* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Khamis, 4 April 2013

TAWARAN TEMU DUGA MENGIKUTI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) BAGI PELAJAR CEMERLANG SPM 2012

Reaksi :  

PEMBERITAHUAN
Calon cemerlang SPM 2012 yang memperoleh 9A ke atas dan berminat mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2013 adalah dipelawa untuk menghadiri temu duga. Sila layari laman sesawang KPM di alamat http://www.moe.gov.my  mulai 3 April 2013 sehingga 7 April 2013 untuk pengesahan kehadiran.

Jadual Kuliah Bulan April - Maahad Tahfiz Mersing

Reaksi :  

Rabu, 3 April 2013

Seperti 3 April 2013 - Status Pengisian SAPS - Ujian 1

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hebahan kami sebelum ini pada 1 April 2013 adalah berkaitan.
Kami merakamkan ucapan tahniah atas usaha proaktif pihak sekolah yang telah mengisi pemarkahan Ujian 1 dalam Aplikasi Atas Talian - Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)..

Mohon perhatian sekolah-sekolah yang belum berbuat demikian agar dapat mengambil tindakan tersebut dengan seberapa segera sebagaimana persetujuan yang telah dibuat sebelum ini.

Sekolah-sekolah yang telah mengisi maklumat berkenaan :
  1. SJKC Jemaluang
  2. SJKC Kg. Hubong
  3. SJKC Pai Chee
  4. SK LKTP Tenggaroh 02
  5. SK LKTP Tenggaroh 03
  6. SK Air Papan
  7. SK Bandar Mersing
  8. SK Kem Iskandar
  9. SK Labung
  10. SK Nitar 01
  11. SK Mersing Kanan
  12. SK Pulau Pemanggil
  13. SK Pulau Tinggi
  14. SK Sri Mersing
  15. SK Tenglu
  16. SMK Tenggaroh A
  17. SMK Mersing
  18. SMK Pai Chee
  19. SMK Sri Mersing
  20. SMK Tan Sri Abd. Kadir
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa program tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 6 April 2013 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tgh.
Tempat : Dewan SMKAB 
Sasaran : Warga Pendidikan Zon Bandar Mersing dan Zon Nitar (guru-guru dan staf sokongan)
Pakaian : Batik

PERHATIAN ; Pengetua dan GPK1 SMK Tenggaroh A, SMK Tan Sri Abd. Kadir dan SMK Ungku Husin turut dijemput untuk majlis Anugerah Kecemerlangan PMR, SPM dan STPM.

Sehubungan itu semua Pengetua, Guru Besar, Guru dan AKS bagi zon Bandar dan Nitar adalah diwajibkan hadir ke program tersebut.

Tentatif :

8.30 pg - 9.00 pg : Pendaftaran dan sarapan pagi
9.00 pg - 12.30 tgh : 
- Nyanyian lagu Bangsa Johor
- Nyanyian Lagu Mersing Hebat
- Bacaan Doa
- Tayangan Video Korporat Mersing Hebat
- Amanat Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Mersing
- Taklimat PPPM 2013- 2025
- Dialog Mesra " Dari Hati ke Hati "
- Anugerah Kecemerlangan PMR, SPM dan STPM 2012
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Majlis Bersurai
Selasa, 2 April 2013

PROGRAM DIFUSI MODUL UNTUK GURU PROGRAM MENGGILAP PERMATA 5 TAHUN 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum dan Salam Mahabbah

Sukacitanya dimaklumkan bahawa program di atas akan diadakan sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh : 06 April 2013 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 petang
Tempat : SK Sawah Dato
Sasaran : Seorang guru Tahun 6 Elit bagi setiap mata pelajaran berikut : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Pakaian : Rasmi

Mohon kerjasama semua guru yang terlibat agar dapat menepati masa taklimat.
Wassalam.

PPD Mersing On Air : Johor FM

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa En. Md. Jais bin Samat, Pegawai Pelajaran Daerah Mersing akan ke udara di Johor FM pada jam 8.30 pagi esok (3 April 2013, Rabu).
Sehubungan dengan itu, kami amat mengalu-alukan Warga Pendidikan Mersing agar dapat mengikuti siaran tersebut sebagai tanda sokongan kepada Pendidikan Mersing.
Wassalam. 
Isnin, 1 April 2013

Status Pengisian SAPS - Ujian 1 (Seperti 1 April 2013)

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, kami merakamkan ucapan tahniah atas usaha proaktif pihak sekolah yang telah mengisi pemarkahan Ujian 1 dalam Aplikasi Atas Talian - Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)..
Mohon perhatian sekolah-sekolah yang belum berbuat demikian agar dapat mengambil tindakan tersebut dengan seberapa segera sebagaimana persetujuan yang telah dibuat sebelum ini.

Sekolah-sekolah yang telah mengisi maklumat berkenaan :

  1. SJKC Jemaluang
  2. SK Air Papan
  3. SK Bandar Mersing
  4. SK Kem Iskandar
  5. SK Labung
  6. SK Nitar 01
  7. SK Pulau Pemanggil
  8. SK Pulau Tinggi
  9. SMK Tenggaroh A
  10. SMK Mersing
  11. SMK Pai Chee
  12. SMK Sri Mersing