* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Jumaat, 23 Ogos 2013

Kursus TOT Kepimpinan Instruksional 2.0 Negeri Johor

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan mengadakan kursus berkenaan seperti butiran berikut :

Tarikh : 26 - 28 Ogos 2013 (Isnin-Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Seminar Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang, Johor.

Pengetua dan Guru Besar yang terlibat :

1. Hj. Samadi bin Duriat (Pengetua SMK Ungku Husin)
2. Hj. maon bin Marsini (Pengetua SMK Tan Sri Abd. Kadir)
3. YM Raja Mazlan bin Raja Latife (Guru Besar SK Kem Iskandar)
4. En. Abd. Razak bin Husain (Guru Besar SK Penyabong)

Sekian. Wassalam.

Lampiran :
TOT_IL.pdf
TOT_IL_JPNJ.pdf
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum akan mengadakan kursus tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 26 - 27 Ogos 2013

Mata Pelajaran : 
Bahasa Malaysia (SK_SJK)
Bahasa Inggeris (SK_SJK)

Tempat : Hang Tuah World Heritage Hotel, Melaka.
Pendaftaran : 26 Ogos 2013 (Isnin) 2.00 - 2.30 petang
* Kursus bermula pada jam 2.30 ptg

Guru-guru yang terlibat :
1. Atiqah Hanif (SK LKTP Tenggaroh 06) - BI

2. Rajkumar A/L Ravi (SJK Tamil) - BI
3. Akmar bt. Ismail (SK Bandar Mersing) - BM
4. Reza bt. Md. Yusof (SJKC Chiao Ching) - BM

Sekian. Wassalam.

Lampiran :

Surat Panggilan.pdf
Senarai Peserta.pdf
Khamis, 22 Ogos 2013

Info Terkini : Program Restu Permata Mersing (Empower UPSR) 2013 - SK

Reaksi :  

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hebahan kami Jemputan ke Program Restu Permata (Empower UPSR) Tahun 2013 dan Penyertaan Program Restu Permata (Empower UPSR) Tahun 2013 adalah di rujuk dan berkaitan.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing bersama-sama JKD Kecemerlangan UPSR, Pejabat Agama Daerah Mersing dan Empower ECER Mersing akan menganjurkan program tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 24 Ogos 2013 (Sabtu)
Tempat : Masjid Jamek Bandar Mersing
Sasaran : Calon-Calon UPSR 2013 yang terlibat dengan Program Menggilap Permata dan Halus Permata Mersing. (350 orang)



Murid - 350 orang
Guru_Jemputan- 150 orang

Tentatif :



7.30 - 8.15 pagi
8.15 – 9.30 pg.

9.30 - 10.00 pg.
10.00 - 12.00 tgh.

12.00 tgh. – 1.00 ptg.


1.15 ptg.


Pendaftaran peserta.
Solat Dhuha, Solat Hajat
Tazkirah Dhuha : As-Syeikh Kadi Daerah Mersing.
Kudapan
Ceramah Motivasi Bersama Khailil Razak, Kunu Mithlana Training and Consultancy.
Majlis Penutupan Rasmi
Ucapan Aluan PPD
Ucapan Pegawai Daerah Mersing
Restu Permata dan Munajat Kecemerlangan
Solat Fardhu Zohor
Makan tengahari
Bersurai



Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat mengambil tindakan berikut :

1. Guru Besar, GPK1 dan Guru-Guru yang terlibat adalah dijemput hadir.
2. Mengenalpasti calon-calon UPSR 2013 sekolah masing-masing mengikut kuota sekolah yang telah ditetapkan oleh Urus Setia.
3. Menguruskan pengangkutan peserta pergi dan balik.
4. Melantik Guru Pengiring / Pegawai Berkereta di kalangan guru-guru yang mengajar mata pelajaran UPSR.
5. Menyediakan senarai peserta dan guru pengiring/pegawai berkereta serta menyerahkannya kepada Urus Setia semasa pendaftaran dibuat.
6. Memastikan semua peserta memakai uniform sekolah (suci) dan bersongkok (lelaki) serta membawa telekong solat (perempuan).
7. Guru-guru yang hadir, digalakkan memakai Baju Melayu Kebangsaan.
8. Memastikan semua murid dan guru mengambil wuduk lebih awal bagi mengelakkan kesesakan sebelum majlis bermula.
9. Mengawal disiplin murid semasa majlis berjalan dan menetapi masa.
10. Peserta perempuan yang uzur, tidak dibenarkan memasuki ruang solat sebaliknya ditempatkan di ruang yang telah disediakan.
11. Memastikan Guru Pengiring / Pegawai Berkereta turut serta dalam majlis tersebut.
12. Memastikan murid-murid tidak makan dan minum di ruang solat (dalam masjid).

Harap mendapat kerjasama daripada pihak sekolah.
Terima kasih. Wassalam.

Lampiran : 
Rabu, 21 Ogos 2013

PINDAAN TARIKH CERAMAH MOTIVASI "BLUE OCEAN STRATEGY" UNTUK PELAJAR SPM ANJURAN EMPOWER ESER DAN PPD MERSING

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Dengan segala hormatnya surat dia atas adalah dirujuk dan berkaitan.

Tarikh program dipinda mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 29 Ogos 2013
Tempat : Dewan SMK Mersing
Masa : 8.30 pagi - 3.30 petang

3. Pindaan tarikh oleh pihak pengurusan EMPOWER disebabkan masalah yang tidak dapat dielakan.

Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan.

Penyertaan Program Restu Permata (Empower UPSR) Tahun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR Daerah, Pejabat Agama Daerah Mersing dan Empower ECER Mersing akan menganjurkan program tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 24 Ogos 2013 (Sabtu)
Tempat : Masjid Jamek Bandar Mersing
Sasaran : Calon-Calon UPSR 2013 yang terlibat dengan Program Menggilap Permata dan Halus Permata Mersing. (350 orang)
 

Tentatif :



7.30 - 8.15 pagi
8.15 – 9.30 pg.

9.30 - 10.00 pg.
10.00 - 12.00 tgh.

12.00 tgh. – 1.00 ptg.


1.15 ptg.


Pendaftaran peserta.
Bacaan Yaasin, Solat Dhuha, Solat Hajat dan Tazkirah Dhuha.
Kudapan
Ceramah Motivasi Bersama Khailil Razak, Kunu Mithlana Training and Consultancy.
Majlis Penutupan Rasmi
Ucapan Aluan PPD
Ucapan Pegawai Daerah Mersing
Restu Permata dan Munajat Kecemerlangan
Solat Fardhu Zohor
Makan tengahari
Bersurai



Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah untuk mengenalpasti murid-murid yang akan menghadiri program tersebut.(seperti lampiran)

SILA PAKAI PAKAIAN SEKOLAH YANG BERSIH DAN MENUTUP AURAT.

Untuk maklumat lanjut, Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai kami Ust. Wan Nadzri bin Wan A.Rahman, PPPD Kurikulum atau Cik Saharazad bin Mustaffar , PPPD Bahasa Inggeris (Ren).

Sekian. Wassalam.

Lampiran :

Jemputan ke Program Restu Permata (Empower UPSR) Tahun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR Daerah, Pejabat Agama Daerah Mersing dan Empower ECER Mersing akan menganjurkan program tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 24 Ogos 2013 (Sabtu)
Tempat : Masjid Jamek Bandar Mersing
Sasaran : Calon-Calon UPSR 2013 yang terlibat dengan Program Menggilap Permata dan Halus Permata Mersing. (350 orang)

Tentatif :



7.30 - 8.15 pagi
8.15 – 9.30 pg.

9.30 - 10.00 pg.
10.00 - 12.00 tgh.

12.00 tgh. – 1.00 ptg.


1.15 ptg.


Pendaftaran peserta.
Bacaan Yaasin, Solat Dhuha, Solat Hajat dan Tazkirah Dhuha.
Kudapan
Ceramah Motivasi Bersama Khailil Razak, Kunu Mithlana Training and Consultancy.
Majlis Penutupan Rasmi
Ucapan Aluan PPD
Ucapan Pegawai Daerah Mersing
Restu Permata dan Munajat Kecemerlangan
Solat Fardhu Zohor
Makan tengahari
Bersurai


Sehubungan itu, semua pegawai di PPD Mersing dan Guru Besar sekolah-sekolah yang terlibat adalah dijemput hadir.

Untuk maklumat lanjut, Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai kami Ust. Wan Nadzri bin Wan A.Rahman, PPPD Kurikulum atau Cik Saharazad bin Mustaffar , PPPD Bahasa Inggeris (Ren).

Sekian. Wassalam.

Selasa, 20 Ogos 2013

PERLANTIKAN DAN PERTUKARAN PEGAWAI PPD MERSING

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Dengan sukacitanya PPD Mersing mengumumkan perlantikan dan pertukaran Pegawai PPD berikut:
En. Abd Razak b. Husain, Penyelia Kanan Peperiksaan, PPD Mersing
bertukar sebagai Guru Besar, SK Penyabong, Endau.
En. Zainal b. Omar, Penyelia Pengurusan Sekolah PPD Mersing,
dilantik sebagai Penyelia Peperiksaan PPD Mersing.
Semua perlantikan dan pertukaran di atas berkuatkuasa 16 Ogos 2013. PPD Mersing mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka dan penuh yakin pertukaran dan perlantikan ini akan dapat menyemarakan lagi slogan hikmah `MERSING HEBAT`.

PERTANDINGAN KUIZ SEJARAH (SEKOLAH MENENGAH) PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Johor dan Persatuan Sejarah Negeri Johor akan menganjurkan kuiz tersebut seperti berikut :

Tarikh : 24 Ogos 2013 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi (Pendaftaran)
Tempat : SMK Tun Ismail, Parit Raja, Batu Pahat

Kuiz Sejarah ini terbuka kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 Sekolah Menengah dalam Negeri Johor.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama sekolah-sekolah berikut agar dapat mengenalpasti peserta dan menguruskan penyertaan kuiz berkenaan.

1. SMK Sri Mersing - Kategori Menengah Atas
2. SM Sains Sultan Iskandar Mersing - Kategori Menengah Rendah

Format Pertandingan :

Bahagian A ( Menengah Rendah -  3 orang peserta setiap daerah )

1. Kuiz bertulis dalam masa 1 jam.
2. Satu set soalan objektif mengandungi 60 soalan akan dikemukakan kepada  setiap peserta mewakili daerah. 
3. Jawapan dipersembahkan di atas kertas jawapan objektif dan diserah kepada juri setelah masa ujian bertulis tamat.
4. Soalan meliputi 30% Sejarah Johor dan 70% Sejarah Malaysia.

Bahagian B ( Menengah Atas - 3 orang peserta setiap daerah )

1. Soalan berbentuk lisan kepada setiap peserta.
2. Soalan yang sama akan ditujukan kepada peserta yang sama dari semua daerah, misalnya soalan pertama dimajukan kepada peserta pertama dari semua daerah dan seterusnya.
3. Soalan akan dibacakan sebanyak dua kali oleh jurukuiz. Loceng akan dibunyikan  sekali sebagai tanda masa mula menjawab dan dua kali bagi masa tamat.  Masa diberikan untuk menjawab adalah 20 saat.
4. Jawapan peserta akan dipaparkan kepada jurikuiz melalui flash card atau papan putih (White-board) atau yang sepadan dengannya. 
5. Markah akan diberikan terus kepada setiap individu oleh juri. 
6. Soalan meliputi 30% Sejarah Johor dan 70% Sejarah Malaysia.

Bahagian C ( Menengah atas - Pusingan Akhir )

1. Soalan terbuka diberikan kepada semua kumpulan.
2. Tiga soalan akan diberikan.
3. Perbincangan jawapan di dalam kumpulan adalah dibenarkan.
4. Soalan akan dibacakan sebanyak dua kali oleh jurukuiz. Loceng akan dibunyikan  sekali sebagai tanda masa mula menjawab dan dua kali bagi masa tamat.  Masa diberikan untuk menjawab adalah 60 saat.
5. Hanya seorang peserta  akan memajukan jawapan melalui flash card atau papan putih (White-board) atau yang sepadan dengannya. Markah yang diperolehi oleh kumpulan dicatat pada markah peserta yang menjawab.
6. Soalan meliputi 30% Sejarah Johor dan 70% Sejarah Malaysia.

Peraturan Pertandingan

1. Setiap pasukan mestilah mengandungi 3 orang peserta tetap.
2. Pasukan yang berjaya menjadi Johan Daerah akan bertanding di peringkat negeri.
3. Peserta pertandingan hendaklah melaporkan diri kepada Jurukuiz tidak lewat daripada 30 minit sebelum pertandingan dijalankan.
4. Pertandingan akan dijalankan dalam tiga bahagian seperti tercatat di dalam format pertandingan di para 5.
5. Skop soalan  meliputi tokoh-tokoh politik, pentadbiran tempatan, sosio ekonomi, seni budaya dan sejarah negara Malaysia.
6. Bentuk soalan adalah pelbagai bentuk sama ada soalan objektif, soalan jawapan pendek yang akan dipersembahkan melalui  suara, gambar slide, pita rakaman, video  dan lain-lain cara lagi yang ditentukan oleh Jawatankuasa Teknik. 
7. Markah penuh bagi jawapan yang betul ialah tiga (3), Jawapan yang kurang tepat akan diberi sama ada 2 atau 1 markah menurut keputusan Jurikuiz. 
8. Semua soalan diberikan di dalam Bahasa Melayu.
9. Isyarat-isyarat tertentu atau perbincangan semasa dalam pertandingan adalah dilarang kecuali di dalam bahagian C.  Jika perkara ini dilakukan pasukan yang dianggap melanggar undang-undang serta peraturan kuiz akan dibatalkan penyertaan mereka.
10. Markah-markah hendaklah dipaparkan di papan markah untuk tatapan umum. 
11. Lima pasukan yang mendapat markah tertinggi setelah pusingan ketiga peringkat awal tamat akan memasuki peringkat akhir. 
12. Pasukan yang mendapat markah tertinggi di peringkat akhir setelah ditambah dengan markah peringkat awal akan diisytiharkan sebagai pemenang. 
13. Jika terdapat persamaan markah, jurukuiz hendaklah memajukan soalan tambahan kepada individu / pasukan-pasukan terbabit bagi menentukan kedudukan pemenang. Soalan yang dikemukakan adalah dalam bentuk soalan bertulis dan perbincangan dibenarkan. Soalan tambahan akan diteruskan sehingga pemenang dapat ditentukan. Masa yang diperuntukan untuk menjawab soalan tambahan ialah 60 saat. Markah akan ditentukan oleh juri. Peserta tidak dibenarkan membuat sebarang protes. 
14. Pihak pengelola dicadangkan melantik 1 orang Jurukuiz,3 orang jurikuiz, 2 orang penjaga masa, 2 orang pencatat dan lantikkan lain yang difikirkan perlu semasa pertandingan.
15. Jurukuiz hendaklah mendapat pengesahan daripada Jurikuiz sebelum mengumumkan markah yang diperolehi oleh peserta. 
16. Keputusan Jurikuiz adalah muktamad.

Urus Setia :

Pertandingan Kuiz Sejarah,
Unit Kurikulum,
Jabatan Pendidikan Johor.
(UP: En Yaakob b. Samingon)
Tel: 07 - 2310009  Hp 019-7733978

Taklimat Penyelarasan Program Restu Permata (Empower UPSR) Tahun 2013.

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Mersing akan mengadakan taklimat tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 20 Ogos 2013 (Selasa)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Bilik Seminar, PPD Mersing.
Sasaran : AJK Pengelola Program Restu Permata

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua AJK yang terlibat agar dapat hadir dan turut serta dalam taklimat tersebut.
Sekian. Wassalam.

Lampiran :
Surat Panggilan Taklimat.pdf
AJK_Pengelola_Program_Restu_Permata_Bersama_ECER_EMPOWER.pdf
Isnin, 19 Ogos 2013

Kursus Induksi Orientasi Pelaksanaan DSKP Tahun 4 KSSR 2013 - Zon Selatan (MP TMK, PK dan Sejarah)

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum akan mengadakan kursus tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 21 - 22 Ogos 2013
Tempat : Hang Tuah World Heritage Hotel, Melaka.
Pendaftaran : 21 Ogos 2013 (Rabu) 2.00 - 2.30 petang
* Kursus bermula pada jam 2.30 ptg

Guru-guru yang terlibat :

1. Norhanizah Othman (SK Mersing Kanan) - Pend. Kesihatan

2. Rizana Mat Jelis (SK Sri Mersing) - Pend. Kesihatan
3. Issam bin Abd. Rahman (SK Pusat Air Tawar) - Sejarah
4. Mohd. Radhi bin Mohd. Ludi (SK Sawah Dato) - Sejarah
5. Mohd. Faruze Iberahim (SK Teluk Lipat) - TMK
6. Mohamad Rashid Isnin (SK Telok Lipat) - TMK
Sekian. Wassalam.

Lampiran :

Surat Panggilan Kursus.pdf

Makluman Awal : Program Restu Permata UPSR 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Program Restu Permata UPSR adalah kesinambungan dari Program Menggilap Permata Mersing yang dianjurkan oleh PPD Mersing dengan kerjasama Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR Daerah.  

Pada tahun 2013, sebanyak 5 Siri Program Menggilap Permata telah dijalankan di peringkat sekolah atau zon bagi membantu murid – murid yang akan menduduki UPSR mencapai keputusan 5A.  Kemuncak kepada program tersebut adalah Program Restu Permata.

Sehubungan dengan itu, program tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 24 Ogos 2013 (Sabtu)
Tempat : Dewan Politeknik Mersing.
Sasaran : Calon-Calon UPSR 2013 yang terlibat dengan Program Menggilap Permata dan Halus Permata Mersing.

Tentatif :


8.00 - 8.30 pagi

8.30 – 11.00 pg.


11.00 pg. – 1.00 ptg.


Pendaftaran peserta dan Sarapan Pagi

Ceramah Motivasi Bersama Khailil Razak, Kunu Mithlana Training and Consultancy.

Majlis Penutupan Rasmi
Ucapan Aluan PPD
Ucapan Pegawai Daerah Mersing
Restu Permata dan Munajat Kecemerlangan
Makan tengahari
Bersurai


Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah untuk mengenalpasti murid-murid yang akan menghadiri program tersebut.

Sehubungan dengan itu juga, sekolah-sekolah yang dimanahkan dengan tugas-tugas tertentu dalam pengelolaan program tersebut, diharapkan dapat mengambil tindakan awal bagi melancarkan pengelolaan program berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai kami Ust. Wan Nadzri bin Wan A.Rahman, PPPD Kurikulum atau Cik Saharazad bin Mustaffar , PPPD Bahasa Inggeris (Ren).

Surat rasmi dan taklimat khusus tentang program tersebut akan dibuat kemudian.
Sekian. Wassalam.

Lampiran : 
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum akan mengadakan kursus tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 19 - 20 Ogos 2013
Tempat : Hang Tuah World Heritage Hotel, Melaka.
Pendaftaran : 19 Ogos 2013 (Isnin) 2.00 - 2.30 petang
* Kursus bermula pada jam 2.30 ptg

Guru-guru yang terlibat :

1. Mohd. Rudzahan Amran (SK Bandar Endau) - PJ
2. Khairudin Yaacob (SK Sawah Dato) - PJ
3. Munira bt. Muhamad (SK Sri Mersing) - Pend.Muzik
4. Dalina Hj. Awang (SK Teriang) - Pend. Muzik
5. Hussein Rahmat (SK Sri Pantai) - RBT
6. Mohd. Amri Ngadiman (SK LKTP Tenggaroh 03) - RBT

Sekian. Wassalam.

Lampiran : Kursus_DSKP_Muzik_PJ_dan_RBT.pdf
Ahad, 18 Ogos 2013

Kajian Prestasi Capaian BestariNet Sekolah-Sekolah Daerah Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, berikut dilampirkan status sekolah-sekolah yang dirangkaikan dengan 1 BestariNet. (berdasarkan statistik Dashboard PPD Mersing Julai dan Ogos)
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat membuat laporan prestasi capaian internet melalui 1 BestariNet berkenaan dengan seberapa SEGERA.

Laporan tersebut diperlukan sebagai langkah penyelesaian alternatif kepada isu-isu capaian 1 BestariNet sebelum ini sehingga mengganggu kelancaran pengurusan di peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM.

Laporan berkenaan hendaklah dihantar kepada Pejabat Pelajaran Daerah Mersing u.p. Ust. Wan Nadzri bin Wan A.Rahman.
Alamat email : akademikmg@gmail.com

Lampiran :
BestariNet.xlsx