* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................

Dari Hati Ke Hati

PPD Mersing : Selamat Menduduki UPSR 2017

Jumaat, 11 Mei 2012

Peringatan : Pelaksanaan Program Menggilap Permata 4 Tahun 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hebahan dan taklimat sebelum ini adalah berkaitan.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama erat JK Kecemerlangan UPSR Daerah Mersing akan meneruskan Program Menggilap Permata Mersing untuk tahun ke 4 pada tahun ini.

Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah turut sama menjayakan program berkenaan sebelum ini.

Program terhampir adalah pada 12 Mei 2012 (Sabtu). Sehubungan itu, mohon jasa baik Pengerusi Zon agar dapat bertindak sebagai penyelaras program bersama-sama dengan sekolah-sekolah yang telah diamanahkan sebagai pengelola program berkenaan seperti ketetapan jadual yang telah dilampirkan.

GPK 1 adalah diberi peranan sebagai pemantau program tersebut. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama GPK1 agar dapat memantau program tersebut sebagaimana jadual yang dilampirkan.

Wassalam.

SILA RUJUK LAMPIRAN UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Lampiran :
Agihan Peserta Mengikut Sekolah
Jadual Asas PMP4
Perincian Jadual PMP4 
Surat Pemakluman Sekolah.pdf
Lantikan Fasi dan Guru Pembimbing.pdf
Lantikan Peg.Berkereta.pdf
Arahan Pemantauan.pdf
Lantikan Penyelaras dan Pengelola.pdf
Surat Pemantauan Peg.pdf
Khamis, 10 Mei 2012

Sekolah dan PPD Diberi Lebih Kuasa Autonomi

Reaksi :  
Sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh negara berkemungkinan diberi lebih banyak kuasa autonomi bagi membolehkan usaha meningkatkan akedemik yang lebih tepat dilakukan bersesuaian mengikut sekolah masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini merupakan antara langkah kementerian itu untuk menjadikan hala tuju pendidikan di negara ini lebih mantap setanding dengan negara maju.
 

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata autonomi peringkat sekolah dan daerah dinyatakan buat kali pertama bukanlah kerana Kementerian Pelajaran mahu melepaskan tanggungjawab, sebaliknya menyedari wujudnya keadaan yang berbeza antara satu daerah dan daerah lain. Perbezaan itu, katanya bukan sahaja dari segi keluasan kawasan dan saiz tetapi juga isu serta masalah disebabkan eko-sistem yang tidak serupa.
 

"Jadi ia perlukan satu pendekatan dan cara untuk tangani untuk menentukan sekolah di kawasan itu dapat mencapai tahap kecemerlangan yang kita hendak miliki," katanya ketika berucap pada Majlis Jalinan Mesra Warga Pendidik dan Perasmian Bangunan PPD Muar di sini.
 

Muhyiddin berkata dengan langkah itu, PPD boleh bertanggungjawab dan mengambil langkah penambaikan secepat mungkin sekiranya timbul sebarang masalah di sekolah itu.
 

Malah, katanya bagi keadaan di sesetengah negeri seperti Sabah dan Sarawak, PPD akan menjadi organisasi yang lebih penting untuk menentukan apa sahaja dasar yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan, dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
 

Katanya jika perkara itu dapat dilaksanakan, maka keadaan di sekolah sama ada dari segi pentadbiran mahupun akedemik akan bertambah baik.
 

-- BERNAMA

Tindakan Tatatertib Terhadap Pegawai Yang Tidak Hadir Bertugas

Reaksi :  

Ketua jabatan dan penyelia hendaklah mengambil tindakan tatatertib dengan kadar segera terhadap penjawat awam yang didapati bersalah dalam kes ketidakhadiran bertugas.

Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), JPA tidak akan bertoleransi terhadap penjawat awam yang terlibat dalam kes sedemikian kerana ia boleh mencemarkan imej perkhidmatan awam secara keseluruhannya.

Katanya ketua jabatan dan penyelia boleh mengambil tindakan dengan merujuk Panduan Mengurus Pegawai Tidak Hadir Bertugas, Buku Kerusi Bersawang dan Setitik Nila yang boleh diperoleh melalui portal rasmi JPA.

"Secara umum, purata penjawat awam yang terlibat dalam kes ketidakhadiran bertugas bagi tempoh 2006 hingga 2010, adalah sebanyak 0.08 peratus berbanding 1.4 juta penjawat awam.

Kenyataan itu turut menyebut JPA telah mengadakan pelbagai seminar, kolokium, sesi dialog, kursus dan taklimat bagi mewujudkan penglibatan ketua-ketua jabatan di peringkat agensi bagi mendapatkan kaedah terbaik untuk mengatasi masalah ketidakhadiran bertugas di kalangan penjawat awam.

-- BERNAMA

Panduan Mengurus Pegawai Tidak Hadir Bertugas. KLIK

Makluman : Pergerakan dan Pelantikan GPK Sekolah Rendah

Reaksi :  
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Sukacitanya dimaklumkan pergerakan dan perlantikan tersebut adalah seperti berikut:-

1. EN AHMAD TAHSHIM BIN SALLEH GPK Kokurikulum SK Kem Iskandar ditukarkan sebagai GPK Pertadbiran di sekolah yang sama.

2. EN MOHD NOH BIN ABDUL TALIB GPK Pentadbiran SK Kem Iskandar, Mersing di tukarkan ke SK Pusat Air Tawar, Endau atas jawatan yang sama.

3. PN YUZANI BINTI ABD KHALID GPK Hal Ehwal Murid SK FELDA Tenggaroh 4, Mersing ditukarkan sebagai GPK Kokurikulum SK Kem Iskandar, Mersing.

4. PN RUSNI BINTI MD YASIN Guru Penolong PPPLD Gred DGA32 (KUP) Time Based SK Sawah Dato Mersing ditukarkan ke SK FELDA Tenggaroh 2, Mersing sebagai GPK Hal Ehwal Murid PPPLD Gred DGA32 secara Hakiki.

5. PN FATIMAH BINTI JUSOH Guru Penolong PPPLD Gred DGA32 (KUP) Time Based SK Bandar Mersing ditukarkan ke SK FELDA Tenggaroh 4, Mersing sebagai GPK Hal Ehwal Murid PPPLD Gred DGA32 secara Hakiki.

Pertukaran ini berkuatkuasa mulai 1 Mei 2012.

Sekian untuk makluman tuan/puan.

Tindakan : Guru Besar.

Assalamu a'laikum wrth. dan Salam Mahabbah.

Adalah dimaklumkan bahawa untuk tujuan penyelarasan, maka dicadangkan pelaksanaan PKSR Bahasa Arab dan Jawi pada tahun ini seperti berikut :

a) Pelaksanaan Ujian Lisan Bahasa Arab bermula 7 Mei 2012.
b) Pelaksanaan Ujian Bertulis Bahasa Arab dan Jawi pada 21 Mei 2012.

Bagi Tahun 1 dan 2, pihak sekolah hanya perlu melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sahaja.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Ust.Mohd.Khahar bin Bachok( 019-7079462) dan Ust.Mohd.Hanafi bin Abd.Rahman ( 012-7576945 ) Sektor Pendidikan Islam, JPN Johor.
Sekian, terima kasih.

Adalah dimaklumkan bahawa Saringan Khas Program Literasi dan Numerasi (Linus) bagi murid Tahun 2, 2012 akan dilaksanakan mengkut jadual dibawah.

Saringan
Tarikh Pelaksanaan
Kemasukan Data
Saringan Khas (Tahun 2)
14 – 18 Mei 2012
21 Mei – 1 Jun 201

Sehubungan itu, pihak sekolah perlu memastikan proses Saringan Khas ini berjalan dengan lancar dan akur akan prosedur yang telah ditetapkan dan guru-guru yang terlibat perlu membaca manual dan memahaminya terlebih dahulu sebelum melaksanakan saringan tersebut.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Fasilinus daerah masing-masing.
Rabu, 9 Mei 2012

Program i-Think

Reaksi :  

Program i-Think merupakan program yang bertujuan mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Dapatan melalui kajian keperluan (needs analysis) menunjukkan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi (higher order thinking skill – HOTS) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah. Sehubungan itu, Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri yang telah dipertanggungjawabkan memacu inovasi negara, bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merealisasikan impian tersebut. 

Bagaimana Program i-Think dilaksanakan

1. Kursus i-Think kepada Pemandu Sekolah dan Guru.
2. Pelaksanaan Rintis Program i-Think (6 SR dan 4 SM) dibandar dan luar bandar pada tahun 2012.
3. Pelaksanaan Penuh Program i-Think di semua sekolah secara berperingkat-peringkat pada tahun 2013.

Pihak AIM telah melantik perunding Kestrel Education (UK) untuk mengendalikan kursus bagi program i-Think. Antara alat berfikir yang akan diperkenalkan termasuklah thinking mapshabits of mindthinking hats, dan Q-matrix charts

Apakah yang diharapkan dari Program i-Think?

· Dengan menggunakan alat berfikir (thinking tools), murid lebih fokus, berkeyakinan dan aktif di dalam kelas.
· Aktiviti banyak berpusatkan murid.
· Prestasi murid meningkat selepas menggunakan alat berfikir dalam pembelajaran dan pengajaran.
· Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan sebagai fasilitator.
Selasa, 8 Mei 2012

Forum Perdana Hal Ehwal Islam

Reaksi :  

Taklimat Penyelarasan Penataran Format Pentaksiran MP Sejarah Kertas 3 SPM

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan taklimat tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 21 dan 22 Mei 2012 (Isnin dan Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran : Seorang guru MP Sejarah SPM (Ting. 4 atau Ting. 5)

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat membenarkan guru-guru berkenaan hadir dan turut serta dalam taklimat tersebut.
Wassalam.

Lampiran : Surat Panggilan.pdf
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan mengadakan mesyuarat berkenaan sebagaimana ketetapan di bawah :

Tarikh : 22 Mei 2012 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : SK Dato Onn Jaafar, Kluang.

Agenda :
1. Perutusan Pengerusi.
2. Pengesahan Minit Mesyuarat.
3. Perkara berbangkit.
4. Pembentangan Audit Pengetahuan Sains Sukan SPM dan STPM
5. Hal-hal lain.
6. Penutup.

Guru yang terlibat :
1. En. Ahmad Nazmi Kamaruzaman (SMK Sri Mersing)
2. En. Mohd. Hishamuddin Ali (SMK Tenggaroh A)

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat membenarkan guru berkenaan hadir dan turut serta dalam mesyuarat tersebut.
Terima kasih. Wassalam.

Lampiran : Surat JPNJ.pdf
Isnin, 7 Mei 2012

Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Sempena Perayaan Hari Guru Tahun 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat JK Induk Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Bil. 2 Tahun 2012 pada 4 April 2012 telah memutuskan untuk mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Sempena Perayaan Hari Guru Tahun 2012 secara serentak di seluruh negeri Johor pada 10 atau 11 Mei 2012.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua Pengetua dan Guru Besar agar dapat mengadakan program tersebut pada 10 Mei 2012 (Khamis malam Jumaat) bagi sekolah berasrama dan pada 11 Mei 2012 (pagi Jumaat) dalam Program Membudayakan Al-Quran bagi sekolah harian.

Kerjasama pihak sekolah amat diharapkan. Wassalam.

Lampiran : Surat JPNJ.pdf
Ahad, 6 Mei 2012

Pengajaran J-Qaf di sekolah menengah ditangguh kerana kurang guru

Reaksi :  

BATU PAHAT: Pelaksanaan pengajaran J-Qaf (Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain) di sekolah menengah di seluruh negara yang dijadual bermula pertengahan tahun ini, akan ditangguhkan kerana masalah kekurangan guru, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata, penangguhan dibuat memandangkan terdapat kekurangan kira-kira 11,000 guru J-Qaf di sekolah kebangsaan yang sekaligus menghalang pengajarannya diteruskan ke peringkat sekolah menengah.
“Kita perlu menyelesaikan dahulu kekurangan guru J-Qaf di sekolah kebangsaan yang menjadi keperluan mendesak ketika ini. Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan jumlah guru itu dan ia akan dibincangkan pada mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Pelajaran minggu depan bagi mendapatkan penyelesaian,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung dan penyampaian anugerah pelajar cemerlang Sekolah Agama Kampung Sungai Suloh, Senggarang, di sini, hari ini.
Mohd Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, antara cadangan kementerian bagi meningkatkan jumlah guru J-Qaf adalah dengan melatih lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai latar belakang pendidikan agama di Institut Pendidikan Guru (IPG) sebelum diserapkan menjadi guru.
Beliau berkata, kerajaan ada mengambil guru lepasan ijazah dari Timur Tengah untuk berkhidmat sebagai guru J-Qaf di negara ini, namun, jumlah itu belum memadai bagi menampung keperluan ketika ini.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Disember lalu mengumumkan program perintis J-Qaf di sekolah menengah akan dilaksanakan mulai pertengahan tahun ini dan pelaksanaan sepenuhnya pada 2013 di sekolah menengah seluruh negara. – BERNAMA