* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................

Dari Hati Ke Hati

PPD Mersing : Selamat Menduduki UPSR 2017

Jumaat, 11 Oktober 2013

PENGESAHAN PERMOHONAN KE SBP, KRK, KAA, SMKA DAN SEKOLAH KAWALAN OLEH GURU BESAR SEKOLAH RENDAH.

Reaksi :  
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Mohon kerjasama semua Guru Besar untuk buat pengesahan bagi semua permohonan murid Tahun 6 ke Tingkatan 1 bagi SBP, Sekolah Kawalan, KRK, KAA dan SMKA 2014.  Sukacita dimaklumkan tarikh tutup bagi pengesahan adalah pada 15 Oktober 2013.

Berikut disertakan juga panduan bagi pengemaskinian akademik bagi yang menghadapi kesulitan dalam proses permohonan tersebut.

Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohd Fakarudin, Pen. PPD Menengah (Murid) ditalian 019-9396782.  Sekian, terima kasih.

Manual__Akademik.pdf

SBP_2014.jpg
Khamis, 10 Oktober 2013

PERMOHONAN BANTUAN KWAPM DAN RMT TAHUN 2014

Reaksi :  
Assalammualaikum / salam sejahtera

Minta kerjasama kepada semua GPK HEM, sila hantar borang permohonan KWAPM dan RMT bagi Tahun 2014 pada atau sebelum 10 Oktober 2013. sila gunakan email: tahib.sksp@gmail.com. Sebarang masalah dan pertanyaan sila hubungi Penyelia HEM PPD Mersing.

Bersama ini disertakan borang berkenaan:

Lampiran :
BORANG_RMT_KPM_1_2013.xlsx
Borang_Rumusan_KWAPM_SPK_Bil5.2012_(Edit).xlsx

Maklumat Tambahan : Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Tahun 4 - MP Pendidikan Muzik

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa kursus berkenaan akan diadakan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 16 - 19 Oktober 2013 (Rabu - Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Bilik Wawasan, PPD Lama.
Sasaran : Guru-guru yang akan mengajar mp Pendidikan Muzik Tahun 4 pada 2013.

Pakaian : Pakaian Sukan / Permainan.

Sehubungan itu, rakan-rakan guru yang terlibat diharapkan dapat membawa peralatan dan bahan berikut semasa menghadiri kursus tersebut :

1. Rekoder.
2. Satu Alat Perkusi.
- kastenet
- loceng
- kayu tik tok
- tamborin
- kerincing.
(satu sahaja bagi setiap peserta).

Mohon perhatian pihak sekolah.
Sekian. Wassalam.
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Tahun 4 akan diteruskan pada minggu depan seperti butiran di bawah :

Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Tahun 4 : MP Pend. Muzik
Tarikh : 16 - 19 Oktober 2013 (Rabu - Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Bilik Wawasan, PPD Lama.

Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Tahun 4 : MP Pend. Islam
Tarikh : 16 - 19 Oktober 2013 (Rabu - Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing

Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Tahun 4 : MP Bahasa Inggeris
Tarikh : 16 - 19 Oktober 2013 (Rabu - Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Bilik Seminar, Blok B, PPD Mersing

Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memastikan kehadiran seorang guru bagi setiap mata pelajaran yang terlibat ke kursus-kursus berkenaan.

Sekian. Wassalam.

Lampiran :

Surat Panggilan Kursus
Jadual Kursus
DSKP PMUZIK TAHUN 4
DSKP BI SK YEAR 4
DSKP BI SJK YEAR 4
DSKP_PI_KSSR_Tahun_4_PADA_OGOS_2013.pdf
Rabu, 9 Oktober 2013

SEAMEO COLLEGE POSTS ANNOUNCEMENT

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, adalah dipanjangkan surat dari  Jabatan Pendidikan Johor dan surat dari KPDNKK bagi menjelaskan maksud.

Sehubungan dengan itu sekolah-sekolah dipelawa merekacipta satu video pendek kreatif yang akan bermula pada 19 Ogos hingga 18 Oktober 2013.

Lampiran :
rekacipta video pendek kdpnkk 2013
syarat rekacipta video pendek kdpnkk 2013 

ANUGERAH PIBG CEMERLANG PERINGKAT DAERAH , NEGERI DAN KEBANGSAAN 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Surat JPNJ.PP (31) 100-9/4/1 bertarikh 4 Oktober 2013 adalah dirujuk berkaitan. Sehubungan itu dipanjangkan surat berkenaan kepada tuan / puan untuk tindakan selanjutnya.
Sekian terima kasih.
Lampiran :

PELAKSANAAN MIGRASI SISTEM EMEL RASMI KPM KEPADA INFRASTRUKTUR 1GOVUC

Reaksi :  
Isnin, 7 Oktober 2013

Bahan DSKP KSSR Tahun 4

Reaksi :  

Bahan DSKP Sejarah KSSR Tahun 4

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa  bahawa Mesyuarat Mingguan PPD Mersing Bil. 19 Tahun 2013 pada 4 Oktober 2013, Jumaat telah memutuskan bahawa pelaksanaan kursus-kursus berkenaan dipinda seperti berikut :

Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Tahun 4 : MP Sejarah
Tarikh : 8 - 11 Oktober 2013 (Selasa - Jumaat)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Bilik Wawasan, PPD Lama.

Berikut disertakan bahan DSKP untuk tindakan pihak sekolah seterusnya.
Wassalam.

Lampiran : DSKPTH4_2014.pdf