* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 29 Jun 2013

Makluman Peperiksaan Percubaan UPSR, PMR, SPM dan Peperiksaan Akhir Tahun 2013

Reaksi :  
Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Mersing

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, surat JPNJ.SPA(05)/600-6/2/1 Jld 3 (   ) bertarikh 17 Jun 2013 adalah dirujuk dan berkaitan.
Untuk makluman pihak tuan, berdasarkan arahan dari Kementerian Pelajaran Malaysia, bagi tahun 2013, semua jenis peperiksaan di semua peringkat adalah tidak dibenarkan untuk disetarakan. Ini merangkumi samada dari segi soalan dan juga penjadualan peperiksaan kecuali di peringkat sekolah sahaja.
Walaubagaimanapun pihak Jabatan Pelajaran Johor telah bersetuju dan mengambil inisiatif untuk menyetarakan JSI sahaja bagi Peperiksaan Percubaan UPSR, PMR dan SPM tahun 2013.
Bagi peperiksaan akhir tahun 2013 di semua peringkat, segala tugas dan tanggungjawab diserahkan kepada pihak Pejabat Pelajaran Daerah seluruh Johor.
Berikut dilampirkan jadual kerja berkaitan untuk tindakan pihak sekolah.
Sekian. Wassalam.

Lampiran :
Surat JPN_adual Kerja..pdf
JSI_UPSR_PERCUBAAN_2013.zip
Jumaat, 28 Jun 2013

Peringatan : Template Sekolah - Program Transformasi Daerah (DTP) 2013

Reaksi :  
PENTING...SEGERA

Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan kami sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan.

1. 26 Jun 2013 - Panggilan Talipon dan Pesanan Ringkas

2. 25 Jun 2013 - Dapatan Kutipan : Template Sekolah - Program Transformasi Daerah (DTP) 2013
3. 16 Jun 2013 - Peringatan : Template Sekolah - Program Transformasi Daerah (DTP) 2013
4. 6 Jun 2013 - Template Sekolah - Program Transformasi Daerah (DTP) 2013.

5. 6 Jun 2013 - Sistem Pesanan Ringkas (InfoBlast)

Al-Hamdulillah, kami mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah memberikan kerjasama yang memberangsangkan dalam pengisian maklumat tersebut.

Namun masih terdapat sekolah-sekolah yang gagal berbuat demikian.
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama sekolah-sekolah berikut agar dapat mengambil tindakan tersebut dengan kadar SEGERA.
1. SK Tanjung Resang.
2. SK Bandar Endau.
3. SK Kem Iskandar
4. SRAB
5. SK Peta
6. SK Pemanggil

Sila emailkan format template sekolah yang telah lengkap ke akademikmg@gmail.comWassalam.

Lampiran : 
Template_untuk_sekolah.xlsx
DATA_PRESTASI_DAERAH_MERSING..pdf

Lagi Peringatan Kutipan Data Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013

Reaksi :  
PENTING...SEGERA..

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan kami sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan. 

3. 23 Jun 2013 - Capaian ke SAPS.

Dukacitanya dimaklumkan bahawa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) masih mengalami gangguan, tapi boleh diakses menggunakan alamat url berikut : http://sapsnkra.moe.gov.my/logout.php

Namun pihak Jabatan Pelajaran Johor terpaksa mengambil langkah alternatif seperti berikut membina capaian lain di One Stop Data Centre di Login C.

1. Pengisian Data Ujian(½ Thn 6) 2013
2. Pengisian Data Ujian(½ Thn) Tkt 3 2013
3. Pengisian Data Ujian(½ Thn) Tkt 5 2013

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memasukkan rumusan sahaja (keseluruhan dan mata pelajaran) bagi Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. 


TINDAKAN TERSEBUT PERLU DIAMBIL SEBELUM ATAU PADA 26 JUN 2013

Mohon sekolah-sekolah berikut agar dapat mengambil tindakan dengan kadar SEGERA.

KEMASKINI DAPATAN SEHINGGA 30 JUN 2013

TAHUN 6 (UPSR) :
1. SK Pulau Pemanggil
2. SK Pulau Sibu
3. SK LKTP Tenggaroh 05
4. SK Tanah Abang
5. SK Peta
6. SK Kem Iskandar

TINGKATAN 3 (PMR)
1. SMK Tenggaroh A
2. SMK Nitar (tidak lengkap)
3. SMK Tan Sri Abdul Kadir
4. SM Arab Al-Khairiah

TINGKATAN 5 (SPM)
1. SMK Tenggaroh A
2. SMK Tan Sri Abdul Kadir
3. SM Arab Al-Khairiah

Sekian, terima kasih.
Rabu, 26 Jun 2013

Bahan Tambahan Modul Sains Program Menggilap Permata Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, berikut disertakan bahan tambahan modul Sains berkenaan untuk tindakann pihak sekolah.

MODUL 3.
Bahagian B

Lampiran :
set_1_b_.doc
set_1_b__-_jawapan.docx

Peringatan Kutipan Data Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan kami sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan. DATA PENCAPAIAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013 dan Capaian ke SAPS.

Dukacitanya dimaklumkan bahawa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) masih mengalami gangguan, tapi boleh diakses menggunakan alamat url berikut : http://sapsnkra.moe.gov.my/logout.php

Namun pihak Jabatan Pelajaran Johor terpaksa mengambil langkah alternatif seperti berikut membina capaian lain di One Stop Data Centre di Login C.

1. Pengisian Data Ujian(½ Thn 6) 2013
2. Pengisian Data Ujian(½ Thn) Tkt 3 2013
3. Pengisian Data Ujian(½ Thn) Tkt 5 2013

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memasukkan rumusan sahaja (keseluruhan dan mata pelajaran) bagi Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. 

TINDAKAN TERSEBUT PERLU DIAMBIL SEBELUM ATAU PADA 26 JUN 2013

Surat berkenaan perkara ini akan diedarkan kemudian. Mohon ambil tindakan segera.


Sekian, terima kasih.

Laporan Pengamalan Dasar Melindungi Masa Instruksional Sehingga Jun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Johor sedang mengumpul maklumat pengamalan dasar berkenaan di sekolah untuk tindakan seterusnya di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia.


Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat membuat laporan berkenaan secara atas talian menggunakan format Laporan MMI di One Stop Data JPN seperti berikut :


Bahagian A - Data Guru Keluar Semasa PdP
Bahagian B - Rumusan Keberadaan Guru
Bahagian C - Rumusan Aktiviti Guru Ganti


Setiap sekolah hendaklah menggunakan Kata Laluan (Kod Sekolah) setiap kali mendaftar masuk ke aplikasi tersebut, selepas membuat pilihan daerah dan sekolah masing-masing.

PERHATIAN : PENGETUA DAN GURU BESAR PERLU MENGISI FORMAT MMI_TEMPLATE_PGB dan diemailkan ke akademikmg@gmail.com

Laporan berkenaan perlu disiapkan sebelum atau pada 2 Julai 2013.

Semakan dan Kemaskini Template Sekolah - Program Transformasi Daerah (DTP) 2013

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan kami sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan.

1. 25 Jun 2013Dapatan Kutipan : Template Sekolah - Program Transformasi Daerah (DTP) 2013

2. 16 Jun 2013 - Peringatan : Template Sekolah - Program Transformasi Daerah (DTP) 2013
3. 6 Jun 2013 - Template Sekolah - Program Transformasi Daerah (DTP) 2013.


Al-Hamdulillah, kami mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah memberikan kerjasama yang memberangsangkan dalam pengisian maklumat tersebut.

Berikut disertakan dapatan kutipan template berkenaan untuk semakan dan pengemaskinian bagi memastikan maklumat yang diberikan tersebut tepat dan benar.

Apa yang dipaparkan dalam data kelompok tersebut adalah maklumat asal yang dihantar oleh pihak sekolah.. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Tuan/Puan untuk menyemak dan membuat pengemaskian dan emailkan terus kepada akademikmg@gmail.com dengan kadar SEGERA.

Keperluan tersebut adalah terdesak untuk melancarkan Bengkel Pelan Tindakan Transformasi Daerah bersama KPM yang sedang berjalan sekarang.

Wassalam.


Lampiran : 
Selasa, 25 Jun 2013

Dapatan Kutipan : Template Sekolah - Program Transformasi Daerah (DTP) 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan kami sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan.

1. 16 Jun 2013Peringatan : Template Sekolah - Program Transformasi Daerah (DTP) 2013
2. 6 Jun 2013Template Sekolah - Program Transformasi Daerah (DTP) 2013.

Berikut dilampirkan data kelompok daerah Mersing selepas dibuat penggabungan berdasarkan maklumat atau data yang telah dihantar oleh pihak sekolah sehingga malam ini..jam 10.00 mlm..
Kerenah ini akhirnya telah menjejaskan nama baik daerah Mersing dan mengganggu kelancaran bengkel yang sedang dibuat sekarang.

Kami amat berterima kasih kepada pihak sekolah yang telah menghantar maklumat mengikut format Template Sekolah yang telah diedarkan sebelum ini.

NAMUN, ADA SEBILANGAN SEKOLAH YANG MASIH GAGAL BERBUAT DEMIKIAN SEHINGGA KE SAAT INI...

1. SK Sawah Dato'
2. SK Tanjung Resang
3. SK Bandar Endau
4. SK Nitar 02
5. SK Peta
6. SK Kem Iskandar
7. SRAB
8. SJKC Pai Chee
9. SMK Nitar
10. SMK Anjung Batu
11. SMSSI
12. SMAAM

Lampiran : 

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan kami sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan.


Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan terus mengadakan bengkel-bengkel tersebut seperti butiran berikut :


Bengkel Penyelarasan JU Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Tahun 4 MP Pendidikan Moral Negeri Johor 2013.


Tarikh : 26 Jun 2013 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : SMK Taman Kluang Barat, Kluang.

Guru-Guru yang terlibat :

1. YEW CHIN KHIN (SJKC CHIAO CHING)
2. NG MEI TANG (SJKC JEMALUANG)
3. NYEO SHEUE LIANG (SJKC PAI CHEE)
4. DIANA ANAK ROBERT ULIE (SK KEM ISKANDAR)

Sekian. Wassalam.
Lampiran :
Bengkel_JU_P.Moral.pdf


Bengkel Penyelarasan JU Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Tahun 4 MP Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual Negeri Johor 2013


Tarikh : 27 Jun 2013 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : SMK Taman Kluang Barat, Kluang.

Guru-Guru yang terlibat :

PENDIDIKAN MUZIK :


1. DALINA AWANG (SK TERIANG)

2. AMIROLHAIZAT AMIRUDDIN (SK AIR PAPAN)
3. MUNIRA AHMAD (SK SRI MERSING)
4. ROSMIZA ABD. RAHMAN (SK BANDAR MERSING)

PENDIDIKAN SENI VISUAL :

1. ROZIHAN BT. HASSAN (SK BANDAR MERSING)
2. RUHAILAH BT. SAFIAN (SK BANDAR ENDAU)
3. ANITA BT. ATTAN (SK SAWAH DATO)
4. ABD. RAHMAN MOHAMAD (SK PULAU SIBU)
5. SAIFUDDIN BIN HASHIM (SK LKTP TENGGAROH 06)

Sekian. Wassalam.
Lampiran :

bENGKEL_ju_sENI_DAN_mUZIK.pdf
Isnin, 24 Jun 2013

TANGGUH : Kursus Penyebaran KSSR dan PBS - MP Pendidikan Kesihatan Tahun 4

Reaksi :  
TANGGUH...TANGGUH...TANGGUH... 

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan kami sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan.

Al-Hamdulillah, dukacitanya dimaklumkan bahawa kami diarahkan untuk menangguhkan kursus tersebut seperti yang telah dijadualkan pada : 

Tarikh : 26 - 29 Jun 2013 (Rabu - Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran : Guru-Guru KSSR Tahun 4 (MP Pendidikan Kesihatan)


Sehubungan dengan itu, mohon perhatian pihak sekolah agar memaklumkan perkara ini kepada guru-guruyang terlibat.
Wassalam.

Lampiran : Jadual Kursus KSSR Tahun 4

SEGERA : Penangguhan Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Tahun 4

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Adalah dimaklumkan bahawa keputusan perbincangan bersama Ybhg. Dato’ Dr Amin TKPM, BPG, LP dan BPK pd 21 Jun 2013. Kursus Penyebaran KSSR dan PBS tahun 4 perlu ditangguhkan mulai 21 Jun sehingga 31 Ogos 2013 disebabkan beberapa perkara yang perlu di atasi di peringkat KPM . 
Surat akan menyusul pada minggu hadapan.

Berdasarkan arahan tersebut semua kursus KSSR dan PBS Daerah mersing yang telah dijadual dan dimaklumkan (peringkat daerah sahaja) terpaksa ditunda dan ditangguhkan sehingga diberitahu kelak. Perkara tersebut tidak dapat dielakkan, Mohon maaf diatas segala kesukaran dan kekeliruan yang mungkin timbul. Untuk makluman dan tindakan pihak tuan. Sekian terima kasih.


Lampiran :
Jaduak_KSSR_Tahun_4.pdf
Ahad, 23 Jun 2013

Capaian ke SAPS

Reaksi :  
Hebahan kami sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan. DATA PENCAPAIAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013.

Dukacitanya dimaklumkan bahawa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) masih mengalami gangguan, tapi boleh diakses menggunakan alamat url berikut : http://sapsnkra.moe.gov.my/logout.php

Namun pihak Jabatan Pelajaran Johor terpaksa mengambil langkah alternatif seperti berikut membina capaian lain di One Stop Data Centre di Login C.

1. Pengisian Data Ujian(½ Thn 6) 2013
2. Pengisian Data Ujian(½ Thn) Tkt 3 2013
3. Pengisian Data Ujian(½ Thn) Tkt 5 2013

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memasukkan rumusan sahaja (keseluruhan dan mata pelajaran) bagi Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. 
TINDAKAN TERSEBUT PERLU DIAMBIL SEBELUM ATAU PADA 26 JUN 2013

Surat berkenaan perkara ini akan diedarkan kemudian. Mohon ambil tindakan segera.

Sekian, terima kasih.

Tahniah kpd SJKC Jemaluang, SJKC Chiao Ching, SK Pulau Pemanggil, SKT03, SKTL... dlm keadaan sistem yg belum stabil, masih boleh key in markah PPT..dalam SAPS.

Tahniah kepada SK Teriang, SKAP, SKTR, SKP Aur, SJKT kerana telah mengisi data PPT dalam One Stop Data Centre.