Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Ahad, 7 April 2013

Penghargaan : Keterlibatan Aktiviti pada 6 dan 7 April 2013 (Sabtu dan Ahad)

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, atas kerjasama semua pihak dan usaha keras rakan-rakan pegawai dan guru serta kakitangan sokongan, aktiviti pada 6 dan 7 April 2013 dapat dilaksanakan dengan lancar.

Program ' Learning Is Fun ' anjuran bersama Open University Malaysia (OUM) telah diadakan pada 6 April 2013 (Sabtu), 8.00 pagi hingga 1.00 ptg. di SK Bandar Endau melibatkan 50 orang murid-murid sekolah rendah zon Endau. Terima kasih yang tidak terhingga kepada penyarah-pensyarah dan staf OUM Kuala Lumpur dan Johor kerana sudi datang dan membantu menyemarakkan budaya ilmu di Mersing. Terima kasih kepada pihak SK Bandar Endau kerana sudi menjadi tuan rumah program tersebut.. Penghargaan juga kepada En. Wee Kok Cheng, PPPD BM (Men) dan Pn. Norhimah Ismail, Kaunselo Organisasi, PPD Mersing kerana telah berjaya mengurus dan turut serta dalam program tersebut.

Program Gerak Mesra PPD Bersama Warga Pendidikan Mersing Bagi Zon Bandar dan Nitar melibatkan semua guru dan kakitangan sekolah zon bandar dan nitar (980 orang) telah berjaya diadakan pada 6 April 2013 (Sabtu), 8.30 pagi - 1.30 ptg. di Dewan SMK Anjung Batu. Kami merakamkan ucapan tahniah kepada En.Md.Jais bin Samat, Pegawai Pelajaran Daerah Mersing serta warga PPD Mersing atas usaha berani dan proaktif yang baik tersebut. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada warga SMK Anjung Batu yang diketuai oleh Hjh, Rosita binti Din kerana sedia mengelola dsn menjadi tuan rumah program tersebut.
Terima kasih juga kepada warga pendidikan zon bandar dan nitar yang dapat hadir ke program berkenaan . Bagi yang tidak dapat hadir atau mempunyai alasan untuk tidak hadir secara sengaja atau tidak, kami juga ucapkan jutaan terima kasih. Moga Allah SWT sentiasa memberikan kekuatan sikap istiqamah secara berterusan walau apapun situasi, juga cabaran.
Tahniah kepada pihak sekolah yang menerima Anugerah Kecemerlangan PMR, SPM dan STPM 2012 dalam program tersebut.

Difusi Modul Program Menggilap Permata 5 juga turut diadakan pada 6 April 2013 (Sabtu), 8.00 pagi hingga 12.30 tgh. di SK Sawah Dato melibat guru-guru tahun enam seramai 140 orang.. Al-Hamdulillah, 80 orang guru telah berjaya hadir dan menyempurnakan sesi difusi tersebut yang diketuai oleh En. Azhar Shahrudin, GPK 1 SK Sawah Dato. Kami mengucapkan ucapan tahniah kepada urusetia program, juga penggerak PMP5 yang setia dan tabah menjalankan program berkenaan walaupun terpaksa berhadapan dengan cabaran luar jangka dan kerenah manusia secara langsung atau tidak. Setiap pengalaman sudah pasti akan memberikan kesan dan impak yang positif dan juga negatif.

Pada 7 April 2013 (Ahad), Kelas Bimbingan Yayasan Pelajaran Mara-Maktab Rendah Sains MARA (SPM 2013) diteruskan dengan siri ke tiganya, mulai jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang di MRSM Mersing. Kelas tersebut melibatkan 100 orang calon-calon SPM 2013 yang terpilih..Keseluruhan program ditaja oleh YPM.. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada YPM dan MRSM kerana sudi berkongsi tenaga, ilmu dan kewangan. Moga usaha ini diberkati Allah SWT dan dapat menghasilkan kualiti modal insan yang lebih baik.

Tahniah buat semua warga pendidikan Mersing. Sebarang kelemahan dan kekurangan yang berlaku sepanjang pengelolaan program-program tersebut, amat dikesali dan kami memohon maaf.
Wassalam.. MERSING HEBAT.

0 komen ::

Catat Ulasan