Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 11 Mei 2013

Sekitar Program Menggilap Permata 5 Zon Bandar - 11 Mei 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa program tersebut telah selamat diadakan dengan lancarnya mengikut zon sebagaimana ketetapan jadual sebelum ini.
Untuk Zon Bandar Mersing, terima kasih kepada pihak SK Bandar Mersing dan SK Sawah Dato kerana sudi menjadi tuan rumah pada kali ini. Tahniah atas pengurusan yang baik.

Untuk makluman, bahawa program akan diteruskan mengikut jadual berikut :
Jadual Prog Menggilap Permata 5.pdf
Jadual PMP5 MP.pdf
Jadual Pelaksanaan PMP5.pdf
Jadual Guru Pembimbing PMP5.pdf
Pemantauan Pegawai.pdf
Borang Pemantauan PMP5.pdf















Assalamualaikum dan Salam Mahabbah,

Merujuk perkara di atas,

Pihak sekolah diminta untuk menghantar maklumat murid Tidak Menguasai yang mempunyai ciri-ciri Murid Berkeperluan Khas (jika ada) bagi tahun 2 dan 3, sebelum atau pada 14 Mei 2013 untuk perhatian Pegawai Fasilinus PPD Mersing.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.

Terima kasih, Wassalam.

Lampiran : Maklumat_Murid_LINUS_BPK.docx

PENTING: PENGISIAN DATA PENCERAPAN P DAN P

Reaksi :  
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Johor mensasarkan agar semua guru dicerap sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Pencerapan pengajaran dan pembelajaran juga perlu disusuli dengan sesi perbincangan atau klinikal bagi memastikan pelaksanaan kurikulum menepati standard yang ditetapkan. Perkara ini adalah terkandung dalam SPI Bil. 3/1987 yang menjelaskan bahawa salah satu dari tugas Pengetua dan Guru Besar adalah melaksanakan Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran di dalam kelas. SPI tersebut juga adalah selaras dengan KPI Jabatan Pelajaran Johor iaitu memastikan semua guru dipantau dan memperolehi skor Pemastian Standard SKPM 2010 Standard 4 melebihi 80%.

Sehubungan itu, kerjasama tuan adalah dipohon untuk merancang dan melaksanakan pencerapan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kepada semua guru di sekolah tuan. Pencerapan P dan P ini hendaklah menggunakan Instrumen SKPM 2010 Standard 4, Pembelajaran dan Pengajaran.

Data hendaklah dimasukkan dalam sistem ADaPs di One Stop Data Center JPNJ selepas sahaja pencerapan. Data ini akan dianalisis sebanyak 2 kali setahun iaitu,

1. Pada akhir bulan Mei tahun semasa.
2. Pada akhir bulan Oktober tahun semasa.

Mulai tahun 2012, data dipungut menggunakan Aplikasi ADaPs secara atas talian.

Jika ada sebarang kesulitan sila hubungi penyelaras ADaPs PPD Mersing ditalian 013-7231974.

Sekian terima kasih.

Lampiran : http://jpnjdata.net/ah/menu/

PENTING: PENGISIAN DATA SARINGAN 1 KE PORTAL NKRA

Reaksi :  
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh pengisian data murid di Portal NKRA bagi SARINGAN LINUS (Literasi BM dan Numerasi) adalah dari 6 hingga 17 Mei 2013.

Namun untuk penyelarasan data peringkat PPD, Penyelaras LINUS perlu memastikan data diisi sebelum 14.4.2013.

Penyelaras LINUS di sekolah perlu memastikan semua guru yang terlibat dengan pengisian data murid mengisi data murid di LINUS 2.0.

Sila semak semula data setelah pengisian telah dilakukan agar data yang dimasukan adalah data yang sebenar.

Id Pengguna dan Katalaluan untuk sekolah masih sama seperti di LINUS 1.0.

LINUS 1.0 disediakan untuk memberi kemudahan kepada KPM/JPN/PPD/Sekolah untuk muat turun keputusan data murid ketika Saringan LINUS dari Tahun 2010 hingga 2012.

Keputusan Saringan Baseline untuk Literasi Bahasa Inggeris TIDAK PERLU diisi ketika tempoh masa pengisian data murid untuk LITERASI BAHASA MELAYU DAN NUMERASI.

Segala pertanyaan sila hubungi Pegawai FasiLINUS di talian 013-7231974.

Sekian untuk makluman.

ANALISA DATA MURID LINUS SARINGAN 1 TAHUN 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum dan salam sejahtera.

Perkara diatas adalah dirujuk.

Minta kerjasama daripada semua penyelaras LINUS agar dapat memuat turun borang yang dilampirkan. Lengkapkan borang tersebut dengan maklumat yang dikehendaki. Sila serahkan maklumat tersebut dalam bentuk hard copy dan soft copy (emailkan ke mahadifasilinus@gmail.com) sebelum 16 Mei 2015.

Bagi sekolah yang tiada murid yang berkaitan juga dikehendaki menghantar borang tersebut dan sila buat catatan TIDAK BERKAITAN pada borang tersebut.

Pastikan maklumat yang dihantar adalah sama dengan maklumat yang dimasukan ke Portal NKRA.

Sila patuhi tarikh penghantaran maklumat tersebut. Kelewatan amat dikesali.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai FasiLINUS PPD Mersing.

Sekian, harap maklum.

 Lampiran :
1._Template_Data_Asas_Saringan_(Thn_1-S1,_Thn_2-S1_&_Thn_3-S1__2013)_Excel.xls
2._Sen_Nama_Tidak_Menguasai_Thn_3.xls
5._Justifikasi_Ketidakhadiran_Murid_Thn_2_dan_Thn_3.xls

MAJLIS WACANA PROFESIONAL PENDIDIKAN MERSING

Reaksi :  




Pindaan masa terpaksa dibuat atas kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Tarikh : 14 Mei 2013 (Selasa)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing
Sasaran : Semua Pengetua, Guru Besar , Pengerusi Bilik Guru dan Ahli KEPTAN

TINDAKAN SEGERA: KARNIVAL SUKAN SEMPENA HARI GURU 2013 ANJURAN PPD MERSING

Reaksi :  
Assalamu a'laikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa PPD Mersing akan menganjurkan Karnival Sukan Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Mersing seperti di ketetapan berikut:

Tarikh : 19.5.2013
Masa : 7.15 am hingga 5.00pm.
Tempat: SMK Mersing.

Acara sukan yang dipertandingkan ialah bola sepak 7 sebelah, bola jaring 3 lawan 3, ping pong dan badminton. Acara ini terbuka kepada semua kelab guru dan kakitangan sekolah-sekolah daerah Mersing.

Tarikh tutup penyertaan sehingga 15.5.2013.

Sehubungan itu diminta semua pengerusi kelab guru menghubungi penyelaras permainan berkaitan untuk pengesahan penyertaan bagi memudahkan penyusunan jadual pertandingan.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai penyertaan sila hubungi penyelaras sukan yang berkenaan.
 
Bola sepak - En Halim b. Abdullah, SK Sri Mersing(019-7230195)
Bola jaring - Pn Rizana bt Mat Jelis, SK Sri Mersing (013-7171521)
Badminton - En. Azhar b. Abdullah, SMK Mersing (019-9363061)
Ping Pong – En. Saiful bin Atan, SMK Nitar (013-7511684)


Sekian, untuk makluman. Terima kasih.

Sekitar Seminar Integriti Pendidikan - PPD Mersing - 11 Mei 2013 (Sabtu)

Reaksi :  







Terima kasih semua..TAHNIAH..

Sekitar Lawatan Perwakilan MGB Kedah ke PPD Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa daerah Mersing telah dikunjungi oleh perwakilan MGB Kedah pada 9 - 11 Mei 2013 (Khamis - Sabtu).
Kami merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan misi tersebut terutamanya kepada Majlis Guru Besar Daerah Mersing yang telah terlibat secara langsung mengelola program lawatan tersebut.
Terima kasih juga kepada warga pendidikan Endau, SK Bandar Mersing, PPD Mersing dan Zon Tenggaroh juga SK Pulau Sibu.
Jasa bakti tuan hanya Allah SWT yang mampu membalasnya.











Jumaat, 10 Mei 2013

Pertandingan Mereka cipta Beg Dengan Bahan Kitar Semula Anjuran JKD MP Pend.Moral SR

Reaksi :  
Guru Besar
SK Sawah Dato
SK Kem Iskandar
SK Peta
SK Tanah Abang
SK Labong
SK Sri Mersing
SJKC Pai Chee
SJKC Chiao Ching
SJKC Jemaluang
SJKC Kg. Hubong
SJK Tamil

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama JKD MP Pendidikan Moral Sekolah Rendah akan menganjurkan pertandingan tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 21 Mei 2013 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 8.30 pagi - Pendaftaran
8.30 pagi - pertandingan bermula
Tempat : Dewan SJKC Jemaluang
Acara :
Tahap 1 - Mereka Cipta Beg Hijau yang bertema "Mencintai Alam Sekitar"
Tahap 2 - Mereka Cipta Beg 1 Malaysia yang bertemakan "Aku Anak Malaysia"
Penyertaan :
Tahap 1 - 2 orang setiap kategori
Tahap 2 - 2 orang setiap kategori

Pertandingan terbuka kepada murid-murid sekolah rendah yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 17 MEI 2013.

Lampiran : Surat Pertandingan.pdf

Program Menggilap Permata Tahun 2013 - Siri 2 Zon Bandar

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Aslina Ramelan (SKMK)
Mahat Samad (SKMK)
Amirruzi Mohammad (SKMK)
Khatijah Awang (SK Tenglu)

Al-Hamdulillah, program tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 11 Mei 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : SK Sawah Dato

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Guru Besar sekolah-sekolah berkenaan agar dapat memberikan kebenaran guru-guru tersebut hadir sebagai FASILITATOR dalam program tersebut.
Wassalam.

Lampiran : Surat Panggilan.pdf
Khamis, 9 Mei 2013

Program Menggilap Permata 5 Tahun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, berikut disertakan jadual pelaksanaan program berkenaan untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.
Sekian. Wassalam.

Lampiran :
Jadual Pengelolaan.pdf
Jadual MP.pdf
Jadual Pelaksanaan.pdf
Jadual Guru Pembimbing.pdf
Pemantauan Pegawai.pdf
Borang Pemantauan.pdf
Selasa, 7 Mei 2013

Aspirasi PPD Mersing 2013

Reaksi :  
MD. JAIS BIN SAMAT
Pegawai Pelajaran Daerah Mersing
  1. BERINTEGRITI
  2. HORMATI DIRI SENDIRI
  3. ADA DAN BERFUNGSI
  4. JAGA IMEJ DIRI DAN ORGANISASI
  5. AMALKAN MUSYAWARAH
  6. BEKERJASAMA
  7. BEKERJA DENGAN IKHLAS
  8. KEKELUARGAAN DAN KASIH SAYANG
  9. TIDAK MENIMBULKAN MASALAH,TAPI MENYELESAIKAN MASALAH
  10. PATUHI PERATURAN DAN SISTEM
  11. TIDAK MEMBELAKANGKAN KETUA
  12. KETEPATAN MASA
  13. BERBUDI BAHASA
  14. HORMATI ORANG LAIN  
Isnin, 6 Mei 2013

Keputusan PRU13

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, atas penentuan Pencipta Yang Maha Agung, PRU13 telah berjalan dengan baik dan tenteram. Moga semangat perpaduan akan terus kekal menjadi amalan kita.
Berikut dilampirkan keputusan tersebut untuk makluman dan tindakan rakan-rakan sebagai kesinambungan kepada usaha-usaha sediada.
Tahniah kepada pihak yang menang, tahniah juga kepada pihak yang kalah atas usaha yang dilakukan bagi membaiki keadaan. #

Sumber : Portal Rasmi SPR

Lampiran : Keputusan PRU13

KAJIAN PERSEPSI PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)

Reaksi :  

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) yang memberi fokus kepada 5 aspirasi sistem, 6 aspirasi murid dan 11 anjakan.

Untuk menjayakan pelaksanaan PPPM, Kementerian memerlukan sokongan pelbagai pihak berkepentingan. Sebagai pihak berkepentingan, kami ingin mendapat maklumbalas daripada anda, sejauh mana kefahaman anda terhadap inisiatif PPPM. Sila beri pandangan secara terbuka, jawapan anda adalah sulit dan rahsia. Hasil daripada tinjauan ini akan membolehkan Kementerian mengambil tindakan yang sesuai bagi menjayakan PPPM. 

SILA LAYARI PAUTAN BERIKUT UNTUK TINDAKAN SETERUSNYA. Kajian Persepsi PPPM