* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 20 April 2013

Tahniah : Anugerah Pengurusan Profesional Berprestasi Tinggi 2013

Reaksi :  

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, kami merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada rakan-rakan yang telah menerima Anugerah Pengurusan Profesional Berprestasi Tinggi Tahun 2013 seperti berikut :


1. CIK SAHARAZAD BINTI MUSTAFFAR
PPPD BI (Rendah)
2. HJH. ZALIHA BINTI ISMAIL
Pengetua SMK Mersing
4. HJH. SABIHAH BINTI SAPUAN
Guru Besar SK Sri Pantai
5. EN. KAMALUDIN BIN SUJAN
Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 05
6. WAN NADZRI BIN WAN A.RAHMAN
PPPD Kurikulum

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh En. Md. Jais bin Samat, PPD Mersing dalam Majlis Bicara Budaya Kerja PPD Mersing sempena 100 hari perkhidmatan beliau di PPD Mersing pada 19 April 2013 (Jumaat).

SELAMAT MAJU JAYA....






TAHUN 2008


1. EN.DZULKIFLI JAAFAR
Penyelia Kanan Teknik & Vokasional
2. PN. SAPURA IBRAHIM
Pembantu Am Pejabat N1
3. PN.NORAZITA MD.TAIB
Pembantu Tadbir Rendah N11

TAHUN 2009

PN.WAN SUZELAWATY WAN MAHMOOD
Pembantu Tadbir Kewangan

TAHUN 2010

1. PN. MAIMUNAH MOHAMAD
Penyelia Kanan Penilaian dan Peperiksaan
2. UST. OTHMAN AHMAD
Penyelia Pendidikan Islam
3. PN. ANG SWEE HOON
Guru Besar SJKC Kg. Hubong

TAHUN 2011

1. EN. MOHAMED AZHAR BIN SHAHRUDDIN
GPK1 SK Sawah Dato'
2. EN. MOHD. FADZILAH BIN MOHD. ALI
GPK1 SK Sri Mersing.
3. EN. KOO CHEE KIONG
GPK1 SJKC Pai Chee

TAHUN 2012

1. Majlis Guru Cemerlang Daerah Mersing.
2. PN. MAIMUNAH MOHAMAD
Pengelola Cemerlang Penilaian dan Peperiksaan

TAHUN 2013


1. EN. HASAN BIN ABD. RASHID.
PPPD Pengurusan Sekolah
2. CIK HASFARENA BT. IDRIS
Pembantu Tadbir Kontrak (NKRA)

TAHNIAH DAN SYABAS.
-MERSING HEBAT-
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, program tersebut dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar, berkat kerjasama semua pihak. Tahniah kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat menjayakan program berkenaan.

Tarikh : 20 April 2013 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 ptg.
Tempat : Dewan Zubedah, SMK Ungku Husin
Sasaran : Warga Pendidikan Zon Endau (guru-guru dan staf sokongan)
Pakaian : Batik


Tentatif :

8.30 pg - 9.00 pg : Pendaftaran dan sarapan pagi
9.00 pg - 12.30 tgh : 
- Nyanyian lagu Bangsa Johor
- Nyanyian Lagu Mersing Hebat
- Bacaan Doa
- Amanat Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Mersing
- Taklimat PPPM 2013- 2025
- Dialog Mesra " Dari Hati ke Hati "
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Majlis Bersurai



















Rabu, 17 April 2013

Taklimat Pelaksanaan Program Menggilap Permata 5 dan Halus Permata 3 Daerah Mersing Tahun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa taklimat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 18 April 2013 (Khamis)
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing
Pakaian : Rasmi
Sasaran : Guru Penolong Kanan 1 dan Guru Bimbingan dan Kaunseling semua sekolah rendah (SK dan SJK)

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat membenarkan guru-guru berkenaan hadir dan turut serta dalam taklimat tersebut.
Sokongan dan kerjasama Tuan/Puan amat kami harapkan bagi merealisasikan objektif pelaksanaan program tersebut pada tahun 2013.
Wassalam.

Lampiran : Surat Panggilan.pdf


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Guru Bahasa Inggeris B2, Johor Bahru” dalam ruangan Forum akhbar Berita Harian bertarikh 27 Februari 2013Guru Bahasa Inggeris mangsa tugas, kursus.
Inisiatif untuk menguji tahap kefasihan Bahasa Inggeris (BI) dalam kalangan guru BI telah dilaksanakan berikutan rungutan dan anecdotal evidence yang sering diutarakan berkaitan kefasihan bahasa Inggeris dalam kalangan guru BI. 
Susulan daripada pentadbiran ujian CPT kepada 61,000 guru BI, KPM telah menetapkan sasaran kefasihan Band B2 untuk guru opsyen BI sekolah rendah dan Band C1 untuk guru opsyen BI sekolah menengah.  Ini bermaksud bahawa guru opsyen BI sekolah menengah yang mencapai Band B2 dan B1, dan guru opsyen BI sekolah rendah yang mencapai Band B1 perlu menghadiri kursus Professional Up-Skilling for English Language Teachers (Pro-ELT).                 
Ujian CPT digunakan sebagai tapisan pertama untuk menentukan tahap kefasihan bahasa Inggeris dalam kalangan guru BI.  Untuk memastikan bahawa profisiensi bahasa Inggeris seseorang guru adalah tepat dan betul maka mereka telah menduduki ujian Aptis yang merupakan tapisan kedua.  Ujian Aptis telah ditadbirkan kepada kumpulan guru seramai 20 hingga 25 orang pada satu-satu masa.  Ujian Aptis mengukur keempat-empat kemahiran bahasa serta pengetahuan bahasa yang dikuasai oleh seseorang guru tersebut.  Kedua-dua ujian ini merupakan ujian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa iaitu CEFR (Common European Framework of Reference).  Dengan ini, KPM yakin bahawa guru yang dikenal pasti untuk mengikuti program Pro-ELT adalah merupakan guru-guru yang sememangnya memerlukan latihan tersebut bagi memantapkan penguasaan kemahiran bahasa serta pengetahuan bahasa mereka.  Sehubungan itu, kenyataan pengadu bahawa pemilihan guru untuk menghadiri  kursus Pro-ELT adalah hanya berdasarkan ujian CPT adalah tidak benar.
Kursus Pro-ELT dilaksanakan dalam beberapa fasa kerana guru yang perlu menghadiri kursus ini merupakan satu bilangan yang besar.  Untuk Fasa 1, seramai 5,000 guru telah dilibatkan dan ianya telah dijalankan bermula pada bulan November 2012 di negeri Kelantan, Pahang dan Melaka dan pada bulan Januari di negeri Kedah dan Terangganu.  Bermula bulan Februari 2013, kursus tersebut juga telah dilaksanakan di beberapa buah pusat di seluruh Negara. Guru-guru yang tidak terlibat dalam Fasa 1 akan dipanggil untuk mengikuti kursus Pro-ELT dalam fasa berikutnya.     
Pengecualian daripada mengikuti kursus ini hanya diberikan untuk kes-kes tertentu sahaja seperti yang termaktub dalam Surat Siaran KPM Bil. 31 Tahun 2012 yang berkaitan dengan program ini.
Sehingga kini,  tidak ada sebarang arahan dikeluarkan oleh KPM untuk memberhentikan atau mengubah kriteria penerimaan Elaun Bayaran Insentif Subjek Pendidikan atau BISP.  Pekeliling Perkhidmatan Bil. 15 Tahun 2002 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2003 yang menggariskan kriteria pemberian elaun BISP masih berkuat kuasa.  Oleh yang demikian, isu penarikan balik Elaun BISP tidak timbul buat masa ini.

Pro-ELT merupakan kursus kefasihan bahasa Inggeris dan dilaksanakan bertujuan untuk membantu guru-guru BI meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka.  Sebagai kumpulan profesional, KPM  ingin menjadikan profesion keguruan setaraf dengan profesion yang lain seperti kedoktoran dan guaman.  Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab golongan pendidik untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kompetensi berkaitan dengan ilmu keguruan dan bidang pengajaran mereka agar ianya sentiasa selari dengan perkembangan-perkembangan terkini berkaitan dengan bidang berkenaan.


Tanggungjawab yang sedemikian terletak di bahu semua pendidik disebabkan oleh dua perkara utama iaitu : 

Pertama, golongan pendidik telah diamanahkan untuk mendidik serta memperkembangkan minda anak-anak yang merupakan pemimpin masa depan. Oleh yang demikian, seseorang guru perlu memastikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang ada adalah sentiasa berada di tahap yang mana guru tersebut boleh melaksanakan tugas sebagai pendidik secara lebih efektif dan memenuhi kepercayaan serta pertanggungjawaban yang telah diberikan kepadanya  sebagai salah seorang daripada golongan tersebut.  Kedua,  KPM sangat menekankan agar guru-guru menghadiri latihan perkembangan profesional secara berterusan. Penekanan ini adalah berdasarkan dapatan kajian yang menyatakan bahawa faktor guru adalah faktor penentu paling penting bagi kejayaan seseorang murid. Justeru, golongan pendidik mesti menyemai kefahaman bahawa mereka telah diberikan tanggungjawab dan amanah yang sangat tinggi untuk memastikan sebaik mungkin golongan tersebut tidak gagal dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab tersebut.

KPM mengamalkan beberapa strategi untuk melaksanakan kursus Pro-ELT berdasarkan lokasi dan konteks sekolah.  Mod latihan yang diikuti oleh pengadu ialah mod kluster.  Mod kluster diamalkan di kawasan di mana terdapat cukup bilangan sekolah dalam lingkungan 25 kilometer supaya guru telah dikenal pasti boleh menghadiri sesi latihan secara berkelompok.  Tujuan KPM mengamalkan mod ini adalah untuk memastikan masa instruksional guru yang terlibat tidak akan terjejas.  Dengan mengadakan sesi latihan pada masa luar waktu mengajar, murid tidak akan ketinggalan dalam mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran bersama guru yang berkenaan dan ini adalah selaras dengan dasar Melindungi Masa Instruksional (MMI). 

Dalam mod kluster, seseorang guru perlu menghadiri latihan empat (4) jam seminggu.  Pada setiap minggu keempat, guru tersebut akan menghadiri dua slot latihan. Pihak penganjur telah menetapkan sesi latihan untuk kursus Pro-ELT dijalankan dari pukul 2 hingga 6 petang selepas mengambilkira pandangan serta persetujuan bersama beberapa kelompok guru (focus groups).  Dengan ini, peserta kursus Pro-ELT tidak perlu menghadiri kursus pada hujung minggu.  Pada masa yang sama, di kebanyakan sekolah, pihak pentadbir telah mengubah suai jadual mengajar guru yang terlibat dalam program ini. Ini adalah untuk memberi peluang kepada guru tersebut untuk menamatkan sesi pengajaran lebih awal dan memberikan ruang yang cukup kepada guru berkenaan untuk makan dan berehat sebelum membuat perjalanan dengan selamat ke pusat latihan bagi menghadiri kursus tersebut.

Guru yang terlibat dalam latihan mod kluster juga akan dikehendaki untuk mengikuti latihan Pro-ELT selama lima (5) hari semasa cuti persekolahan.  Sekiranya, seorang guru tidak dapat menghadiri kursus Pro-ELT pada minggu yang ditetapkan untuk kumpulannya maka guru tersebut diberi kelonggaran untuk menghadiri latihan selama lima (5) hari tersebut pada minggu yang lain yang dapat disesuaikan dengan perancangan percutian mereka.  Pihak penganjur sentiasa  cuba untuk mengurangkan kesulitan yang perlu dihadapi oleh guru-guru BI yang terlibat  pada tahap seminimum yang mungkin.  Perlu diingatkan bahawa seseorang guru boleh dipanggil balik untuk menjalankan tugas rasmi untuk separuh tempoh cuti persekolahan seperti yang termaktub dalam Perintah Am Bab C (50).

LARANGAN MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM AKTIVITI POLITIK KEPADA WARGA KPM

Reaksi :  
Sila rujuk:
  • Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1996: Permohonan Oleh Pegawai-Pegawai Awam Untuk Mengambil Bahagian Dalam Aktiviti Politik
  • Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2010: Permohonan Mengambil Bahagian Dalam Aktivitt Politik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 Hingga DG48 Yang Bertugas Di Institusi Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
  • Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia (SPK KPM) Bilangan 2 Tahun 2010: Garis Panduan Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2010 (Permohonan Mengambil Bahagian dalam Aktiviti Politik Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 Hingga DG48 Yang Bertugas Di Institusi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia).
Lampiran :
SPK Bil. 5 Tahun 1996
SPK Bil. 9 Tahun 2010
SPK Bil. 2 Tahun 2010

PROGRAM GERAK MESRA PPD DAN WARGA PENDIDIK MERSING TAHUN 2013 BAGI ZON ENDAU

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa program tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 20 April 2013 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 ptg.
Tempat : Dewan Zubedah, SMK Ungku Husin
Sasaran : Warga Pendidikan Zon Endau (guru-guru dan staf sokongan)
Pakaian : Batik

Sehubungan itu semua Pengetua, Guru Besar, Guru dan AKS bagi zon Endau adalah diwajibkan hadir ke program tersebut.

Tentatif :

8.30 pg - 9.00 pg : Pendaftaran dan sarapan pagi
9.00 pg - 12.30 tgh : 
- Nyanyian lagu Bangsa Johor
- Nyanyian Lagu Mersing Hebat
- Bacaan Doa
- Tayangan Video Korporat Mersing Hebat
- Amanat Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Mersing
- Taklimat PPPM 2013- 2025
- Dialog Mesra " Dari Hati ke Hati "
- Penyampaian Sumbangan Kecemerlangan Kokurikulum
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Majlis Bersurai

SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK PERINGKAT DAERAH MERSING

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth. dan Salam Mahabbah.

Seminar tersebut akan dijalankan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 20 April 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Pendaftaran : 8.00 - 8.30 pagi
Tempat : Dewan Al-Azhar PPD Mersing

Sehubungan itu , tuan/puan dimohon hadir ke seminar tersebut. Sekian , terima kasih.

Lampiran : Seminar_Integriti.PDF

MAJLIS BICARA BUDAYA KERJA TUAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH MERSING

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth. dan Salam Mahabbah.
 

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa sempena 100 hari perkhidmatan En. Md. Jais bin Samat sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Mersing , pihak PPD Mersing akan menganjurkan majlis tersebut seperti ketetapan berikut:-
 

Tarikh: 19 April 2013 (Jumaat)
Masa: 2.45 petang (pendaftaran)
Tempat: Dewan Al-Azhar, PPD Mersing.
Sasaran : Pengetua, Guru Besar, GPK Pentadbiran, GPK HEM, GPK Koko, GPK Petang dan GPK Pra Universiti (Ting.6)

Pakaian:  
Lelaki – Baju Melayu / Pakaian Kerja Biasa
Perempuan – Baju Kurung / Pakaian Kerja Biasa


KEHADIRAN ADALAH TIDAK BOLEH TIDAK 

Tentatif :
2.45 - 3.00 ptg. : Pendaftaran
3.00 - 5.00 ptg. :
  • Bacaan Doa
  • Nyanyian Lagu Bangsa Johor
  • Nyanyian Lagu Mersing Hebat
  • Ucapan En. Md. Jais bin Samat, PPD Mersing
  • Pelancaran KPI PPD Mersing Tahun 2013
  • Penyampaian Sijil Anugerah dan Penghargaan
  • Nyanyian Lagu Negaraku
  • Bersurai 
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua pihak yang terlibat, agar dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut sebagai tanda sokongan kepada kepimpinan En. Md. Jais bin Samat, Pegawai Pelajaran Daerah Mersing.
Wassalam.
Selasa, 16 April 2013

Iklan Urusan Gred DG44 ke Gred DG48 Bidang Umum/Teknikal/Pendidikan Islam

Reaksi :  
Untuk makluman, Iklan Urusan Gred DG44 ke Gred DG48 Bidang Umum/Teknikal/Pendidikan Islam telah dibuka untuk permohonan. Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dipohon supaya merujuk kepada panduan di bawah bagi tujuan penyemakan maklumat-maklumat yang telah dikemaskini oleh Ketua Jabatan.

Panduan Semakan Maklumat PPP Bagi Permohonan Iklan Urusan Pemangkuan Laluan Hakiki Bidang Umum/ Teknikal/ Pendidikan Islam Gred DG44, DG48 Dan DG52

 Panduan Bagi Permohonan Iklan Urusan Pemangkuan Laluan Hakiki Bidang Umum/ Teknikal/ Pendidikan Islam Gred DG44, DG48 Dan DG52  

Permohonan adalah menggunakan sepenuhnya secara atas talian. Permohonan yang melewati tarikh atau dikemukakan secara luar talian tidak akan dipertimbangkan. Berikut adalah tarikh mula dan tutup bagi proses iklan setiap peringkat yang terlibat:


Tarikh Mula dan Tutup Permohonan
Tarikh Mula dan Tutup Peringkat Pengetua/ Guru Besar/ PPD/ Timbalan Pengarah
Tarikh Mula dan Tutup JPN / Bahagian
10 April - 24 April 2013
25 April - 02 Mei 2013
03 Mei - 10 Mei 2013


Sistem ePangkat kini dibuka secara berterusan untuk Ketua Jabatan membuat pengemaskinian dan pengesahan maklumat PPP dan AKP lantikan tetap Suruhanjaya Perkhidmatan (SPP) di bawah Pentadbiran masing-masing.
Sebarang masalah mengenai Sistem ePangkat sila kemukakan ke epangkat@moe.gov.my
Laman ini sesuai dilayari dengan menggunakan perisian Internet Explorer versi 7 dan ke atas sahaja dengan mengaktifkan Compability View.


MUATURUN SURAT PANGGILAN : TAKLIMAT PROFESSIONALISME JURUTEKNIK KOMPUTER FT17 NEGERI JOHOR BIL. 1/ 2013
 
Tindakan       : Pengetua / Guru Besar Dan Semua Juruteknik Komputer FT17
Tarikh : 16-04-2013
Unit : MAKLUMAT-ICT
Oleh : En. Azman Bin Yusof



Maklumat :

Assalamualaikum wbrkth.

Sukacita dimaklumkan kepada semua Juruteknik Komputer FT17 sekolah-sekolah/ PKG daerah Mersing bahawa taklimat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 18 April 2013 ( Khamis )
Masa : 08:00 pagi hingga 05:00 petang
Tempat : Dewan Besar SJKC Chong Hwa 2, Kluang


2. Sila muaturun surat panggilan di pautan lampiran di bawah untuk tindakan dan makluman lanjut.

Sekian. Terima Kasih.


Lampiran 1 :   taklimatjtk1130001.pdf