      Reaksi :  
      Tindakan : Semua Guru Besar SK

      Assalamu a'liakum wrth dan Salam Mahabbah.

      Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama JKD Kecemerlangan UPSR akan menganjurkan program tersebut seperti ketetapan berikut :

      Tarikh : 21 April 2012 (Sabtu)
      Masa : 8.30 pagi -1.00 petang
      Tempat : SK Sawah Dato'.
      Sasaran : Seorang guru bagi setiap mata pelajaran BM, BI, Sains dan Matematik Tahun 6 2012. (Kelas Elite)
      Pakaian : Rasmi

      Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihka sekolah agar dapat memastikan kehadiran guru-guru berkenaan ke program berkenaan.
      Sekian .Wassalam.

      Lampiran : Difusi_Modul_PMP4.pdf

      PERINGATAN : DATA PENCAPAIAN PELAJAR SPM 2012

      Reaksi :  
      Terima kasih atas keperihatinan tuan mengembalikan borang yang memaparkan sasaran prestasi SPM bagi calon SPM tahun ini.

      Namun masih ada seklolah tuan yang BELUM berbuat demikian. Sekoalh berkenaan adalah :
      1. SM Sains Sultan Iskandar
      2. SMK Sri Mersing
      3. SMK Anjung Batu
      4. SMK Tan Sri Abdul Kadir

      Untuk memudahkan urusan ini, mohon lengkap borang yang dilampirkan dan fakskannya kepada PPPD Bahasa & Bahasa Inggeris kami selewat-lewatnya pada 20 April 2012 jam 12 tengah hari.

      Kerjasama tuan amat kami hargai.
      Sekian, terima kasih.


      Lampiran : data_collection_spm_2012.xls

      Makluman Pertukaran Penyelia Pendidikan Islam

      Reaksi :  
      Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

      Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Ust. Othman bin Ahmad, Penyelia Pendidikan Islam, PPD Mersing telah bertukar ke PPD Kota Tinggi dengan jawatan yang sama berkuatkuasa 1 April 2012.
      Kami warga pendidikan daerah Mersing merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas jasa, bakti beliau sepanjang bertugas di PPD Mersing sejak 3 tahun lepas.
      Moga beliau akan terus cemerlang dalam karier dan apa sahaja bidang yang diceburi.
      Wassalam.
      Selasa, 17 April 2012

      Penjaminan Kualiti PBS Tahun 1 dan 2 di SR dan Ting.1 di SM

      Reaksi :  
      Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

      Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah wajib dilaksanakan di Tahun 1 dan 2 serta Tingkatan 1. Lembaga Peperiksaan Malaysia sedang membuat pemantauan pengoperasian PBS di sekolah mulai 1 April 2012 bagi memastikan prosedur yang berkaitan PBS dipatuhi.

      Pengetua dan Guru Besar diminta membuat pemantauan kendiri dengan menggunakan borang lampiran A berpandukan panduan di lampiran B.

      Sehuhungan itu, berikut disertakan surat siaran berkenaan untuk tindakan pihak sekolah.
      Wassalam.

      Lampiran : Penjaminan_Kualiti_PBS.pdf

      Bahan Kursus Pendedahan Capasity Building

      Reaksi :  
      Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

      Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor telah menganjurkan kursus berkenaan seperti ketetapan berikut :

      Tarikh : 17 April 2012 (Selasa)
      Masa : 9.30 pagi - 1.00 petang
      Tempat : Dewan Seminar Utama Aras 6, JPN Johor
      Penceramah : En. Chew Hook Liong, IAB Zon Selatan.

      Sehubungan itu, berikut disertakan bahan kursus berkenaan untuk makluman dan tindakan rakan-rakan pengunjung yang dikasihi. Wassalam.

      Lampiran : Capasity_Building.pdf
      Ahad, 15 April 2012

      Kursus Penyebaran Sistem Pentaksiran Baharu STPM 2012 Negeri Johor

      Reaksi :  
      Tindakan : Pengetua SMKM, SMKSM, SMKUH, SMKTA, SMKN


      Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


      Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor telah dan akan menganjurkan siri kursus tersebut seperti ketetapan berikut :


      Tarikh : 12-13 April 2012 (Khamis-Jumaat)
      Masa : mulai 9.00 pagi 12/4/2012
      Tempat : 
      1. Tropical Inn, JB (Sejarah, Geografi dan MS)
      2. Hotel Pelangi, Muar (PPN, Syariah, Sains Sukan, Bahasa Arab)
      Sasaran : Guru-Guru MP berkenaan di Tingkatan Enam.

      Tarikh : 16-17 April 2012 (Isnin-Selasa)
      Masa : mulai 9.00 pagi 16/4/2012
      Tempat : 
      1. Tropical Inn, JB (PSV dan Mate)
      2. Hotel Pelangi, Muar (EKON, P.AKN, K.MEL, KOM)
      Sasaran : Guru-Guru MP berkenaan di Tingkatan Enam.


      Tarikh : 23-24 April 2012 (Isnin-Selasa)
      Masa : mulai 9.00 pagi 23/4/2012
      Tempat : 
      1. Tropical Inn, JB (Pengajian Am)
      2. Hotel Pelangi, Muar (Fizik, Kimia, Biologi, BM)
      Sasaran : Guru-Guru MP berkenaan di Tingkatan Enam.


      Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memastikan kehadiran guru-guru berkenaan ke siri kursus berkenaan seperti jadual di atas.


      Urusan surat menyurat akan dipanjangkan secara terus kepada pihak sekolah dari semasa ke semasa oleh pihak Jabatan Pelajaran Johor.


      Wassalam.

      Lagi Peringatan Taklimat Penataran PBS Tingkatan 1

      Reaksi :  
      Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

      Al-Hamdulillah, siri taklimat berkenaan akan diteruskan pada minggu ini seperti berikut :

      Tarikh : 16-18 April 2012
      Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
      Tempat : PKG Bandar Mersing (Bahasa Melayu), SMK Mersing (Matematik)
      Sasaran : Guru-Guru yang mengajar mp BM dan Mate Ting. 1


      Tarikh : 23-25 April 2012
      Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
      Tempat : PKG Bandar Mersing (Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Arab)
      Sasaran : Guru-Guru yang mengajar mp BC, BT dan BA Ting. 1


      Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memastikan kehadiran guru-guru berkenaan seperti ketetapan di atas.
      Wassalam.

      Lampiran : Jadual Taklimat PBS Ting.1

      Guru perlu lalui penilaian integriti

      Reaksi :  

      Murid Cemerlang Terima Penajaan

      Reaksi :