* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Jumaat, 9 November 2012

Sekitar Lawatan Delegasi Dinas Pendidikan Banda Acheh ke Daerah Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa daerah Mersing telah dikunjungi oleh rombongan daripada Dinas Pendidikan Banda Acheh, Indonesia pada 30, 31 Oktober dan 1 November 2012.

Rombongan seramai enam orang yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Pendidikan Dinas Pendidikan Banda Acheh tersebut, diketuai oleh Bapak Rusdi bin Aries adalah dalam siri Lawatan Penanda Aras ke Negeri Johor. Rombongan berkenaan turut menyertai Kursus Kepemimpinan Teragih Pengetua-Pengetua Negeri Johor di Hotel Seri Malaysia, Mersing.

Rombongan tersebut turut membuat lawatan ke Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dan Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar Mersing pada 31 Oktober 2012.




Majlis Menandatangani MOU dengan SMSSI








Jenazah Bapak Rusdi Aries siap sedia untuk disolatkan selepas dimandikan
dan dikapankan di Bilik Mayat, Hospital Mersing.

Jenazah Bapak Rusdi sedia untuk dibawa ke KLIA sebelum diterbangkan ke Banda Acheh.
Moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau.
Makluman : Bapak Rusdi Aries disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung semasa menyampaikan ucapan di hadapan peserta Kursus Kepemimpinan Teragih Pengetua-Pengetua Negeri Johor di Hotel Seri Malaysia pada 1 November 2012... 

Permohonan ke Tingkatan 1 Sekolah Menengan Arab Al-Khairiah Mersing Tahun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke tingkatan satu di SMAAM telah dibuka dan akan ditutup pada 16 November 2012.
Ujian kelayakan akan dibuat pada 20 November 2012.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak SMAAM di talian 07-7996272.

Lampiran : SMAAM.pdf
Rabu, 7 November 2012

Bahan Bengkel Audit Pencapaian Program j-QAF 2012

Reaksi :  
Assalamu 'alaikum wrt wbt dan Salam Mahabbah

Alhamdulillah Bengkel Audit Pencapaian Program j-QAF telah dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan hasil usaha dan kerjasama semua Ketua Panitia Pendidikan Agama Islam dan Guru j-QAF daerah Mersing. Pihak kami merakamkan jutaan terima kasih dan syabas atas komitmen yang ditunjukkan.

 Semoga usaha yang sedikit ini, mendapat keberkatan daripada-Nya seterusnya mampu memartabatkan Program j-QAF di semua sekolah rendah di Daerah Mersing sesuai dengan matlamat serta tujuan ianya diwujudkan.

Berikut disertakan bahan bengkel yang perlu di muat turun untuk kegunaan tahun hadapan.

audit_j-QAF_SK.zip
audit_j-QAF_TAHUN_1.zip
audit_j-QAF_TAHUN_2.zip
audit_j-QAF_TAHUN_3.zip
audit_j-QAF_TAHUN_4.zip
audit_j-QAF_TAHUN_5.zip
audit_j-QAF_TAHUN_6.zip
Selasa, 6 November 2012

Taklimat Audit Program Menggilap Permata dan Halus Permata SK dan SJK Tahun 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa taklimat tersebut akan diadakan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 7 November 2012 (Rabu)
Masa : 2.15 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, PPD Mersing.
Sasaran : GPK 1 Semua Sekolah Rendah (SK dan SJK)

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua Guru Penolong Kanan 1 sekolah-sekolah rendah daerah Mersing agar dapat hadir dan turut serta dalam taklimat berkenaan.
Wassalam.
Lampiran : Surat Panggilan Taklimat.pdf

KENYATAAN AKHBAR
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2012

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama,Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 November 2012

MAKLUMAN PERGERAKAN GURU BESAR SEKOLAH RENDAH DAERAH MERSING

Reaksi :  
Sukacita dimaklumkan pergerakan tersebut adalah seperti berikut:-

1. En Rafie bin Md Dali Guru Besar SK Bandar Mersing ditukarkan ke SK Mersing 
Kanan.
2. En Mohd Rashidi bin Mat Jalil Guru Besar SK LKTP Nitar 1 ditukarkan ke SK 
Bandar Mersing

3. En Wan Mohd Ghazali bin Wan Mat Guru Besar SK Air Papan ditempatkan 
sebagai Guru Besar SK Tenggaroh 2,Mersing 
4. En Shamsudin bin Othman Guru Besar SK FELCRA Sungai Ara,Kota Tinggi 
ditukarkan sebagai Guru Besar SK LKTP Nitar 1, Mersing.

Pertukaran ini berkuatkuasa mulai 1 November 2012.
Isnin, 5 November 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan STPM Penggal 1 (Modular) Enam Rendah 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya kami mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan STPM Penggal 1 2012 (Modular) 6 Rendah kepada calon-calon STPM yang bermula pada hari ini 5 - 8 November 2012.

Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anda. Wassalam.

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya kami mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2012 kepada calon-calon SPM yang bermula pada hari ini 5 November 2012 hingga 6 Disember 2012.

Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anda. Wassalam.