* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 28 Disember 2013

PEMBERITAHUAN PERTUKARAN GURU BESAR DAN PERLANTIKAN GURU PENOLONG KANAN

Reaksi :  
Dengan sukacitanya PPD Mersing mengumumkan perlantikan dan pertukaran berikut:

Pn. Lim Siok Hon, Guru Besar SJKC Jemaluang, Mersing bertukar ke SJKC St. Joseph, Johor Bahru sebagai Guru Besar, berkuatkuasa 5 Januari 2014

Pn. Vejayaletchumi a/p Ramalingan, Guru Besar SJKT Mersing bertukar ke SJKT Ladang Pelepah, Kota Tinggi sebagai Guru Besar, berkuatkuasa 16 Disember 2013

En. Md Razif Bin A Razak, Guru Penolong SK Tenggaroh 6 dilantik sebagai GPK HEM SK Tenggaroh 3 berkuatkuasa 16 Disember 2013

Pn. Norhayati Binti Talib, Guru Penolong SK Tenggaroh 5 dilantik sebagai GPK Kokurikulum SK Tenggaroh 2 berkuatkuasa 16 Disember 2013

PPD Mersing mengucapkan syabas tahniah dan terima kasih kepada yang berkenaan.
Jumaat, 27 Disember 2013

Pembugaran Modul Pedagogi

Reaksi :  

Makluman Peperiksaan Awam Tahun 2014

Reaksi :  


Cuti Peristiwa dan Cuti Ganti 2014

Reaksi :  




Takwim Persekolahan 2014 (Johor)

Reaksi :  
Sila lihat pautan berikut : Perincian Takwim Persekolahan 2014

PERUBAHAN : JOHOR TERMASUK DALAM KUMPULAN A EKORAN PERUBAHAN CUTI UMUM MINGGUAN BAGI NEGERI JOHOR PADA HARI JUMAAT DAN SABTU BERKUATKUASA 1 JANUARI 2014.

Hari Kelepasan Am Negeri Johor 2014

Reaksi :  
Sila rujuk Pekeliling Am Negeri Johor Bil 3/2013: Cuti Mingguan Negeri Johor bagi cuti gantian untuk tahun 2014.
Hari Kelepasan Am
Tarikh
Hari
Hari Keputeraan Nabi Muhamad S.A.W. (Maulidur Rasul)
14 Januari
Selasa
Hari Thaipusam
17 Januari
Jumaat
Tahun Baru Cina
31 Januari & 1  Februari
Jumaat 
Sabtu
Hari Pekerja
1 Mei
Khamis
Hari Wesak
13 Mei
Selasa
Hari Keputeraan Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong
7 Jun
Sabtu
Awal Ramadhan
29 Jun 
Ahad
Hari Raya Puasa
28 & 29 Julai
Isnin & Selasa
Hari Kebangsaan
31 Ogos
Ahad
Hari Malaysia
16 September
Selasa
Hari Raya Haji (Hari Raya Qurban) 1435H
5 Oktober
Ahad
Hari Deepavali
23 Oktober
Khamis
Awal Muharam (Maal Hijrah) 1436 H
25 Oktober
Sabtu
Hari Keputeraan D.Y.M.M. Sultan Johor
22 November
Sabtu
Hol Almarhum Sultan Iskandar
29 November 
Sabtu
Hari Krismas
25 Disember
Khamis
Rabu, 18 Disember 2013

Majlis Pengumuman Keputusan PMR 2013 Negeri Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan mengadakan majlis tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 19 Disember 2013 (Khamis)
Masa : rujuk lampiran
Tempat : Dewan Seminar, Ting. 6, JPN Johor.

Sehubungan dengan itu, Pengetua-Pengetua berikut dikehendaki hadir dan turut serta dalam majlis tersebut.

1. SM Arab AlKhairiah Mersing
2. SM Sains Sultan Iskandar Mersing
3. SMK Sri Mersing
4. SMK Mersing
5. SMK Anjung Batu
6. SMK Nitar


Pemberitahuan Sesi Persekolahan 2014 Sekolah-Sekolah Negeri Johor

Reaksi :  


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berikutan dengan penjumudan jawatan Juruteknik berikutan perubahan skop fungsi dan pengiktirafan sijil politeknik setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, dan skop tugas skim perkhidmatan Juruteknik dalam bidang kejuruteraan, seni bina dan ukur bahan akan diambil alih oleh skim perkhidmatan Penolong Jurutera, Penolong Pegawai Seni Bina dan Penolong Juruukur Bahan. Semua Juruteknik yang telah dilantik secara tetap akan ditawarkan opsyen pertukaran pelantikan berdasarkan bidang pengkhususan ke skim perkhidmatan Penolong Jurutera, Penolong Pegawai Seni Bina atau Penolong Juruukur Bahan di Gred JA29.

3. Sebagai persediaan awal, bersama-sama ini disertakan surat JPN.PKHD(26) 100-3/8(13) dan LAMPIRAN C yang perlu dilengkapkan oleh tuan/puan dan kemukakan ke jabatan ini sebagaimana NOTA yang tercatat di lampiran tersebut sebelum atau pada 20.12.2013 untuk tindakan selanjutnya.

Lampiran :
http://moe.gov.my/jpnjohor
Surat.pdf
Lampiran_C.xls

INSTALLER SISTEM ANALISIS PMR SEKOLAH 2013

Reaksi :  
Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Merujuk perkara diatas

2. Sukacita dimaklumkan kepada semua Pengetua dan Setiausaha Peperiksaan PMR 2013, mohon untuk memuat turun Installer Aplikasi PMR 2013 kosong untuk kemudahan mengimport data peperiksaan PMR 2013 pada 19 Disember 2013 di Bilik Mesyuarat PPD Mersing.

Kerjasama daripada tuan amat dihargai

Sekian, terima kasih

Lampiran : PMR_Sek_2013.rar
Selasa, 17 Disember 2013

KEBENARAN KUTIPAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN UNTUK MURID TAHUN 2014

Reaksi :  
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.Merujuk Surat Pekeliling Kewangan Bil.7/2012 daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah-sekolah hendaklah mendapatkan kelulusan bagi setiap kutipan bayaran berikut daripada Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru:

2.1Bayaran Tambahan Untuk Murid Bukan Warganegara.

(RM 24.50 untuk sekolah rendah dan RM 33.50 untuk sekolah menengah)

2.2Bayaran Majalah Sekolah.
2.3Bayaran Asrama.

3.Setiap permohonan (perlu disediakan secara berasingan dalam 3 salinan) berdasarkan format permohonan sedia ada dan telah disahkan oleh Guru Besar/Pengetua, diakui oleh YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru berserta minit Mesyuarat Agung/ AJK PIBG 2013. Setiap permohonan perlu diserahkan melalui Pejabat Pendidikan Daerah Mersing (UP: Pegawai Perhubungan Daerah) pada atau sebelum 04 Disember 2013 untuk dikemukakan kepada Penolong Pendaftar di Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi tujuan kelulusan.

Sekian, terima kasih

RAYUAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KAWALAN, KELAS RANCANGAN KHAS DAN KELAS ALIRAN AGAMA

Reaksi :  
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Tuan,

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan kemasukan ke program di atas boleh mula diperolehi/ disemak di sekolah pada 18 Disember 2013 atau di laman sesawang www.apdm.moe.gov.my.

Bagi mereka yang tidak berjaya, Borang Rayuan boleh diperolehi secara percuma di PPD Mersing mulai 18 Disember 2013.

Tarikh tutup rayuan adalah pada 26 Disember 2013.

Sekian, untuk makluman dan tindakan tuan.

TAKLIMAT PENGURUSAN ANALISIS DATA PEPERIKSAAN PMR 2013

Reaksi :  
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 akan diserahkan kepada sekolah-sekolah melalui tuan sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh : 19 Disember 2013
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing

3. Mohon Kerjasama tuan, membawa bersama-sama SU PMR untuk membuat analisis pencapaian calon-calon PMR 2013.

Sekian, terima kasih
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berikutan dengan keputusan kerajaan mengenai pertukaran pelantikan pegawai dalam skim perkhidmatan jumud ke skim perkhidmatan yang berkuat kuasa, kerajaan telah bersetuju supaya pegawai dalam skim perkhidmatan jumud ditukar lantik ke skim perkhidmatan berkuat kuasa yang bersesuaian supaya pegawai boleh terus berkhidmat memberi sumbangan kepada perkhidmatan awam.

3. Diantara jawatan-jawatan jumud yang dikenalpasti di Jabatan Pendidikan Johor, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah yang akan ditawarkan untuk ditukar lantik ialah:

3.1. Tukang Masak/Penolong Dapur (N1, N4)

3.2. Jaga (R1, R4)

4. Sebagai persediaan awal, bersama-sama ini disertakan Surat JPNJ.PKHD(26)100-3/8(14), LAMPIRAN D dam LAMPIRAN E yang perlu dilengkapkan oleh tuan/puan dan kemukakan ke jabatan ini sebagaimana NOTA yang tercatat di lampiran tersebut sebelum atau pada 20.12.2013 untuk tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Lampiran : 
Surat.pdf
Lampiran_D.xls
Lampiran_E.xls
Tuan,

Bersama-sama ini dipaparkan surat JPNJ/PTK(45)/500-3/4/8 Jld.4(50)bertarikh 6 Disember, 2013 yang dengan sendiri menerangkan maksudnya. Mohon kerjasama tuan untuk menyebarluaskan kepada kakitangan di sekolah tuan.

Sekian, segala kerjasama yang tuan berikan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Lampiran : Jadual_Peperiksaan.PDF

PEKELILING AM PROTOKOL PENGIBARAN BENDERA

Reaksi :  
Tuan,

Bersama-sama ini dipaparkan surat JPNJ.PP(31)/100-5/3/1(70)bertarikh 3 Disember, 2013 yang dengan sendiri menerangkan maksudnya. 

Sekian, segala kerjasama yang diberikan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Lampiran : Pekeliling.PDF
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Tuan,

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan permohonan ke SK/ KRK/ KAA bagi sesi persekolahan tahun 2014 boleh disemak mulai 17 Disember 2013 melalui sistem APDM. 
Untuk sebarang pertanyaan, tuan boleh berhubung dengan PPPD Menengah (Murid), En. Mohd Fakarudin bin Hussain di talian 07-7982741.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan. Terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu surat Jabatan PKHD/26/500-1/115(3) Bth: 25 November 2103 adalah berkaitan.

Mohon kerjasama tuan/puan untuk mengemukakan perakuan Tanggungkerja mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Sekian terima kasih.

Lampran : 2316.pdf

MAKLUMAN: PERTUKARAN SETARA GURU PENOLONG KANAN SEKOLAH RENDAH DAERAH MERSING.

Reaksi :  
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa pertukaran tersebut adalah seperti berikut :-

1. En Khairuddin bin Yaacob - Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK SK Sawah Dato PPPLD DGA34 Secara Time Based Berasaskan Kecemerlangan ditukarkan sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Sri Mersing.

2. Pn Haslina binti Abd Hamid - Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Tenggaroh 3, PPPLD DGA32 ditukarkan sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Sawah Dato Mersing.

Pertukaran ini berkuatkuasa pada 16 November 2013.

3. Pn Hairani binti Pon PPPLD Gred DGA34 Secara Time Based Berasaskan Kecemerlangan Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Tenglu , Mersing ditukarkan sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah yang sama.

4. Pn Zaleha binti Hasin PPPLD DGA34 Secara Time Based Berasaskan Kecermerlangan Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK LKTP Tenggaroh 2, Mersing ditukarkan sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Tenglu , Mersing.

Pertukaran ini berkuatkuasa pada 1 Disember 2013.

Sekian terima kasih.
Tindakan       : PENGETUA / GURU BESAR / SEMUA JURUTEKNIK KOMPUTER FT17 SEKOLAH-SEKOLAH / PKG DAERAH MERSING
Tarikh : 17-12-2013
Unit : MAKLUMAT-ICT
Oleh : En. Azman Bin Yusof



Maklumat : MESYUARAT PERANCANGAN 2014 ( PENYELARASAN SKT/ FAIL MEJA / LOG TUGASAN HARIAN) BAGI JURUTEKNIK KOMPUTER FT17 SEKOLAH-SEKOLAH / PKG DAERAH MERSING

Merujuk kepada perkara di atas, mesyuarat perancangan tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut:-

Tarikh / Hari : 19 Disember 2013 ( Khamis )

Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang

Tempat : Bilik Seminar, PKG Bandar Mersing

2.. Sehubungan dengan itu, kerjasama semua Pengetua/Guru Besar sekolah-sekolah yang terlibat adalah dipohon untuk memberi kebenaran dan pelepasan kepada Juruteknik Komputer sekolah masing-masing untuk hadir ke mesyuarat perancangan tersebut.

3. Tuntutan perjalanan tuan adalah berdasarkan kelayakan dan pembayaran akan hanya dibuat mengikut peruntukan semasa yang sedia ada. Sebagai langkah penjimatan, tuan digalakkan berkongsi kereta.

Kerjasama tuan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.


# Surat rasmi panggilan mesyuarat boleh dimuaturun dari pautan di bawah.
Lampiran 1 :   MesyJTK20140001.pdf


PENTING : SURAT PANGGILAN DARI BTP : BENGKEL KESEDARAN CHROMEBOOK ANJURAN BTP BAGI PENGETUA, GURU BESAR DAN GPK1 SR BAGI 12 SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH MERSING
Tindakan       : Pengetua. Guru Besar Serta Guru Penolong Kanan SR Yang Berkenaan Sahaja
Tarikh : 10-12-2013
Unit : MAKLUMAT-ICT
Oleh : En. Azman Bin Yusof



Maklumat : Assalamualaikum wbrkth.

Sukacita dipanjangkan makluman daripada BTP berkenaan Bengkel Kesedaran Chromebook yang akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :

Sesi 1

Peserta : Guru Besar dan Guru Penolong Kanan 1 SR
3 Sekolah Rendah : SK Pusat Air Tawar, SK Sri Mersing dan SJKC Pai Chee
09.00 pg - 06.00 ptg
11 - 12 Disember 2013 di Hotel Emperor, Melaka


Sesi 2

Peserta ; Pengetua, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan 1 SR
9 sekolah : SK Seri Pantai, SK Tenglu, SK Teluk Lipat, SK Mersing Kanan,
SMK Mersing, SMK Seri Mersing, SMK Pai Chee, SMK Ungku Husin dan
SM Sains Sultan Iskandar
09.00 pg - 06.00 ptg
12 - 13 Disember 2013 di Hotel Emperor, Melaka

Surat panggilan berkenaan telah dimasukkan ke dalam peti surat sekolah masing-masing, selain hebahan dibuat melalui portal ini dan makluman melalui infoblast.



Sekian hebahan. Terima Kasih.
Rabu, 4 Disember 2013

Ujian Kelayakan ke Ting. 1 SMA Al-Khairiah Al-Silamiah Mersing

Reaksi :  

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu, tuan/puan yang berkelayakan dan telah memenuhi syarat -syarat yang telah ditetapkan adalah dipelawa untuk memohon jawatan tersebut melalui Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) dalam sistem e-pangkat.

Tarikh tutup permohonan pada 16 Disember 2013.

Sekian terima kasih

Lampiran : http://apps2.moe.gov.my/tls/login.php

PEMBERITAHU PENEMPATAN KE JAWATAN HAKIKI PPPLD DGA32

Reaksi :  
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa En Md Hairol Azhari bin Sapon, Guru Penolong SK Air Papan, Mersing ditukarkan sebagai Penyelia Kokurikulum, Pejabat Pendidikan Daerah Mersing secara Hakiki.

Pertukaran ini berkuatkuasa pada 1 November 2013.

Sekian terima kasih.

PEMBERITAHU PERTUKARAN SETARA PEGAWAI DI PEJABAT PENDIDIKAN MERSING

Reaksi :  
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa En Nazaini bin Nasir, Penyelia Kokurikulum, ditukarkan sebagai Penyelia Pendidikan Swasta, Pejabat Pendidikan Daerah Kluang.

Pertukaran ini berkuatkuasa pada 1 November 2013.

Sekian terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Untuk makluman, Pegawai yang diluluskan cuti belajar dan mengisi Jawatan Latihan KPM dikehendaki mengisi Borang Penilaian Prestasi (P.S.D Form 6/93) Tahun 2013.
 
Sekian.

Lampiran : 

KEPUTUSAN PERTUKARAN GURU BAGI SESI JANUARI 201

Reaksi :  
Keputusan Pertukaran Guru bagi sesi Januari 2014 boleh disemak di Sistem Maklumat Guru Modul e-GTukar mulai jam 9.00 malam pada 25 Nov 2013, Isnin.
Pertukaran antara negeri sahaja.
Layari e-GTukar

Sistem PBS : Kerajaan jamin atasi kelembapan internet

Reaksi :  
http://sppbs.moe.gov.my/

Kementerian Pendidikan memberi jaminan isu kelembapan liputan internet sehingga menimbulkan masalah kepada guru melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diatasi mulai sesi persekolahan Januari 2014.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan, berkata kerajaan sedar dan memandang serius keluhan guru mengenai sistem itu terutama aduan liputan internet yang sangat tidak memuaskan sehingga melambatkan proses pentaksiran dan menambah beban tugas mereka. 


“Dalam pelaksanaan sistem ini, banyak cabaran dihadapi. Saya bagi pihak kementerian memohon maaf kepada semua guru kerana hasrat kita bukan untuk bebankan mereka. Kita dalam proses cari penyelesaian,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 peringkat kementerian berkenaan.

Dalam sesi perbahasan sebelum itu, beberapa Ahli Parlimen menyuarakan rasa tidak setuju terhadap pelaksanaan PBS yang mengundang banyak aduan guru. Ada yang mahu ia dimansuhkan kerana bukan saja menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), malah tidak sesuai untuk sesetengah kawasan luar bandar yang ada masalah bekalan elektrik.

Sementara itu, Kamalanathan berkata, kementerian membekukan lesen sementara (moratorium) penubuhan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) selama dua tahun mulai Februari lalu bagi memastikan pembukaan IPTS baru adalah terkawal, manakala penawaran kursus dan tempat pengajian tidak melebihi permintaan.


Sumber: Berita Harian (20 November 2013)
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DewanRakyat_Kerajaanjaminatasikelembapaninternet/Article/

Kementerian gesa hentikan polemik dasar PBS

Reaksi :  
Kota Belud: Kementerian Pendidikan meminta semua pihak menghentikan polemik berhubung dasar Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) kerana ia dilaksanakan selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak, termasuk orang ramai.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata walaupun wujud kelemahan terutama berkaitan sistem serta penyimpanan data, ia dapat menilai pelajar dari segi kokurikulum, rohani, peperiksaan dan aspek lain seperti dimahukan pelbagai pihak selepas sistem sebelum ini hanya menilai dari sudut peperiksaan. 

“Janganlah kita tolak PBS ini hanya kerana ada masalah dari segi pelaksanaannya, sedangkan ia mampu menilai pelajar dengan baik, bukan hanya berdasarkan kepada peperiksaan semata-mata, tetapi meliputi pelbagai aspek. 

"Kementerian akan melakukan tiga penambah-baikan awal tahun depan bagi melancarkan pelaksanaan sistem itu
- Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II

Penambahbaikan

“Sehubungan itu, kita akan teruskan dasar ini dan membuat pelbagai penambahbaikan yang akan memudahkan tugas guru dalam mengisi segala maklumat serta markah pelajar,” katanya pada sidang media selepas menutup Program Kem Perpaduan 1Malaysia peringkat kebangsaan di Kampung Rampayan, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip.

Pelaksanaan PBS ketika ini mendapat pelbagai reaksi, terutama daripada kesatuan guru yang mahu ia dikaji semula serta dimansuhkan kerana didakwa menyukarkan serta membebankan guru. 

Mengulas lanjut, Idris berkata, kementerian akan melakukan tiga penambahbaikan awal tahun depan bagi melancarkan pelaksanaan sistem itu, termasuk menginterasikan modul kepada satu modul tunggal.

“Kita juga akan memperkenalkan ‘cache’ yang akan melindungi rekod dibuat guru, sekiranya berlaku masalah seperti gangguan bekalan elektrik yang menyebabkan semua data dikumpulkan hilang begitu saja.

“Kementerian juga akan meningkatkan server dan jalur lebar bagi menambah akses kepada guru yang mahu memasukkan data seperti markah murid, ini semua bagi melancarkan pelaksanaan PBS,” katanya.

Sementara itu, Idris berkata, penganjuran Program Kem Perpaduan 1Malaysia akan dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.

“Sekarang ia hanya dibuat di peringkat kebangsaan saja dan selepas ini akan dikembangkan ke peringkat negeri serta daerah,” katanya.


Sumber: Berita Harian (19 November 2013)
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KementeriangesahentipolemikdasarPBS/Article
Jumaat, 22 November 2013

Keputusan UPSR 2013 Daerah Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, dukacitanya dimaklumkan bahawa Prestasi UPSR Mersing pada tahun 2013, agak merosot berbanding tahun 2012 seperti berikut :

PERATUS MENGUASAI - 67.20 %
PERATUS CEMERLANG - 8.31 % (109 ORANG) 
GPS - 2.21 (Gred B)

Pencapaian tersebut telah meletakkan daerah Mersing di kedudukan ke SEPULUH berbanding daerah-daerah negeri Johor mengikut Gred Purata Keseluruhan Daerah dan Peratus Menguasai.

Manakala Peratus Cemerlang dan Peratus Menguasai, Mersing berada di tempat ke LAPAN.

Anugerah Kecemerlangan UPSR 2013 :

1.     Anugerah Pejabat Pendidikan Daerah Cemerlang Kategori Gred Purata Daerah Terbaik – SJKC.
2.     Anugerah Pejabat Pendidikan Daerah Cemerlang Kategori Gred Purata Daerah Terbaik – SJKT.
3.     Sekolah Cemerlang GPS Terbaik FELDA
- SK LKTP Tenggaroh 06
4.     Sekolah Mencapai ETR
- SK LKTP Tenggaroh 01
- SJKC Chiao Ching
5.     Sekolah Cemerlang Capai 100% dan GPS kurang 1.50
- SJK Tamil Mersing
- SK LKTP Tenggaroh 06.
6.     Sekolah Anjakan Saujana
- SJKC Kg. Hubong
- SK Pulau Sibu
- SJKC Jemaluang

Prestasi UPSR Mersing :
Tahun % Cemerlang % Menguasai GPD Kedudukan Dalam Johor
2008 5.71% 62.32% 2.32 10
2009 8.80% 69.41% 2.24 7
139 org.
2010 7.54% 65.60% 2.29 4
108 org.
2011 9.21% 72.52% 2.147 4
131 org.
2012 9.93% 75.38% 2.12 1
144 org.
2013 8.31% 67.20% 2.21 10
109 org.

Bahan Dialog Prestasi Keputusan UPSR 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan kami sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan.

Dialog Prestasi Keputusan UPSR 2013


Al-Hamdulillah, berkat kerjasama pihak yang terlibat, dialog berkenaan telah dapat diadakan pada 21 Nov. 2013 - jam 2.00 petang di Dewan Al-Azhar, PPD Mersing.

Terima kasih atas kerjasam semua pihak.
Berikut disertakan bahan dialog berkenaan untuk makluman dan rujukan pihak sekolah.
Wassalam.

Lampiran :
RKecemerlangan_Daerah_Semua_Aliran.pdf
RKecemerlangan_ikut_sek.johor.pdf
RKecemerlangan_Sekolah_-_SJKC.pdf
RKecemerlangan_Sekolah_-_SJKT.pdf
RKecemerlangan_Sekolah_-_SK.pdf
TOV_ETR_UPSR_2013.pdf
RKecemerlangan_Sekolah_Semua_Aliran.pdf
anugerah.pdf
Prog.Induk_2013.pdf
Penilaian_Program_Permata.pdf