Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 23 Februari 2013

Sekitar Program Menjengah Permata - SMK Nitar

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkana program tersebut telah diadakan pada 21 Februari 2013 (Khamis) mulai jam 11.30 pagi hingga 14.00 petang di SMK Nitar.
Program yang mendapat sentuhan langsung daripada En. Md. Jais bin Samat, Pegawai Pelajaran Daerah Mersing tersebut, bertemakan DARI HATI KE HATI berhasrat untuk bersemuka secara langsung dengan warga sekolah terutama anak-anak Permata yang merupakan aset penting pendidikan di daerah Mersing.
Kami merakamkam penghargaan dan terimakasih yang tidak terhingga kepada warga sekolah yang dipimpin oleh Hjh. Azizah bt. Abdullah, Pengetua SMK Nitar kerana sudi menerima kehadiran kami.
Tahniah kepada anak-anak Permata kerana berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh secara konsisten.
Wassalam.
 
 
 


 
 
 
 
 
 
Janji 30 orang calon PMR, SPM dan STPM





Sekitar Program Menjengah Permata - SMAAM

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, kami merafa'kan kesyukuran ke hadrat Allah SAW atas kurniaan nikmat yang tidak terhingga. Sukacitanya dimaklumkanbahawa program tersebut telah diadakan pada 21 Februari 2013 (Khamis). Kami mengucapkan terimakasih kepada pihak sekolah yang sudi menerima kehadiran En. Md. Jais bin Samat, Pegawai Pelajaran Daerah Mersing dan rombongan.
Kami mengalu-alukan penyertaan SMAAM ke sistem pendidikan perdana di bawah program Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
Sekalung tahniah kepada pihak sekolah yang telah dapat mengurus sekolah dengan baik di bawah kepimpinan Ust. Zulkeffle Muhammad, Pengetua Sekolah Menengah Arab Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing.
Kami sentiasa doakan kesejahteraan dan kecemerlangan warga SMAAM di dunia dan akhirat.
Wassalam.#
 
 
 
 
 
Rabu, 20 Februari 2013

Taklimat dan Bengkel Peningkatan UPSR 2013 Bagi SK Negeri Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan mengadakan taklimat  tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 28 Februari 2013 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : SM Sains Sembrong, J16 Jalan  Padang Tembak, 86000 Kluang, Johor

Sekolah-sekolah yang terlibat :
1. SK Teluk Lipat
2. SK Bandar Endau
3. SK Tenglu

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Tuan Guru Besar sekolah berkenaan (tidak boleh tidak) agar dapat hadir dan turut serta dalam taklimat berkenaan.
Sekian. Wassalam.

Peringatan - Klinik UPSR Berita Harian (Didik) Anjuran Bersama PPD Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hebahan kami bertarikh 5 Februari 2013 adalah berkaitan.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dengan kerjasama Berita Harian Berhad akan menganjurkan program tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 23 - 24 Mac 2013 (Sabtu dan Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Dewan Kuliah Politeknik Mersing.
Sasaran : Calon-Calon UPSR 2013


Matapelajaran :

1. Bahasa Melayu (Penulisan)

2. Bahasa Melayu (Pemahaman)

3. Bahasa Inggeris

4. Matematik

5. Sains


Pengisian :
Teknik menjawab soalan secara berkesan disamping elemen motivasi.
Bayaran : RM130.00

MAKANAN PESERTA DISEDIAKAN!


Peserta akan menerima :

  1. Sijil Penyertaan
  2. Kertas Kerja
  3. Percuma Guru.net.my selama 3 bulan
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua sekolah agar dapat membuat hebahan ini kepada semua calon UPSR 2013 dan menguruskan penyertaan murid-murid berkenaan ke klinik tersebut.
Pihak sekolah boleh berurusan terus dengan Wakil Berita Harian - Hj. Mohd. Sah bin Muda di talian 013-7683021 atau 07-7997895

Berikut disertakan borang penyertaan untuk tindakan pihak sekolah.
Wassalam. 

Lampiran : Borang Penyertaan.pdf

PROGRAM TARGET A BAHASA ARAB PMR (TEKNIK MENJAWAB)

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dengan kerjasama Interactive Learning Solution akan menganjurkan program tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 3 Mac 2013 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Dewan MRSM Mersing
Sasaran : Calon-Calon PMR 2013 (Bahasa Arab), turut dibuka kepada murid-murid Tingkatan Dua.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat mengenalpasti murid-murid yang ingin menyertai program tersebut dan berurusan terus dengan pihak penganjur :

Interactive Learning Solution
En. Ismuie bin Dato Ismail
010-4319013


Komitmen dan kerjasama tuan adalah satu penghormatan kepada pendidikan daerah Mersing.
Wassalam.

Lampiran :
Target_BA_PMR.pdf

Program Teknik Menjawab UPSR ' FORMULA A'

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dengan kerjasama Interactive Learning Solution akan menganjurkan program tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 3 Mac 2013 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Dewan Kuliah Utama, ILP Mersing.
Sasaran : Calon-Calon UPSR 2013, juga terbuka untuk murid-murid tahun 5

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat mengenalpasti murid-murid yang ingin menyertai program tersebut dan berurusan terus dengan pihak penganjur ;

Interactive Learning Solution
En. Ismuie bin Dato' Ismail
010-4319013

Komitmen dan kerjasama tuan adalah satu penghormatan kepada pendidikan daerah Mersing.
Wassalam.

Lampiran :
Formula_A_UPSR.pdf
Selasa, 19 Februari 2013

Sekitar Program Kunjung Permata Bil.2 Tahun 2013 - SK Penyabong

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, program tersebut telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 19 Februari 2013 (Selasa) di SK Penyabong.
Program tersebut melibatkan semua pegawai Unit Pengurusan Akademik, PPD Mersing. Kami bersyukur kerana program berkenaan telah mendapat sentuhan luar biasa daripada pemimpin no 1 pendidikan Mersing iaitu En. Md. Jais bin Samat, Pegawai Pelajaran Daerah Mersing yang sekaligus telah memberi nafas baru kepada program tersebut.
Guru-guru SK Penyabong telah berjanji akan memberi komitmen sepenuhnya membina prestasi baru dalam pencapaian sekolah dalam semua aspek terutama dalam peperiksaan UPSR 2013.
Guru-guru berjanji akan menggandakan usaha yang berterusan untuk mencapai sasaran 9/13 orang murid cemerlang dalam UPSR 2013.#


 
 
 
 

 
 
 
 
 

Sekitar Program Menjengah Permata - SK Mersing Kanan

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa program tersebut telah dilaksanakan pada 18 Februari 2013 (Isnin) di SK Mersing Kanan.. Program tersebut telah disertai bersama En. Md. Jais bin Samat, Pegawai Pelajaran Daerah Mersing dan En. Murthazar Mohd, PPPD Pembangunan Kemanusiaan.

16 orang murid calon-calon UPSR 2013 berjanji akan berusaha mencapai keputusan cemerlang (5A) dalam UPSR tahun 2013.
Kami sentiasa doakan kecemerlangan untuk warga SK Mersing Kanan.
Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kunjungan kami.#

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 



TUISYEN HIKMAH YPJ 2012 SEMAKAN BAYARAN ELAUN BAGI GURU-GURU TENAGA PENGAJAR SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DAERAH MERSING

Tindakan      
:
Pengetua / Guru Besar / Guru Penyelaras Tuisyen YPJ Sekolah
Tarikh
:
19-02-2013
Unit
:
KURIKULUM
Oleh
:
En. Azman Bin Yusof



Maklumat
:
Assalamualaikum wbrkth

Merujuk kepada perkara di atas, kerjasama dan TINDAKAN SEGERA
dari
Semua Guru Penyelaras Tuisyen YPJ sekolah-sekolah yang berkenaan
untuk meminta semua guru-guru tenaga pengajar Tuisyen YPJ menyemak SAMADA bayaran elaun telah dibayar masuk ke akaun masing-masing.

2. Pembayaran elaun dibuat secara bayaran terus ke akaun bank masing-masing.

3. Guru Penyelaras Tuisyen Sekolah diminta untuk memaklumkan
DENGAN SEGERA kepada Pegawai Penyelaras di PPD guru-guru dibawah penyelarasan masing-masing yang MASIH BELUM menerima bayaran elaun tersebut.

Sekian. Kerjasama dan tindakan segera sangat dialu-alukan.
Terima kasih.
Isnin, 18 Februari 2013

Anugerah Pengurusan Profesional Berprestasi Tinggi 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa penerima anugerah tersebut adalah seperti berikut :

1. En. Hasan bin Abd. Rashid, PPPD Pengurusan Sekolah.
2. Cik Hasfarena bt. Idris, Pembantu Tadbir Kontrak (NKRA)

Kami merakamkan penghargaan dan jutaan tahniah kepada mereka atas pencapaian tersebut.
Anugerah berkenaan adalah inisiatif Unit Pengurusan Akademik sejak tahun 2008 bagi memberi pengiktirafan kepada individu-individu dan pertubuhan-pertubuhan yang banyak memberi sumbangan secara langsung kepada pengurusan akademik di daerah Mersing.

Harapan kami, semoga usaha ini sedikit sebanyak boleh menyuntik semangat kerjasama kerja sepasukan bagi meningkatkan prestasi dan kualiti pengurusan akademik di daerah Mersing, sekaligus merealisasikan hasrat yang terkandung dalam slogan Mersing Hebat.

TAHUN 2008

1. EN.DZULKIFLI JAAFAR
Penyelia Kanan Teknik & Vokasional
2. PN. SAPURA IBRAHIM
Pembantu Am Pejabat N1
3. PN.NORAZITA MD.TAIB
Pembantu Tadbir Rendah N11

TAHUN 2009

PN.WAN SUZELAWATY WAN MAHMOOD
Pembantu Tadbir Kewangan

TAHUN 2010

1. PN. MAIMUNAH MOHAMAD
Penyelia Kanan Penilaian dan Peperiksaan
2. UST. OTHMAN AHMAD
Penyelia Pendidikan Islam
3. PN. ANG SWEE HOON
Guru Besar SJKC Kg. Hubong

TAHUN 2011

1. EN. MOHAMED AZHAR BIN SHAHRUDDIN
GPK1 SK Sawah Dato'
2. EN. MOHD. FADZILAH BIN MOHD. ALI
GPK1 SK Sri Mersing.
3. EN. KOO CHEE KIONG
GPK1 SJKC Pai Chee

TAHUN 2012

1. Majlis Guru Cemerlang Daerah Mersing.
2. PN. MAIMUNAH MOHAMAD
Pengelola Cemerlang Penilaian dan Peperiksaan

TAHUN 2013

1. EN. HASAN BIN ABD. RASHID.
PPPD Pengurusan Sekolah
2. CIK HASFARENA BT. IDRIS
Pembantu Tadbir Kontrak (NKRA)
TAHNIAH DAN SYABAS.
Teruskan berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

Anugerah Tokoh Maulidur Rasul 1434H

Reaksi :  
 Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa En. Hasan bin Abdul Rashid, PPPD Pengurusan Sekolah telah dianugerahkan ANUGERAH TOKOH MAULIDUR RASUL 1434H Kelab Warga PPD Mersing.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh En. Md. Jais bin Samat, Pegawai Pelajaran Daerah Mersing dalam Program Membudayakan Al-Quran dan Tazkirah Mingguan pada 15 Februari 2013 (Jumaat).
Kami merakamkan ucapan tahniah kepada En. Hasan bin Abd. Rashid atas pencapaian tersebut.
TAHNIAH..MERSING HEBAT.

En. Hasan Abd. Rashid menerima Medal Tokoh Maulidur Rasul 1434H