* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Jumaat, 30 Ogos 2013

Kursus Induksi Orientasi Pelaksanaan DSKP Tahun 4 KSSR Tahun 2013 - Zon Selatan (Mate/Sn/PSV)

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum akan mengadakan kursus tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 2 - 3 September 2013

Mata Pelajaran : 

Matematik
Sains
Pend. Seni Visual

Tempat : Puteri Resort, Jalan Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka.
Pendaftaran : 2 Sept. 2013 (Isnin) 2.00 - 2.30 petang
* Kursus bermula pada jam 2.30 ptg

Guru-guru yang terlibat :


1. Rosli Ahmad (SKN01)

2. Mohd. Khairunisa Nashuri (SKN02)
3. Amirul Azman Husin (SKPAT)
4. Abd. Aziz Che Nordin (SK Penyabong)
5. Abd. Rahman Mohamad (SK Pulau Sibu)
6. Rohailah Mohd. Sufian (SK Bandar Endau)

Sekian. Wassalam.

Lampiran :

Surat_DSKP_Mate_Sn_PSV.pdf
Peserta.pdf

Bahan Bengkel Audit Akademik Peperiksaan Percubaan UPSR 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, bengkel tersebut sedang berlangsung di Dewan Al-Azhar, PPD Mersing melibatkan semua Guru Besar, GPK1 dan Peny. UPSR sekolah.
Kami merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama semua pihak menjayakan bengkel tersebut.
Berikut dilampirkan bahan bengkel berkenaan untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.
Wassalam.

Lampiran :
00_TOV_ETR_UPSR_2012.pdf
00_TOV_ETR_UPSR_2013.pdf
01_Rank_Daerah..pdf
02_MP_Daerah_Joh.pdf
03_Rank_Sek_MG.pdf
04_MP_Sek.pdf
05_NearMiss.pdf
itik.jpg
Peserta.pdf
Selasa, 27 Ogos 2013

Gerak Gempur Geografi PMR 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor dengan kerjasama Panel Perunding Mata Pelajaran Geografi Negeri Johor telah menghasilkan bahan gerak gempur berkenaan untuk tindakan pihak sekolah.

Sehubungan itu, pihak sekolah dikehendaki melaksanakan gerak-gempur tersebut di peringkat sekolah.
Bahan berkenaan telah dihantar kepada email Pengerusi Panitia Geografi sekolah masing-masing.
Wassalam.

Gerak Gempur Sejarah PMR dan SPM 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor dengan kerjasama Panel Perunding Mata Pelajaran Sejarah Negeri Johor telah menghasilkan bahan gerak gempur berkenaan untuk tindakan pihak sekolah.

Sehubungan itu, pihak sekolah dikehendaki melaksanakan gerak-gempur tersebut di peringkat sekolah.
Bahan berkenaan telah dihantar kepada email Pengerusi Panitia Sejarah sekolah masing-masing.
Wassalam.

Pindaan : BENGKEL AUDIT AKADEMIK PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa pelaksanaan bengkel tersebut telah dipinda seperti butiran berikut :

Tarikh : 30 Ogos 2013 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tgh.
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing
Sasaran : Guru Besar, GPK 1 dan Guru Penyelaras UPSR sekolah.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama guru-guru yang terlibat agar dapat hadir dan turut serta dalam bengkel berkenaan.

Sehubungan dengan itu juga, pihak sekolah diminta menyediakan analisis dan Pelan Intervensi berkaitan perkara tersebut.

Sekian. Wassalam.


Lampiran : Surat Pindaan.pdf
Isnin, 26 Ogos 2013

Laporan Penggunaan Modul KBAT Sains Dan Matematik (Ting. 1 dan 2)

Reaksi :  
Assalamualaikum, salam syawal, salam kemerdekaan dan selamat sejatera,

merujuk kepada emel yang telah diterima daripada BPK pada 19 ogos 2013 (rujuk lampiran) pihak sekolah adalah diminta untuk menghantar laporan perlaksanaan Intervensi (KBAT TIMSS dan PISA) yang telah digunakan oleh guru-guru sains dan matematik Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 secara atas talian di alamat http://bit.ly/ppdmersing pada selewat-lewatnya pada 27 haribulan setiap bulan (ogos, September dan oktober).

Secara ringkasnya borang pelaporan pelaksanaan Intervensi Inisiatif Sekolah dialamat tersebut memerlukan pihak sekolah memasukkan 1.Data sekolah 2.Intervensi matapelajaran sains (12 tugasan yang perlu direspon) dan 3 Intervensi matapelajaran Matematik (19 tugasan yang perlu direspon)

Sasaran KPM adalah setiap tugasan pada akhir ogos adalah mencapai 50%, pada akhir September mencapai 75% dan pada akhir oktober mencapai 100%.

Diharap pihak tuan dapat memaklumkan kepada GKMP, KP dan guru-gurtu Sains dan Matematik yang terlibat.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Unit Sains dan Matematik PPD Mersing 017-8252770, Sekian Terima Kasih.
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum akan mengadakan kursus tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 26 - 27 Ogos 2013

Mata Pelajaran : 
Bahasa Cina (SK_SJK)
Bahasa Tamil (SK_SJK)

Tempat : Hang Tuah World Heritage Hotel, Melaka.
Pendaftaran : 28 Ogos 2013 (Rabu) 2.00 - 2.30 petang
* Kursus bermula pada jam 2.30 ptg

Guru-guru yang terlibat :


1. Pn. Beh Sock Chen (SJKC Pai Chee)
2. Pn. Yong Lee Chee (SK Sri Mersing)
Sekian. Wassalam.

Lampiran :

Surat Panggilan.pdf
Senarai Peserta.pdf
Ahad, 25 Ogos 2013

BENGKEL AUDIT AKADEMIK PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa bengkel tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 29 Ogos 2013 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing
Sasaran : Guru Besar, GPK 1 dan Guru Penyelaras UPSR sekolah.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama guru-guru yang terlibat agar dapat hadir dan turut serta dalam bengkel berkenaan.

Sehubungan dengan itu juga, pihak sekolah diminta menyediakan analisis dan Pelan Intervensi berkaitan perkara tersebut.

Sekian. Wassalam.

Lampiran : Surat Panggilan.pdf

Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia - 30 Ogos 2013

Reaksi :  
Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia - 30 Ogos 2013 . Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Awam atau warganegara Malaysia bukan penjawat perkhidmatan awam yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Jurulatih Sukan (Jawatan Terbuka) di Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail Kota Tinggi, Johor, di Sekolah Sukan Malaysia Gambang, Pahang dan Sekolah Sukan Malaysia Kota Kinabalu, Sabah.

Kekosongan adalah untuk mengisi jawatan jurulatih sukan. 

1. Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil
1.1 Gimnastik Artistik
1.2 Gimrama
1.3 Skuasy
1.4 Renang

2. Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail, Johor
2.1 Sepaktakraw
2.2 Ragbi
2.3 Hoki
2.4 Olahraga
2.5 Golf
2.6 Boling Padang
2.7 Renang
2.8 Bola Tampar
2.9 Judo
2.10 Memanah
2.11 Boling Tenpin
2.12 Gimnastik Artistik

3. Sekolah Sukan Malaysia Pahang
3.1 Bola Sepak
3.2 Memanah
3.3 Gimnastik Artistik
3.4 Olahraga
3.5 Bola Keranjang

4. Sekolah Sukan Malaysia Sabah
4.1 Hoki
4.2 Olahraga
4.3 Renang
4.4 Terjun


Cara Memohon

i. Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman web www.moe.gov.my atauwww.moe.gov.my/bsukan mulai 30 Mei 2013 atau di bawah

ii. Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/ dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran paspot (tidak dikembalikan) dan dihantar melalui Ketua Jabatan kepada:

Pengarah
Bahagian Sukan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1 & 7 , Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

iii. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat permohonan.
iv. Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 30 Ogos 2013 (Jumaat).

Lampiran :