* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Jumaat, 16 Ogos 2013

Peringatan : Kursus Orientasi DKSP Untuk JU KSSR dan PBS Tahun 4 - Lanjutan

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hebahan kami sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan.

Sukacitanya dingatkan bahawa Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) KPM telah melakukan penambahbaikan terhadap modul DSK dan DSP untuk kursus KSSR dan PBS Tahun 4. 

Modul DSKP, Dokumen Standard Kurikulum Dan Prestasi ini akan digunakan dalam semua kursus menggantikan dokumen yang sedia ada, begitu juga dengan perubahan pengisian slot-slot kursus yang akan berlangsung bermula September nanti.

Disebabkan perubahan tersebut, BPK dengan kerjasama JPN akan menjalankan Kursus Orientasi DSKP melibatkan semua Jurulatih Utama KSSR dan PBS di semua negeri mengikut Zon selama 2 hari 1 malam.

Semua Jurulatih Utama daerah mersing, 2 JU setiap subjek akan mengikuti kursus kumpulan Zon Selatan. 

Tarikh-tarikh yang telah dimaklumkan adalah seperti berikut: 

1. Mata pelajaran PJ,RBT dan Muzik : 19 Ogos hingga 20 Ogos 2013.
2. Mata pelajaran TMK,PK dan Sej : 21 Ogos hingga 22 Ogos 2013.
3. Mata pelajaran BM dan BI : 26 Ogos hingga 27 Ogos 2013.
4. Mata pelajaran BC dan BT : 28 Ogos hingga 29 Ogos 2013.
5. Mata pelajaran Mt,Sn dan PSV : 2 Sept hingga 3 Sept. 2013.
6. Mata pelajaran PI, BA dan PM : 4 Sept hingga 5 Sept. 2013.

Surat akan dihantar dan diuruskan oleh BPK.

Kepada semua JU daerah mersing, diharap dapat membuat persediaan yang sewajarnya. 

Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai kami, En. Mohd. Amin A.Hamid, PPPD Sains Matematik untuk maklumat lanjut.
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan penggabungan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia selepas PRU13 yang lepas.
Sehubungan dengan itu, kementerian berkenaan telah dikenali sebagai KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

Sehubungan dengan itu juga, surat siaran KPM.BKP.100-1/1/14 (29) bertarikh 12 Ogos 2013 telah dikeluarkan bagi menjelaskan perkara tersebut seperti berikut :

1. Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Kekal Nama Lama)
2. Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Kekal Nama Lama)
3. Jabatan Pelajaran Negeri ditukar kepada Jabatan Pendidikan Negeri.
4. Pejabat Pelajaran Dearah ditukar kepada Pejabat Pendidikan Daerah.
5. Pengarah/Timbalan Pengarah Pelajaran ditukar kepada Pengarah/Timbalan Pengarah Pendidikan.
6. Pegawai Pelajaran Daerah ditukar kepada Pegawai Pendidikan Daerah.

Perubahan ini berkuatkuasa SERTA MERTA.

Wassalam.

Lampiran : surat siaran KPM.BKP.100-1/1/14 (29)

Markah Percubaan UPSR 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah. Hebahan kami sebelum ini adalah berkaitan.

Kami merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah berjaya mengisi markah peperiksaan tersebut dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).
Wassalam..MERSING HEBAT.

Rabu, 14 Ogos 2013

Pelawaan Mengisi Jawatan Kosong di PPD Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, pemakluman dan hebahan kami sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan.

Sukacitanya, dengan rendah diri kami mempelawa rakan-rakan guru di daerah Mersing atau luar daerah Mersing untuk mengisi beberapa jawatan kosong di PPD Mersing seperti berikut :

1. PPPD Sains Matematik (Rendah) DG41 - INTERIM
2. PPPD Bahasa Malaysia (Rendah) DG41 - INTERIM
3. PPPD Bahasa Inggeris (Menengah) DG41 - INTERIM
4. PPPD Perhubungan (DG41) - INTERIM
5. PPPD Pembangunaan Profesional (DG41) - INTERIM
6. PPPD Pengurusan Kualiti (DG41) - INTERIM
7. PPPD Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Murid (DG41) - INTERIM

8. Penyelia Pendidikan Pencegahan Dadah (DGA32) - INTERIM
9. PPPD j-QAF (DG41) - INTERIM
10. Penyelia Pendidikan Islam (DGA32) - HAKIKI
11. SISC+ Sekolah Rendah Bahasa Melayu (DG41@DG44) - HAKIKI.
12. SISC+ Sekolah Rendah Bahasa Inggeris (DG41@DG44) - HAKIKI.
13. SISC+ Sekolah Rendah Matematik (DG41@DG44) - HAKIKI.
14. SISC+ Sekolah Menengah Bahasa Melayu (DG41@DG44) - HAKIKI.
15. SISC+ Sekolah Menengah Bahasa Inggeris (DG41@DG44) - HAKIKI.
16. SISC+ Sekolah Menengah Matematik (DG41@DG44) - HAKIKI.
17. SIPartners + Sekolah Men_Rendah (DG48) - HAKIKI
18. SIPartners + Sekolah Men_Rendah (DG48) - HAKIKI.
  
Rakan-rakan yang berminat, boleh hubungi terus kami di talian 07-7991269 atau 07-7996700 atau pegawai kami Ust. Wan Nadzri bin Wan A.Rahman, PPPD Kurikulum.

Wassalam.

Lampiran :
Isnin, 12 Ogos 2013

Peringatan : Tarikh Akhir " Key in " Markah Peperiksaan Percubaan UPSR telah tamat

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hebahan kami sebelum ini Pemakluman Tarikh Akhir " Key in " Markah Peperiksaan Percubaan UPSR, PMR dan SPM 2013 adalah dirujuk dan berkaitan.

Sukacitanya diingatkan bahawa tarikh akhir "Key In" Markah Peperiksaan Percubaan UPSR 2013 telah berakhir pada 9 Ogos 2013.

Sehingga kini (12 Ogos 2013 - jam 12.13 tgh.) masih terdapat 5 sekolah di negeri Johor yang belum membuat pengisian markah tersebut.

3 daripadanya adalah datang dari daerah Mersing

Sehubungan dengan itu, kami amat berterima kasih dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah mengambil tindakan berkenaan. 

Sehubungan dengan itu juga, kami masih mengharapkan tindakan sewajarnya diambil oleh sekolah-sekolah yang belum berbuat demikian demi nama baik bersama.
Sekian. Wassalam. 

Lampiran :
Status Pengisian UPSRC 2013.
Status_Pengisian_UPSRC_2013.pdf