Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 29 September 2012

Intipati Bajet 2013

Reaksi :  

Kementerian Pelajaran yang menerima peruntukan terbesar iaitu RM38.7 bilion dan tambahan RM500 juta untuk Pelan Pembangunan Pendidikan akan memberi fokus kepada pembangunan profesionalisme guru serta membina prasarana sekolah secara meluas di seluruh negara.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu penting bagi memastikan usaha kerajaan meningkatkan kualiti pendidikan negara mencapai objektif ditetapkan apatah lagi mulai 2013, gelombang pertama Pelan Pembangunan Pendidikan akan bermula.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, melalui fokus pembangunan tersebut, bukan sahaja kualiti guru dan kemudahan infrastruktur dapat ditingkatkan tetapi lebih penting, pelajar yang dilahirkan mempunyai daya pemikiran tinggi.
“Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana meluluskan satu peruntukan yang besar kepada Kementerian Pelajaran. Ia peruntukan terbesar kerana merangkumi 21 peratus daripada keseluruhan Bajet 2013.
“Melalui peruntukan ini, kita akan meneruskan usaha-usaha meningkatkan mutu pendidikan dengan sejumlah RM500 juta akan digunakan khusus untuk meningkatkan kualiti profesionalisme guru selaras dengan gelombang pertama Pelan Pendidikan Nasional yang bermula pada 2013.
“Saya juga telah membuat perancangan teliti untuk membangunkan sekolah dan prasarana sekolah secara meluas di seluruh negara terutama di Sabah dan Sarawak,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pelan pembangunan Kementerian Pelajaran selepas kementerian itu menerima peruntukan terbesar berjumlah RM38.7 bilion beserta tambahan RM500 juta.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, Kementerian Pelajaran juga akan membuat kajian baru bagi melihat bagaimana sistem pengagihan peruntukan untuk 2013 bakal dibuat.
“Melalui kajian baru nanti mungkin kita akan melihat di mana sekolah diperlukan, di situ sekolah akan dibangunkan dan di mana kekurangan bilik darjah, di kawasan itu kita akan memberi perhatian khusus,” ujarnya.
Jumaat, 28 September 2012

Taklimat Penyertaan Anugerah Inovasi Pengarah Pelajaran Negeri Johor (P&P)

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth. dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan mengadakan taklimat berkenaan seperti butiran berikut : 

Tarikh : 1 Oktober 2012 (Isnin)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, PPD Mersing
Sasaran : Calon-Calon Anugerah Inovasi Pengarah Pelajaran Negeri Johor (penyertaan sekolah)

Sehubungan dengan itu, Pengetua atau Guru Besar sekolah-sekolah yang berkenaan agar dapat memberikan kebenaran kepada guru-guru yang terlibat hadir dan turut serta dalam taklimat tersebut.
Wassalam.

Lampiran :
Taklimat_Penyertaan_Inovasi.pdf
Taklimat_Penyertaan_Inovasi_JU.pdf

MAKLUMAN UNTUK BERSIAP-SEDIA : PROGRAM PECUTAN AKHIR KECEMERLANGAN TUISYEN YPJ IBNU SINA 2012
Tindakan
:
Tuan Pengetua / Guru Penyelaras Tuisyen YPJ IBNU SINA / PT Sekolah
Tarikh
:
28-09-2012
Unit
:
KURIKULUM
Oleh
:
En. Azman Bin Yusof
Maklumat
:
Perhatian Penting untuk

Guru-guru Penyelaras Tuisyen IBNU SINA

Puan Yuhalis Khalid ( SMKM)
Cik Hapipah Jusoh (SMSM)
En. Ibrahim Daud (SMKUH)

 


Sukacita dimaklumkan program rutin tahunan PECUTAN AKHIR KECEMERLANGAN TUISYEN IBNU SINA YPJ 2012 akan di adakan sebagaimana ketetapan berikut :-

Tarikh : 5 - 7 Oktober 2012 ( Jumaat - Ahad )
Tempat : La Bella Resort, Mersing

Pendaftaran : Jam 2.00 ptg - Jumaat - 5 Oktober 2012


2. Sehubungan dengan itu, semua Guru Penyelaras Tuisyen IBNU SINA YPJ perlu mengambil tindakan-tindakan berikut :

2.1 Memaklumkan kepada pelajar-pelajar Tuisyen IBNU SINA untuk bersedia dan menyiapkan segala keperluan bagi program tersebut.

2.2 Melengkapkan borang-borang kebenaran ibu-bapa/ penjaga bagi setiap individu mengikut SOP yang biasa diamalkan di sekolah.

2.3 Semua Guru Penyelaras Tuisyen adalah secara automatik menjadi urusetia bagi membantu Komandan Kem dan Pegawai Penyelaras PPD menguruskan para-peserta program dan perlu berada di lokasi sepanjang tempoh program.

2.4 Guru-guru tenaga pengajar subjek IBNU SINA perlu berada di lokasi mengikut jadual program yang telah ditetapkan .


3. Satu mesyuarat berkenaan pelaksanaan program ini akan dibuat dalam masa terdekat ini untuk menyelaraskan semua perkara-perkara yang berkaitan.

Sekian hebahan awal .


P/S - Mohon kepada PT sekolah-sekolah yang berkenaan, agar dapat cetak hebahan ini untuk dimaklumkan kepada Tuan Pengetua dan Guru Penyelaras Tuisyen YPJ sekolah masing-masing.

Khamis, 27 September 2012

1 Sekolah 1 Inovasi - Anugerah Inovasi Pengarah Pelajaran Johor (P&P) 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hebahan sebelum ini (Bahan Mesy. Prof. PPD, Pengetua dan Guru Besar Bil. 2 Tahun 2012) adalah berkaitan.

Program 1 Sekolah 1 Inovasi ini merupakan wadah guru bagi menjana idea dan mencetus pemikiran bagi menghasilkan inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran terbaik dalam bilik darjah. Hasilan program ini akan dapat membantu guru di negeri dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah masing-masing dengan lebih berkesan.

Idea dalam penghasilan inovasi ini juga adalah untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan, mutu kerja individu atau organisasi serta amalan bekerja berkesan dalam menjana kecemerlangan.

Secara tidak langsung ia akan dapat meningkatkan keperihatinan guru terhadap masalah murid di dalam bilik darjah seterusnya dapat menarik minat murid untuk terus maju di dalam bidang pelajaran mereka. Kelangsungan daripada itu akan dapat meningkatkan prestasi pencapaian akademik murid di sekolah-sekolah negeri Johor.

Inovasi yang dihasilkan perlu menekankan idea atau amalan yang menunjukkan penambahbaikan daripada amalan yang lepas. Perubahan ini boleh dibuat dalam bentuk pengenalan teknologi baru, perubahan prosedur yang boleh menjimatkan tenaga, masa dan kos, seterusnya dapat meningkatkan mutu hasil kerja individu atau organisasi.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat menggalakkan penyertaan guru-guru dalam program ini. Berikut dimaklumkan tarikh-tarikh penting berkaitan perkara di atas :

1. 1 Ogos 2012 - Taklimat Anugerah Inovasi Pengarah Pelajaran Johor - 1 Sekolah 1 Inovasi dalam Mesy. Prof. PPD, Pengetua dan Guru Besar Bil.2 Tahun 2012.
2. 1 Okt. 2012 (Isnin) - Taklimat Penyertaan Anugerah Inovasi Pengarah Pelajaran Johor
3. 5 Okt. 2012 (Jumaat) - Tarikh Tutup Penyertaan Peringkat Daerah Mersing
4. 8 Oktober 2012 (Isnin) - Bicara Inovasi PdP Mersing
5. 16 Oktober 2012 (Selasa) - Tarikh Akhir Penyertaan Peringkat Negeri Johor
6. 17 Oktober 2012 (Rabu) - Seminar Inovasi Peringkat Negeri Johor (Kategori SK dan SJKT)
7. 18 Oktober 2012 (Khamis) - Seminar Inovasi Peringkat Negeri Johor (Kategori SKPKI dan SJKC)
8. 20 Oktober 2012 (Sabtu) - Seminar Inovasi Peringkat Negeri Johor (Kategori SMK)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ust. Wan Nadzri bin Wan A. Rahman, PPPD Kurikulum di talian 07-7996700 atau 019-7193748.

Lampiran :
1SEKOLAH_1_INOVASI_edited.rar
Penyertaan_Mersing.pdf
Penilaian_Laporan_Inovasi_PdP.zip
Rabu, 26 September 2012

Soalan Sejarah Kertas 3 Tingkatan Empat bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa kertas berkenaan adalah diselaraskan di peringkat negeri Johor. Pelaksanaan kertas ini adalah bagi melatih persediaan pelajar menghadapi peperiksaan SPM pada tahun 2013.

Soalan Umum kertas tersebut perlu diedarkan kepada pelajar sebulan lebih awal daripada tarikh peperiksaan. Jadual peperiksaan akan diselaraskan di peringkat negeri hanya untuk mata pelajaran sejarah kertas 3 dan surat pemaklumanakan dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pelajaran Johor.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat tindakan sewajarnya. Wassalam.

Lampiran : Soalan_kertas_3_ting_4_2012.pdf
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Sejahtera.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa guru-guru berikut adalah dilantik sebagai Penceramah / Urusetia kursus berkenaan seperti hebahan sebelum ini.

1. Guru Besar SK Nitar 01 (Pengerusi JKD Pend.Jasmani)
2. En. Azizan bin Kamarudin (SK Teluk Lipat)
3. En. Mohd. Rudzahan Amran (SK Bandar Endau)
4. En. Khairudin Yaacob (SK Sawah Dato)
5. En. Mohd. Azhan Nathari (SK Bandar Mersing)

Selasa, 25 September 2012

Kursus Penyebaran KSSR Tahun 3 MP Pend. Jasmani

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, Jabatan Pelajaran Johor dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan menganjurkan kursus berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 3-6 Oktober 2012
Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran : Guru-Guru yang mengajar mp Pend. Jasmani Tahun 3 pada Tahun 2013. (1 guru 1 sekolah)

Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memastikan kehadiran guru-guru yang terlibat ke kursus tersebut. Wassalam.

Lampiran :
Surat_Panggilan_Peserta_KSSR_PJ.pdf
Jadual Pelaksanaan Kursus Penyebaran KSSR Tahun 3

RALAT JADUAL WAKTU PMR 2012

Reaksi :  
RALAT PINDAAN JADUAL WAKTU PMR 2O12
 
Dengan hormatnya dimaklumkan , Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengedarkan Jadual Waktu PMR 2012 ke Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Johor dan telah pun diedarkan ke semua Pejabat Pelajaran Daerah, Negeri Johor.
 
Walaubagaimanapun, terdapat pembetulan pada halaman nombor 11, di Jadual Waktu PMR 2012, sehubungan itu dipohon pihak tuan agar dapat memaklumkan kepada semua calon dan yang terlibat dalam peperiksaan PMR 2012 mengenai perkara berikut :
 
1. Mula memberikan arahan kepada calon pada 2.10 petang sehingga 2.20 petang pada hari Isnin, 15 Oktober 2012 untuk kertas Kemahiran Hidup Bersepadu.
 
2. Memulakan peperiksaan pada 2.20 petang sehingga 3.50 petang pada hari Isnin, 15 Oktober 2012 untuk keras Kemahiran Hidup Bersepadu seperti yang tertera di Jadual Waktu PMR 2012.
 
Lampiran : Surat Rujukan LPM

BORANG TALENT GURU PENDIDIKAN ISLAM

Reaksi :  
Borang Talent Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah & Rendah Negeri Johor

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah dan Rendah untuk mengisi Borang Talent yang dilampirkan dengan kadar segera.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ust.Norzaidi bin Ismail ditalian 07-2311418 @ 013-7486432.
Kerjasama tuan / puan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.