Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Khamis, 22 November 2012

Laporan Akhbar Sekitar Pengumuman Keputusan UPSR 2012 Negeri Johor

Reaksi :  




Selasa, 20 November 2012

Anugerah Kecemerlangan UPSR 2012 - MERSING HEBAT

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, jutaan syukur kehadrat Allah SWT atas kurniaan nikmat yang tidak terkira.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor telah mengadakan Majlis Pengumuman Keputusan UPSR 2012 seperti butiran berikut :

Tarikh : 19 November 2012 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Dewan Seminar, Aras 6, Jabatan Pelajaran Johor.


Al-Hamdulillah, berkat keikhlasan, ketekunan dan komitmen warga Pendidikan Mersing, PPD Mersing telah dikurniakan empat anugerah berikut dalam majlis berkenaan.


Anugerah PPD Peratus Menguasai Tertinggi

Anugerah PPD Cemerlang Anjakan Saujana

Anugerah PPD Gred Purata Terbaik

Anugerah PPD Peratus Cemerlang Terbaik
Anugerah Kecemerlangan Sekolah :

1. Anugerah Sekolah Cemerlang GPS Terbaik - SK (Calon 1-15 orang) :
SK LKTP Tenggaroh 07 (1.46)

2. Anugerah Sekolah Cemerlang GPS Terbaik - SJKT (Calon 1-15 orang) :
SJK Tamil, Mersing (1.14)

3. Anugerah Sekolah Cemerlang GPS Terbaik - Sekolah Asli :
SK Tanah Abang (2.51)

4. Anugerah Sekolah Cemerlang GPS Terbaik - Sekolah FELDA :
SK LKTP Tenggaroh 07 (1.46)

5. Anugerah Sekolah Mencapai ETR - SK :
a) SK LKTP Tenggaroh 07
b) SK LKTP Tenggaroh 02
c) SK Mersing Kanan
d) SK LKTP Tenggaroh 03
e) SK LKTP Tenggaroh 01

6. Anugerah Sekolah Cemerlang Anjakan Saujana :
a) SJK Tamil Mersing (-0.87)
b) SK LKTP Tenggaroh 02 (-0.72)
c) SJKC Kg. Hubong (-0.70)

7. Anugerah Sekolah Cemerlang Integrasi Calon Pendidikan Khas - SK :
SK Lembaga Endau (1.86)

8. Anugerah BOP Cemerlang Negeri Johor :
a) SK Sri Pantai (100%)
b) SK Teriang (100%)
c) SK LKTP Tenggaroh 01 (95.50%)

TAHNIAH BUAT SELURUH WARGA MERSING TERUTAMA GURU-GURU DAN ANAK-ANAK PERMATA UPSR 2012.

Lampiran :
UPSR___C.pdf
UPSR___M.pdf
UPSR_ANJAKAN.pdf
UPSR_GP.pdf
Isnin, 19 November 2012

Sejarah Terbaik Mersing - UPSR 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, syukur kehadrat Ilahi atas  anugerah nikmat, kurnia dan kesejahteraan yang Allah swt. berikan kepada kita semua.

Kami merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua Guru Besar sekolah-sekolah daerah Mersing, guru-guru , anak-anak Permata Mersing dan seluruh warga pendidikan daerah Mersing serta warga  PPD Mersing yang telah memberikan sumbangan yang tidak mengenal erti penat lelah dalam mengurus serta memberikan pendidikan sewajarnya kepada anak-anak Permata Mersing terutama calon-calon UPSR 2012.

Berkat kerjasama dan komitmen Tuan/Puan, Al-Hamdulillah.... Pendidikan Mersing telah melakarkan satu keputusan terbaik dalam UPSR 2012.


Tahniah yang tidak terhingga kepada Guru Besar, murid-murid, guru-guru dan warga kerja program kecemerlangan UPSR Daerah Mersing atas pencapaian Mersing yang membanggakan dalam UPSR 2012.

Pencapaian Mersing :

PERATUS MENGUASAI - 75.38% (berbanding 72.52% pada tahun 2011)
PERATUS CEMERLANG - 9.93% (144 ORANG) berbanding 9.21% - 131 orang pada tahun 2011)
GPS - 2.12 (Gred B) berbanding 2.147 pada tahun 2011.

Ini adalah satu pencapaian terbaik dalam sejarah pendidikan daerah Mersing.
Pencapaian ini telah meletakkan daerah Mersing di tempat PERTAMA berbandingan daerah-derah negeri Johor mengikut peratus menguasai, dan GPS.

TAHNIAH. ALFU MABROOK.