* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................

Dari Hati Ke Hati

PPD Mersing : Selamat Menduduki UPSR 2017

Sabtu, 27 Julai 2013

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KOMPETENSI, LITERASI SAINS DAN MATEMATIK (PKLSM) NEGERI JOHOR TAHUN 2013

Reaksi :  
Assalamualaikum, Salam Ramadhan dan Selamat Sejahtera, 

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha meningkatkan pencapaian Malaysia dalam pentaksiran TIMSS 2014 dan PISA 2015 yang merupakan salah satu inisiatif penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 202 bagi meletakkan kualiti pendidikan Negara dalam kedudukan 1/3 teratas dunia menjelang 2025.

Pentaksiran Kompetensi Sains dan Matematik akan dibuat kepada semua murid tingkatan 1 dan Pentaksiran Literasi Sains Dan Matematik kepada semua murid Tingkatan 2 di seluruh negara.

Pentaksiran ini penting sebagai salah satu kaedah pemantauan bagi JPN dan KPM dalam usaha meningkatkan aras kemahiran berfikir murid. Oleh yang demikian PKLSM akan dilaksanakan secara serentak seluruh Negara seperti ketetapan di bawah (perubahan masa yang baru)

Tarikh : 30 Julai 2013, Selasa
Masa : 

Sesi Pagi ;
10.30 pagi hingga 11.15 pagi untuk subjek TM (Tingkatan 1), PM (Tingkatan 2)
11.30 pagi hingga 12.15 tgh untuk subjek TS (Tingkatan 1), PS (Tingkatan 2)


Sesi Petang ;
1.30 petang hingga 2.15 petang untuk subjek TM (Tingkatan 1), PM (Tingkatan 2)
2.30 petang hingga 3.15 petang untuk subjek TS (Tingkatan 1), PS (Tingkatan 2)

Taklimat Perlaksanaan peringkat daerah telah dilaksanakan pada 24 Julai 2013, Rabu. 

Terimakasih kepada semua GKMP Sains dan Matematik dan S/U Peperiksaan Dalaman Sekolah yang telah hadir kecuali SMAAA Mersing. 
Untuk makluman pihak sekolah, taklimat berkaitan tapak data markah dan analisa akan diadakan pada 31 Julai 2013 (Rabu). Surat akan dihantar kemudian.

Diharap Pentaksiran tersebut dapat dijalankan dengan penuh integriti terutamanya melibatkan perlaksanaan dan data saringan. 

Untuk sebarang pertanyaan, Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai kami En. Mohd. Amin A.Hamid, PPPD Sains Matematik.

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan, Terima Kasih.

KURSUS ORIENTASI DSKP UNTUK JURULATIH UTAMA KSSR DAN PBS DAERAH MERSING 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth. dan Salam Mahabbah.
 
Dimaklumkan bahawa Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) KPM telah melakukan penambahbaikan terhadap modul DSK dan DSP untuk kursus KSSR dan PBS Tahun 4. 

Modul DSKP, Dokumen Standard Kurikulum Dan Prestasi ini akan digunakan dalam semua kursus menggantikan dokumen yang sedia ada, begitu juga dengan perubahan pengisian slot-slot kursus yang akan berlangsung bermula September nanti.

Disebabkan perubahan tersebut, BPK dengan kerjasama JPN akan menjalankan Kursus Orientasi DSKP melibatkan semua Jurulatih Utama KSSR dan PBS di semua negeri mengikut Zon selama 2 hari 1 malam.

Semua Jurulatih Utama daerah mersing, 2 JU setiap subjek akan mengikuti kursus kumpulan Zon Selatan. 
Tarikh-tarikh yang telah dimaklumkan adalah seperti berikut: 

1. Mata pelajaran PJ,RBT dan Muzik : 19 Ogos hingga 20 Ogos 2013.
2. Mata pelajaran TMK,PK dan Sej : 21 Ogos hingga 22 Ogos 2013.
3. Mata pelajaran BM dan BI : 26 Ogos hingga 27 Ogos 2013.
4. Mata pelajaran BC dan BT : 28 Ogos hingga 29 Ogos 2013.
5. Mata pelajaran Mt,Sn dan PSV : 2 Sept hingga 3 Sept. 2013.
6. Mata pelajaran PI, BA dan PM : 4 Sept hingga 5 Sept. 2013.

Surat akan dihantar dan diuruskan oleh BPK.

Kepada semua JU daerah mersing, diharap dapat membuat persediaan yang sewajarnya. 

Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai kami, En. Mohd. Amin A.Hamid, PPPD Sains Matematik untuk maklumat lanjut.

Selamat menjalani ibadah Ramadhan dan Selamat Menyambut Hari Raya, Terimakasih.
Jumaat, 26 Julai 2013

Muat turun : Anjakan : Buletin Bulanan Transformasi KPM

Reaksi :  
Assalamualaikum dan Salam Mahabbah,

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan tuan/puan boleh muat turun Buletin Bulanan Transformasi KPM dengan pautan dibawah ini.
Sekian terima kasih.

Jawatankuasa Ihya' Ramadan yang diurusetiakan oleh Bahagian Pendidikan Islam, KPM menerbitkan Buletin Syiar Ramadan sebagai bingkisan rohani dan sebaran maklumat kepada warga KPM.

Sila muat turun Buletin Syiar Ramadan Edisi 2/2013 di ruangan 'Muat Turun' di bawah.

Buletin Syiar Ramadan Edisi 2/2013
Buletin Syiar Ramadan Edisi 1/2013

PERTANDINGAN SENI JAWI NUSANTARA

Reaksi :  
Akhbar Utusan Melayu Mingguan akan menganjurkan Pertandingan Seni Jawi Nusantara. Pertandingan ini bertujuan menarik minat generasi muda menggunakan tulisan jawi sebagai platfom seni kontemporari dan menggalakkan mereka menguasai tulisan yang telah menjadi legasi bangsa dan negara. Pertandingan tahunan ini merupakan penganjuran keempat dan akan dilaksanakan mulai 19 Julai hingga 13 Semptember 2013.

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun informasi pertandingan dan borang penyertaan di bawah.

Informasi dan borang pertandingan seni jawi nusantara
Permohonan mengikuti Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani Dan Kejurulatihan Sukan 2013 boleh dilayari melaluihttp://apps.moe.gov.my/abpg/kdp2013 . Untuk makluman, tarikh pelaksanaan Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Kejurulatihan Sukan telah dipinda kepada 21 Oktober 2013 hingga 18 Disember 2013. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Khamis, 25 Julai 2013

Penyediaan Video e-Guru dan Portal e-Guru KPM

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menzahirkan transformasi sistem pendidikan negara untuk tempoh 2013-2025 yang akan dilaksanakan secara komited oleh kerajaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengenal pasti 25 inisiatif utama yang sedang giat dijalankan oleh bahagian-bahagian yang dipertanggungjawabkan dan salah satu daripada inisiatif tersebut ialah penghasilan video dan portal e-guru bagi tujuan meningkatkan kualiti pengajaran guru di dalam bilik darjah.

Mulai 10 April 2013, portal e-Guru KPM yang merupakan perpustakaan maya bagi koleksi video e-guru dapat diakses secara atas talian dengan melayari url : http://pnp.moe.edu.my/eguru/.
Video e-Guru adalah video Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) berlandaskan Standard 4 SKPM 2010, suatu standard bagi menilai keberkesanan PdP guru yang dicerap. Setiap video e-Guru menunjukkan dengan jelas pelbagai kemahiran pedagogi guru dalam bilik darjah sebenar yang boleh dijadikan contoh dan panduan bagi menambah baik PdP guru.

Sehubungan itu, Pengetua dan Guru Besar hendaklah bertanggungjawab terhadap promosi dan pemantauan penggunaan portal e-Guru dan video e-Guru tersebut.

Keberadaan capaian secara maya ini perlu dimafaatkan secara bersama oleh semua pihak terutamanya guru-guru yang mengajar di sekolah.
Sekian..Wassalam.
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Yayasan Warisan Johor sedang berusaha mempertingkatkan pemahaman pelajar dalam bidang seni lukis seni reka.
Pertandingan Melukis Remaja pada kali ini bertema "Perjuangan Tokoh-Tokoh Negeri Johor" dan terbuka kepada kategori Menengah Rendah dan Menengah Atas.
Segala pertanyaan mengenai pertandingan di atas, Tuan/Puan boleh hubungi Urus Setia Pertandingan di Galeri Seni Johor atau talian talipon 07-2263266.
Sekian. Wassalam.

Lampiran :
Syarat Pertandingan.pdf
Borang Penyertaan.pdf

Laporan Pelaksanaan Program Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) Tahun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Program KOmuniti Pembelajaran Profesional (PLC) merupakan sebahagian daripada Inisiatif Kualiti Guru (TQI) untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara.
Bahagian Pendidikan Guru sebagai pelaskanan program telah berjaya melaksanakan program ini pada tahun 2011 dan 2012.

Sekolah-sekolah yang terlibat :

1. SMK Anjung Batu - MP Matematik
2. SMK Nitar - MP Bahasa Inggeris

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasam pihak sekolah berkenaan agar dapat menyediakan pelaporan-pelaporan berikut dengan kadar SEGERA sebelum atau pada 28 Julai 2013.
MOHON EMAILKAN KEPADA ; akademikmg@gmail.com

1. Perancangan Pelaksanaan Kitaran 1
2. Headcount Kelas Tingkatan Lima (mata pelajaran berkaitan)
3. Markah Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 (mata pelajaran berkaitan)
4. Purata kehadiran murid Tingkatan Lima di sekolah-sekolah yang terlibat.
5. Laporan Prestasi Kewangan. 

Jabatan Pelajaran Johor akan membentangkan pelaporan penuh pada 28-30 Julai 2013.
Sekian. Wassalam.

Bengkel Fokus HALUS Sejarah Wajib Lulus SPM 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dengan kerjasam JKD Mata Pelajaran Sejarah akan mengadakan bengkel berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 29 dan 30 Julai 2013 (Isnin dan Selasa)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, PPD Mersing
Sasaran : Guru-Guru MP Sejarah SPM Tahun 2013 (dua orang setiap sekolah)

Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memberikan kebenaran kepada dua orang guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah Tingkatan Lima sekolah masing-masing untuk hadir dan turut serta dalam bengkel tersebut.

Sekian. Wassalam.

Lampiran :
Surat Panggilan.pdf
Salam Sejahtera

Sukacitanya dimaklumkan bahawa bengkel tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 25 Julai 2013 (Khamis)
Masa : 2.30 hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Konsultasi Akademik
Sasaran : Guru-Guru BI Tahun Enam (2 orang setiap sekolah)

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memberikan kebenaran kepada guru-guru berkenaan untuk hadir ke bengkel tersebut.

Sekian. Wassalam.

Lampiran :
Surat Panggilan.pdf
Selasa, 23 Julai 2013

Majlis Bersama Pemimpin dan Iftar Jamaie

Reaksi :  


Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya Pegawai Pelajaran Daerah Mersing menjemput semua Pengetua, Guru Besar, Guru-Guru Penolong Kanan dan Guru-Guru cemerlang di daerah Mersing hadir dan turut serta dalam majlis tersebut seperti ketetapan di atas.
Sekian. Wassalam.
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hebahan kami sebelum ini adalah berkaitan.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa ketetapan terkini KPM tentang perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. 5 Ogos 2013 (Isnin) - CUTI PERISTIWA (tidak perlu ganti)
2. 6 Ogos 2013 (Selasa) - CUTI BERGANTI pada 24 Ogos 2013.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pegawai kami Pn. Norhimah Ismail.
Sekian. Wassalam.

Lampiran :
Surat_Siaran_Cuti_Berganti_Hari_Raya_1.pdf
Surat_Siaran_Cuti_Berganti_Hari_Raya_2.pdf

RALAT SOALAN PERCUBAAN MATEMATIK KERTAS 1 UPSR

Reaksi :  
Assalamualaikum, Salam Ramadhan dan Selamat Sejahtera,

RALAT UPPM 3 / PERCUBAAN UPSR MATEMATIK (KERTAS 1)
TAHUN 2013

21.       D
26.       C
28.       Dzul buys 100 durians.  His family eats 12 durians.  The rest of the durians he gives equally to Hussin, Rosli, Kursina and Rozita. 
Which of the following is the correct calculation to work out the number of durians given to Rozita ?
Dzul membeli 100 biji durian. Keluarganya makan 12 biji durian itu.  Bakinya diberi sama banyak kepada Hussin, Rosli, Kursina dan Rozita.
Antara yang berikut, langkah pengiraan manakah yang benar mengenai bilangan durian yang diperoleh oleh Rozita? (Pilihan jawapan tetap sama)

37.       (Soalan sama seperti soalan 14 dan digantikan dengan soalan di bawah)

Diagram 37 shows a cuboid.
Rajah 37 menunjukkan sebuah kuboid.

                                                                       


                                                                                                                     Diagram 37 / Rajah 37

                                                                                                           7 cm
 

The area of the base is 24 cm².
Calculate the volume of 4 similar cuboids.
Luas tapak kuboid itu ialah 24 cm².
Kirakan isipadu 4 buah kuboid yang sama.
A         42
B         96
C         168

D         672
Isnin, 22 Julai 2013

TERKINI : Maklumat Panitia BM, BI, PSV, Pend.Muzik, PJPK dan KH

Reaksi :  
Kepada ;

Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Daerah Mersing.

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dalam usaha untuk mengemaskinikan data panitia-panitia tersebut di sekolah menengah dan sekolah rendah.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diminta melengkapkan butiran-butiran seperti Lampiran A, supaya dapat dijadikan sebagai sumber rujukan rasmi sekolah, PPD, JPN, BPSH dan KPM.

Borang Lampiran A berkenaan boleh dicapai di Aplikasi Atas Talian One Stop Data Centre JPN Johor  (Login B) Panitia Mata Pelajaran .

Borang tersebut hendaklah dilengkapkan sepenuhnya selewat-lewatnya pada 27 Julai 2013.

Bagi Sekolah Menengah, oleh kerana ada sedikit isu teknikal dalam aplikasi atas talian berkenaan, Tuan/Puan hendaklah melengkapkan Lampiran A seperti lampiran Format Excel.
Lampiran A yang telah lengkap hendaklah diemailkan kepada akademikmg@gmail.com.

Mohon tindakan SEGERA daripada pihak sekolah.
Sekian. Wassalam.

Lampiran :
Maklumat_Panitia.xlsx
Maklumat_Panitia.xls

MOHON ABAIKAN HEBAHAN KAMI SEBELUM INI TENTANG PERKARA BERKAITAN.