* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 8 Jun 2013

PENGAMBILAN JURULATIH SUKAN GRED 29 HINGGA 44 (JAWATAN TERBUKA) DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA

Reaksi :  
Pengambilan Jurulatih Sukan Gred 29 Hingga 44 (Jawatan Terbuka) di Sekolah Sukan Malaysia.

Lampiran :
Iklan Perjawatan Jurulatih Sukan
Borang Permohonan Perjawatan Jurulatih Sukan
Jumaat, 7 Jun 2013

Kursus Induksi Jurulatih Utama KSSR dan PBS Tahun 4-2013 Bagi MP Pendidikan Moral

Reaksi :  
Kepada :

Guru Besar
SJKC Jemaluang

SJKC Chiao Ching

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum akan mengadakan kursus tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 11 - 14 Jun 2013
Tempat : BayView Hotel Melaka, Jalan Bendahara, Melaka.
Pendaftaran : 2.00 hingga 2.30 petang (11 Jun 2013) 
Kursus akan bermula seawal 2.30 petang 11 Jun 2013

Sehubungan dengan itu mohon kerjasama pihak sekolah berkenaan agar dapat memberikan kebenaran kepada guru-guru berikut untuk hadir dan ikut serta dalam kursus berkenaan.

1. Yew Chin Khin (SJKC Chiao Ching)

2. Ng Mei Sang (SJKC Jemaluang)

Sekian. Wassalam.
Lampiran : 

KSSR_PBS_Pend.Moral0001.pdf
Makluman kepada semua guru Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris dan Matematik sekolah menengah dan rendah seluruh negara.
Permohonan untuk mengisi perjawatan hakiki sebagai SISC+ dan SIPartners+ sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).
Kepada mereka yang berminat sila isi borang permohonan dan  serahkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) tuan/puan. Untuk sebarang kemusykilan sila emelkan ke alamat dtpbpsh2013@gmail.com atau boleh hantarkan pertanyaan secara online. Klik Disini.
Harap maklum.

Lampiran :
Maklumat SISC+ dan FAQ
Borang Permohonan SISC+
Borang Permohonan SIPartner+
Brosur SISC+
Brosur SIPartner+

Khamis, 6 Jun 2013

Template Sekolah - Program Transformasi Daerah (DTP) 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) di bawah inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 sedang mengumpul maklumat untuk membuat kajian dan analisis berkaitan perkara-perkara berikut :

1.  Data Guru Cemerlang dan Jurulatih Mata Pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik sekolah rendah dan menengah daerah.
2. Data Pengetua dan Guru Besar (Nama, Gred, Band Sekolah).
3. Data GPMP bagi Mata Pelajaran BM, BI dan Matematik UPSR, PMR & SPM setiap sekolah (2012).
4. Data sekolah rendah dan menengah mengikut BandTerkini (2012) dan Skor Komposit Terkini (2012).
5. Data kehadiran murid – peratus purata kehadiran murid setahun (2012) setiap sekolah.
6. Data disiplin murid – bilangan kes disiplin murid setahun (2012) setiapsekolah. Kategorikan mengikut kes ringan, sederhana dan berat.  Sila bawa bersama data SSDM.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat melengkapkan borang (template) yang dilampirkan bersama hebahan ini dengan kadar segera.
Borang yang telah lengkap, hendaklah dikembalikan kepada Pegawai Pelajaran Daerah Mersing (u.p. Wan Nadzri bin Wan A.Rahman, PPPD Kurikulum) secara hardcopy atau diemailkan ke akademikmg@gmail.com.

Sekian. Wassalam.

Lampiran : 
Template_untuk_sekolah.xlsx
butiran.docx

SARINGAN LINUS 2.0 : LITERASI BAHASA INGGERIS – TARIKH PENGISIAN DATA MURID

Reaksi :  
PERHATIAN  :
SARINGAN LINUS 2.0 :

LITERASI BAHASA INGGERIS – BASELINE SCREENING

Tarikh saringan bertulis LINUS bermula dari
20 HINGGA 24 MEI 2013 
Tarikh pengisian data murid bagi saringan LINUS  bermula dari
27 MEI HINGGA 14 JUN 2013
Portal akan ditutup pada 14 JUN 2013 pukul 12.00 MALAM

**1.  Semua guru yang terlibat dengan PENGISIAN DATA MURID bagi
Saringan LINUS 2.0 ; Literasi Bahasa Inggeris Tahun 2013, perlu
         mengisi di dalam LINUS 2.0Sekolah diminta mengemaskini data
         APDM mengikut enrolmen semasa sekolah.
    2.  Ikon LINUS 1.0 adalah kemudahan kepada KPM/JPN/PPD/Sekolah
untuk muat turun data murid dari Tahun 2010 hingga 2012 sahaja.

e-GTukar – Sistem Pertukaran Guru Secara Online – Keputusan Pertukaran

Reaksi :  
Keputusan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi sesi Jun 2013 adalah ditangguhkan pada suatu masa yang akan diberitahu kelak. KPM sedang menyelaras pertukaran guru bersekali dengan pengisian penempatan guru baharu bagi mengelakkan masalah kekurangan guru yang boleh mengganggu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali.Sekian dimaklumkan.

SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS) di tutup sementara

Reaksi :  




Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa SAPS akan ditutup sementara kepada SEMUA PENGGUNA mulai jam 3 petang Jumaat 31 Mei 2013 sehingga 9 Jun 2013 untuk kerja-kerja penyenggaraan berkala.  
Sebarang kesulitan amat dikesali.
Pengetua
SMK Nitar
SMK Anjung Batu

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan mengadakan bengkel tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 13 Jun 2013 (Khamis)
Masa : 8.15 pagi - 1.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, Blok B, PPD Mersing.

Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati kiranya tuan sendiri dan guru-guru sekolah tuan seperti berikut dapat hadir dan turut serta dalam bengkel tersebut.

1. Semua guru MP Matematik SMK Anjung Batu.
2. Semua guru MP Bahasa Inggeris SMK Nitar.

Wassalam.
Lampiran : Surat Panggilan.pdf

Taklimat Jurulatih Utama Seminar Kecemerlangan UPSR Tahun 2013 Bagi SK dan SJKC

Reaksi :  
Guru Besar
SJKC Pai Chee
SJKC Chiao Ching
SK LKTP Tenggaroh 02
SK Bandar Endau
SK Tenglu

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan menganjur Seminar Peningkatan Kecemerlangan UPSR Daerah Mersing pada tahun 2013.
Sehubungan dengan itu, satu taklimat Jurulatih Utama seminar berkenaan akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 12 Jun 2013 (Rabu)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Konsultasi Akademik, Blok B, PPD Mersing.

Sehubungan dengan itu juga, mohon kerjasama pihak sekolah yang terlibat agar dapat memberikan kebenaran kepada guru-guru berikut hadir ke taklimat tersebut.

1. Zaidati bt. Salleh (SJKC Chiao Ching)
2. Teo Huay Lee (SJKC Pai Chee)
3. Ng Lin Lin (SJKC Chiao Ching)
4. Teo Siew Hong (SJKC Pai Chee)
5. Salina Awang (SK LKTP Tenggaroh 02)
6. Zabidah Abdullah (SK Bamdar Endau)
7. Khatijah Awang (SK Tenglu)
8. Mohamad Husin Hamid (SK Bandar Endau)

Wassalam.
Lampiran : Taklimat_JU_UPSR.pdf
Guru Besar
SK LKTP Nitar 01 (JKD PJPK)
SK Kem Iskandar (JKD Kajian Tempatan)
SK LKTP Tenggaroh 01
SK Mersing Kanan
SK Sri Mersing
SK Bandar Endau
SK Sawah Dato
SK Bandar Mersing
SK Telok Lipat
SK Pusat Air Tawar

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan mengadakan taklimat tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 11 Jun 2013 (Selasa)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, Blok B, PPD Mersing.
Sasaran : Urusetia dan JU KSSR Tahun 4 - MP Sejarah, Pend. Kesihatan dan Pend. Jasmani.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Guru Besar sekolah-sekolah berkenaan agar dapat memberikan kebenaran guru-guru berikut hadir ke taklimat tersebut.

1. Guru Besar SK LKTP Nitar01 (JKD PJPK)
2. Guru Besar SK Kem Iskandar (JKD Kajian Tempatan)
3. Mohd. Fairuz bin Ngatman (SK LKTP Tenggaroh 01)
4. Nor Hanizah bt. Othman (SK Mersing Kanan)
5. Rizana Mat Jelis (SK Sri Mersing)
6. Mohd. Rudzahan Amran (SK Bandar Endau)
7. Khairudin Yaacob (SK Sawah Dato)
8. Mohd. Azhan Nathari (SK Bandar Mersing)
9. Azizan Kamarudin (SK Telok Lipat)
10. Issam bin Abd. Rahman (SK Pusat Air Tawar)
11. Mohd. Radhi Mohd. Ludin (SK Sawah Dato)
12. Haliza Jelani (SK Mersing Kanan)

Wassalam. 
Lampiran : Taklimat_KSSR.pdf

Sekitar Majlis Ikatan Kasih Sanjungan Budi Tahun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing telah menganjurkan majlis tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 23 Mei 2013 (Khamis)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Hotel Timotel Mersing
Sasaran : Pesara Pendidikan - Mantan Pegawai di PPD Mersing, Mantan Pengetua dan Mantan Guru Besar sekolah-sekolah daerah Mersing.

Majlis ini dicetuskan oleh En. Md. Jais bin Samat, Pegawai Pelajaran Daerah Mersing sendiri sebagai satu pentas untuk menghargai dan merapatkan hubungan antara pesara-pesara pendidikan yang pernah bertugas di daerah Mersing sebagai pegawai di PPD Mersing, Pengetua atau Guru Besar.
Seramai 33 orang jemputan telah hadir.. Moga majlis ini akan menjadi satu program tahunan bagi merapat hubungan silaturrahim serta perkongsian idea untuk memajukan pendidikan di daerah Mersing. 
Terima kasih kepada semua pihak yang turut sama memberikan sumbangan dalam menjayakan majlis tersebut. Wassalam.

 

KPI PPD Mersing 2013

Reaksi :  

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, KPI PPD Mersing 2013 telah dilancarkan dengan rasmi pada 19 April 2013 dalam Program Bicara Budaya Kerja PPD Mersing sempena 100 hari En. Md. Jais bin Samat menjawat jawatan sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Mersing.


Indeks Penunjuk Prestasi (KPI) Mersing Tahun 2013
1. Menyediakan tiga buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah yang mempunyai bilangan guru dengan keperluan opsyen yang mencukupi.
2.    Mencapai kedudukan tiga teratas di negeri Johor dalam Peperiksaan Awam.
3.    Penurunan 0.1% kes disiplin murid.
4.    Mempunyai sebuah kantin model bertaraf 5 bintang.
5.    Penggunaan pembelajaran maya ‘Frog Vle’ mencapai 55% dalam kalangan guru dan murid di sekolah yang mendapat capaian 1 BestariNet.
6.    Sifar keciciran dalam urusan kenaikan pangkat.
7.    Dua buah sekolah mendapat Persijilan Audit Sangat Baik.
8.    Sembilan buah sekolah yang mencapai Penarafan 5 Bintang dalam SSQS.

Tazkirah : YAHANANA Mersing - Wahai_Hei

Reaksi :  


Ya Hanana Ya Hanana
  • Alangkah beruntungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW
  • Betapa bertuahnya kita menjadi warga pendidikan Mersing
Al-Hamdulillah, kami merakamkan jutaan syukur ke hadrat Allah SWT atas kurniaan nikmatNya yang tidak terhitung banyak atau berat timbangannya.
Sesungguhnya budi bicara Allah SWT amat tinggi ... nikmatNya boleh dikecapi oleh sesiapa sahaja tanpa membataskannya kepada golongan solihin sahaja, bahkan mereka yang berada dalam kemungkaran juga turut dapat mengecapi nikmat-nikmat tersebut dengan kuasa imbangan yang ada pada para solihin dan pengamal makruf dan nahi mungkar di seluruh pelusuk dunia. Moga kita sentiasa berada di atas landasan yang betul.
Satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah, ciptaan kita di dunia ini bukan untuk sia-sia bahkan penuh dengan matlamat, visi dan misi yang tersirat untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Keberadaan kita di bumi Mersing ini juga bukan untuk saja-saja. Fungsi kita di medan pendidikan ini juga bukan satu perkara yang dianggap main-main atau sekadar mencari makan bahkan lebih daripada itu.
Pendidikan bukan untuk cari makan, kalau semata-mata nak cari makan, bukan di pendidikan tempatnya. Niat awal kita perlu dibetulkan untuk membina modal insan terpuji....

BUKAN NIAT SI KERDIL UNTUK MENGAJAR ATAU TUNJUK PANDAI.
USAHA INI ADALAH UNTUK MEMENUHI TUNTUTAN FARDHU KIFAYAH DALAM SURAH AL-IKHLAS DAN HADIS YANG MENEGASKAN KEPERLUAN TAZKIRAH (INGAT MENGINGATI UNTUK KEBAIKAN) SESAMA RAKAN DAN TAULAN, LEBIH LEBIH LAGI KEPADA ORANG YANG DI BAWAH KAWALAN KITA.

Wahai Rakan, Wahai Sahabat :
1.      Wahai Rakan-Rakan, Wahai Sahabat-Sahabat, Wahai Tuan/Puan,..Dengarlah dan sahutlah, wahai sahabat demi merealisasikan hasrat bersama yang kita pegang dalam slogan MERSING HEBAT.
2.      Wahai orang yang mendengar, anda tidak semestinya selamanya mendengar… gunalah peluang ini sementara nikmat pendengaran masih milik anda.
3.      Wahai orang yang tak nak dengar, anda tidak selamanya tak boleh dengar. (mungkin kerana ego dengan pendapat sendiri atau penuh dengan dendam kesumat).
Justeru dengarlah apa yang orang lain perkatakan dan sebarkanlah (tabligh) kebaikannya.
4.      Wahai orang muda, anda tidak akan selamanya muda… gunalah peluang mudamu dengan sebaiknya sebelum datang waktu tuamu. Timbalah seberapa banyak ilmu dan kemahiran daripada orang-orang yang terdahulu daripadamu. Kongsikanlah..
5.      Wahai orang tua, anda tidak selamanya tua atau terus jadi nyanyuk… cetuskanlah idea dan tindakan moga menjadi panduan kepada yang muda.
6.      Wahai orang yang baru nak jadi tua, anda tidak selamanya akan kekal begitu…. carilah ilmu dan pengalaman.
7.      Wahai orang yang nak bersara, ketahuilah bahawa anda belum bersara. Taburkanlah jasa yang baik sebelum bersara. Jangan bawa kami semua semacam turut sama nak bersara. Contohilah Rasulullah SAW.
8.      Wahai rakan, contohilah yang baik, perbaiki yang jahat.
9.      Wahai orang yang berjawatan cemerlang, anda tidak boleh menjadi cemerlang dengan hanya tahu berkata-kata. Buktikan kemenjadiannya. Jangan buat orang melantik anda rasa serba salah dan kesal.
10.   Wahai orang yang cemerlang, bawalah kami sama-sama cemerlang… Jangan tinggalkan kami hanya dengan nama cemerlangmu.
11.   Wahai orang yang berpangkat dan berjawatan, anda sebenarnya memegang amanah yang besar yang bersifat Fardhu Ain, yang dulunya Fardhu Kifayah. Buktilah bahawa anda lebih baik.
12.   Wahai orang bermuka-muka, anda tidak selamanya akan punya muka. Maka tak perlulah berpura-pura... anda tidak akan ke mana-mana...Ingat Allah amat mengetahui segalanya.
13.   Wahai orang yang sihat, anda tidak selamanya sihat. Nikmatilah kesihatanmu dengan amalan yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara.
14.   Wahai orang yang sakit, anda tidak selamanya sakit. Tak perlulah buat-buat sakit kalau anda nak berpura-pura. Tak perlu anda mengambil peluang atas budi bicara ketuamu atau rakanmu.
15.   Wahai orang yang. rajin, anda tidak selamanya rajin,… bawalah kami bersama-sama menjadi rajin.
16.   Wahai orang yang. tidak rajin, lari-lari, suka tuang, anda tidak selamanya hidup , kembalilah ke pangkal jalan.
17.   Wahai rakan-rakan, jomlah kita berubah. Hormatilah tugas kita. Hormatilah orang lain.
18.   Wahai orang yang sombong @ baru fikir-fikir nak jadi sombong, anda bukan selamanya boleh angkuh. Rendahkanlah diri, tak luakpun.
19.   Wahai orang yang komited, bawalah kami untuk sama-sama komited.
20.   Wahai orang yang belum memberikan komitmen sepenuhnya, anda tidak selamanya akan selesa.
21.   Wahai rakan-rakan bersedialah untuk berbakti sepenuh hati.
22.   Wahai kawan-kawan bangkitlah, betulkan kesilapan yang telah kita buat secara sedar atau tidak sedar.
23.   Wahai rakan-rakan, bercakaplah benar. اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعه
24.   Istikharahlah..kerana pilihan Allah SWT yang selamanya benar, kerana kita tidak selamanya betul.
25. Wahai orang bercakap ... (aik.. kena jugak).. Cakap memang senang, teori-teori aje boss... syok sendiri.. Ada aku kisah..Buang masa je cakap... Baiki dulu diri awak tu.. ADA PIHAK yang menyokong... bagus..ikut sunnah Nabi...kalau anda tak cakap, siapa lagi?
26. Wahai rakan yang cakap-cakap, bisik membisik.. Si Kerdil hanya menyampaikan amanah.. Wassalam.