Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.
Al-hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Johor dan Persatuan Sejarah Negeri Johor akan menganjurkan kuiz tersebut seperti berikut :
Tarikh : 24 Ogos 2013 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi (Pendaftaran)
Tempat : SMK Tun Ismail, Parit Raja, Batu Pahat
Kuiz Sejarah ini terbuka kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 Sekolah Menengah dalam Negeri Johor.
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama sekolah-sekolah berikut agar dapat mengenalpasti peserta dan menguruskan penyertaan kuiz berkenaan.
1. SMK Sri Mersing - Kategori Menengah Atas
2. SM Sains Sultan Iskandar Mersing - Kategori Menengah Rendah
Format Pertandingan :
Bahagian A ( Menengah Rendah - 3 orang peserta setiap daerah )
1. Kuiz bertulis dalam masa 1 jam.
2. Satu set soalan objektif mengandungi 60 soalan akan dikemukakan kepada setiap peserta mewakili daerah.
3. Jawapan dipersembahkan di atas kertas jawapan objektif dan diserah kepada juri setelah masa ujian bertulis tamat.
4. Soalan meliputi 30% Sejarah Johor dan 70% Sejarah Malaysia.
Bahagian B ( Menengah Atas - 3 orang peserta setiap daerah )

1. Soalan berbentuk lisan kepada
setiap peserta.
2. Soalan yang sama akan ditujukan kepada peserta
yang sama dari semua daerah, misalnya soalan pertama dimajukan kepada peserta
pertama dari semua daerah dan seterusnya.
3. Soalan akan dibacakan sebanyak dua kali oleh
jurukuiz. Loceng akan dibunyikan sekali sebagai tanda masa mula menjawab
dan dua kali bagi masa tamat. Masa diberikan untuk menjawab adalah 20 saat.
4. Jawapan
peserta akan dipaparkan kepada jurikuiz melalui flash card atau papan putih
(White-board) atau yang sepadan dengannya.
5. Markah akan diberikan terus kepada setiap individu
oleh juri.
6. Soalan meliputi 30%
Sejarah Johor dan 70% Sejarah Malaysia.
Bahagian C ( Menengah atas -
Pusingan Akhir )
1. Soalan terbuka
diberikan kepada semua kumpulan.
2. Tiga soalan akan diberikan.
3. Perbincangan jawapan di dalam kumpulan adalah
dibenarkan.
4. Soalan akan dibacakan sebanyak dua kali oleh
jurukuiz. Loceng akan dibunyikan sekali sebagai tanda masa mula menjawab
dan dua kali bagi masa tamat. Masa diberikan untuk menjawab adalah 60 saat.
5. Hanya seorang
peserta akan memajukan jawapan melalui
flash card atau papan putih (White-board) atau yang sepadan dengannya. Markah
yang diperolehi oleh kumpulan dicatat pada markah peserta yang menjawab.
6. Soalan meliputi 30%
Sejarah Johor dan 70% Sejarah Malaysia.
Peraturan Pertandingan
1. Setiap pasukan mestilah mengandungi 3 orang peserta
tetap.
2. Pasukan yang
berjaya menjadi Johan Daerah akan bertanding di peringkat negeri.
3. Peserta
pertandingan hendaklah melaporkan diri kepada Jurukuiz tidak lewat daripada 30
minit sebelum pertandingan dijalankan.
4. Pertandingan
akan dijalankan dalam tiga bahagian seperti tercatat di dalam format
pertandingan di para 5.
5. Skop
soalan meliputi tokoh-tokoh politik,
pentadbiran tempatan, sosio ekonomi, seni budaya dan sejarah negara Malaysia.
6. Bentuk
soalan adalah pelbagai bentuk sama ada soalan objektif, soalan jawapan pendek
yang akan dipersembahkan melalui suara,
gambar slide, pita rakaman, video dan
lain-lain cara lagi yang ditentukan oleh Jawatankuasa Teknik.
7. Markah
penuh bagi jawapan yang betul ialah tiga (3), Jawapan yang kurang tepat akan
diberi sama ada 2 atau 1 markah menurut keputusan Jurikuiz.
8. Semua
soalan diberikan di dalam Bahasa Melayu.
9. Isyarat-isyarat
tertentu atau perbincangan semasa dalam pertandingan adalah dilarang kecuali di
dalam bahagian C. Jika perkara ini
dilakukan pasukan yang dianggap melanggar undang-undang serta peraturan kuiz
akan dibatalkan penyertaan mereka.
10. Markah-markah
hendaklah dipaparkan di papan markah untuk tatapan umum.
11. Lima
pasukan yang mendapat markah tertinggi setelah pusingan ketiga peringkat awal
tamat akan memasuki peringkat akhir.
12. Pasukan
yang mendapat markah tertinggi di peringkat akhir setelah ditambah dengan
markah peringkat awal akan diisytiharkan sebagai pemenang.
13. Jika terdapat persamaan markah, jurukuiz
hendaklah memajukan soalan tambahan kepada individu / pasukan-pasukan terbabit
bagi menentukan kedudukan pemenang. Soalan yang dikemukakan adalah dalam bentuk soalan bertulis dan perbincangan
dibenarkan. Soalan tambahan akan diteruskan sehingga pemenang dapat ditentukan.
Masa yang diperuntukan untuk menjawab soalan tambahan ialah 60 saat. Markah
akan ditentukan oleh juri. Peserta tidak dibenarkan membuat sebarang protes.
14. Pihak
pengelola dicadangkan melantik 1 orang Jurukuiz,3 orang jurikuiz, 2 orang
penjaga masa, 2 orang pencatat dan lantikkan lain yang difikirkan perlu semasa
pertandingan.
15. Jurukuiz
hendaklah mendapat pengesahan daripada Jurikuiz sebelum mengumumkan markah yang
diperolehi oleh peserta.
16. Keputusan
Jurikuiz adalah muktamad.
Urus Setia :
Pertandingan Kuiz
Sejarah,
Unit Kurikulum,
Jabatan Pendidikan
Johor.
(UP: En Yaakob b.
Samingon)
Tel:
07 - 2310009 Hp 019-7733978
0 komen ::
Catat Ulasan