* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Jumaat, 3 Mei 2013

Kursus Induksi Jurulatih Utama KSSR dan PBS Tahun 4-2013 Bagi MP Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Reaksi :  
Kepada :

Guru Besar
SK LKTP TENGGAROH 01
SK MERSING KANAN
SK BANDAR ENDAU
SK SAWAH DATO

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum akan mengadakan kursus tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 7 - 10 MEI 2013
Tempat : THE KATERINA HOTEL, BATU PAHAT, JOHOR.
Pendaftaran : 12.30 hingga 2.30 petang (7 Mei 2013) 
Kursus akan bermula seawal 2.30 petang 7 Mei 2013

Sehubungan dengan itu mohon kerjasama pihak sekolah berkenaan agar dapat memberikan kebenaran kepada guru-guru berikut untuk hadir dan ikut serta dalam kursus berkenaan.

1. En. Mohd. Fairuz Bin Ngatman (SK LJTP Tenggaroh 01) - menggantikan En. Azizan Kamarudin (SK Telok Lipat)
2. Pn. Norhanizah Othman (SK Mersing Kanan)
3. En. Mohd. Rudzahan Amran (SK Bandar Endau)
4. En. Khairudin Yaacob (Sk Sawah Dato)

Sekian. Wassalam.
Lampiran : Surat Panggilan.pdf
Kepada :

Guru Besar
SK SRI PANTAI
SK SAWAH DATO
SK PUSAT AIR TAWAR
SK TELOK LIPAT

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum akan mengadakan kursus tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 7 - 10 MEI 2013
Tempat : 11@CENTURY HOTEL, JOHOR BAHRU.
Pendaftaran : 12.30 hingga 2.30 petang (7 Mei 2013) 
Kursus akan bermula seawal 2.30 petang 7 Mei 2013

Sehubungan dengan itu mohon kerjasama pihak sekolah berkenaan agar dapat memberikan kebenaran kepada guru-guru berikut untuk hadir dan ikut serta dalam kursus berkenaan.

1. En. Hussien bin Rahmat (SK Sri Pantai)
2. En. Mohd. Radhi bin Mohd Ludi (SK Sawah Dato)
3. En. Issam bin Abd. Rahman (SK Pusat Air Tawar)
4. En. Mohd. Faruze bin Iberahim (SK Telok Lipat)

Sekian. Wassalam.
Lampiran : Surat Panggilan.pdf
Selasa, 30 April 2013

PELUANG KERJAYA UNTUK RAKYAT NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

Reaksi :  

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor 

Peluang kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Kerajaan Johor, dipelawa kepada rakyat Negeri Johor Darul Takzim untuk mengisi kekosongan jawatan sebagaimana berikut :
 
1. Penghulu Gred NP27 (12 Kekosongan)
2. Pen. Pegawai Tadbir N27 (12 Kekosongan)
3. Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam S27 (10 Kekosongan)
4. Pembantu Tadbir Kewangan W17 (8 Kekosongan) 
5. Pembantu Tadbir (P/O) N17 (120 Kekosongan)
6. Peg. Khidmat Pelanggan N17 (12 Kekosongan)
7. Pemb. Pembangunan Masyarakat S17 (4 Kekosongan)
8. Pemb. Belia Dan Sukan S17 (14 Kekosongan)
9. Pemb. Hal Ehwal Islam S17 (15 Kekosongan)
10. Juruaudio Visual N17 (15 Kekosongan)
11. Pembantu Pertanian G17 (70 Kekosongan)
12. Juruteknik J17 (50 Kekosongan)
13. Pelukis Pelan J17 (12 Kekosongan)

Semua jawatan bertaraf TETAP
Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 23 Mei 2013

Muat turun iklan dan permohonan di sini :http://spaj.johordt.gov.my/v1/pdf/iklan2013-1.pdf 


Panduan cara mengisi borang & Borang online :http://spaj.johordt.gov.my/v1/BORANG/indexs.html

PELANCARAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KE-42 2013

Reaksi :  


Assalamualaikum Wr Wb & Salam Mahabbah.

Kepada Semua Pegawai Pelajaran Daerah / Pengetua / Guru Besar Berkenaan

PENCALONAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK) TAHUN 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh & Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), sedang mengenal pasti sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia yang layak untuk dicalonkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Sila KLIK DI SINI untuk muat turun:
Surat Pencalonan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Tahun 2013, Panduan Mengisi Borang Pencalonan, Panduan Menyediakan Folio, Tarikh-tarikh Penting & Senarai Sekolah-sekolah Terlibat.

Sila KLIK DI SINI untuk muat turun:
Borang Pencalonan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Tahun 2013.

Tarikh Tutup Permohonan : 9 Mei 2013

Sebarang pertanyaan, mohon hubungi En. Mohd Azmi Bin Abdul Rahman (019-7714737) atau Tn. Hj. Khalid Bin Hashim (012-7318948)
Sekian, terima kasih.
Perkara di atas dirujuk.

Bersama-sama ini dipaparkan surat JPNJ.PKHD(26)/100-3/8/1(15)bth.11 April, 2013 yang dengan sendiri menerangkan maksudnya. Mohon kerjasama tuan untuk memanjangkan surat siaran ini kepada semua AKS di sekolah tuan.

Sekian, segala kerjasama yang diberikan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.


Lampiran : Arahan_Bertugas_AKS.PDF
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa tempoh pelaksanaan saringan tersebut adalah seperti ketetapan berikut: 

Saringan Membaca/Lisan 10 Mac – 19 Apr 2013
Saringan Menulis/Bertulis 21 – 30 April 2013
Memasukkan Data Saringan 06 Mei – 17 Mei 2013 

SILA PATUHI TARIKH-TARIKH YANG TELAH DITETAPKAN


Diminta semua guru yang terlibat memasukan data ke Portal NKRA pada tempoh yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai FasiLINUS PPD Mersing.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

APLIKASI DATA PENCERAPAN SEKOLAH ADAPS

Reaksi :  
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Johor mensasarkan agar semua guru dicerap sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Pencerapan pengajaran dan pembelajaran juga perlu disusuli dengan sesi perbincangan atau klinikal bagi memastikan pelaksanaan kurikulum menepati standard yang ditetapkan. Perkara ini adalah terkandung dalam SPI Bil. 3/1987 yang menjelaskan bahawa salah satu dari tugas Pengetua dan Guru Besar adalah melaksanakan Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran di dalam kelas. SPI tersebut juga adalah selaras dengan KPI Jabatan Pelajaran Johor iaitu memastikan semua guru dipantau dan memperolehi skor Pemastian Standard SKPM 2010 Standard 4 melebihi 80%.

Sehubungan itu, kerjasama tuan adalah dipohon untuk merancang dan melaksanakan pencerapan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kepada semua guru di sekolah tuan. Pencerapan P dan P ini hendaklah menggunakan Instrumen SKPM 2010 Standard 4, Pembelajaran dan Pengajaran. 

Data hendaklah dimasukkan dalam sistem ADaPs selepas sahaja pencerapan. Data ini akan dianalisis sebanyak 2 kali setahun iaitu, 

1. Pada akhir bulan Mei tahun semasa.
2. Pada akhir bulan Oktober tahun semasa.

Mulai tahun 2012, data dipungut menggunakan Aplikasi ADaPs secara atas talian. 

Jika ada sebarang kesulitan sila hubungi penyelaras ADaPs PPD Mersing ditalian 013-7231974.

Sekian terima kasih.

Mohon Sumbangan Ikhlas Bagi Keluarga Arwah Tn. Haji Abd. Razak bin Pid

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Dukacitanya dimaklumkan bahawa Tn. Hj. Abd. Razak bin Pid, 44 Tahun, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Anjung Batu telah kembali ke rahmatullah pada 24 April 2013 (Rabu) selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya. 
Beliau ketika itu dalam perjalanan pulang ke Mersing selepas mengikuti Bengkel Latihan Untuk Pengajar (TOT)  di The Zon Regency Hotel By The Sea, Johor Bahru (22-24 April 2013).


Turut meninggal dunia ialah dua orang anak beliau Adibah Taqiyyah Abd. Razak, 14 Tahun, murid Tingkatan 2 SMK Sri Mersing dan A'Fiqah Ihsaniyyah Abd. Razak, 11 Tahun, murid Tahun 5 SK Bandar Mersing.
Jenazah mereka selamat disemadikan pada pagi 25 April 2013 (Khamis) di Tanah Perkuburan Islam, Bt. 3, Jalan Jemaluang, Mersing, Johor.
Manakala seorang lagi anak beliau, Adik Alimul Helmi Abd. Razak, 9 tahun, murid Tahun 3 SK Bandar Mersing masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Al-Hamdulillah, keadaan adik Alimul Helmi bertambah baik.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diharapkan dapat mengadakan kutipan sumbangan daripada warga sekolah masing-masing untuk tujuan di atas. Sumbangan tersebut, hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah Mersing 
(u.p. Hjh. Halimah binti Romeli, Penyelia Pendidikan Islam) sebelum atau pada 10 Mei 2013.
Wassalam.. AL-FATIHAH.

Isnin, 29 April 2013

Sekitar Program Menjengah Permata - SK LKTP Tenggaroh 05

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulilah, kami merakamkan jutaan terima kasih kepada En, Md. Jais bin Samat, Pegawai Pelajaran Daerah Mersing kerana sudi turun padang dan memberi nafas baru kepada program ini.

Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak SK LKTP Tenggaroh 05 dibawah pimpinan En. Kamaludin bin Sujan atas kerjasama yang telah diberikan.
Moga tema DARI HATI KE HATI yang dibawa pada tahun ini akan membuahkan hasil yang positif dan dapat dihayati secara bersama oleh warga 
SK LKTP Tenggaroh 05.

Terima kasih dan Tahniah.


















Sekitar Program Menjengah Permata - SMK Tan Sri Abd. Kadir

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulilah, berkat usaha dan kerjasama pihak sekolah, program berkenaan telah dapat dijalankan dengan lancar dan Insya Allah akan memberi impak secara tidak langsung kepada kecemerlangan anak-anak dan warga STAR.
Terima kasih yang tidak terhingga, kami rakamkan kepada En, Md. Jais bin Samat, Pegawai Pelajaran Daerah Mersing kerana sudi turun padang dan memberi nafas baru kepada program ini.
Moga tema DARI HATI KE HATI yang dibawa pada tahun ini akan membuahkan hasil yang positif dan dapat dihayati secara bersama oleh warga STAR.

Terima kasih dan Tahniah.











Pengesahan Permohonan Pemangkuan DG48 secara on-line (e-pangkat) 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hebahan kami sebelum ini berkaitan perkara tersebut adalah dirujuk.
Urusan permohonan telah ditutup pada 24 April 2013.
Kini mulai 25 April 2013 hingga 3 Mei 2014, Pengetua dan Guru Besar perlu mengesahkan permohonan tersebut.
Berikut disertakan panduan untuk pengesahan berkenaan. Wassalam.

Lampiran : langkah-langkah pengesahan