Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 4 Ogos 2012

Teks Panduan Mahrajan j-QAF 2012

Reaksi :  
Tindakan : Penyelaras j-QAF.

Assalamu a'laikum wrth. dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan menganjurkan Mahrajan j-QAF 2012 M pada 20 September 2012.

Sehubungan dengan itu, berikut dilampirkan contoh Teks Mahrajan j-QAF untuk panduan dan persediaan pihak sekolah.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai kami Ust. Rafidah binti Mohammed@Haron, PPPD j-QAF. Sekian. Wassalam.

Lampiran :
kalam_jamai_e_2012_-_teks_1_2_3.pdf
dikir_arab_2012_-_teks_1_dan_teks_2.pdf

NOTIS MAKLUMAN : PELAKSANAAN KERJA-KERJA MIGRASI PERALATAN CPE (ZOOM) DI 8 BUAH SEKOLAH DAERAH MERSING YANG TELAH MENDAPAT PERKHIDMATAN 1BESTARINET

Tuan Pengetua / Guru Besar

Sekolah-sekolah yang tersenarai

JEB4044

SMK SRI MERSING

JEB4045

SMK PAI CHEE (CF)

JRA4001

SM SAINS SULTAN ISKANDAR

JBA4004

SK SERI PANTAI

JBA4027

SK MERSING KANAN

JBA4001

SK BANDAR MERSING

JBD4021

SJK(T) MERSING

JBC4004

SJK(C) PAI CHEE

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas.

2. Pihak kontraktor bagi projek 1BestariNet akan menjalankan kerja-kerja migrasi peralatan ZOOM bagi 8 buah sekolah daerah Mersing yang telah mendapat perkhidmatan 1BestariNet pada hari Sabtu, 11 Ogos 2012.

3. Kerja-kerja migrasi tersebut akan dilaksanakan secara ”remote” dari Pusat Data 1BestariNet. Semua sekolah yang terlibat adalah dinasihatkan untuk mengaktifkan semua peralatan ZOOM 24 jam selama tempoh migrasi. Dimaklumkan bahawa sekolah yang terlibat akan mengalami gangguan capaian internet selama 5 minit.

4. Sehubungan itu, jika terdapat sebarang masalah atau mengalami gangguan melebihi tempoh masa yang ditetapkan, pihak sekolah diminta menghubungi talianmeja bantuan YTL di 018-7998787 atau emel kepada moesupport@ytlcomms.my

5.. Di atas segala kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Sekian.

Isnin, 30 Julai 2012

Mesyuarat Profesional PPD, Pengetua dan Guru Besar Bil. 2 Tahun 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan mengadakan mesyuarat tersebut seperti butiran di bawah :

Tarikh : 1 Ogos 2012 (Rabu)
Masa :
8.00 pagi - 8.15 pagi : Pendaftaran
8.15 pagi - 12.30 tgh. : Sesi Mesyuarat
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing
Pengerusi : Hj. Yasman bin Jamsir, PPD Mersing.
Pakaian : Rasmi
Sasaran : Pegawai-Pegawai di PPD Mersing, Pengetua dan Guru Besar.

Agenda :

1. Doa
2. Perutusan Pengerusi
3. Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas.
4. Perkara-perkara berbangkit
5. Laporan unit.
6. Hal-hal lain.

Sekian. Wassalam.

Lampiran :   Surat Panggilan.pdf

Kutipan Data SEGAK Mac 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hebahan sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan.

Untuk makluman semua pentadbir sekolah bahawa kami dapati ada beberapa sekolah yang belum menghantar laporan tersebut seperti ketetapan sebelum ini.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memastikan perkara tersebut diambil tindakan sewajarnya dengan kadar segera.
Wassalam.

Jadual Pelaksanaan Program Salam Permata Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan meneruskan Program Salam Permata Mersing bagi tahun 2012.. Kami memohon maaf atas penangguhan program tersebut sebelum ini kerana sebab yang tidak boleh dielakkan.

Berikut dilampirkan jadual tentatif pelaksanaan program tersebut untuk makluman dan tindakan pihak sekolah..
Sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada pegawai kami En. Mohd. Amin A.Hamid di talian 07-7996720.
Sekian. Wassalam.

Lampiran : Jadual Tentatif Prog.Salam Permata Mersing.pdf