* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 9 Jun 2012

Penutupan Aplikasi Atas Talian di Laman Blog Mersing Hebat

Reaksi :  
Assalamu a'alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, dengan hormatnya dimaklumkan penutupan aplikasi berikut kerana tiada keperluan penggunaannya kini..

Aplikasi Atas Talian Tindakan Sekolah

e-Sejarah
e-lapor Audit Akademik
e-kehadiran (DITUTUP MULAI 1 MAC 2010)
e-JKD
SEAT online
e-Hikmah
e-SEGAK
Blog LDP Mersing
e-LDP
e-Guru
e-Gempur
e-SKOR
e-PPSMI
e-ADaPP
e-60:40

Sila hubungi pegawai yang berkaitan untuk tindakan lanjut.
Wassalam.
Jumaat, 8 Jun 2012

Bicara Bijak Belajar Sekolah Menengah Daerah Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama Yayasan Pelajaran Mara dan MRSM Mersing akan mengajurkan program berkenaan seperti butiran berikut :

Tarikh : 12 Jun 2012 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Seri Mersing, MRSM Mersing.
Sasaran : 200 orang pelajar Tingkatan Tiga dan Lima.
Penceramah : YM Raja Samri bin Raja Husin, Golden Minds Consultant.
Kelolaan : MRSM Mersing

Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat menghantar 20 orang pelajar Tingkatan Tiga atau Tingkatan Lima. (20 orang setiap sekolah).

Pihak sekolah juga diminta mengambil tindakan berikut :

a) Melantik Guru Pengiring sewajarnya.
b) Melantik Pegawai Berkereta atau menguruskan pengangkutan pelajar pergi dan balik mengikut keperluan sekolah.

Sekian. Wassalam.

Lampiran : Surat Panggilan.

As-Salam & Salam Sejahtera,

Perhatian kepada semua guru baru (Sekolah Menengah) yang ditempatkan di Sabah dan Sarawak. Maklumat lanjut berkaitan penerbangan anda adalah seperti berikut.  Untuk mendapatkan maklumat lengkap berkenaan penerbangan, sila muat turun jadual penerbangan di bawah.


Sebarang pertanyaan berkaitan boleh dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian – Sektor Pengurusan Sekolah Menengah di talian 03-88849456/03-88849382.
 
Harap maklum.
As-Salam & Salam Sejahtera,

Perhatian kepada semua guru baru yang ditempatkan di Sabah dan Sarawak. Maklumat lanjut berkaitan penerbangan anda adalah seperti berikut.  Untuk mendapatkan maklumat lengkap berkenaan penerbangan, sila muat turun jadual penerbangan di bawah.


Sebarang pertanyaan berkaitan boleh dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian – Sektor Pengurusan Sekolah Rendah di talian 03-88849586/03-88849568/03-88830649.
 
Harap maklum.
Rabu, 6 Jun 2012

Seminar Pembelajaran Interaktif

Reaksi :  
Tindakan : Guru Besar SK, SJKC dan SRAB.

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dengan kerjasama Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Mersing akan menganjurkan seminar tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 11 Jun 2012 (Isnin)
Masa : 2.15 - 5.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing.
Sasaran : Guru Besar dan empat orang guru yang mengajar tahun enam

Sehubungan itu, mohon kerjasama semua Guru Besar dan empat orang Guru tahun enam setiap sekolah agar dapat sama-sama hadir dan turut serta dalam seminar berkenaan.
Wassalam.

Lampiran : Surat Panggilan.
Program Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani bagi Guru-guru Pendidikan Jasmani dan Guru-guru Sukan Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia ini merupakan satu program kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan United States Sports Academy.



Kumpulan Sasaran:-
  • Guru-guru di bawah umur 45 tahun, cergas, sihat serta mampu mengikut amali dan terlibat secara aktif dalam bidang kejurulatihan sukan dan pengajaran Pendidikan Jasmani
  • Guru-guru di pusat latihan daerah dan sekolah sukan negeri
  • PPP di Institut Pendidikan Guru, Bahagian, Jabatan dan Daerah
Matlamat dan Objektif:-
  • Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang aspek sains dan pendidikan jasmani
  • Meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan jasmani
Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh pakar-pakar dalam bidang pendidikan jasmani dan sains sukan dari Fakulti US Sports Academy kecuali subjek keperluan MQA yang akan diajar oleh tenaga pengajar tempatan.
Tempoh kursus adalah selama 50 hari dengan 400 jam berkursus. Setiap peserta wajib lulus semua tugasan dan penilaian untuk bergraduat.
Pembelajaran berasaskan 10 Modul iaitu :-

BIL
NAMA MODUL
1
P.E and Sports Coaching Methodology
2
    Psychology of Physical Performance
3
    Seminar in Sports and Physical Education
4
Physical Fitness and Conditioning
5
Games Approach to Teaching PE and Sports
6
Physical Fitness Testing, Evaluation and Reporting
7
Principles of Fitness and Health
8
PE Facilities and Sports Event Management
9
Ethnic Relations  ( Keperluan MQA )
10
Arts in Education ( Keperluan MQA)


Tenaga pengajar adalah terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang sains sukan dan pendidikan jasmani dari United States Sport Academy dan pensyarah tempatan bagi subjek MQA.
Guru-guru yang menghadiri latihan akan dianugerahkan Diploma Pendidikan Jasmani dari United States Sport Academy yang diakreditasi oleh Commission of Southern Association of Colleges and Schools.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 15 JUN 2012

Lampiran :