* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Jumaat, 30 November 2012

Aktiviti Kelab Warga PPD Mersing Sempena Persaraan Pn.Maimunah Mohamad

Reaksi :  


1.PROGRAM    :MAJLIS BACAAN YASIN, SOLAT DHUHA,SOLAT HAJAT DAN DOA SELAMAT SEMPENA PERSARAAN PN. MAIMUNAH MOHAMAD
Tempat:Bilik Mesyuarat PPD Mersing Dan Surau Lelaki PPD Mersing
Tarikh:30-Nov-2012 hingga 30-Nov-2012
Masa:08:00:00 hingga 09:30:00
Peserta:60 peserta - Warga PPD Mersing







2.PROGRAM    :MAJLIS MENGIMBAS JARI KALI TERAKHIR PN.MAIMUNAH MOHAMAD, PENGELOLA CEMERLANG PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
Tempat:Dewan Al-Azhar, PPD Mersing
Tarikh:30-Nov-2012 hingga 30-Nov-2012
Masa:15:00:00 hingga 17:00:00
Peserta:250 peserta - Warga PPD Mersing, KP, Peny. Kawasan, Pengetua Dan Guru Besar







3.PROGRAM    :MALAM SEMAIAN BUDI LIMPAHAN KASIH PN.MAIMUNAH BT. MOHAMAD, PENGELOLA CEMERLANG PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN PPD MERSING
Tempat:Warga PPD Mersing, AJK MGB, AJK MPSM, AJK M4P Rendah Dan Menengah
Tarikh:30-Nov-2012 hingga 30-Nov-2012
Masa:07:45:00 hingga 22:30:00
Peserta:82 peserta - Warga PPD Mersing, AJK MGB, AJK MPSM , AJK M4P




Rabu, 28 November 2012

Jemputan ke Malam Semaian Budi Limpahan Kasih Pn.Maimunah Mohamad, Pengelola Cemerlang Penilaian dan Peperiksaan

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Kelab Warga PPD Mersing akan menganjurkan majlis berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 30 November 2012 (Jumaat)
Masa : 8.00 malam.
Tempat : Timotel Mersing
Sasaran : Semua ahli Kelab Warga PPD Mersing, 4 orang AJK MPSM, 4 orang AJK MGB, 2 orang AJK M4P Rendah dan 2 orang AJK M4P Menengah. (Jumlah : 82 orang)

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama rakan-rakan yang terlibat agar dapat hadir dan turut serta dalam majlis tersebut. Wassalam.

Lampiran :
Tentatif Program.pdf
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillahm sukacitanya diingatkan bahawa tarikh akhir pengisian markah peperiksaan berkenaan adalah pada 30 November 2012 (Jumaat).

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat berbuat demikian dengan seberapa segera. Tahniah dan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah mengambil tindakan tersebut.

Berikut dilampirkan status pengisian markah berkenaan sehingga jam 8.45 pagi ini.
Sekian untuk makluman dan tindakan pihak sekolah seterusnya.
Wassalam.

Lampiran:
http://sapsnkra.moe.gov.my/logout.php
Sekolah Menengah
Sekolah Rendah

PELAWAAN TERBUKA KEPADA SEMUA JURUTEKNIK KOMPUTER FT 17 SEKOLAH DAN PKG DAERAH MERSING UNTUK SERTAI TASK-FORCE TEKNIKAL DALAM PENGAGIHAN PERALATAN KOMPUTER UNTUK (ESPKWS)

Tindakan      
:
Semua Juruteknik Komputer FT17 Sekolah Dan PKG Daerah Mersing
Tarikh
:
27-11-2012
Unit
:
MAKLUMAT-ICT
Oleh
:
En. Azman Bin Yusof



Maklumat
:


Assalamualaikum wbrkth.

Merujuk perkara di atas, penyerahan set PC untuk sistem ESPKWS bagi 32 buah sekolah daerah Mersing akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh: 28 November 2012 (Rabu)

Masa: 8.30 pagi

Tempat: PPD Mersing


2. Sehubungan dengan itu, semua
Juruteknik Komputer FT17 daerah Mersing adalah dipelawa untuk menyumbang tenaga secara sukarela bagi menguji dan memasang aplikasi-aplikasi tambahan pada set PC tersebut sebelum diserahkan kepada pihak sekolah.

3. Kepada JTK FT17 yang berminat untuk menyertai Task-Force ini sila maklumkan kepada Peg. ICT PPD. Pengesahan untuk menyertai boleh disampaikan melalui telefon
019-9600120, SMS - 0105010902 atau email- azman.yusof@moe.gov.my sebelum jam 03.00ptg, 27 Nov 2012. Surat rasmi panggilan akan dikeluarkan kepada yang membuat pengesahan.

4. Pihak sekolah yang ada JTK FT17 digalakkan untuk datang bersama juruteknik masing-masing untuk membuat pengujian.


Sekian makluman.

ULANG HEBAHAN:PEMBEKALAN PERALATAN ICT UNTUK SISTEM PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH SECARA ELEKTRONIK (ESPKWS) BAGI 32 SEKOLAH DAERAH MERSING PADA 28 NOVEMBER 2012

Tindakan      
:
Semua Pengetua / Guru Besar Yang Berkenaan ( Sila Rujuk Lampiran A Yang Boleh Dimuaturun Dipautan Lampiran )
Tarikh
:
27-11-2012
Unit
:
MAKLUMAT-ICT
Oleh
:
En. Azman Bin Yusof



Maklumat
:
Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Sehubungan itu, Guru Penolong Kanan dan Pembantu Tadbir yang menguruskan kewangan sekolah diwajibkan hadir untuk menghadiri penerimaan bekalan ICT seperti ketetapan di Lampiran A. Sila bawa bersama cop jawatan masing-masing yang hadir dan cop sekolah untuk tujuan pengesahan dokumen iaitu Sijil Akaun Penerimaan (SAP), Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) dan Nota Penghantaran (DO).

3. Pengagihan dan penerimaan akan dibuat pada ketetapan berikut:-

Tarikh: 28 November 2012 (Rabu)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: PPD Mersing

4. Sebarang permasalahan atau pertanyaan, sila rujuk pegawai kami iaitu En. Adharizam Bin Adanan di talian 07-2310181 atau Pn Luthfanida Binti Hussin di talian 07-2310116. atau Pen. PPD Teknologi dan Maklumat di PPD Mersing.

4. Sila muaturun butiran lengkap - fail surat makluman dari JPN Johor format *.pdf dan Lampiran A – Senarai 32 buah sekolah yang terlibat bagi daerah Mersing.

Sekian, terima kasih.
Lampiran 1
:  
Lampiran 2
:  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pn. Maimunah bt. Mohamad, Pengelola Cemerlang Penilaian dan Peperiksaan, PPD Mersing akan bersara pilihan berkuatkuasa pada 1 Disember 2012 (Sabtu).

Sehubungan dengan itu, Majlis Mengimbas Jari Kali Terakhir untuk beliau akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 30 November 2012 (Jumaat)
Masa : 3.00 - 5.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing

Tentatif :

o   3.00 petang – Pendaftaran
o   3.15 petang – Ketibaan Dif Diraikan

  • Lagu Selangkah Ke Hadapan dan Mersing Hebat
  • Bacaan Doa
  • Ucapan PPD Mersing
  • Ucapan Wakil Pengarah Pelajaran Johor
  • Ucapan Pn. Maimunahbt. Mohamad
  • Majlis Serah Tugas
  • Penyampaian Cenderamata
  • Penyampaian Sijil Persaraan

o   5.00 petang – Mengimbas Jari
o   Bersurai

Sehubungan dengan itu juga, Tuan/Puan seperti berikut adalah dijemput bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

1. Pegawai-pegawai Sektor Penilaian dan Peperiksaan, JPN Johor.
2. Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah daerah Mersing. (SK, SJK, SMK, SBP, SRAB, SMAAM dan MRSM.
3. Semua Ketua Pengawas UPSR, PMR, SPM, STPM dan MUET.
4. Semua Penyelia Kawasan UPSR, PMR, SPM, STPM dan MUET.
5. Semua Warga PPD Mersing.

Sekian. Wassalam.

Lampiran :
Jemputan Warga PPD.pdf
Jemputan Pengetua Guru Besar.pdf
Jemputan MRSM, SMAAM dan SRAB.pdf
Jemputan Ketua Pengawas_Peny.Kawasan.pdf