Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Isnin, 19 Ogos 2013

Makluman Awal : Program Restu Permata UPSR 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Program Restu Permata UPSR adalah kesinambungan dari Program Menggilap Permata Mersing yang dianjurkan oleh PPD Mersing dengan kerjasama Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR Daerah.  

Pada tahun 2013, sebanyak 5 Siri Program Menggilap Permata telah dijalankan di peringkat sekolah atau zon bagi membantu murid – murid yang akan menduduki UPSR mencapai keputusan 5A.  Kemuncak kepada program tersebut adalah Program Restu Permata.

Sehubungan dengan itu, program tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 24 Ogos 2013 (Sabtu)
Tempat : Dewan Politeknik Mersing.
Sasaran : Calon-Calon UPSR 2013 yang terlibat dengan Program Menggilap Permata dan Halus Permata Mersing.

Tentatif :


8.00 - 8.30 pagi

8.30 – 11.00 pg.


11.00 pg. – 1.00 ptg.


Pendaftaran peserta dan Sarapan Pagi

Ceramah Motivasi Bersama Khailil Razak, Kunu Mithlana Training and Consultancy.

Majlis Penutupan Rasmi
Ucapan Aluan PPD
Ucapan Pegawai Daerah Mersing
Restu Permata dan Munajat Kecemerlangan
Makan tengahari
Bersurai


Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah untuk mengenalpasti murid-murid yang akan menghadiri program tersebut.

Sehubungan dengan itu juga, sekolah-sekolah yang dimanahkan dengan tugas-tugas tertentu dalam pengelolaan program tersebut, diharapkan dapat mengambil tindakan awal bagi melancarkan pengelolaan program berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai kami Ust. Wan Nadzri bin Wan A.Rahman, PPPD Kurikulum atau Cik Saharazad bin Mustaffar , PPPD Bahasa Inggeris (Ren).

Surat rasmi dan taklimat khusus tentang program tersebut akan dibuat kemudian.
Sekian. Wassalam.

Lampiran : 

0 komen ::

Catat Ulasan