* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya disertakan iklan tersebut untuk makluman dan tindakan rakan-rakan warga pendidik yang layak.

Lampiran : Iklan Pemangkuan PPPS Gred DG44 ke Gred DG48 BU,BTEK,BPI
Berikut dilampirkan Surat Siaran KPM Bil. 6 2013 untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.
Wassalam.

Lampiran : SuratSiaranLinus2_0.pdf

Taklimat Pengurusan Sekolah

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan mengadakan taklimat tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 15 April 2013 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing
Sasaran : Pengetua dan Guru Besar
Pakaian : Rasmi Bekerja

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua Pengetua dan Guru Besar agar dapat hadir ke taklimat berkenaan seperti ketetapan di atas.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ust. Wan Nadzri bin Wan A. Rahman, PPPD Kurikulum di talian 07-7996700.
Sekian. Wassalam.

SEGERA : Penangguhan Mesyuarat JK Kurikulum Daerah Mersing Tahun 2013

Reaksi :  
Kepada :



PEGAWAI PELAJARAN AGAMA DAERAH MERSING - Jemputan
PENGARAH ILP MERSING - Jemputan
PENGARAH POLITEKNIK MERSING - Jemputan
PENGETUA DAN GURU BESAR (SMK, SMSSI, SMAAM, MRSM, SK, SJK dan SRAB)
YDP MAJLIS GURU CEMERLANG – EN. AZEMI AHMAD (SMSSI)
YDP MAJLIS GURU SARJANA – EN. SUHAIMI BIN ISMAIL (SMKAB)
YDP MAJLIS GURU KAUNSELING – HJ. ZAINUDDIN BIN KHOMSAN (SMKUH)
YDP M4P (RENDAH) - UST. FAUZI DESA (SKT06)
YDP M4P (MEN) - EN. MOHD. SARIF ARIPEN B. YAHAYA (SMKUH)
WAKIL KPPK - HJ. SAIFUL BIN ATAN (SMKN)
PEKDIS (MERSING) - UST. ZARIR ANNUAR BIN AHMAD (SMKUH)

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Hebahan kami pada 10 April 2013 dan surat kami JPA4006.UPA/100-8/1/6 (      ) bertarikh 10 April 2013 adalah dirujuk dan berkaitan.

Dukacitanya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Namun Pengetua dan Guru Besar tetap diminta hadir ke PPD Mersing pada tarikh dan waktu yang sama bagi mengikuti Taklimat Pengurusan Sekolah.

Pihak Pejabat Pendidikan Agama Daerah, Politeknik, ILP Mersing, MRSM, MGS, MGC, M4P (R), M4P (M), KPPK, MGK dan PEKDIS tidak terlibat.

Sekian. Wassalam.
Rabu, 10 April 2013

Mesyuarat JK Kurikulum Daerah Mersing Bil. 1 Tahun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan mengadakan mesyuarat tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 15 April 2013 (Isnin)
Masa : 8.15 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing
Sasaran : AJK Kurikulum Daerah Mersing
Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah Mersing
Pakaian : Rasmi Bekerja

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua AJK agar dapat hadir ke mesyuarat berkenaan seperti ketetapan di atas.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ust. Wan Nadzri bin Wan A. Rahman, PPPD Kurikulum di talian 07-7996700.
Sekian. Wassalam.

Lampiran : Mesy._JKD.pdf

Program Difusi Modul Untuk Guru Program HALUS Permata Tahun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dengan kerjasama JKD Kecemerlangan UPSR akan menganjurkan program tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 13 April 2013 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : SK Sri Mersing
Sasaran : Guru Tahun 6 Kelas HALUS bagi mata pelajaran BM, BI, Matematik dan Sains. (4 orang guru bagi setiap SK sahaja)
Pakaian : Rasmi

Sehubungan dengan itu, kami meminta kerjasama semua sekolah (SK) agar dapat membenarkan seorang guru bagi setiap mata pelajaran BM, BI, Matematik dan Sains (4 orang setiap sekolah) untuk hadir dan turut serta dalam program berkenaan.

Disamping itu, guru-guru berikut adalah dilantik sebagai Fasilitator program tersebut :
  1. En. Mohamed Azhar Shahrudin (SKSD)
  2. Pn. Shimaton Shamsuri (SKSD)
  3. Pn. Norhibah Yahaya (SKSM)
  4. Pn. Zabidah Abdullah (SKBE)
  5. Cik Nur Nadeera Abu Bakar (SKT01)
  6. Pn. Khatijah Awang (SK Tenglu)
  7. Pn. Afrah Hani Shahrom (SKAP)
  8. En. Faruze Iberahim (SKTL)
  9. En. Rashidi Rahmat (SKT06
  10. En. Rosli Ahmad (SKN01)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai kami Cik Saharazad Mustaffar di talian 07-7996715 atau En. Mohamed Azhar Shahrudin di talian 07-7991424 atau Pn. Azimah Md. Zin di talian 07-7991355.
Sekian. Terima kasih.

Lampiran :
Surat Panggilan Peserta.pdf
Surat Panggilan Fasi.pdf

Isnin, 8 April 2013

PROGRAM PENGARAH TURUN PADANG 2013 (PTP 2013)

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa program tersebut akan bermula pada hari ini hingga 23 April 2013 secara serentak di seluruh negeri Johor.
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat bersedia sepertimana ketetapan sebelum ini dalam taklimat PTP 2013.
Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohd Fakarudin Bin Hussain, Pen. PPD Menengah (murid) ditalian 07-7991269.
Sila rujuk lampiran untuk butiran penuh.
Wassalam.

Lampiran :
JADUAL_PTP_MERSING.pdf
BORANG_SJQ_UPLOAD.zip
PK04_1_Pencerapan_Standard_4.xls
Ahad, 7 April 2013

Penghargaan : Keterlibatan Aktiviti pada 6 dan 7 April 2013 (Sabtu dan Ahad)

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, atas kerjasama semua pihak dan usaha keras rakan-rakan pegawai dan guru serta kakitangan sokongan, aktiviti pada 6 dan 7 April 2013 dapat dilaksanakan dengan lancar.

Program ' Learning Is Fun ' anjuran bersama Open University Malaysia (OUM) telah diadakan pada 6 April 2013 (Sabtu), 8.00 pagi hingga 1.00 ptg. di SK Bandar Endau melibatkan 50 orang murid-murid sekolah rendah zon Endau. Terima kasih yang tidak terhingga kepada penyarah-pensyarah dan staf OUM Kuala Lumpur dan Johor kerana sudi datang dan membantu menyemarakkan budaya ilmu di Mersing. Terima kasih kepada pihak SK Bandar Endau kerana sudi menjadi tuan rumah program tersebut.. Penghargaan juga kepada En. Wee Kok Cheng, PPPD BM (Men) dan Pn. Norhimah Ismail, Kaunselo Organisasi, PPD Mersing kerana telah berjaya mengurus dan turut serta dalam program tersebut.

Program Gerak Mesra PPD Bersama Warga Pendidikan Mersing Bagi Zon Bandar dan Nitar melibatkan semua guru dan kakitangan sekolah zon bandar dan nitar (980 orang) telah berjaya diadakan pada 6 April 2013 (Sabtu), 8.30 pagi - 1.30 ptg. di Dewan SMK Anjung Batu. Kami merakamkan ucapan tahniah kepada En.Md.Jais bin Samat, Pegawai Pelajaran Daerah Mersing serta warga PPD Mersing atas usaha berani dan proaktif yang baik tersebut. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada warga SMK Anjung Batu yang diketuai oleh Hjh, Rosita binti Din kerana sedia mengelola dsn menjadi tuan rumah program tersebut.
Terima kasih juga kepada warga pendidikan zon bandar dan nitar yang dapat hadir ke program berkenaan . Bagi yang tidak dapat hadir atau mempunyai alasan untuk tidak hadir secara sengaja atau tidak, kami juga ucapkan jutaan terima kasih. Moga Allah SWT sentiasa memberikan kekuatan sikap istiqamah secara berterusan walau apapun situasi, juga cabaran.
Tahniah kepada pihak sekolah yang menerima Anugerah Kecemerlangan PMR, SPM dan STPM 2012 dalam program tersebut.

Difusi Modul Program Menggilap Permata 5 juga turut diadakan pada 6 April 2013 (Sabtu), 8.00 pagi hingga 12.30 tgh. di SK Sawah Dato melibat guru-guru tahun enam seramai 140 orang.. Al-Hamdulillah, 80 orang guru telah berjaya hadir dan menyempurnakan sesi difusi tersebut yang diketuai oleh En. Azhar Shahrudin, GPK 1 SK Sawah Dato. Kami mengucapkan ucapan tahniah kepada urusetia program, juga penggerak PMP5 yang setia dan tabah menjalankan program berkenaan walaupun terpaksa berhadapan dengan cabaran luar jangka dan kerenah manusia secara langsung atau tidak. Setiap pengalaman sudah pasti akan memberikan kesan dan impak yang positif dan juga negatif.

Pada 7 April 2013 (Ahad), Kelas Bimbingan Yayasan Pelajaran Mara-Maktab Rendah Sains MARA (SPM 2013) diteruskan dengan siri ke tiganya, mulai jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang di MRSM Mersing. Kelas tersebut melibatkan 100 orang calon-calon SPM 2013 yang terpilih..Keseluruhan program ditaja oleh YPM.. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada YPM dan MRSM kerana sudi berkongsi tenaga, ilmu dan kewangan. Moga usaha ini diberkati Allah SWT dan dapat menghasilkan kualiti modal insan yang lebih baik.

Tahniah buat semua warga pendidikan Mersing. Sebarang kelemahan dan kekurangan yang berlaku sepanjang pengelolaan program-program tersebut, amat dikesali dan kami memohon maaf.
Wassalam.. MERSING HEBAT.