* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Khamis, 8 Ogos 2013

Salam Aidul Fitri 1434H daripada Warga PPD Mersing

Reaksi :  


Ahad, 4 Ogos 2013

Pelantikan GPK1 dan GPK HEM SK Sri Mersing

Reaksi :  
Asslamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

  Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pn. Rohani bt. Abd Ghaper, GPK HEM SK Sri Mersing telah dilantik ke jawatan GPK1 SK Sri Mersing dan Pn. Rizana bt. Mat Jelis, GPK Kokurikulum SK Sri Mersing dilantik ke jawatan GPK HEM SK Sri Mersing.
Pelantikan tersebut berkuatkuasa pada 1 Ogos 2013.

Moga tuan/puan akan terus bekerja dengan dedikasi dan ikhlas.
Wassalam.

Pelantikan Penyelia Kanan Penilaian dan Peperiksaan, PPD Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

 Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa En. Zainal b. Omar, Penyelia Pengurusan Sekolah, PPD Mersing telah dilantik sebagai Penyelia Kanan Penilaian dan Peperiksaan, PPD Mersing berkuat kuasa 1 Ogos 2013.
Kami merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan tersebut.
Wassalam.

Pelantikan Guru Besar (Baru) SK LKTP Tenggaroh 01

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

 Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pn. Azimah bt. Md. Zain, GPK1 SK Sri Mersing telah dilantik sebagai Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 1 berkuatkuasa 1 Ogos 2013.

Kami mengucapkan tahniah atas pelantikan tersebut. Satu penghargaan bernilai harapan dari kami, warga PPD Mersing untuk beliau.

Moga pelantikan ini akan memberi nafas baru kepada kumpulan pentadbir sekolah dan sekaligus terus mencipta sejarah baru dalam kepimpinan dan prestasi pendidikan daerah Mersing.
Wassalam.

Makluman : Pertukaran Guru Besar ke luar daerah

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa pertukaran tersebut adalah seperti berikut :

 1. Pn. Norsiah bt. Idris, Guru Besar SK Tenggaroh 1 telah bertukar ke SK Layang-layang, Kluang dengan jawatan yang sama.

 2. En. Kamaludin b. Sujan, Guru Besar SK Tenggaroh 5bertukar ke SK Taman Indahpura 2, Kulai dengan jawatan yang sama.

Kami warga pendidikan Mersing merakamkan penghargaan dan terima kasih atas segala jasa bakti serta sumbangan profesional, juga bukan profesional yang telah dicurahkan sepanjang mereka berada di bumi Mersing.

Segala budi baik Tuan/Puan tetap di hati kami. Kami sentiasa mendoakan kecemerlangan dan kejayaan Tuan/Puan di dunia dan di akhirat.

SELAMAT MAJU JAYA. 

Makluman : Pelantikan PPPD Rendah

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

 Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa En. Saidan b. A. Jalal, Guru Besar SK Penyabong telah dilantikan sebagai Penolong PPD Rendah, Pejabat Pelajaran Daerah Mersing berkuat kuasa 1 Ogos 2013.

Kami Warga PPD Mersing mengalu-alukan kehadiran beliau dan mendoakan agar sentuhan beliau nanti akan memantapkan lagi kepimpinan pendidikan daerah Mersing.
Sekian. Wassalam.