* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 9 Mac 2013

Malaysia Berselawat

Reaksi :  

Laporan Pengamalan Dasar Melindungi Masa Instruksional Jan-Feb. 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, taklimat kami pada 8 Mac 2013 (Jumaat) jam 4.30 petang di Dewan Al-Azhar, mengambil peluang dalam Taklimat e-Operasi kepada Pengetua dan Guru Besar serta Guru Data sekolah-sekolah daerah Mersing adalah berkaitan

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Johor sedang mengumpul maklumat pengamalan dasar berkenaan di sekolah untuk tindakan seterusnya di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat membuat laporan berkenaan secara atas talian menggunakan format borang Laporan MMI (Lampiran A) dan Laporan MMI (Lampiran D) di One Stop Data JPN

Setiap sekolah hendaklah menggunakan Kata Laluan yang telah dimaklumkan dalam taklimat berkenaan setiap kali mendaftar masuk ke aplikasi tersebut, selepas membuat pilihan daerah dan sekolah masing-masing.



Laporan berkenaan perlu disiapkan sebelum atau pada 12 Mac 2013 (Selasa).
Sila gunakan IE sahaja. Portal ini tidak diuji sepenuhnya menggunakan enjin carian lain. 

TINDAKAN SEKOLAH
1.  Mencetak Sepanduk KAMI WARGA SEKOLAH ................. BERILTIZAM UNTUK MELAKSANAKAN DASAR MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI) DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH.

2.  Mencetak Buku MMI, Panduan Pelaksanaan MMI dan Pelan Tindakan sekurang-kurang satu set.

3. Membuat laporan pengamalan MMI secara Atas Talian menggunakan format Laporan MMI (Lampiran A) dan Laporan MMI (Lampiran D) di One Stop Data JPN.

Lampiran : 
Surat Siaran
Buku MMI
Panduan Pelaksanaan MMI
Pelan Tindakan MMI
Carta Gantt Pelaksanaan KPM
Instrumen Pemantauan MMI
Pelaporan MMI
Rabu, 6 Mac 2013

PROGRAM KELAS BIMBINGAN YPM-MRSM (SPM) Tahun 2013

Reaksi :  


Kepada,

PENGETUA
SMK SRI MERSING
SMK MERSING
SMK NITAR
SMK ANJUNG BATU
SM ARAB AL-KHAIRIAH AL-ISLAMIAH MERSING

Assalamu a’laikum wrth. / Salam Mahabbah

Tuan,

PROGRAM KELAS BIMBINGAN YPM-MRSM (SPM) Tahun 2013

Perkara di atas adalah dirujuk. Taklimat berkaitan perkara berkenaan pada 1 Mac 2013 di Bilik Mesyuarat MRSM Mersing adalah berkaitan.
                                                                                                                  
2. Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Yayasan Pelajaran MARA dan MRSM Mersing akan akan menganjurkan program tersebut secara bersiri seperti jadual yang dilampirkan bersama-sama surat ini bermula pada 10 Mac 2013 (Ahad) ini sebanyak 12 siri kelas, 3 siri motivasi dan 3 siri peperiksaan secara PERCUMA.

3. Sehubungan itu, pihak kami mengharapkan agar pihak sekolah dapat mengenalpasti murid-murid calon-calon SPM 2013 (tahap sederhana) bagi mengikuti program tersebut seperti agihan berikut :

3.1. Matapelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan
                                3.1.1. SMK Sri Mersing      x 5 orang
                                3.1.2. SMK Mersing            x 10 orang
                                3.1.3. SMK Anjung Batu     x 10 orang
                                3.1.4. SMK Nitar                  x 5 orang

                3.2. Matapelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah
                                3.2.1. SMK Anjung Batu     x 20 orang
                                3.2.2. SMK Mersing            x 10 orang
                                3.2.3. SMK Nitar                  x 5 orang
                                3.2.4. SMK Sri Mersing      x 5 orang
                                3.2.5. SMAAM                      x 20 orang
               
4. Pengangkutan bas akan disediakan bagi murid-murid SMK Mersing, SMA Al-Khairiah Mersing dan Asrama SMK Sri Mersing.

5. Sebarang tindakan yang telah dipersetujui semasa taklimat pada 1 Mac 2013 di MRSM Mersing hendaklah dipatuhi dan diambil tindakan sewajarnya.

6. Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi En. Nadzri bin Wan A.Rahman, PPPD Kurikulum di talian 07-7996700 atau terus kepada MRSM Mersing.

Komitmen dan kerjasama tuan adalah satu penghormatan kepada pendidikan daerah Mersing. Wassalam

Lampiran : KB_YPM--MARA.pdf
Selasa, 5 Mac 2013

MUATURUN BORANG MAKLUMAT PROGRAM SERIBU BINTANG UPSR 2013

Reaksi :  
PAUTAN MUATURUN BORANG MAKLUMAT PROGRAM SERIBU BINTANG UPSR 2013
Tindakan       : Guru Besar SK Air Papan, SK Penyabung Dan SK Triang
Tarikh : 05-03-2013
Unit : KURIKULUM
Oleh : En. Azman Bin Yusof



Maklumat : Assalamualaikum wbrkth


Sila muaturun semula BORANG MAKLUMAT yang berkenaan di pautan lampiran di bawah


Sekian. Terima Kasih

Lampiran 1 :   Borang_Prog_1000_Bintang.xls

PROGRAM SERIBU BINTANG UPSR 2013 NEGERI JOHOR

Reaksi :  
PROGRAM SERIBU BINTANG UPSR 2013 NEGERI JOHOR - MAKLUMAT SEKOLAH-SEKOLAH YANG TERLIBAT DAN TARIKH TAKLIMAT UNTUK GURU BESAR SERTA BORANG MAKLUMAT YANG PERLU DILENGKAPKAN
 
Tindakan       : Guru Besar Sekolah-sekolah SK Air Papan, SK Penyabung Dan SK Teriang
Tarikh : 05-03-2013
Unit : KURIKULUM
Oleh : En. Azman Bin Yusof



Maklumat : Assalamualaikum wbrkth

A. PROGRAM SERIBU BINTANG – pengenalan secara ringkas

Program ini hanya melibatkan sekolah-sekolah SKM dan Luar Bandar yang terpilih yang tidak mendapat apa-apa tajaan tuisyen dari mana-mana pihak. Pemilihan dibuat sepenuhnya oleh pihak Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)dengan cadangan oleh SPA JPN Johor.

Untuk Daerah Mersing, sekolah-sekolah yang terpilih ialah SK Air Papan, SK Penyabung dan SK Teriang

Semua calon-calon UPSR 2013 akan mengikuti program Seribu Bintang ini secara berpusat di salah sebuah SM Sains yang akan ditentukan kemudian. Murid-murid akan mengikuti bengkel-bengkel UPSR yang akan dikendalikan oleh Guru Cemerlang dan Guru Kanan MP selama 3 hari 2 malam bagi setiap sesi.

Sebanyak 3 sesi akan dilaksanakan dalam musim cuti persekolahan pada bulan-bulan Mac, Jun dan menjelang UPSR pada bulan Ogos.

B. TAKLIMAT PROGRAM KEPADA GURU BESAR DAN GURU PENYELARAS UPSR SEKOLAH

Maklumat yang terlebih terperinci mengenai program ini akan ditaklimatkan kepada semua Guru Besar sekolah-sekolah yang terlibat akan di adakan pada hari Jumaat, 08 Mac 2013, jam 2.00 petang di SK Parit Raja, Batu Pahat. Surat panggilan taklimat telah difax ke sekolah-sekolah yang berkenaan.

C. BORANG MAKLUMAT GURU MATAPELAJARAN DAN MURID-MURID

Sila muaturun Borang Maklumat Guru dan Pelajar dan sila lengkapkan dan dikembalikan melalui email kepada Pegawai Meja Tuisyen YPJ PPD di email azman.yusof@moe.gov.my sebelum 7 Mac 2013.

Sekian. Terima Kasih.


Lampiran 1 :   FAUZAN_PROG_SERIBU_BINTANG_(1).xlsx
Isnin, 4 Mac 2013

Sekitar Pogram Target A Bahasa Arab PMR (Teknik Menjawab)

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah dengan kerjasama Interactive Learning Solution dengan tenaga daripada Ust. Mohd. Saudi Abdullah, Guru Cemerlang Bahasa Arab dan MRSM Mersing, program tersebut telah selamat diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 3 Mac 2013 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Dewan MRSM Mersing
Sasaran : Calon-Calon PMR 2013 (Bahasa Arab), turut dibuka kepada murid-murid Tingkatan Dua.
 
Seramai 120 orang murid telah hadir dari pelbagai sekolah seperti SMK Sri Mersing, SM Arab Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing dan SM Arab Rompin, Pahang serta SMK Rompin, Pahang.
Terima kasih atas kerjasama semua. Wassalam.

 
 
 
 
 
 
 

Sekitar Program Teknik Menjawab UPSR "Formula 5A"

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah program tersebut telah dapat dilaksanakan dengan lancar dengan kerjasama Interactive Learning Solution seperti butiran berikut :

Tarikh : 3 Mac 2013 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Dewan Kuliah Utama, ILP Mersing dan SK Kem Iskandar Mersing
Sasaran : Calon-Calon UPSR 2013, juga terbuka untuk murid-murid tahun 5

Kehadiran :
1. Dewan Kuliah Utama, ILP Mersing - 330 orang 
2. SK Kem Iskandar Mersing - 85 orang

Pihak kami merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut terutamanya En. Ismuie bin Dato' Ismail dan warga Interactive Learning Solution, ILP Mersing, SK Kem Iskandar dan semua sekolah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Wassalam.

 
 
 
 
 
 
 
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, majlis berkenaan telah berlangsung pada 23 Februari 2013 (Sabtu) di Dewan SMK Tenggaroh A mulai jam 9.00 hingga jam 2.00 petang.
Program tersebut disasarkan kepada semua warga pendidikan zon Tenggaroh.
En. Md. Jais bin Samat, Pegawai Pelajaran Daerah Mersing telah memberikan ucaptama yang penuh bertenaga dalam majlis tersebut dengan menggariskan beberapa prinsip dan budaya kerja beliau sebagai landasan kepada pendekatan serta halatuju pendidikan Mersing tahun 2013. Semangat Mersing Hebat akan terus dijadikan slogan PPD Mersing bertemakan DARI HATI KE HATI.
Beliau mengajak seluruh warga Pendidikan Mersing agar bersama-sama bergerak sederap selangkah bagi merealisasikan hasrat murni yang terkandung dalam slogan Mersing Hebat (Hikmah, Efektif, Badar, Amanah dan Tawakkal).

BUKA BUKU BARU, TUTUP CERITA LAMA dijadikan asas untuk menggarap perubahan pendidikan di daerah Mersing..

PRINSIP KERJA PPD 2013 :
  1. Berintegriti tinggi
  2. Hormati diri sendiri
  3. Ada dan berfungsi
  4. Jaga imej diri dan organisasi
  5. Amalkan musyawarah
  6. Bekerjasama
  7. Bekerja dengan ikhlas
  8. Kekeluargaan dan kasih sayang
  9. Tidak menimbulkan masalah, tapi menyelesai masalah
  10. Patuhi peraturan dan sistem
  11. Tidak membelakangkan ketua
  12. Ketepatan masa
  13. Berbudi bahasa.
  14. Hormati yang tua
Al-Hamdulillah, program tersebut diteruskan dengan Taklimat Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2025 oleh En. Hasan Abd. Rashid, PPPD Pengurusan Sekolah. Kemudian diakhiri dengan Dialog Mesra PPD dan warga pendidikan Tenggaroh.
Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada MGB Zon Tenggaroh kerana dapat mengelola program tersebut dengan baik dan lancar..
Terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga juga dirakamkan buat Pengetua dan warga SMK Tenggaroh A kerana sudi menjadi tuan rumah kepada program tersebut. Wassalam.