Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Rabu, 17 Julai 2013

Kehadiran Hari Ini - Seminar Kecemerlangan UPSR@Pena Skor MP BI (SK dan SJK)

Reaksi :  
Assalamu a'lailkum wrth dan Salam Mahabbah.

Surat JPA4006.UPA/600-2/2/2 Jld.2 (  ) bertarikh 28 Jun 2013 dan hebahan-hebahan kami sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Mersing sedang menganjurkan seminar berkenaan seperti butiran berikut :



Tarikh : 17  Julai 2013 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar dan Bilik Seminar , PPD Mersing.
Sasaran : Guru-Guru Tahun Enam yang belum ada pengalaman menanda kertas UPSR Lembaga Peperiksaan Awam (2 orang setiap sekolah)


Siri Seminar Kecemerlangan UPSR @Pena Skor Tahun 2013 telah dijalankan mengikut jadual berikut :

1. 11 Julai 2013 (MP Bahasa Inggeris)
2. 15 Julai 2013 (MP Sains)
3. 16 Julai 2013 (MP Matematik)
4. 16 Julai 2013 (MP Bahasa Cina)
5. 17 Julai 2013 (MP Bahasa Inggeris)

Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah dan guru-guru yang telah memberikan kerjasama yang baik bagi menjayakan seminar tersebut.

Namun ada beberapa sekolah yang gagal menghantar guru atau gagal memberikan kenyataan  (bertulis atau lisan) tentang ketidakhadiran guru ke seminar berkenaan. 
Perkara ini telah memberikan satu tamparan negatif kepada usaha pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan PPD Mersing bagi mempertahankan pencapaian terbaik daerah Mersing pada tahun lepas.

Segala pengetahuan dan ilmu yang guru-guru dapat semasa menghadiri seminar berkaitan hendaklah dikongsikan bersama guru-guru dan anak-anak murid di sekolah masing-masing.

Sekian. Wassalam.
Kehadiran pd. 16 Julai 2013_Mate.pdf

0 komen ::

Catat Ulasan