* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa En. Ahmad Faiz bin Ramli, Guru Penolong SK Pulau Tinggi telah menjuarai Anugerah Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran Peringkat Negeri Johor Tahun 2012.

Beliau sebelum ini telah membentangkan inovasi bertajuk Penggunaan Kad Kotak Ajaib Dapat Mengurangkan Masa Yang Diambil Oleh Murid Tahun 4 dan Tahun 5 Dalam Membuat Penulisan Bahagian A.

Anugerah inovasi tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Johor dalam Majlis Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pelajaran Johor pada 6 Disember 2012 (Khamis) di Dewan Seminar, Aras 6, Jabatan Pelajaran Johor.

Kami merakamkan ucapan tahniah atas pencapaian beliau yang membanggakan seluruh warga pendidikan daerah Mersing. Ini sekaligus telah merealisasikan hasrat yang terkandung dalam slogan Mersing Hebat.
Wassalam.
Khamis, 6 Disember 2012

Kursus Kepimpinan Teragih Bagi Guru Besar Negeri Johor 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan kursus berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 10 hingga 12 Disember 2012
Tempat : Hotel Pelangi, Muar, Johor.
Pendaftaran : 2.30 - 4.30 petang (10 Dis. 2012)

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Guru Besar-Guru Besar berikut agar dapat hadir dan turut serta dalam kursus tersebut :

1.YM RAJA MAZLAN RAJA LATIF (GB SKSM)
2.ZULKIFLI MOHD. AMIN (GB SK KEM ISKANDAR)
3.HJH. SABIHAH BT. SAPUAN (GB SKSP)
4.EN. ZAWAWI MUDA (GB SKBE)
5.EN. WAN MOHD. GHAZALI (GB SKT02)
6.HJ. HAMZAH AHMAD (GB SKN02)
7.PN. MAIMON ISMAIL (GB SK TERIANG

MERSING HEBAT

Sekian. Wassalam.
Rabu, 5 Disember 2012

Majlis Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pelajaran Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth. dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan majlis berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 6 Disember 2012 (Khamis)
Masa : 8.00 - 1.00 petang
8.00 - 8.45 pagi (Pendaftaran dan Sarapan)
Tempat : Dewan Seminar, Aras 6, Jabatan Pelajaran Negeri Johor

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah-sekolah yang terlibat agar dapat hadir ke majlis tersebut .

Sekolah-sekolah yang terlibat :
1. SK Teluk Lipat
2. SK Seri Pantai
3. SK Tanjung Resang
4. SK Pulau Tinggi
5. SMK Sri Mersing
6. SMK Mersing
7. SMK Anjung Batu

TAHNIAH..
Selasa, 4 Disember 2012

Makluman : Kematian En. Shahbudin bin Ali, SMK Nitar.

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Salam Takziah.... dukacitanya dimaklumkan bahawa EN. SHAHBUDIN BIN ALI, 53 tahun, PAP@Pemandu SMK Nitar telah meninggal dunia petang tadi jam 5.30 ptg.di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu.
Jenazah beliau akan dibawa ke rumah keluarganya di Lot 180, Jalan Terus, Kg. Sri Pantai, Mersing malam ini.
Sehubungan itu, kami mengajak rakan-rakan pengunjung sekalian terutamanya warga pendidikan Mersing untuk menghadiahkan bacaan  Al-Fatihah untuk roh beliau dan mendoakan kerahmatan serta ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.
Kamu juga mengucapkan takziah kepada keluarga beliau, moga tabah menghadiri cabaran ini.
Wassalam.

Lampiran : Apa yang perlu dilakukan bila keluarga kita meninggal dunia?
Isnin, 3 Disember 2012

Bengkel Kerja TOT Program Mengawal Masa Instruksional Negeri Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan mengadakan bengkel berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 5 Disember 2012 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Jabatan Pelajaran Johor.

Guru-guru yang terlibat :

1. Hj. Abu Othman Ibrahim (Pengetua SMSSI)
2. Hj. Samadi Duriat (Pengetua SMKUH)
3. Hjh. Azizah Abdullah (Pengetua SMK Nitar)
4. Hjh. Zaliha Ismail (Pengetua SMK Mersing)
5. YM Raja Mazlan Raja Latif (GB SKSM)
6. En. Zawawi Muda (GB SKBE)
7. Hjh. Norsiah Endot (GB SK Lembaga)
8. En. Baharom (GB Pulau Sibu)

Wassalam .

Lampiran : TOT_MMI.pdf

Taklimat Khas Anugerah Kecemerlangan UPSR 2012

Reaksi :  
SEGERA

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa pejabat ini akan mengadakan taklimat tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 4 Disember 2012 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing
Sasaran : Semua GPK1 SK dan SJK Daerah Mersing

Sehubungan dengan itu, semua Guru Penolong Kanan 1 SK dan SJK Daerah Mersing atau wakil adalah dikehendaki hadir ke taklimat berkenaan seperti ketetapan di atas.

Sila bawa dokumen berikut :

1. Senarai nama murid yang mendapat semua A dalam UPSR 2012. (Straight A)
2. Senarai nama guru-guru yang terlibat dalam Program Menggilap Permata dan Halus Permata di SK dan SJK Sekolah-Sekolah Daerah Mersing.
3. Maklumat Peribadi Guru dan Murid yang dicadangkan untuk menerima anugerah :
- Nama Penuh (Calon/Pemohon)
- No Kad Pengenalan
- Alamat
- Tarikh Lahir
- Jantina
- Bangsa
- Alamat Emel
- No Tel.
- Pendapatan Isi Rumah
- Maklumat Ibubapa (Pelajar sahaja)

Mohon kerjasama dan tindakan segera..
Wassalam.

Lampiran : Taklimat_Anugerah_UPSR_2012.pdf

Anugerah Pengurusan Profesional Berprestasi Tinggi 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, kami merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Pn. Maimunah bt. Mohamad, Pengelola Cemerlang Penilaian dan Peperiksaan, PPD Mersing kerana telah dianugerahkan ANUGERAH PENGURUSAN PROFESIONAL BERPRESTASI TINGGI TAHUN 2012.


Kami sentiasa mendoakan kecemerlangan dan kebahagiaan Pn.Maimunah sekeluarga. Budi dan jasa Puan tetap dalam ingatan kami.

SELAMAT BERSARA...

 
Tindakan      :Sekolah-sekolah Yang Berkenaan Dan Seluruh Warga Pendidikan Mersing
Tarikh:03-12-2012
Unit:MAKLUMAT-ICT
Oleh:En. Azman Bin Yusof



Maklumat:Assalamualaikum wbrkth

Sukacita dimaklumkan, kerja-kerja pemasangan MONOPOLE 1BRIS untuk perkhidmatan 1BestariNet sedang rancak dilaksanakan oleh kontraktor YTL di beberapa buah sekolah di Mersing. Ada beberapa sekolah yang telah siap dipasang

2. Pemasangan monopole telah siap di SK Bandar Endau ( 30 Nov 2012 ), SK Teriang dan SK Pusat Air Tawar ( 1 Dis 2012 )

3. Jadual kerja seterusnya ialah pada hari Isnin, 3 Dis 2012 melibatkan SMK Mersing dan SK Penyabong. Guru ICT dan pihak sekolah diminta untuk bersedia menerima kehadiran kontraktor pemasangan ini yang melibatkan kehadiran jentera berat di kawasan sekolah.

4. Sila rujuk gambar-gambar dan video kerja-kerja pemasangan MONOPOLE tersebut di blog mersinghebat dan youtube di pautan di bawah.

Sekian makluman. Terima Kasih


Link:http://www.youtube.com/watch?v=cL63DO8LdXs

Permohonan bagi mengikuti Kursus Sijil Kelayakan Profesional Untuk Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL), anjuran Institut Aminuddin Baki, KPM 2013

Permohonan Bagi Mengikuti PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) tahun 2013 anjuran Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia. Permohonan dibuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang layak. Maklumat Lanjut
Bagi Kutipan / Bayaran keperluan persekolahan murid -murid tahun 2013, Pengurus sekolah dikehendaki merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia yang sedang berkuat kuasa termasuk Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 4 Tahun 2011 dan Surat Pekeliling Kewangan Bil;. 7 Tahun 2012 (sebagaimana lampiran)

LAMPIRAN
Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 4 Tahun 2011 (Pekeliling)
Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2012 (Pekeliling)
Kebenaran Kutipan Bayaran Persekolahan Tahun 2013 (Surat)
Kenyataan media pengambilan murid Tingkatan 1 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2013 KPM boleh dibaca melalui portal KPM atau klik pada pautan dibawah.
Kenyataan media pengambilan murid Tingkatan 1 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2013 KPM

Segera : Kajian Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam Talian

Reaksi :  
SEGERA..
Guru Besar
Sekolah Rendah Negeri Johor


Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) sedang menjalankan Kajian pelaksanaan KSSR di sekolah rendah di seluruh negara bertujuan mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan KSSR dari segi pemahaman pentadbir dan guru serta pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

Kajian dalam talian ini melibatkan instrumen soal selidik untuk di jawab oleh pentadbir sekolah dan semua guru yang mengajar semua mata pelajaran KSSR Tahun 1 dan tahun 2 di setiap sekolah rendah.

Terdapat 2 borang berasingan untuk pentadbir dan guru
Borang soal selidik untuk pentadibir boleh diakses melalui:
http://www.moe.gov.my/bpk/kajian/kssr-pentadbir
Borang soal selidik untuk guru boleh diakses melalui:
http://www.moe.gov.my/bpk/kajian/kssr-guru

Tarikh akhir untuk menjawab soal selidik adalah pada 30hb Januari 2013.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Amiruddin bin Abd Manaf (019-7672532)
Kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.