Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Rabu, 4 September 2013

Pemantauan Perkhidmatan Swasta Pengawal Keselamatan Sekolah

Reaksi :  
SEGERA

Assalamu a'alikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya diingatkan bahawa Pengetua dan Guru Besar adalah bertanggungjawab memantau dan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan oleh Syarikat Pengawal Keselamatan Sekolah yang telah dilantik mengikut spesifikasi kontrak berkenaan.

Sehubungan itu, Pengetua atau Guru Besar sekolah dikehendaki menyediakan Jadual Pemantauan dan Buku Log Pemantauan Perkhidmatan Swasta Pengawal Keselamatan Sekolah seperti format jadual dan instrumen yang dilampirkan bersama hebahan ini.

Salinan Buku Log Pemantauan tersebut hendaklah dihantar kepada PPD Mersing sebulan sekali. (u.p. Pn. Faridah Abd. Rahman)

Pihak sekolah juga diminta mempamerkan jadual tersebut di Pondok Pengawal Keselamatan Sekolah.

Pemantauan hendaklah dibuat oleh pihak sekolah sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Harap mendapat perhatian dan tindakan lanjut Tuan/Puan Pengetua dan Guru Besar SMK, SBP, SK, SJK dan SABK.
Sekian. Wassalam.

Lampiran : 
Jadual_Pemantauan_Keselamatan.docx
Instrumen_Pemantauan_Keselamatan.docx

0 komen ::

Catat Ulasan