* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Jumaat, 19 Oktober 2012

Taklimat Pengelolaan Kursus KSSR Tahun 3 MP : Pendidikan Kesihatan

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa taklimat berkenaan akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 22 Oktober 2012 (Isnin)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Konsultasi Akademik, PPD Mersing.

Guru-guru yang terlibat :
 
1. En. Mohd. Rashidi Mat Jalil -  Guru Besar SK Nitar 01 (Pengerusi JKD Pend. Kesihatan)
2. En. Asmar bin Buntat (SK LKTP Tenggaroh 05)
3. En. Saiful Asmanizam Hussain (SK Sri Mersing)
4. En. A. Halim Abdullah (SK Sri Mersing)
5. Pn. Norhanizah bte. Othman (SK Mersing Kanan)

Sehubungan dengan itu, ketetapan tarikh taklimat sebelum ini pada 23 Oktober 2012 adalah dipinda kerana sebab yang tidak boleh dielakkan.
Wassalam.

Bengkel Pelaporan Audit Akademik Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan mengadakan bengkel tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 23 Oktober 2012 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, JPN Johor.

Guru-Guru yang terlibat :

1. Pengetua SMK Nitar (Jemputan)
2. Pengetua SMK Tenggaroh A (Pembentangan)
3. GPK 1 SMK Tenggaroh A
4. GKMP Bahasa SMK Tenggaroh A
5. GKMP TV SMK Tenggaroh A

Sehubungan dengan itu, mohon kesediaan pihak sekolah dengan slaid pembentangan mengikut format GROW selama 15 minit.
Sekian. Wassalam.

Lampiran : Audit_Akademik_Perc.SPM_Johor.pdf

Peringatan Pelaksanaan Peperiksaan Kertas 3 Sejarah Tingkatan Empat

Reaksi :  

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hebahan sebelum ini bertarikh 9 Oktober 2012 , 15 Oktober 2012 , 26 September 2012  dan 18 Oktober 2012 adalah berkaitan.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) Negeri Johor telah mengambil inisiatif memulakan peperiksaan kertas berkenaan sebagai langkah awal persediaan pelajar calon-calon SPM 2013.

Peperiksaan kertas tersebut adalah diselaraskan masa, JSI dan soalannya di peringkat negeri Johor.
Peperiksaan tersebut akan dibuat secara serentak di semua sekolah menengah negeri Johor (SMK, SBP dan SABK) tanpa berkecuali seperti butiran berikut :

Tarikh : 22 Oktober 2012 (Isnin)
Masa : 7.30 - 10.30 pagi (3 jam)


Sehubungan dengan itu, kami merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah mengambil kertas soalan berkenaan pada hari ini.. Bagi sekolah yang belum berbuat demikian, mohon kerjasama agar dapat mengambil tindakan dengan seberapa segera.

Untuk perhatian pihak sekolah, pembayaran hendaklah dibuat atas  nama pembekal melalui Bendahari MPSM Daerah Mersing. (Pengetua SMK Pai Chee)

Sekian. Wassalam.
 
Lampiran : 

MUATURUN : PANDUAN AGIHAN DAN PENGGUNAAN DONGLE 1BESTARINET

Reaksi :  




MUATURUN : PANDUAN AGIHAN DAN PENGGUNAAN DONGLE 1BESTARINET

Tindakan
:
Pengetua / Guru Besar Dan Semua Warga Pendidikan Mersing
Tarikh
:
19-10-2012
Unit
:
MAKLUMAT-ICT
Oleh
:
En. Azman Bin Yusof



Maklumat
:







Tuan- tuan boleh muaturun panduan yang tersebut dari pautan
lampiran di bawah



Lampiran 1
:
Lampiran 2
:
Khamis, 18 Oktober 2012

Pengedaran Soalan Kertas 3 Sejarah Tingkatan Empat Peperiksaan Akhir Tahun 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hebahan sebelum ini bertarikh 9 Oktober 2012 dan 15 Oktober 2012 serta 26 September 2012 adalah berkaitan.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) Negeri Johor telah mengambil inisiatif memulakan peperiksaan kertas berkenaan sebagai langkah awal persediaan pelajar calon-calon SPM 2013.

Peperiksaan kertas tersebut adalah diselaraskan masa, JSI dan soalannya di peringkat negeri Johor.
Peperiksaan tersebut akan dibuat secara serentak di semua sekolah menengah negeri Johor seperti butiran berikut :

Tarikh : 22 Oktober 2012 (Isnin)
Masa : 7.30 - 10.30 pagi (3 jam)


Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat mengambil Kertas Soalan berkenaan di Kaunter Unit Pengurusan Akademik, PPD Mersing mulai jam 9.00 pagi pada hari esok 19 Oktober 2012 (Jumaat)..

Pembayaran hendaklah dibuat atas  nama pembekal melalui Bendahari MPSM Daerah Mersing.

Sekian. Wassalam.

PERMOHONAN UNTUK MENAMBAH ALAT CPE ZOOM BAGI SEKOLAH-SEKOLAH 1BESTARINET DAERAH MERSING

Tindakan
:
Pengetua / Guru Besar Sekolah-sekolah Yang Telah Mendapat Perkhidmatan 1BestariNet
Tarikh
:
18-10-2012
Unit
:
MAKLUMAT-ICT
Oleh
:
En. Azman Bin Yusof



Maklumat
:
Assalamualaikum wbkth

Sukacita dimaklumkan, pihak Program Management Office (PMO)KPM 1BestariNet sedia menimbangkan permintaan sekolah-sekolah besar untuk menambah bilangan alat CPE ZOOM yang kini dibekalkan sebanyak 3 + 1 bagi semua sekolah.

Sehubungan dengan itu, sekolah-sekolah besar daerah Mersing (sekolah yang telahpun menerima perkhidmatan 1BestariNet sahaja) boleh mengemukakan permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Tambahan ZOOM di pautan lampiran. Borang ini perlu di isi sekiranya sekolah mempunyai keperluan untuk menambah bilangan ZOOM sedia ada yang ditempatkan di sekolah

Permohonan lengkap yang disertakan justifikasi perlu diemail (azman.yusof@moe.gov.my) atau faks 07-7991828 ke PPD sebelum 24 Oktober 2012 untuk perhatian Pegawai Meja 1BestariNet PPD Mersing untuk tindakan lanjut.

Sekian makluman. Terima Kasih.
Lampiran 1
:
Lampiran 2
: