* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Jumaat, 13 September 2013

Majlis Pelancaran PPPM 2013-2025

Reaksi :  
Klik di sini untuk menonton ucapan perasmian Majlis Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan Malaysia.




Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Kursus sebut akan dilaksanakan seperti butiran berikut :

Tarikh   : 18 Hingga 21 September 2013

Masa    : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : PKG Kluang/ SK Lelaki Bandar Kluang
T
Subjek  : Bahasa Cina SJK

Sehubungan itu, Seorang guru bahasa cina yang akan mengajar subjek tersebut pada tahun 2014 diwajibkan hadir. 
Setiap peserta kursus perlu membawa bersama komputer riba, ‘thumb drive’, Dokumen Standard Tahun 4, Standard Prestasi Tahun 4 serta bahan sokongan kursus (boleh dimuat turun dari portal PPD Mersing atau dari gmail: kssrmg@gmail.com, password: mersing1), surat panggilan kursus dan satu salinan muka depan buku akaun bank yang masih aktif.

Sekolah-sekolah terlibat:

1. SJK(C) PAI CHEE
2. SJK(C) JEMALUANG
3. SJK(C) CHIAO CHING
4. SJK(C) KG HUBONG


Surat telah diedarkan ke sekolah. Sekian, Terima kasih.

BENGKEL PENA SKOR KIMIA SPM

Reaksi :  


Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Mersing dengan kerjasama JKD Kimia Daerah akan menganjurkan program berkenaan seperti ketetapan berikut :


Tarikh : 13 September 2013 (Jumaat)

Masa : 2.30 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar PPD Mersing
Sasaran : 2 guru kimia setiap sekolah .

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat mengambil tindakan.Surat telah diedarkan ke sekolah.

Wassalam.
Selasa, 10 September 2013

Program Motivasi : Sehari Bersama YM Raja Samri Raja Hussin

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Mersing akan menganjurkan program berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 14 September 2013 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Dewan SMK Anjung Batu
Sasaran : Calon-Calon PMR dan SPM 2013.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat mengambil tindakan seperti surat yang dilampirkan bersama-sama hebahan ini.
Wassalam.

Lampiran :
Surat_Sekolah.pdf
Guru_Pengiring.pdf


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa peperiksaan UPSR 2013 akan bermula pada 10 september hingga 12 september 2013.

3.  Tuan diminta untuk mengisi dan melengkapkan laporan kehadiran calon UPSR 2013 secara sistem atas talian di alamat url http://jpnjdata.net/ikh/menuspp/index.html Sebarang permasalahan untuk mengisi kehadiran secara atas talian, tuan boleh merujuk kepada Ketua Pengawas yang bertugas di sekolah tuan.

4.  Bersama-sama ini dilampirkan contoh borang laporan kehadiran calon UPSR 2013 untuk tindakan tuan.

Sekian, terima kasih

Lampiran : contoh borang kehadiran calon UPSR 2013.pdf