Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Khamis, 25 Julai 2013

Penyediaan Video e-Guru dan Portal e-Guru KPM

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menzahirkan transformasi sistem pendidikan negara untuk tempoh 2013-2025 yang akan dilaksanakan secara komited oleh kerajaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengenal pasti 25 inisiatif utama yang sedang giat dijalankan oleh bahagian-bahagian yang dipertanggungjawabkan dan salah satu daripada inisiatif tersebut ialah penghasilan video dan portal e-guru bagi tujuan meningkatkan kualiti pengajaran guru di dalam bilik darjah.

Mulai 10 April 2013, portal e-Guru KPM yang merupakan perpustakaan maya bagi koleksi video e-guru dapat diakses secara atas talian dengan melayari url : http://pnp.moe.edu.my/eguru/.
Video e-Guru adalah video Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) berlandaskan Standard 4 SKPM 2010, suatu standard bagi menilai keberkesanan PdP guru yang dicerap. Setiap video e-Guru menunjukkan dengan jelas pelbagai kemahiran pedagogi guru dalam bilik darjah sebenar yang boleh dijadikan contoh dan panduan bagi menambah baik PdP guru.

Sehubungan itu, Pengetua dan Guru Besar hendaklah bertanggungjawab terhadap promosi dan pemantauan penggunaan portal e-Guru dan video e-Guru tersebut.

Keberadaan capaian secara maya ini perlu dimafaatkan secara bersama oleh semua pihak terutamanya guru-guru yang mengajar di sekolah.
Sekian..Wassalam.

0 komen ::

Catat Ulasan