* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Jumaat, 15 Februari 2013

Makluman Awal : Mesyuarat JK Kurikulum Daerah Mersing Bil. 1 Tahun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan mengadakan mesyuarat berkenaan seperti berikut :

Tarikh : 27 Februari 2013 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing
Sasaran : Semua Pengetua Guru Besar SMK, SK, SJK, SBP, SABK, MRSM, ILP, Politeknik dan NGO Pendidikan Caw. Mersing.

Perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di blog ini dan Portal Rasmi PPD Mersing serta surat rasmi.
Wassalam..
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, majlis sambutan tersebut telah selamat diadakan pada 8 Februari 2013 (Jumaat) mulai jam 8.15 pagi hingga 12.00 tgh. di PPD Mersing.
Majlis dimulai dengan perarakan, disusuli dengan Solat Sunat Dhuha secara berjemaah dan seterusnya acara dewan di Dewan Al-Azhar, PPD Mersing.

Majlis berkenaan disertai oleh En. Md. Jais bin Samat, PPD Mersing merangkap Penaung Kelab Warga PPD Mersing dan Cik Ainul Hayati bt. Abdul Raof, Timbalan PPD Mersing merangkap Penasihat Kelab Warga PPD Mersing.
Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah sekitar bandar Mersing turut serta memeriahkan lagi majlis sambutan tersebut. Disamping itu, kehadiran dan penyertaan warga PPD Mersing serta PKG Mersing telah mencerminkan nilai kerjasama, kesepakatan dan ukhuwwah yang erat di kalangan warga PPD Mersing.
Sambutan yang bertemakan Arab - As-Sunnah di Hati, telah mempamerkan pemakaian Jubah, pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah SAW oleh para hadirin.
Majlis berkenaan diserikan lagi dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh adik Sofi Solehah dan bacaan rawi serta persembahan Qasidah (Yahanana - Alangkah Beruntungnya Kita) oleh 20 orang anak-anak Permata SM Arab Al-Khairiah Mersing.
Usth. Mashitah Bt. Ghazali, Guru SMAAM telah menyampaikan ceramah yang penuh bertenaga dan mampu membawa hadirin seolah-olah berada di zaman hidup Rasulullah SAW.
Kami merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan harta, tenaga dan idea secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis tersebut. Wassalam. # TAHNIAH.

 



















 







Khamis, 14 Februari 2013

Sekitar Operasi Pinang PPD Mersing - 8 Februari 2013 (Jumaat)

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, jutaan syukur kehadrat Allah SWT atas kurniaan nikmat yang tidak terkira banyaknya. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program gotong royong menanam 50 batang pokok pinang.
Program berkenaan telah diadakan pada jam 4.15 petang hingga 6.00 petang pada 8 Februari 2013 (Jumaat) di sekitar bangunan PPD Mersing.
Operasi Pinang tersebut diberhentikan seketika bila masuk waktu solat Fardhu Asar bagi memberi peluang kepada sahabat-sahabat untuk menunaikan tangungjawab Solat Fardhu Asar secara berjemaah di Surau Lelaki, Blok B, PPD Mersing.
Program tersebut dimeriahkan lagi dengan penyertaan En. Md. Jais bin Samat, Pegawai Pelajaran Daerah Mersing merangkap Penaung Kelab Warga PPD Mersing dan En. Hasan bin Abd. Rashid, PPPD Pengurusan Sekolah, merangkap Mursyidul Am Kelab Warga PPD Mersing.
Kami amat berterima kasih atas keterlibatan warga kelab secara langsung atau tidak langsung.
TAHNIAH..Mersing Hebat.
En. Md. Jais bin Samat, PPD Mersing menyempurnakan
acara kemuncak operasi tersebut dengan menanam
sebatang anak Pokok Mempelam. 





 
Assalamu a'laikum wrth dan salam Mahabbah.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber Manusia (BPSM) Kementerian Pelajaran Malaysia sedang melaksanakan urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi Pegawai Perkhidmatan Siswazah pada tahun 2013.

Sehubungan itu, borang-borang yang berkaitan dan keterangan lanjut boleh di ambil melalui laman web http://www.moe.gov.my/bpsm.

Sekian terima kasih.


Lampiran :

Surat Siaran KPM
Surat Siaran JPN
Senarai Semak
Rabu, 13 Februari 2013

Jemputan ke Tenggaroh Berselawat - 25 Februari 2013

Reaksi :  



JADUAL MAJLIS CINTA RASUL BERSAMA HABIB SYECH ASSEGAF
SINGAPURA & JOHOR .

22 FEB | Plentong Berselawat @ Msj Jamek Plentong | 2 pm
22 FEB l The Grand Mawlid @ Masjid Sultan Sgpore | 7.30 pm
23 FEB | Johor Berselawat @ Taman Sutera | 9 pm
24 FEB | Singapura Berselawat @ Spore EXPO | 9 am
25 FEB | Tenggaroh Berselawat @ Felda,Tenggaroh 5 | 9 pm 

Jemputan ke UTM Berselawat - 24 Februari 2013

Reaksi :