* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Tuan Pengetua Sekolah Menengah berkenaan.
Tuan Guru Besar Sekolah Rendah berkenaan.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan itu, mohon Tuan Pengetua dan tuan Guru Besar untuk membuat pengesahan bagi semua permohonan murid di sekolah tuan ke SBP, SK, KRK, SMKA dan KAA sebelum 30 Oktober 2013. Pengesahan permohonan tersebut adalah melalui laman APDM.

Kegagalan pihak tuan untuk membuat pengesahan menyebabkan permohonan murid tersebut tidak akan diproses.

Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohd Fakarudin Bin Hussain, Pen. PPD Menengah (Murid) ditalian 019-9396782

Sekian, terima kasih.

PENGESAHAN_PERMOHONAN.pdf
Jumaat, 25 Oktober 2013

Maklumat Tambahan : Bengkel Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sejarah Daerah Mersing Tahun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hebahan kami sebelum ini bertarikh 21 Oktober 2013 adalah dirujuk dan berkaitan.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Mersing dengan kerjasama JKD Mata Pelajaran Sejarah akan mengadakan bengkel berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 28 - 29 Oktober 2013 (Isnin dan Selasa)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing.
Sasaran : Guru-Guru Mata Pelajaraan Sejarah (Men.Atas - Ting. 4 dan 5)
Pakaian : Pakaian Rasmi

Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memberikan kebenaran kepada guru-guru berkenaan hadir dan turut serta dalam bengkel tersebut.

KEHADIRAN ADALAH WAJIB.

BAHAN ATAU PERALATAN YANG PERLU DIBAWA OLEH PESERTA :


  1. Komputer Riba.
  2. Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan 4 dan 5.
  3. Buku Teks Sejarah Ting. 4 dan 5.
  4. Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Ting. 4 dan 5.
  5. Pendrive.
  6. Wayar Penyambung Elektrik.
Sekian. Wassalam.

Lampiran :

Surat Panggilan.jpg
JADUAL_KBAT_Sejarah.pdf
Selasa, 22 Oktober 2013

Bengkel Audit Akademik Peperiksaan Percubaan SPM 2013

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Mersing akan mengadakan bengkel tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 24 Oktober 2013 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, PPD Mersing
Sasaran : Pengetua dan GPK1 Sekolah Menengah

SILA BAWA LAPORAN AUDIT PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2013.

Sehubungan itu, Tuan sendiri bersama GPK1 sekolah tuan dijemput hadir ke bengkel berkenaan.
Wassalam.

Lampiran : Surat Panggilan.pdf
Isnin, 21 Oktober 2013

1GovUC atau Government Unified Communication

Reaksi :  
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan/puanmengenai perkara di atas. 
Sukacita dimaklumkan bahawa KPM akan melaksanakan migrasi infrastruktur emel Kementerian sediaada  ke infrastruktur baru iaitu perkhidmatan 1GovUC. Untuk makluman bersama, 1GovUC atau Government Unified Communication merupakan salah satu inisiatif di bawah projek permulaan EPP 2-1 Perkhidmatan Gunasama Kerajaan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP). Tujuan utama 1GovUC adalah untuk mewujudkan pelaksanaan media komunikasi bersepadu antara agensi Kerajaan.  Secara ringkasnya, perkhidmatan 1GovUC ini boleh dikategorikan kepada tiga (3) komponen utama iaitu: 
·        Perkhidmatan Email – iaitu Email/Calendar/Contact (Directory)
·  Perkhidmatan UC – meliputi IM, Presence, Audio, Video, Web Conferencing serta Khidmat Suara & Telefoni.
·        Perkhidmatan Telepresence – yang bersifat imersif dan kualiti Audio Video berdefinisi tinggi
Jangkaan penggunaan sepenuhnya sistem emel KPM iaitu menggunakan alamat emel domain moe.gov.my di Infrastruktur 1GovUC adalah mulai 1 November 2013. Sehubungan itu YBhg Datuk/Dato'/Dato' Dr/Datin/YBrs Dr/Tuan/Puan  dipohon untuk membuat semakan pengujian akses melalui Outlook Web App(OWA) 1GovUC di URL https://webmail.1govuc.gov.my/owa . Sekiranyagagal untuk akses login di OWA 1GovUC, pihak YBhg Datuk/Dato'/Dato' Dr/Datin/YBrs Dr/Tuan/Puan dipohon untuk menghubungi terus kepada Service Desk 1GovUC (vadsservicedesk@vads.com ) bagi semakan id atau katalaluan. Untuk mengatasi penyalahgunaan maklumat emel, YBhg Datuk/Dato'/Dato' Dr/Datin/YBrs Dr/Tuan/Puan diminta untuk menggunakan emel rasmi Kementerian ketika berurusan dengan Service Desk 1GovUC.     
Untuk makluman bersama, antara langkah-langkah yang perlu diikuti untuk akses kepada OWA 1GovUC adalah seperti berikut: 
         
Bil
Perkara
1
Semak contoh format login ID 1GovUC (Sila rujuk pada paparan dibawah).
2
3
Install Certificates Root CA from TM ( Sila rujuk pada fail panduan cert. Jika Perlu)
4
Katalaluan asas(default) untuk akses kepada OWA 1GovUC adalahP@ssword.123
Untuk maklumat dan panduan konfigurasi 1GovUC, pihak YBhg Datuk/Dato'/Dato' Dr/Datin/YBrs Dr/Tuan/Puan boleh memperolehinya dengan melayari http://www.1govuc.gov.my/en-us/downloads.aspx  . Kerjasama dan pandangan dari pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian. 
Postmaster KPM

Lampiran : panduan_cert.docx

DATA PENERIMAAN BUKU TEKS KE DALAM APLIKASI EMATEKS V.2

Reaksi :  
Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengemaskini data penerimaan Buku Teks SPBT bagi Buku Cetakan Semula (BCS) dan Buku Terbitan Baharu (BTB) bagi kegunaan Tahun 2014 dalam Aplikasi eMATEKS v.2

Sehubungan dengan itu pihak sekolah diminta untuk mengemaskini aplikasi eMATEKS secara online secara berterusan sehingga pembekalan selesai diterima. Bersama ini disertakan surat KPM dan JPNJ bagi penjelasan yang selanjutnya.

Terima kasih.

Aplikasi eMATEKS online berkenaan boleh dicapai melalui pautan di bawah;

Lampiran :
http://www.moe.gov.my/bbt
emateks.PDF

BENGKEL PENYELARASAN DATA LINUS SARINGAN 2 TAHUN 2013

Reaksi :  
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa bengkel tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 28 Oktober 2013 
Tempat: Bilik Mesyuarat SK Kem Iskandar.
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang

Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan untuk membenarkan Guru penyelaras LINUS untuk hadir ke bengkel tersebut. Sila bawa perkara-perkara berikut semasa bengkel tersebut.
  1. Komputer riba
  2. Broadband
  3. Maklumat murid tahun 1, 2, 3 mengikut konstruk yang dikuasai 
  4. Format tapak pelaporan yang telah dilengkapkan mengikut data NKRA
Makan minum disediakan oleh pihak penganjur. Tuntutan perjalanan adalah mengikut pekeliling sedia ada. Sebarang pertanyaan, sila hubungi FasiLINUS PPD Mersing di talian 013-7231974.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Tuan,

Sukacita dimaklumkan Pejabat Pendidikan Daerah Mersing akan mengadakan majlis tersebut sempena Program Kembara Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor mengikut ketetapan berikut:-

Tarikh: 31 Oktober 2013 (Khamis)
Tempat: Dewan Al-Azhar, PPD Mersing
Masa: 
1.45 Petang (Pendaftaran) - 5.00 petang
Pakaian: Baju Batik

Untuk makluman tuan majlis tersebut akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Nor bin A.Ghani, Pengarah Pendidikan Johor.

Sehubungan itu, semua penerima APC Tahun 2012 adalah dijemput.


Sekian, terima kasih.

Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Tahun 4 pada 23-26 Okt. 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Tahun 4 akan diteruskan pada minggu ini seperti butiran di bawah :

Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Tahun 4 : MP Pend. Seni Visual (PSV)
Tarikh : 23 - 26 Oktober 2013 (Rabu - Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing.

Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Tahun 4 : MP Bahasa Arab

Tarikh : 23 - 26 Oktober 2013 (Rabu - Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing


Mohon perhatian pihak sekolah.
Sekian. Wassalam.

Lampiran :

Surat Panggilan Kursus
Jadual Kursus

DRAF_DSKP_PSV_TAHUN_4.pdf
PELAPORAN_DSKP_TAHUN_4_PEND._SENI_VISUAL.xlsx
DSKP BAHASA ARAB TAHUN 4

Bengkel Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sejarah Daerah Mersing Tahun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Mersing dengan kerjasama JKD Mata Pelajaran Sejarah akan mengadakan bengkel berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 28 - 29 Oktober 2013 (Isnin dan Selasa)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing.
Sasaran : Guru-Guru Mata Pelajaraan Sejarah (Men.Atas - Ting. 4 dan 5)
Pakaian : Pakaian Rasmi

Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memberikan kebenaran kepada guru-guru berkenaan hadir dan turut serta dalam bengkel tersebut.

KEHADIRAN ADALAH WAJIB.

Sekian. Wassalam.

Lampiran : Surat Panggilan.jpg


PERINGATAN UJIAN KOMPETENSI ICT SECARA ONLINE YANG WAJIB DIDUDUKI OLEH SEMUA GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH
 
Tindakan       : Semua Warga Pendidikan Mersing ( Gred DG Sahaja )
Tarikh : 21-10-2013
Unit : MAKLUMAT-ICT
Oleh : En. Azman Bin Yusof



Maklumat : Tuan / Puan ,

Sila rujuk kepada HEBAHAN TINDAKAN SEGERA bertarikh 18 Oktober 2013 untuk penjelasan lanjut.

2. Suka diingatkan bahawa, akses bagi ujian tersebut dibuka bagi negeri Johor dari tempoh 17 Oktober 2013 sehingga 22 Oktober 2013.

Sekian ulangan hebahan. Terima kasih.
Tindakan : 
Semua Guru Besar
En. Azman Nasir (SMK Mersing)
Cik Siti Asmah Bt Ismail (SMK Sri Mersing)

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa program di atas akan dijalankan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 21 Oktober 2013 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Dewan Seminar, Aras 6, JPNJ.

Sehubungan itu, tuan diminta hadir ke taklimat tersebut. Sekian, untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

Terima kasih.