* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Jumaat, 19 Julai 2013

PERMOHONANAN CUTI BERGANTI PADA 5 DAN 6 OGOS 2013 SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI

Reaksi :  
Assalamualaikum.....,

1. Sekolah-sekolah yang ingin mengambil cuti pada 5 dan 6 Ogos 2013,hendaklah mengemukakan permohonan kepada Pn. Norhimah bt. Ismail mengikut format yang sedia ada.

2. Tarikh-tarikh hari gantian telah diselaraskan di peringkat daerah seperti berikut :

a) 5 Ogos 2013 diganti pada 27 Julai 2013
b) 6 Ogos 2013 diganti pada 24 Ogos 2013.

3. Bersama-sama ini disertakan surat makluman berkaitan.

Sekian , terima kasih.

Lampiran :
Surat JpNJ
Khamis, 18 Julai 2013

JSI Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah..

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor telah menyediakan JSI berkenaan untuk tindakan pihak sekolah seterusnya.
Pihak sekolah hendaklah membina Item Soalan Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2013 berdasarkan JSI tersebut.

Sekian. Wassalam.

Lampiran : 

JSI_PERCUBAAN_SPM_2013.rar
Surat JPN_adual Kerja..pdf
Rabu, 17 Julai 2013

Taklimat Kertas 3 dan Sejarah Wajib Lulus SPM 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dengan kerjasama JKD MP Sejarah Menengah akan mengadakan taklimat tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 18 Julai 2013 (Khamis)
Masa : 830 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, PPD Mersing
Sasaran : Guru-guru MP Sejarah Tingkatan 5 Tahun 2013

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memberikan kebenaran kepada guru-guru yang terlibat untuk hadir dan turut serta dalam taklimat berkenaan.

Sekian. Wassalam..

Lampiran :
Taklimat_Sejarah.pdf

Kehadiran Hari Ini - Seminar Kecemerlangan UPSR@Pena Skor MP BI (SK dan SJK)

Reaksi :  
Assalamu a'lailkum wrth dan Salam Mahabbah.

Surat JPA4006.UPA/600-2/2/2 Jld.2 (  ) bertarikh 28 Jun 2013 dan hebahan-hebahan kami sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Mersing sedang menganjurkan seminar berkenaan seperti butiran berikut :



Tarikh : 17  Julai 2013 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar dan Bilik Seminar , PPD Mersing.
Sasaran : Guru-Guru Tahun Enam yang belum ada pengalaman menanda kertas UPSR Lembaga Peperiksaan Awam (2 orang setiap sekolah)


Siri Seminar Kecemerlangan UPSR @Pena Skor Tahun 2013 telah dijalankan mengikut jadual berikut :

1. 11 Julai 2013 (MP Bahasa Inggeris)
2. 15 Julai 2013 (MP Sains)
3. 16 Julai 2013 (MP Matematik)
4. 16 Julai 2013 (MP Bahasa Cina)
5. 17 Julai 2013 (MP Bahasa Inggeris)

Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah dan guru-guru yang telah memberikan kerjasama yang baik bagi menjayakan seminar tersebut.

Namun ada beberapa sekolah yang gagal menghantar guru atau gagal memberikan kenyataan  (bertulis atau lisan) tentang ketidakhadiran guru ke seminar berkenaan. 
Perkara ini telah memberikan satu tamparan negatif kepada usaha pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan PPD Mersing bagi mempertahankan pencapaian terbaik daerah Mersing pada tahun lepas.

Segala pengetahuan dan ilmu yang guru-guru dapat semasa menghadiri seminar berkaitan hendaklah dikongsikan bersama guru-guru dan anak-anak murid di sekolah masing-masing.

Sekian. Wassalam.
Kehadiran pd. 16 Julai 2013_Mate.pdf

Makluman Persidangan Tamil Internet Antarabangsa Yang Kedua Belas

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah menerima pelawaan daripada Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya bagi persidangan tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 15 - 18 Ogos 2013.
Tempat : Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Persidangan berkenaan akan melibatkan penyertaan daripada peserta dalam kalangan pendidik dari dalam dan luar negara.

Sehubungan dengan itu, guru-guru yang berminat adalah dijemput untuk hadir ke persidangan tersebut.
Sekian. Wassalam.

Lampiran :
Persidangan_Tamil.pdf
Selasa, 16 Julai 2013

Kehadiran Hari ini : SEMINAR KECEMERLANGAN UPSR-PENA SKOR MP MATE (SK_SJKC) DAN BC

Reaksi :  
Assalamu a'lailkum wrth dan Salam Mahabbah.

Surat JPA4006.UPA/600-2/2/2 Jld.2 (  ) bertarikh 28 Jun 2013 dan hebahan-hebahan kami sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan.

Al-Hamdulillah, sukacitanya diingatkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Mersing telah menganjurkan seminar berkenaan seperti butiran berikut :

Tarikh : 16  Julai 2013 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar dan Bilik Seminar dan Bilik Konsultasi Akademik, PPD Mersing.
Sasaran : Guru-Guru Tahun Enam yang belum ada pengalaman menanda kertas UPSR Lembaga Peperiksaan Awam (2 orang setiap sekolah)


Mata Pelajaran : 
Matematik SK dan SJKC
Bahasa Cina SJKC

BERIKUT ADALAH SENARAI KEHADIRAN GURU KE SEMINAR TERSEBUT.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memastikan kehadiran guru-guru yang terlibat ke    Seminar Kecemerlangan UPSR_Pena Skor MP Bahasa Inggeris seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 17  Julai 2013 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar dan Bilik Seminar , PPD Mersing.
Sasaran : Guru-Guru Tahun Enam yang belum ada pengalaman menanda kertas UPSR Lembaga Peperiksaan Awam (2 orang setiap sekolah)

Wassalam.
Lampiran :

sURAT_sEMINAR_pENA_sKOR_upsr.pdf
Jadual_PenaSkor.pdf
Lantikan_JU_PenaSkor.pdf
Kehadiran pd 11 Julai 2013.pdf
Kehadiran pd 15 Julai 2013.pdf
Isnin, 15 Julai 2013

Peringatan : SEMINAR KECEMERLANGAN UPSR-PENA SKOR MP MATE (SK_SJKC) DAN BC

Reaksi :  
Assalamu a'lailkum wrth dan Salam Mahabbah.

Surat JPA4006.UPA/600-2/2/2 Jld.2 (  ) bertarikh 28 Jun 2013 dan hebahan kami sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan.

Al-Hamdulillah, sukacitanya diingatkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan menganjurkan seminar berkenaan seperti butiran berikut :

Tarikh : 16  Julai 2013 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar dan Bilik Seminar dan Bilik Konsultasi Akademik, PPD Mersing.
Sasaran : Guru-Guru Tahun Enam yang belum ada pengalaman menanda kertas UPSR Lembaga Peperiksaan Awam (2 orang setiap sekolah)


Mata Pelajaran : 
Matematik SK dan SJKC
Bahasa Cina SJKC


Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memberikan kebenaran kepada guru-guru berkenaan untuk hadir dan turut serta dalam seminar tersebut.

SILA BAWA SOALAN UPSR SEBENAR TAHUN 2010.

Wassalam.
Lampiran :

sURAT_sEMINAR_pENA_sKOR_upsr.pdf
Jadual_PenaSkor.pdf
Lantikan_JU_PenaSkor.pdf
Kehadiran pd 11 Julai 2013.pdf
Kehadiran pd 15 Julai 2013.pdf