* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Jumaat, 2 Ogos 2013

Tambahan Jemputan Taklimat Program Transformasi Daerah (DTP)

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa taklimat tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 2 Ogos 2013 (Jumaat)
Masa : 3.00 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing

Sehubungan dengan itu, mohon kehadiran semua Pengetua dan Guru Besar serta guru-guru berikut ke sesi taklimat tersebut.


Guru-Guru yang terlibat :

1. Cik Saharazad bin Mustaffar (PPD Mersing)
2. Safina Kamarudin (SMKUH)
3. Saadon bin Saman (SMKUH)
4. Nur Nadeera bt. Abu Bakar (SKT01)
5. Atiqah Hanif (SKT06)
6. Abd. Rais bin Abd. Raof (SMKUH)
7. Ahmad Shahrol bin Mokhtar (SMKSM)
8. Mariam Othman (SMKUH)
9. Muniroh bt. Mansor (SMKM)
10. Bahiah Nur bt. Othman (SMKUH)
11. Mohd. Faruze Iberahim (SKTL)
12. Mohd. Khairul Nisa Nashuri (SKN02)
13. Hasaniah Omar (SKKI)
14. Olly Rozita Mohamed Zain (SKSM)
15. Nurani Abdullah (SMKUH)
16. Salina Awang (SK Tenglu)
17. Nazim bin Subari (SMKUH)

Harap dapat perhatian pihak sekolah.
Wassalam.
Khamis, 1 Ogos 2013

Taklimat Program Transformasi Daerah (DTP)

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa taklimat tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 2 Ogos 2013 (Jumaat)
Masa : 3.00 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing

Sehubungan dengan itu, mohon kehadiran semua Pengetua dan Guru Besar ke sesi taklimat tersebut.
Harap dapat perhatian pihak sekolah.
Wassalam.

Permohonan Jawatan Hakiki SISC+ dan SIPartners+ di PPD Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hebahan kami sebelum ini juga dirujuk.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa keperluan jawatan tersebut di PPD Mersing pada tahun 2014 adalah seperti berikut :

SISC+ :
1. Sekolah Rendah (3 orang)
   - BM x seorang
   - BI x seorang
   - Matematik x seorang
2. Sekolah Menengah (3 orang)
   - BM x seorang
   - BI x seorang
   - Matematik x seorang

SIPartners+ : 2 orang

Sehubungan dengan itu, guru-guru Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris dan Matematik sekolah menengah dan rendah adalah dipelawa bagi mengisi perjawatan hakiki sebagai SISC+ dan SIPartners+ sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

TARIKH AKHIR PERMOHONAN : 14 OGOS 2013.
Sehubungan dengan itu juga, mohon kerjasama Pengetua dan Guru Besar agar dapat menghebahkan dan membuat promosi tentang perkara di atas kepada guru-guru dibawah jagaan masing-masing.

Borang permohonan yang telah lengkap, hendaklah diserahkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) tuan/puan. u.p. Ust. Wan Nadzri bin Wan A.Rahman, PPPD Kurikulum
Harap maklum.
Lampiran :
Rabu, 31 Julai 2013

Jualan Sampul Raya Aidil Fitri 1434H

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Kelab Warga PPD Mersing akan mengadakan jualan sampul tersebut sempena Hari Raya Aidil Fitri 1434H.

Kadar Harga :

a. RM2.50 - Satu Paket (10 unit)
b. RM10.00 - Empat Paket + 1 Paket Percuma (50 unit) 

Sehubungan dengan itu, Warga Pendidikan Mersing adalah dipelawa untuk sama-sama membeli sampul tersebut di Kaunter Bangunan Utama, PPD Mersing  mulai 1 Ogos 2013 (Khamis).

Sekian. Wassalam.
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hebahan kami sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan.
Sukacitanya diingatkan bahawa markah berkenaan perlu di " key ini " ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) seperti ketetapan berikut :

a. 9 Ogos 2013 - Tarikh Akhir " Key In " Markah Peperiksaan Percubaan UPSR 2013.
b. 30 Ogos 2013 - Tarikh Akhir " Key In " Markah Peperiksaan Percubaan PMR 2013.
c. 4 Oktober 2013 - Tarikh Akhir " Key In " Markah Peperiksaan Percubaan SPM 2013.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memastikan tindakan tersebut dapat diambil mengikut ketetapan di atas.

Kerjasama dan rasa kebertanggungjawaban Tuan/Puan terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih.

Pegawai yang bertanggungjawab : Mat Yasin bin Daud, PPPD PBS, PPD Mersing.

Wassalam.

Lampiran :
Surat Siaran JPNJ
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hebahan dan pemakluman kami sebelum ini tentang perkata di atas adalah berkaitan.

Sukacitanya dimaklumkan kepada semua guru Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris dan Matematik sekolah menengah dan rendah seluruh negara bahawa permohonan untuk mengisi perjawatan hakiki sebagai SISC+ dan SIPartners+ sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) masih dibuka.
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Pengetua dan Guru Besar agar dapat menghebahkan dan membuat promosi tentang perkara di atas kepada guru-guru dibawah jagaan masing-masing.

Kepada mereka yang berminat sila isi borang permohonan dan  serahkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) tuan/puan. u.p. Ust. Wan Nadzri bin Wan A.Rahman, PPPD Kurikulum
Untuk sebarang kemusykilan sila emelkan ke alamat dtpbpsh2013@gmail.com atau boleh hantarkan pertanyaan secara online. Klik Disini.
Harap maklum.
Lampiran :
Selasa, 30 Julai 2013

Laporan Pengamalan Dasar Melindungi Masa Instruksional (MMI) Sehingga Julai 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Johor sedang mengumpul maklumat pengamalan dasar berkenaan di sekolah untuk tindakan seterusnya di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat membuat laporan berkenaan secara atas talian menggunakan format Laporan MMI di One Stop Data JPN seperti berikut :


Pelaporan MMI

Bahagian A - Data Guru Keluar Semasa PdP
Bahagian B - Rumusan Keberadaan Guru
Bahagian C - Rumusan Aktiviti Guru Ganti

Bahagian D1 - Daftar Nama Pengetua/Guru Besar - (Sekali)
Bahagian D2 - Data Keberadaan Pengetua/Guru Besar - (Setiap kali)




Setiap sekolah hendaklah menggunakan Kata Laluan (Kod Sekolah) setiap kali mendaftar masuk ke aplikasi tersebut, selepas membuat pilihan negeri, daerah dan sekolah masing-masing.

Semua laporan berkenaan perlu disiapkan dengan seberapa SEGERA .... selewat-lewatnya
2 Ogos 2013.

Lampiran : 
One Sto Data Centre
Isnin, 29 Julai 2013

Sekitar Seminar Kecemerlangan UPSR@Pena Skor Tahun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Mersing sedang menganjurkan seminar berkenaan seperti butiran berikut :


Siri Seminar Kecemerlangan UPSR @Pena Skor Tahun 2013 telah dijalankan mengikut jadual berikut :

1. 11 Julai 2013 (MP Bahasa Inggeris)
2. 15 Julai 2013 (MP Sains)
3. 16 Julai 2013 (MP Matematik)
4. 16 Julai 2013 (MP Bahasa Cina)
5. 17 Julai 2013 (MP Bahasa Inggeris)

Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar dan Bilik Seminar , PPD Mersing.
Sasaran : Guru-Guru Tahun Enam yang belum ada pengalaman menanda kertas UPSR Lembaga Peperiksaan Awam (2 orang setiap sekolah)

Kami merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama, juga sokongan semua pihak. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan Jurulatih Utama mengikut MP, juga kepada En.Md. Jais bin Samat, PPD Mersing serta pegawai-pegawai yang terlibat dalam menjayakan seminar berkenaan.











Program Pembelajaran Komuniti (PLC) Tahun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa daerah Mersing telah dipilih dalam peluasan pelaksanaan PLC pada tahun 2013. PLC adalah satu program di bawah NKRA Pendidikan Inisiatif Kualiti Guru (kelolaan Bahagian Pendidikan Guru).

Sekolah-sekolah yang terlibat :

1. SMK Anjung Batu (MP Matematik Ting. 5)
2. SMK Nitar (MP Bahasa Inggeris Ting. 5)


Kandungan Program (Amalan Penswastaan - De-Privatization of Practice).

1. Belajar Menggunakan Rancangan Pengajaran Harian (Lesson Study)
    Ø Sekumpulan guru secara usaha sama membina satu rancangan pengajaran; diikuti dengan  pengajaran/memerhatikan pengajaran, membuat penambahbaikan semasa sesi pengajaran.
2. Learning Walks (Belajar Secara Berjalan)
    Ø Berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran guru lain dan aktiviti bilik darjah  dengan menggunakan protokol atau fokus yang spesifik.
3. Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi (Peer Coaching/ Instructional Coaches)
    Ø Secara sistematik memerhatikan pengajaran guru lain dengan menggunakan kitaran  pra konferens, pemerhatian dan pasca-konferens (pre-conference, observation, post-conference cycle). 
4. Sesi Perkongsian Guru (Teacher Sharing Sessions)
    Ø Sekumpulan guru bertemu secara kerap untuk berkongsi amalan pengajaran terbaik.

Reflective Dialogue : Video Critiques of Teaching Moments

Membuat analisa secara kritis (critical analysis) tentang sesuatu subjek, situasi, karya
sastera atau seni. Menggunakan  rakaman video sesuatu pengajaran  untuk membuat analisa
dan memberi pendapat dengan tujuan untuk meningkatkan  kefahaman atau membantu ahli
panitia dalam pembelajaran murid.

Prinsip Asas :
a. Memastikan pembelajaran murid.
b. Pembudayaan Kolaborasi
c. Fokus kepada pencapaian

Keberkesanan secara usaha kolektif staf dengan menumpukan kepada :
a.     Menggunakan kemahiran dan pengetahuan guru
b.     Membina hubungan yang berkualiti
c.     Mempunyai program yang sangat berfokus
d.     Menggerakkan sumber-sumber sedia ada
e.     Berkongsi  kepimpinan.

Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan
bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan
untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.

Bengkel Kerja Peningkatan Prestasi Geografi PMR Negeri Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan menganjurkan bengkel tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 1 Ogos 2013 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : SMK Suria Perdana, Parit Raja, Batu Pahat.

Sekolah-sekolah yang terlibat :

1. Guru Geografi PMR (SMK Tenggaroh A)
2. Guru Geografi PMR (SMK Pai Chee)

Mohon bawa bersama ;

1. Komputer Riba.
2. Wayar Penyambung.
3. Buku Teks.
4. HSP.
5. Contoh Soalan PMR.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama guru-guru yang terlibat agar dapat hadir dan turut serta dalam bengkel berkenaan.
Sekian. Wassalam.

Lampiran : Bengkel_Kerja_Geografi.pdf

Bengkel Kerja Peningkatan Prestasi Pendidikan Moral SPM Negeri Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan menganjurkan bengkel tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 1 Ogos 2013 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : SMK Suria Perdana, Parit Raja, Batu Pahat.

Sekolah-sekolah yang terlibat :

1. Pn. Marlina Abdol (SMK Ungku Husin)
2. Guru Pendidikan Moral, SMK Pai Chee.

Mohon bawa bersama ;

1. Komputer Riba.
2. Wayar Penyambung.
3. Buku Teks.
4. Contoh Soalan SPM Pend. Moral.
5. Analisis Pencapaian Pend. Moral.
6. Program-program Kecemerlangan Pend. Moral.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama guru-guru yang terlibat agar dapat hadir dan turut serta dalam bengkel berkenaan.
Sekian. Wassalam.

Lampiran : Bengkel_Kerja_Pend.Moral.pdf
Ahad, 28 Julai 2013

Peringatan : Maklumat Panitia BM, BI, PSV, Pend.Muzik, PJPK dan KH

Reaksi :  
Kepada ;

Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Daerah Mersing.

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan-hebahan sebelum ini adalah berkaitan dan dirujuk.


Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dalam usaha untuk mengemaskinikan data panitia-panitia tersebut di sekolah menengah dan sekolah rendah.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diminta melengkapkan butiran-butiran seperti Lampiran A, supaya dapat dijadikan sebagai sumber rujukan rasmi sekolah, PPD, JPN, BPSH dan KPM.

Borang Lampiran A berkenaan boleh dicapai di Aplikasi Atas Talian One Stop Data Centre JPN Johor  (Login B) Panitia Mata Pelajaran .

Bagi Sekolah Menengah, oleh kerana ada sedikit isu teknikal dalam aplikasi atas talian berkenaan, Tuan/Puan hendaklah melengkapkan Lampiran A seperti lampiran Format Excel. 
Lampiran A yang telah lengkap hendaklah diemailkan kepada akademikmg@gmail.com.

Borang tersebut sepatutnya telah dilengkapkan dan diselesaikan selewat-lewatnya pada 27 Julai 2013. 

KAMI MERAKAMKAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK SEKOLAH YANG TELAH MENGAMBIL TINDAKAN TERSEBUT. NAMUN ADA SEGELINTIR SEKOLAH YANG MASIH GAGAL BERBUAT DEMIKIAN.


SEHUBUNGAN DENGAN ITU, KAMI DENGAN RASA RENDAH DIRI MERAYU AGAR TINDAKAN INI DIAMBIL CAKNA OLEH PIHAK SEKOLAH.

Mohon tindakan SEGERA daripada pihak sekolah.
Sekian. Wassalam.

Lampiran :
Maklumat_Panitia.xlsx
Maklumat_Panitia.xls