Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Rabu, 15 Ogos 2012

Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru (KKPG) 2012

Reaksi :  
Adalah dimaklumkan bahawa Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru (KKPG) 2012 akan diadakan pada 15 Oktober hingga 17 Oktober 2012. Sehubungan itu, semua warga pendidik di bahagian-bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Institut Pendidikan Guru, Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta adalah dijemput untuk menyertai dan membentang kertas kerja di konvensyen tersebut. Penyertaan adalah percuma kepada warga KPM. Berikut merupakan tarikh penting berkenaan konvensyen tersebut :

Penghantaran abstrak sebelum                               :        31 Ogos 2012
Penghantaran kertas kerja lengkap sebelum       :        22 September 2012

Pendaftaran pembentangan sebelum                     :        15 Oktober 2012

Maklumat lanjut sila layari :
www.moe.gov.my/bpg
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, pihak Universiti Teknologi Malaysia (JB) akan menganjurkan seminar berkenaan pada  7 September 2012 (Jumaat).

Sehubungan itu, pihak UTM mempelawa guru-guru Sains dan Matematik yang ingin turut serta membentangkan kertas dalam seminar berkenaan.

Rakan-rakan guru yang berminat, sila hubungi Hj. Shahilon bin Abd. Halim, KPP Matematik, Jabatan Pelajaran Johor di talian 019-7575692, 07-231 0135 atau email shahilon@yahoo.com

TINDAKAN SEMERTA : SEKOLAH-SEKOLAH 1BESTARINET YANG BERKENAAN - SILA CALONKAN NAMA 2 ORANG GURU ICT UNTUK KURSUS FROG VLE - PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA - 20 – 22 SEPT 2012

Tuan Pengetua / Guru Besar / Pembantu Tadbir
Sekolah-sekolah yang tersenarai

JEB4044 SMK SRI MERSING
JEB4045 SMK PAI CHEE (CF)
JRA4001 SM SAINS SULTAN ISKANDAR
JBA4004 SK SERI PANTAI
JBA4027 SK MERSING KANAN
JBA4001 SK BANDAR MERSING
JBD4021 SJK(T) MERSING
JBC4004 SJK(C) PAI CHEE

Assalamualaikum wbrkth.

Mohon kerjasama tuan-tuan untuk memberikan nama 2 orang guru ICT sekolah tuan-tuan untuk mengikuti Kursus FROG VLE 1Bestarinet ( Persekitaran Pembelajaran Maya ) yang akan diadakan pada 20 – 22 Sep tember 2012 di PKG Mersing.

2. Nama-nama tersebut diminta untuk dihantar samada melalui email, fax ataupun SMS ( azman.yusof@moe.gov.my , 07-7991828 , 010-5010902 ) UP : Pegawai Meja 1Bestarinet PPD Mersing pada hari ini juga , Rabu, 15 Ogos 2012 sebelum jam 4.00 ptg untuk dihantar ke JPN Johor.

Kerjasama tuan-tuan didahulukan dengan terima kasih.

Isnin, 13 Ogos 2012

Pelawaan Menyertai Anugerah Inovasi Negara Bagi Tahun 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi  akan menganjurkan Anugerah Inovasi Negara (AIN) Tahun 2012 bagi memberi pengiktirafan kepada hasil inovasi dan kreativiti yang menjana idea, ciptaan dan produk baru dalam sains dan teknologi serta menyumbang dalam pembangunan ekonomi negara. Anugerah ini diadakan sempena Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan (NICE) 2012.

Kategori Anugerah :

1. Produk (Hadiah berupa Wang Tunai RM50,000, Piala dan Sijil)
2. Perkhidmatan (Hadiah berupa Wang Tunai RM50,000, Piala dan Sijil)
3. Akar Umbi (Hadiah berupa Wang Tunai RM20,000, Piala dan Sijil)
4. Sekolah (Hadiah berupa Wang Tunai RM10,000, Piala dan Sijil)

Sekian. Wassalam.

Lampiran :  Surat Hebahan.pdf

Program Ibadah Korban Kemboja Tahun 2012 - Anjuran Jabatan Pelajaran Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan program berkenaan dengan sasaran berikut :

15 ekor lembu setiap daerah. (15 x 10 daerah = 150 ekor lembu)
RM 280.00 bagi setiap bahagian.

Sehubungan dengan itu, kami mempelawa warga Pendidikan Mersing agar dapat turut serta dalam program tersebut.
Tarikh tutup penyertaan pada 8 Oktober 2012.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai kami Hjh. Halimah binti Romeli, Penyelia Pendidikan Islam di talian 07-7996739.
Sekian. Wassalam.

Lampiran : Surat JPNJ-Korban_Kemboja.pdf

Penyerahan Sumbangan YPJ Kepada 30 Anak Yatim Daerah Mersing Sempena Program INFAQ RAMADHAN Yayasan Pelajaran Johor 1433H/2012

Guru Besar Sekolah-sekolah yang berkenaan sahaja

SK Tenggaroh 5 (16 murid )
SK Tenggaroh 4 ( 8 murid )
SK Penyabung ( 3 murid )
SK Air Papan dan ( 1 murid )
SK Pulau Pemanggil (2 orang )


Assalamualaikum wbrkth.

Sukacita dimaklumkan, Guru Besar sekolah-sekolah yang berkenaan boleh menuntut sumbangan INFAQ RAMADHAN Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) bagi murid-murid anak-anak yatim sekolah masing-masing yang terpilih di

PPD Mersing bermula jam 02.00 ptg, hari Selasa. 14 Ogos 2012.

Sila hubungi En. Azamani Ghazali – Pen PPD Teknik dan Vokasional ( 019- 7714065) untuk urusan tersebut.

Diharapkan pihak sekolah dapat membuat penyerahan sumbangan tersebut kepada semua anak-anak yatim sebelum cuti persekolahan bermula.

Sekian makluman. Terima Kasih.

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, Jabatan Pelajaran Johor akan mengadakan taklimat berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 14 Ogos 2012 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : SMK Taman Kluang Barat, Kluang, Johor.


Guru yang terlibat : 
BIL NAMA SEKOLAH
1 MOHD. FARUZE  IBERAHIM SK TELUK LIPAT
2 SUKMAWATI MOHD. NOR SMK MERSING
3 MOHD. RIZAL ABDUL GHANI SK TERIANG
4 NORHAFIZAH KAMSAN SMK ANJUNG BATU