* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
PERHATIAN SEGERA : TAKLIMAT PERBEKALAN PERALATAN ICT BAGI MAKMAL KOMPUTER TEKNOLOGI VDI THIN CLIENT BAGI 15 BUAH SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH MERSING
Tindakan      :Guru Besar / Guru ICT Bagi 15 Buah Sekolah-sekolah Pulau, SKM Dan Yang Terpilih
Tarikh:03-07-2013
Unit:MAKLUMAT-ICT
Oleh:En. Azman Bin Yusof



Maklumat:Assalamualaikum wbrkth

Guru Besar
Sekolah-sekolah yang berkenaan

1 JBA4017 SK PULAU AUR M11
2 JBA4018 SK PULAU PEMANGGIL M11
3 JBA4019 SK PULAU SIBU M11
4 JBA4021 SK PULAU TINGGI M11
5 JBA4030 SK PETA M11
6 JBA4002 SK LKTP NITAR 1 M21
7 JBA4003 SK (FELDA) TENGGAROH 2 M21
8 JBA4011 SK TANJUNG RESANG M21
9 JBA4013 SK (FELDA) TENGGAROH 4 M21
10 JBA4014 SK (FELDA) TENGGAROH 6 M21
11 JBA4022 SK (FELDA) TENGGAROH 1 M21
12 JBA4026 SK (FELDA) TENGGAROH 3 M21
13 JBA4029 SK TANAH ABANG M21
14 JBA4031 SK LABUNG M21
15 JBC4003 SJK(C) JEMALUANG M21


Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan 15 buah sekolah yang tersenarai di atas telah dikenalpasti oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk diberikan pembekalan peralatan ICT bagi Makmal Komputer menggunakan teknologi Virtual Desktop Infrastructure (VDI) Thin Client untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran.

3. Sehubungan itu, Guru ICT bagi kesemua 15 buah sekolah yang tersenarai DIWAJIBKAN HADIR untuk satu taklimat khas perbekalan VDI Thin Client yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 5 Julai 2013 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Seminar, SM (Sains) Johor,
KM 1, Jln. Batu Pahat,
86000 Kluang,
Johor.
Koordinat : X : 103.310760, Y : 2.015570



4. Sila muaturun surat panggilan taklimat dan lampiran tersebut di pautan di bawah. Taklimat ini bertujuan memberi penerangan kepada kepada semua sekolah yang terlibat berkenaan skop, konsep dan teknologi VDI Thin Client yang akan dipasang dan dilaksanakan di sekolah.

5. Sebarang permasalahan atau pertanyaan, sila rujuk Pen. Pengarah Sektor Maklumat / ICT JPN Johor iaitu En. Adharizam Bin Adanan di talian 019-7792340 / 07-2310181 atau alamat e-mail adharizam.adanan@moe.gov.my

Kerjasama dari pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.
Lampiran 1:  TAKLIMAT_PEMBEKALAN_ICT.pdf
Lampiran 2:  VDI_THIN_CLIENT_Mersing_0713.xls
Selasa, 2 Julai 2013

Terkini : Laporan Pengamalan Dasar Melindungi Masa Instruksional (MMI) Sehingga Jun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan kami sebelum ini pada 26 Jun 2013 dan Taklimat kami kepada Pengetua dan Guru Besar dalam sesi Dialog Prestasi pada 1 Julai 2013 adalah dirujuk dan berkaitan.


Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Johor sedang mengumpul maklumat pengamalan dasar berkenaan di sekolah untuk tindakan seterusnya di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat membuat laporan berkenaan secara atas talian menggunakan format Laporan MMI di One Stop Data JPN seperti berikut :


Pelaporan MMI

Bahagian A - Data Guru Keluar Semasa PdP
Bahagian B - Rumusan Keberadaan Guru
Bahagian C - Rumusan Aktiviti Guru Ganti

Bahagian D1 - Daftar Nama Pengetua/Guru Besar - (Sekali)
Bahagian D2 - Data Keberadaan Pengetua/Guru Besar - (Setiap kali)




Setiap sekolah hendaklah menggunakan Kata Laluan (Kod Sekolah) setiap kali mendaftar masuk ke aplikasi tersebut, selepas membuat pilihan negeri, daerah dan sekolah masing-masing.

PERHATIAN : FORMAT MMI_TEMPLATE_PGB (format excel) yang dibekalkan sebelum ini boleh diabaikan sebaliknya laporan KEBERADAAN PENGETUA DAN GURU BESAR hendaklah dibuat secara atas talian seperti di atas pada :
(Pihak admin telah berjaya membina elemen tersebut dalam Aplikasi Atas Talian MMI sediada) 

Bahagian D1 - Daftar Nama Pengetua/Guru Besar - (Sekali)
Bahagian D2 - Data Keberadaan Pengetua/Guru Besar - (Setiap kali)

Semua laporan berkenaan perlu disiapkan dengan seberapa SEGERA .... selewatnya 3 Julai 2013.

Lampiran : 
One Sto Data Centre

Seminar Kecemerlangan UPSR@Pena Skor Tahun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan menganjurkan seminar berkenaan seperti butiran berikut :

Tarikh : 11, 15, 16 dan 17 Julai 2013 (Khamis, Isnin, Selasa dan Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar dan Bilik Seminar, PPD Mersing.
Sasaran : Guru-Guru Tahun Enam yang belum ada pengalaman menanda kertas UPSR Lembaga Peperiksaan Awam (2 orang setiap sekolah)

Sehubungan dnegan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memberikan kebenaran kepada guru-guru berkenaan untuk hadir dan turut serta dalam seminar tersebut.

SILA BAWA SOALAN UPSR SEBENAR TAHUN 2010.

Wassalam.
Lampiran :
sURAT_sEMINAR_pENA_sKOR_upsr.pdf
Jadual_PenaSkor.pdf
Lantikan_JU_PenaSkor.pdf

Kem Kecemerlangan Akademik Sekolah - Sekolah Zon Endau 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa MGB Zon Endau dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang akan menganjurkan kem tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 5 - 7 Julai 2013 (Jumaat - Ahad)
Tempat : SK Bandar Endau dan Kompleks Peladang Endau
Pendaftaran : Jumaat jam 3.00 petang

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama sekolah-sekolah yang terlibat agar dapat mengambil tindakan sewajarnya.
Sekian. Wassalam.

Lampiran :
Surat_Zon_Endau.pdf
Surat_JU.pdf
Agihan.pdf
JADUAL_Kem_UPSR_ZON_eNDAU.pdf
Ahad, 30 Jun 2013

Terkini : Capaian ke SAPS dan Kutipan Data PPT 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hebahan kami sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan :



4. 23 Jun 2013 - Capaian ke SAPS.
5. Panggilan Talipon dan SMS .

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) telah dapat diakses selepas mengalami gangguan teknikal sebelum ini.

Namum ada beberapa rumusan penting Data Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 yang tidak boleh dicapai di SAPS.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Pelajaran Johor terpaksa mengambil langkah alternatif seperti berikut dengan membina capaian lain di One Stop Data Centre Login C.

1. Pengisian Data Ujian(½ Thn 6) 2013
2. Pengisian Data Ujian(½ Thn) Tkt 3 2013
3. Pengisian Data Ujian(½ Thn) Tkt 5 2013


Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memasukkan rumusan sahaja (keseluruhan dan mata pelajaran) bagi Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 seperti format yang disediakan di Ine Stop Data Centre.


Mohon sekolah-sekolah berikut agar dapat mengambil tindakan dengan kadar SEGERA.

Sekian, terima kasih.

Mesyuarat JK Kurikulum Daerah Mersing Bil. 1 Tahun 2013

Reaksi :  
Kepada ;

PPD Agama Daerah Mersing
Pengarah ILP Mersing
Pengarah Politeknik Mersing
Pengetua MRSM Mersing
Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Daerah Mersing
YDP Majlis Guru Sarjana
YDP Majlis Guru Cemerlang
YDP Majlis Guru Kaunseling
YDP M4P Rendah
YDP M4P Menengah
Wakil KPPK
PEKDIS Mersing

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan mengadakan mesyuarat tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 4 Julai 2013 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing
Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah Mersing
Pakaian : Batik

Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir dan turut serta dalam mesyuarat berkenaan.
Sekian. Wassalam.

Lampiran : 

Dialog Prestasi Mersing Tahun 2013

Reaksi :  
Kepada;

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Mersing 

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan mengadakan dialog berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 1 Julai 2013 (Isnin)
Masa : 11.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, PPD Mersing
Sasaran : Semua Pengetua dan Guru Besar daerah Mersing

TEMA : DARI HATI KE HATI

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Pengetua dan Guru Besar agar dapat menghadirkan diri majlis dialog tersebut. Keberadaaan dan keterlibatan serta kerjasama tuan, terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih.

Berikut dilampirkan Surat Panggilan dialog tersebut dan Borang Cetusan Idea untuk tindakan tuan seterusnya.
Borang Cetusan Idea yang telah lengkap, hendaklah dihantar kepada Urus Setia semasa menghadiri dialog berkenaan.

Sekian. Wassalam.

Lampiran :
Surat Panggilan Dialog_Prestasi.pdf
Cetusan_Idea.pdf