Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 5 Oktober 2012

PROGRAM KEM PECUTAN AKHIR KECEMERLANGAN TUISYEN YPJ IBNU SINA DAERAH MERSING 2012

Reaksi :  



PROGRAM KEM PECUTAN AKHIR KECEMERLANGAN TUISYEN YPJ IBNU SINA DAERAH MERSING 2012

Tindakan
:
Tuan Pengetua / Semua Guru Penyelaras Dan Guru Tenaga Pengajar Serta Semua Pelajar Tuisyen IBNU SINA 2012 – SMSM, SMKM dan SMKUH
Tarikh
:
05-10-2012
Unit
:
KURIKULUM
Oleh
:
En. Azman Bin Yusof



Maklumat
:

Assalamualaikum wbrkth


Hebahan makluman bertarikh 28 September 2012 dan taklimat pada 3 Oktober 2012 kepada Guru Penyelaras yang berkenaan atas perkara/program yang sama adalah dirujuk.

2. Dengan sukacitanya program tersebut yakni program rutin tahunan PECUTAN AKHIR KECEMERLANGAN TUISYEN IBNU SINA YPJ 2012 telah ditetapkan dan akan dilaksanakan sebagaimana berikut :-

Tarikh : 5 - 7 Oktober 2012 ( Jumaat - Ahad )

Tempat : La Bella Resort, Mersing

Pendaftaran : Jam 2.15 ptg - Jumaat - 5 Oktober 2012



2. Sehubungan dengan itu, kerjasama dan komitmen semua pihak yang terlibat secara langsung adalah dipohon untuk menjayakan program pecutan akhir ini demi kecemerlangan pelajar-pelajar kita dan semangat
Mersing Hebat.


Sekian. Terima Kasih.


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.Sukacita dimaklumkan bahawa pameran dan penilaiaan tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

2.1Tarikh: 8 dan 9 Oktober 2012
2.2Tempat: Dewan Al Azhar PPD Mersing
2.3Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang

3. Tuan dijemput hadir untuk menyaksikan pameran tersebut sebagaimana ketetapan diatas.

4. Mohon kerjasama tuan untuk membenarkan Guru penyelaras LINUS dan seorang guru linus tahun 1(guru numerasi sekiranya penyelaras LINUS adalah guru literasi atau sebaliknya) untuk hadir ke pameran tersebut.

5.Tuntutan perjalanan adalah mengikut pekeliling sedia ada. Sebarang pertanyaan, sila hubungi FasiLINUS PPD Mersing di talian 013-7231974.

6.Kerjasama dan perhatian pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
Khamis, 4 Oktober 2012

Bicara Inovasi Daerah Mersing Tahun 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan menganjurkan program berkenaan seperti butiran berikut :

Tarikh : 8 dan 9 Oktober 2012.
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar dan Bilik Seminar, PPD Mersing.
Sasaran : Guru-Guru Daerah Mersing

Sukacita dimaklumkan juga bahawa sebanyak 25 hasil Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran dan 72 Big Book LINUS guru-guru daerah Mersing akan dipamerkan dan dinilai dalam program tersebut.

Sehubungan dengan itu, guru-guru yang terlibat adalah dijemput menyertai program ini dan kami mengalu-alukan penyertaan daripada guru-guru daerah Mersing. Tarikh tutup penyertaan pada 5 Oktober 2012 (Jumaat).

Pengetua, Guru Besar, GPK1 semua sekolah adalah dijemput hadir bagi memberi sokongan dan melihat secara lebih dekat hasil kerja guru-guru mereka.

Disamping itu, rakan-rakan guru daripada pelbagai sekolah boleh berkongsi idea dan pengalaman dalam menghasilkan inovasi demi meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran selari dengan hasrat yang terkandung dalam slogan Mersing Hebat.

Surat jemputan dan penyertaan telah diedarkan ke semua sekolah pada 3 Oktober 2012.

Semua dijemput hadir.

Wassalam.

Lampiran : 
03_Bicara_Inovasi.pdf
penyertaan_Bicara_Inovasi.pdf
04_Jemputan_Bicara_Inovasi.pdf
05_Lantikan_JU.pdf
Hebahan pada 27 September 2012
1SEKOLAH_1_INOVASI_edited.rar
Penyertaan_Mersing.pdf
Penilaian_Laporan_Inovasi_PdP.zip 

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025

Reaksi :  
Selasa, 2 Oktober 2012

Seminar SMART Guru-Guru Sejarah Negeri Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan mengadakan seminar tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 6 Oktober 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi 4.30 petang
Tempat : Dewan Jubli Intan Tangkak, Muar.
Sasaran : Guru-Guru Sejarah Tingkatan Lima 2012.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat menghantar dua orang guru Sejarah Tingkatan Lima ke seminar berkenaan. Sekiranya hanya terdapat seorang sahaja guru yang mengajar Sejarah Tingkatan Lima, maka boleh ditawarkan kepada guru Sejarah Tingkatan Empat.

Sekian. Wassalam.

Lampiran :  SMART_Sejarah.pdf