* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................

Dari Hati Ke Hati

PPD Mersing : Selamat Menduduki UPSR 2017

Khamis, 26 April 2012

Sekitar Pra Pembentangan Pencalonan SKK 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan "road tour" membantu sekolah-sekolah yang dicalonkan untuk Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2012..
Terdapat dua buah sekolah di daerah Mersing yang terpilih dan akan diverifikasi oleh pihak Jemaah Nazir Jaminan Kualiti (JNJK) pada bulan Mei nanti.

Sekolah yang terlibat :
1. SMK Sri Mersing
2. SK LKTP Tenggaroh 06


Majlis Pra Pembentangan berkenaan telah diadakan pada 26 April 2012 di SMK Tun Habab, Kota Tinggi.


Wassalam..


Rabu, 25 April 2012

Peringatan : Program Difusi Modul Program Halus Permata 2

Reaksi :  
Tindakan : Semua Guru Besar SK

Assalamu a'liakum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama JKD Kecemerlangan UPSR akan menganjurkan program tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 28 April 2012 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi -1.00 petang
Tempat : SK Sri Mersing
Sasaran : Seorang guru bagi setiap mata pelajaran BM, BI, Sains dan Matematik Tahun 6 2012.(Kelas Halus)
Pakaian : Rasmi

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihka sekolah agar dapat memastikan kehadiran guru-guru berkenaan ke program berkenaan.
Sekian .Wassalam.

Lampiran : Difusi_Modul_Halus_Permata.pdf

Pemantauan Kunjung Bantu Persediaan Sekolah Calon SKK Fasa 7 Negeri Johor 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan "road tour" membantu sekolah-sekolah yang dicalonkan untuk Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2012..
Terdapat dua buah sekolah di daerah Mersing yang terpilih dan akan diverifikasi oleh pihak Jemaah Nazir Jaminan Kualiti (JNJK) pada bulan Mei nanti.

Sekolah yang terlibat :
1. SMK Sri Mersing
2. SK LKTP Tenggaroh 06


Sehubungan dengan itu, Pengetua atau Guru Besar dan Guru yang mengurus pencalonan SKK perlu hadir untuk sesi kunjung bantu seperti butiran berikut :

Tarikh : 26 April 2012 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : SMK Tun Habab, Kota Tinggi.

Sila bawa bahan atau dokumen berikut :

1. Pembentangan power point bagi verifikasi SKK.
2. Penarafan kendiri yang terkini (menggunakan SKPM Versi 2003)
3. Komputer Riba.

Mohon pastikan kehadiran tuan/puan ke program tersebut.
Wassalam.

Lampiran : Surat JPNJ_SKK.pdf

Jadual Program Menggilap Permata dan Halus Permata SJK 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Program Menggilap Permata dan Halus Permata SJK akan diteruskan pada tahun 2012.

Pelaksanaan adalah dibuat secara berasaskan sekolah. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memastikan pelaksanaan program berkenaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Wassalam.

Lampiran :
SJKCPC.pdf
SJKCKH.pdf
SJKCCC.pdf
SJKC_Jemaluang.pdf
SJK_Tamil.pdf

Peperiksaan Setara Jabatan Pelajaran Johor 2012

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor telah menetapkan pelaksanaan peperiksaan setara berkenaan seperti berikut :

Sekolah Menengah :
  • Peperiksaan Setara Pertengahan Tahun bagi Tingkatan 3 dan 5.
  • JSI Setara Peperiksaan Percubaan PMR dan SPM.
  • Peperiksaan Percubaan STPM.
  • Peperiksaan Setara Akhir Tahun Tingkatan 1,2 dan 4.
Sekolah Rendah :
  • Peperiksaan Setara Percubaan UPSR.
  • Peperiksaan Setara Akhir Tahun bagi Tahun 3,4 dan 5.
Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memberikan kerjasama yang sebaiknya kepada pelaksanaan program tersebut.
Berikut dilampirkan surat JPNJ.SPA(05)/600-6/2/1 Jld.2 (4) dan skop peratus cakupan pemberatan soalan bagi Peperiksaan Setara Pertengahan Tahun bagi Tingkatan 3 dan 5 untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.
Wassalam.

Lampiran :  Surat Saiaran JPNJ.pdf