* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 5 Mei 2012

Anugerah Pengurusan Profesional Berprestasi Tinggi

Reaksi :  

Assalamu a'laikum wrth. dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada MAJLIS GURU CEMERLANG DAERAH MERSING kerana telah dianugerahkan ANUGERAH PENGURUSAN PROFESIONAL BERPRESTASI TINGGI TAHUN 2012.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Hj. Yasman bin Jamsir, Pegawai Pelajaran Daerah Mersing dalam Perhimpunan Bulanan PPD Mersing pada 30 April 2012 baru-baru ini.

TAHNIAH. Wassalam.

Lakaran Anugerah Pengurusan Profesional Berprestasi Tinggi PPD Mersing

TAHUN 2008

1. EN.DZULKIFLI JAAFAR
Penyelia Kanan Teknik & Vokasional
2. PN. SAPURA IBRAHIM
Pembantu Am Pejabat N1
3. PN.NORAZITA MD.TAIB
Pembantu Tadbir Rendah N11

TAHUN 2009

PN.WAN SUZELAWATY WAN MAHMOOD
Pembantu Tadbir Kewangan

TAHUN 2010

1. PN. MAIMUNAH MOHAMAD
Penyelia Kanan Penilaian dan Peperiksaan
2. UST. OTHMAN AHMAD
Penyelia Pendidikan Islam
3. PN. ANG SWEE HOON
Guru Besar SJKC Kg. Hubong

TAHUN 2011

1. EN. MOHAMED AZHAR BIN SHAHRUDDIN
GPK1 SK Sawah Dato'
2. EN. MOHD. FADZILAH BIN MOHD. ALI
GPK1 SK Sri Mersing.
3. EN. KOO CHEE KIONG
GPK1 SJKC Pai Chee

TAHUN 2012

1. Majlis Guru Cemerlang Daerah Mersing.

TAHNIAH DAN SYABAS.
Teruskan berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.
Assalamu a'alikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa selepas mengambil kira beberapa sebab-sebab dan faktor-faktor tertentu yang tidak dapat dielakkan, demi kemaslahatan warga pendidikan Mersing, maka Mesyuarat Mingguan PPD Bil. 14 Tahun 2012 pada 4 Mei 2012 telah memutuskan penangguhan program tersebut.

Sehubungan itu, mohon kerjasama semua pihak dan AJK Sambutan Hari Guru agar dapat memakai baju batik sediada semasa Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Mersing pada 23 Mei 2012 nanti.

Sehubungan itu juga , mohon kerjasama semua pihak agar dapat menghormati keputusan tersebut, sekaligus memartabatkan sistem syura dalam apa sahaja keputusan yang dibuat.
Wassalam.
Rabu, 2 Mei 2012

JADUAL PEPERIKSAAN SETARA PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 3, TINGKATAN 5,TINGKATAN ENAM ATAS TAHUN 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor telah bersetuju melaksanakan peperiksaan setara pertengahan tahun 2012. 
Jadual Waktu Peperiksaan Setara haruslah dipatuhi mengikut tarikh yang ditetapkan seperti lampiran :
Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat mematuhi jadual dan prisedur yang telah ditetapkan agar tidak timbul isu-isu yang berbangkit di kemudian hari


Pihak sekolah juga diminta memastikan analisis dan pengesanan kemajuan murid dibuat dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) mengikut ketetapan sebelum ini.


Sebarang persoalan dan maklumat lanjut, boleh dirujuk kepada Majlis Pengetua Sekolag Menengah (u.p, Pengetua SMK Nitar).
Sekian. Wassalam.


Lampiran :
Surat_JPNJ-Pep._Setara.pdf
Panduan_Pengendalian_Pep.Setara.pdf
Jadual_Peperiksaan_Setara_Stgh_Tahun_Ting._3_5_6_Atas_2012.pdf
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan Menu Perkataan dan Daftar Istilah Sains dan Matematik bagi kemudahan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik.

Menu perkataan dan daftar istilah tersebut telah dimuat naik ke dalam portal rasmi KPM. Sehubungan itu, semua guru dan murid boleh mengakses menu tersebut dengan melayari
http://www.moe.gov.my/index.php?id=328&lang=my  sebagai rujukan untuk pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik. Perincian Panduan Penggunaan Menu Perkataan dan Daftar Istilah tersebut adalah seperti dalam Lampiran di bawah.

Lampiran - Panduan Penggunaan Menu Perkataan dan Daftar Istilah
URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEBAGAI GURU CEMERLANG DI SEKOLAH DAN PENSYARAH CEMERLANG DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU, INSTITUT AMINUDDIN BAKI, KOLEJ METRIKULASI DAN ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2012

Lampiran : 
Iklan Guru Cemerlang 2012
Lampiran A1 Syarat2 Khusus Permohonan Guru Cemerlang PPPLD
Lampiran A2 Syarat2 Khusus Permohonan GC PPPS SR
Lampiran A3 Syarat2 Khusus Permohonan GC PPPS
Lampiran A4 Syarat Khusus GC PPPS ExPPPLD
Lampiran A5 Syarat2 Khusus Permohonan PC IPG
Lampiran B1 Borang Permohonan Guru Cemerlang Tahun 2012
Lampiran B2 Borang Permohonan Pensyarah Cemerlang IPG Tahun 2012
Lampiran C Kenyataan Ketua Jabatan Tahun 2012
Lampiran D Surat Akuan Pinjaman Pendidikan Tahun 2012
Lampiran E Senarai Alamat JNJK Tahun 2012
Lampiran T1 Tapisan Keutuhan Tahun 2012

KAJIAN PEMUTIHAN PERJAWATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2012

Reaksi :  
SEMUA SEKOLAH DI BAWAH KPM PERLU MENGEMAS KINI SMG/ E-OPERASI
DARI 25 APRIL 2012 - 10 MEI 201
Layari http://apps.moe.gov.my/eoperasi bagi maklumat lanjut.
SILA LIHAT DI SINI.

Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah Tahun 2012

Reaksi :  
Sukacita dimaklumkan bahawa semakan Tawaran ke Tingkatan Enam Bawah Penuh Tahun 2012 boleh dibuat di laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia Bermula 25 April 2012 (Rabu).
Pelajar-pelajar yang layak di bawah Bursary Pelajar Cemerlang Lepasan SPM tahun 2011 KPM hendaklah memilih dan mendapatkan tempat bagi mengikuti program persediaan di salah satu institusi yang telah ditetapkan serta membuat pengesahan penerimaan tawaran Bursary KPM.
Sila lihat butiran selanjutnya di sini..

SEMAKAN TAWARAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013

Reaksi :  
Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat semakan dan tawaran serta penempatan PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013 bagi calon-calon yang telah memohon pada tahun lepas (1 Julai hingga 10 Oktober 2011) melalui internet  boleh disemak di laman sesawang KPM www.moe.gov.my  bermula 25 April 2012. Pemohon yang membuat semakan dan  BERJAYA diminta untuk menghubungi Kolej penempatan atau layari laman sesawang kolej penempatan  untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pendaftaran dan sebagainya. Pemohon yang ditawarkan perlu mencetak semua dokumen sebelum mendaftar. Bagi pemohon yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat terus melalui laman sesawang yang sama mulai 25 April hingga 13 Mei 2012. Sebarang rayauan selepas 13 Mei 2012 tidak akan dipertimbangkan.
Talian bantuan yang boleh dihubungi sekiranya terdapat sebarang masalah 03-88844040/4036/4083.

Sekian, terima kasih.

KURIKULUM AKTIVITI KESENIAN SEKOLAH

Reaksi :  
Assalamualaikum dan salam Sejahtera

Dimaklumkan kepada semua warga KPM, maklumat berkenaan Kurikulum Aktiviti Kesenian Sekolah kini boleh di akses melalui

Portal KPM (www.moe.gov.my) > Murid/Pelajar > Kurikulum Aktiviti Kesenian Sekolah

Sekian terima kasih
Selasa, 1 Mei 2012

Kursus Pemantapan KRSV SPM Daerah Mersing Tahun 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth. dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama JKD PSV Sekolah Menengah Daerah Mersing akan menganjurkan kursus berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 2 dan 3 Mei 2012
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing.
Sasaran : Dua orang guru PSV SPM setiap sekolah menengah dan dua orang calon PSV SPM  2012.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memastikan kehadiran guru dan pelajar berkenaan ke kursus tersebut.
Wassalam.

Lampiran : Surat Panggilan.pdf

Bengkel Penyelidikan dan Penulisan Warisan dan Sejarah Budaya Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth. dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Yayasan Warisan Johor dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan bengkel tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 2-4 Mei 2012
Tempat : Hotel M. Suites, Johor Bahru.

Guru-Guru yang terlibat :


·        Afidah bte. Mohd. (SMKAB)
·        Ayob Ibrahim (SMKM)
·        Roslina Ghazali (STAR)
·        Azidah Alias (SMKSM)

PERHATIAN : Pemilihan guru ditentukan oleh pihak Yayasan Warisan Johor sendiri

Lampiran : Surat Yayasan Warisan Johor.pdf
Isnin, 30 April 2012

Bahan Pembentangan Akademik untuk Mesyuarat Prof. PPD, Pengetua dan Guru Besar Bil. 1 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, mesyuarat berkenaan telah dijalankan dengan jayanya pada 30 April 2012 (Isnin) di Dewan Al-Azhar, PPD Mersing.

Berikut dilampirkan bahan pembentangan Unit Pengurusan Akademik dalam mesyuarat berkenaan untuk tindakan ahli mesyuarat dan pihak sekolah.
Wassalam.

Lampiran :
Pembentangan_Akademik.rar
PLAN-J.rar
MODUL_HEADCOUNT_JPN_JOHOR.rar
Taklimat_Galeri_Sejarah.rar
AUDIT_AKADEMIK_2012.rar
ETR_2012.rar
Maklumat MBMMBI.rar
MODUL_HEADCOUNT_JPN_JOHOR.rar
Outcome_Penutur_Jati.pptx
Penyertaan_Anugerah Inovasi PnP_Mersing.pdf
Surat_Siaran_Penjaminan_Kualiti_PBS__2_.pdf
Taklimat_Galeri_Sejarah.rar
Surat_Siaran_Galeri_Sejarah.pdf
Instrumen_Pemarkahan_GALERI_SEJARAH.pdf
Jadual_MP4.pdf
Peserta_MP4.pdf
SJK_Tamil.pdf
SJKC_Jemaluang.pdf
SJKCCC.pdf
SJKCKH.pdf
SJKCPC.pdf
SAPS_LINUS.pdf
SAPS_SM_-_Ujian_1.pdf
SAPS_SR_-_Ujian_1.pdf
Assalamu a'laikum wrth. dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya diingatkan bahawa program tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Mesy, Prof. PPD, Pengetua dan Guru Besar Bil.1 2012

Tarikh : 30 April 2012 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, Blok B, PPD Mersing.
Sasaran : Pengetua, Guru Besar dan Pertubuhan Pendidikan.

Perhimpunan Bulanan PPD Mersing

Tarikh : 30 April 2012 (Isnin)
Masa : 2.15 - 5.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, Blok B, PPD Mersing.
Sasaran : Pengetua, Guru Besar, GPK HEM, GPK KOKO, Sukan Permainan.

Sekian. Wassalam.