Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Selasa, 23 Oktober 2012

Anak Nadi Aspirasi Kita (ANAK)

Reaksi :  

Intipati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Reaksi :  

Isu Pemantapan Profesion Perguruan Topik Utama Dialog Pelan Pendidikan 2013-2025

Reaksi :  

 6 Okt (Bernama) -- Isu pemantapan profesion perguruan menjadi topik perbincangan popular pada sesi dialog Hari Terbuka Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM) di sini Sabtu.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata tahap kompentensi guru, pengurusan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah, beban tugas guru, kewibawaan guru besar dan pengetua menjadi antara isu yang mendapat sambutan hangat peserta dialog berkenaan.
"Isu ini adalah antara agenda utama yang terkandung dalam pelan kita. Kesemua perbincangan hari ini akan diteliti sedalam-dalamnya bagi merangka sistem baru untuk mentransformasi sistem sedia ada," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan guru, laporan awal pelan itu mensasar 30 peratus graduan cemerlang dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dan luar negara akan bekerja dalam sektor pendidikan.

Katanya, pihaknya akan memperkenalkan skim perkhidmatan khusus untuk menarik minat graduan cemerlang bagi mengisi kekosongan jawatan dalam bidang perguruan.

-- BERNAMA

Pelan Pembangunan Pendidikan Tidak Pinggir Sekolah Jenis Kebangsaan - Muhyiddin

Reaksi :  

20 Okt (Bernama) -- Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas tidak meminggirkan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata proses transformasi sistem pendidikan negara bukan hanya tertumpu kepada sekolah kebangsaan semata-mata sebaliknya merangkumi kedua-dua SJK tersebut.

"Ada pihak tertentu yang membuat cerita tidak betul apabila Perdana Menteri melancarkan pelan pembangunan pendidikan, mereka kata ia hanya untuk sekolah kebangsaan, saya nak jelaskan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil juga masuk di dalam pelan pembangunan ini," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan rakyat 1Malaysia di SJK(C) Li Chi di sini, Sabtu.
Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menegaskan SJK adalah sebahagian sistem pendidikan di negara ini.

Katanya kerajaan sentiasa berusaha memajukan sistem pendidikan sekolah kebangsaan serta sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil agar setiap pelajar sekolah memperoleh manfaat bersama.
"Kalau kita tidak majukan (SJK) maka kita tidak berlaku adil kepada pelajar-pelajar sekolah Cina dan Tamil, ini satu perkara yang tidak betul," katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin meminta rakyat agar tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang termasuk dakwaan bahawa kerajaan akan menutup SJK.

Katanya ia satu pembohongan yang amat besar semata-mata bertujuan meraih sokongan rakyat khususnya kaum Cina dan India pada pilihan raya umum akan datang.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM500,000 kepada SJK(C) Li Chi bagi projek penambahan bilik darjah.

Timbalan Perdana Menteri selepas itu beramah mesra dengan orang ramai dan minum petang di kedai kopi Sin Bee King di pekan Jementah di sini sebelum berlepas pulang ke ibu negara.

-- BERNAMA

 22 Okt (Bernama) -- Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah berharap penggubalan terakhir Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 berupaya diterjemahkan dengan program kerja yang realistik, mudah dihayati dan benar-benar memberi impak.

Baginda bertitah pelan itu perlu relevan dengan keperluan semasa dan tidak bersifat bermusim.

"Adalah penting untuk setiap perancangan pendidikan memiliki sifat toleransi, terus membenarkan berlakunya evolusi secara berterusan - secara berkesinambungan.

"Rancangan pendidikan yang agung perlu mengizinkan berlakunya budaya penerokaan - budaya memenuhi pengisian minda, tanpa noktah - tanpa perhentian, selaras dengan falsafah dan sifat ilmu," titah baginda semasa merasmikan Konvensyen Kebangsaan Penguruan Pendidikan Pengetua Cemerlang Malaysia 2012 di sini.

Raja Nazrin bertitah program pendidikan hendaklah berfungsi sebagai lebuh raya yang membolehkan insan sampai ke puncak pencapaian pada tahap kelajuan yang tidak dihalang oleh pelbagai sekatan.

Baginda bertitah kejayaan atau kegagalan pelan itu amat bergantung kepada tenaga pengetua, guru besar dan guru di sekolah dan oleh itu, amatlah kritikal untuk kumpulan paling penting ini diberikan fokus.

-- BERNAMA